Sabtu, 5 Jun 2010

MERAJUK TIDAK DAPAT JADI MENTERI KJ MAHU KE GAZA!



Sebenarnya ada cerita lebih menarik dari cerita ni untuk ditaipkan. Akan tetapi Mc pun dah lama tak bercerita mengenai KJ ni. Soo. .kita ulas sikit apa yang berlaku sekarang ni.

Kadang-kadang kesian juga tengok si KJ ni kena hentam dengan blogger Pro UMNO sendiri. Tak pernahkah dia sedar bahawa kenapa ramai orang yang tidak suka akan dirinya. Walaupun ramai yang membodek, tapi lebih ramai lagi yang menyampah. Kenapa ye?

Mungkin kerana identitinya? Kerana kelakuannya? Kerana Plastik dirinya? hipokrit atau berpura-pura? Mungkin sekarang belum waktunya KJ naik menjadi menteri atau Timbalan menteri. Jika KJ naik jadi menteri atau timbalan. Mc pasti KJ tidak akan berubah menjadi lebih baik, dia akan jadi lebih teruk dari sekarang.

Kenapa ramai pemuda UMNO sendiri tidak suka KJ? Kerana perwatakkannya, dulu semasa zaman Pak Lah, bukan main berlagak lagi gayanya. Mentang-menteng la menantu, siapa yang tak disebelahnya, habis disisihkan. Kiranya dialah hero numbor 1 dalam Malaysia ni. Orang dah cakap, kita tak selamanya diatas, bila nak buat sesuatu, fikirlah dahulu.

Jika benar KJ mahu menjadi menteri, perkukuhkan dulu Pemuda UMNO. Satukan semula Pemuda UMNO. Sekarang KJ mempunyai banyak masa untuk berbuat demikian. Buktikan dulu kewibawaan anda si KJ sebelum mahu melangkah lebih jauh lagi. Jauhkan diri dari pembodek maksima anda, kerana itu menyebabkan orang lagi menyampah. Jika anda berubah, insyallah. .ramai yang menerima.

Semalam semasa demotrasi Pemuda UMNO dan NGO di masjid negara, KJ ada mengatakan bahawa dia sanggup buat misi kedua ke Gaza untuk menghantarkan bekalan kemanusiaan. Malah dia sanggup pergi sendiri. Wahh. . bagusla macam tu. Ataupun Kj merajuk tak dapat jadi menteri sampai nak pergi Gaza. Kess kess kess. .

Apa yang boleh Mc katakan lagi, Ds Najib membuat keputusan yang tepat. Dengan tidak memasukkan KJ kedalam senarai kabinetnya. Pinjam kata-kata rakan blogger Melayu Bersatu! Hoi! Nak Menang ke Tak Nak? Jika KJ jadi menteri sekarang, itu satu tindakan yang boleh melemahkan UMNO. Cukup-cukuplah dengan menteri yang ada sekarang.

Ds Najib dah berpesan, mahu semua ahli UMNO bersatu dan jangan berkelahi sesama sendiri. Anggap saja post ini sebagai nasihat kepada si KJ. Ini juga satu luahan hati dari seorang pemuda UMNO yang sayangkan UMNO. Berubahla sebelum Rebah!.

MctHeory:
HOI! NAK MENANG KE TAK NAK!

3 ulasan:

Unknown berkata...

Salam,
1.Bagus juga KJ..ada ke org lain yang bergegar-gegar cakap tu sanggup ke plastesin dlm leadaan sekarang..

2.Tanya pada pemimpin PAS,PKR...kalu pergi masa aman...org gila pun sanggup

adibeta,
kubang kerian,kelantan

whackthembugger berkata...

Orang pergi ke Gaza menentang kekejaman Zionist. KJ pergi ke Gaja memcari peluang berunding dengan pihak Zionist bagi membantu beliau berkuasa, saperti mentor dia DSAI.KJ dan DSAI sama saja - kuat temberang, kaki spin dan gila kuasa.

Wake UP! berkata...

KJ? Bukan itu orang yang ada kaitan dengan Anwar Ibrahim tapi buat-buat tidak kenal.

Dua-dua pun ejen Yahudi.

Allow flotilla to deliver humanitarian aid.