Jumaat, 18 Jun 2010
'THE MAKING OF' PERHIMPUNAN PALING TADAH DAP DAN PERJANJIAN 5 JUTA!
Tertarik untuk mengulas perkembangan terbaru lompat parti dari Pakatan ke Bebas yang menyokong kerajaan. Jika dulu virus ini hanya sangkut kepada adun dan ahli parlimen PKR. Kini virus ini sudah pun berjangkit kepada puak pakatan yang lain. Terbaru adun Dap, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh mengadakan sidang media mengumumkan keluar parti dan menjadi bebas. Alasan yang diberikan adalah hampir sama seperti rakan seperjuangannya yang lain iaitu tidak yakin pada parti terlalu banyak berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat.
Akibat daripada itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming cuba mengertak Keshvinder dengan aku janji kontrak rm5 juta yang ditandatangan olehnya sebelum menjadi adun, nak baca klik sini. Jika Pas mem'baiah' adun dan ahli parlimen dengan memperdagangkan 'isteri'. Pihak Dap pula membuat kontrak aku janji rm5juta untuk mencegah adun mereka dari melompat parti. Nampaknya banyak persamaan diantara parti Pas dan Dap, sebab itu mereka sesuai bersahabat dalam Pakatan Haram.
Mc ceritakan mukadimahnya sahaja, point yang paling penting ialah selepas Adun Malim Nawar keluar, Dap cuba gertak dengan kontrak perjanjian, apabila ugutan dan gertakkan tidak menjadi, Dap cuba mengawal kekecohan dengan mahu mengadakan perhimpunan 'paling tadah' di Malim Nawar, kononnya mahu memberi penjelasan kepada rakyat disana tentang apa yang terjadi. Hakikatnya Dap membuat tindakan sedemikian atas kerana takut penyakit ini berjangkit kepada adun mereka yang lain.
Paling menarik perhatian Mc ialah jemputan penceramah yang akan hadir ke perhimpinan paling tadah dihadiri anggota parlimen Jelutong Karpal Singh, ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli Dap terbaru ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Semuanya orang Dap, cuma satu aje boneka Dap iaitu Nizar KKK. Nampaknya si Nizar ni tak sudah-sudah rela dirinya diperkudakan oleh Dap.
Tindakan Dap yang mengelabah mengertak dan mahu membuat perhimpunan hanyalah untuk mencegah penyakit lompat parti ni berjangkit kepada yang lainnya. Jika PKR dikatakan sudah tenang akibat anti-virus sementara yang dibawa oleh Anwar, Dap pula mahu mencegah terus virus ini dari berjangkit. Apa yang pasti, Mc dimaklumkan, bahawa masih ramai adun PKR menunggu masa yang sesuai untuk meninggalkan parti. Apa yang pasti, jika sudah terasa panas bila berada didalam Pakatan, tinggalkan Pakatan dan masuk kedalam Barisan insyallah sembuh segala penyakit. he he he. . .
MctHeory:
Pada Nizar, tahniah kerana menjadi ahli terbaru Dap. heh!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Salam Bro Mc,
Rakaman jutaan tahniah kepada Nizar kerana menjadi ahli terbaru DAP dengan ucapan:
Kamulah laknatullah!!!
-Melayu Bangkit!!!-
Catat Ulasan