Khamis, 10 Jun 2010

SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA KEPADA DS NAJIB MENINGKAT



Memula, baca dulu laporan berita dibawah:

KUALA LUMPUR 8 Jun - Hasil kajian terbaru Merdeka Center yang diumumkan hari ini menunjukkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus meningkat kepada 72 peratus.

Tahap terbaru itu adalah lebih baik berbanding hasil kaji selidik yang dibuat oleh badan bebas berkenaan pada April lalu yang mencatatkan sokongan sebanyak 69 peratus.

"Jika dipecahkan mengikut sokongan kumpulan etnik, kaji selidik menunjukkan 77 peratus orang Melayu, 58 peratus Cina dan 80 peratus India menyatakan rasa berpuas hati mereka terhadap kepimpinan Najib.

"Secara keseluruhannya, kaji selidik mendapati jumlah yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau berada pada tahap 21 peratus berbanding 22 peratus pada Jun 2009," kata Merdeka Center dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kaji selidik itu dilakukan oleh Merdeka Center melalui panggilan telefon kepada 1,028 responden di kalangan pengundi berdaftar berusia 21 tahun ke atas bermula 6 hingga 16 Mei lalu.

Pemilihan responden berkenaan dibuat secara rawak menggunakan kaedah sampel bersusun lapis yang kemudiannya distrukturkan selari dengan daftar pemilih khususnya mengikut pecahan jantina, etnik, kumpulan umur dan negeri yang didiami.

Sementara itu, Merdeka Center berkata, pihaknya beranggapan peratusan sokongan yang tinggi itu mungkin disumbangkan oleh keyakinan lebih separuh daripada responden kaji selidik bahawa Malaysia berada pada landasan yang betul dan bergerak pantas ke hadapan. sambung baca sini

Laporan yang buat oleh merdeka center ni menunjukkan rakyat Malaysia mempercayai dan yakin terhadap pemerintahan Ds Najib sebagai Perdana Menteri. Walaupun ada tindakan kerajaan yang membuatkan buat rakyat kurang menyenangkan, tetapi ia lebih baik daripada mempercayai pakatan haram pembangkang yang langsung tak ada hala tuju. Mc sebagai rakyat Malaysia berharap Ds Najib terus meneraju negara dengan seikhlas yang mungkin dan mendahulukan rakyat sebagai prinsip kerajaannya.

Setiap blogger mempunyai pendapatnya tersendiri, akan tetapi kita juga tidak boleh terlalu yakin dengan rating yang diberikan oleh merdeka centre ini, kerana sedia maklum bahawa waktu sekarang bukanlah waktu puncak Ds Najib untuk mendapatkan sokongan rakyat. Mungkin ini juga perang minda yang boleh membuatkan Ds Najib alpa lalu terbuai dengan pujian?

Paling penting rombakan menteri kabinet, masukkan yang berwibawa, buang yang malas bekerja dan tidak berjiwa rakyat. Jangan dilambung dengan pujian, kerana banyak projek kerajaan baru-baru ini semuanya merapu dan bakal kena hentam. Buat kerja fikirla dulu jangan main hentam sedap sendiri.


MctHeory:
Menteri Kabinet tue, takkan harap Ds Najib je, lain jadi apa! TUNGGUL?.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..ASYIK DS NAJIB JEK YG KENE BUAT KEJE. YG SEBHG BWH2 TU TUKANG KASI BOLA TANGGUNG KT PUAK GROMBOLAN!.HAI MCMMNA LA NASIB BN PRU13 NANTI BROO?

lord ried berkata...

ALOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU...


PEEEERRRRKKKHH......DAH HURU HARA PON PARTI BEWAK. UDAH ILANG PEDOMAN GAMAKNYA. PALA BEWAK DAH WAT SEHABIH BEIK DAH SUH RAKYAT KELIK JADI BEWAK.

LAGU MANAHAN AYAQ BANJIQ, KAMBUIH SINI...SANA PECAH. TUTUP BAWAH ATAIH BOCOQ. BEWAK PUNYA PALA PIKIAQ LAGUMANA NAK WAT SUPAYA PITIH TADAK TAPI BULIH NAMPAK MACAM ADA. KAPLA BEWAK DOK PENING MACAM KUCING KENA IKAT KERTAS KAT EKOQ..... TIBA BEWAK LEIN KATA EKONOMI MALAYSIA NAK MAMPUIH 9 TAUN LAGI........ FUHHHHHHH DASAT LA....KENA TAGHIK SUBSIDI LA....
SABIK SUBSIDI LA EKONOMI SAMPAI NAK MAMPUIH TAUN 2019 SETAUN SEBELUM MALAYSIA NI JADI NEGAGHA MAJU. TAKLEH LA KITA NAK PELEKEH NEGAGHA MAJU NI ...... TADAK PITIH PON KALU TAKDIR NEGAGHA NAK MAJU...
MAJU LA, KALU PON GHAKYAT SUSAH NAK MENTEKEDARAH.

SUDAH JATUIH DITIMPA TANGGA BELE....BAB KENA TAIK LUMBU, ADA PULAK BEWAK NAK TUNJUK RIAK NAT WAT PARLIMEN BAGHU. PARLIMEN TU DAH BUGHUK....TADAK SELESA LA.

FUUUHHHHHHHH...... TAK BEKENAN SUNGGUH SETENGAH2BLOGGER2 BEWAK YANG BERMAMPUIH-MAMPUIHAN DOK PERTAHANKAN MELAYU, TIBA2 PERJUANGAN BEWAK2 NI DAH JADI PERANGKAP TIKUIH.... APA TIDAKNYA
TAK HABIH ISU JUDI BOLA SEPAK... MAI PULAK NAK TAGHIK SUBSIDI...LEPAIH NAK BERJOLI SAKAN DOK DALAM PARLIMEN BAGHU.

DALAM REPUTASI PARTI BEWAK SEROPA PERANGKAP TIKUIH KENA HENJAQ....TUUUUUT....TUUUUUUT SEKOQ BEWAK KAT KEDAH MUFLISI PULAK. LAGU NI LA PUAK2 BEWAK MASUK TANDAS DOK GHASA NAK KECING,
TAPI KELUAQ TAIK. BUKA DAH ZIP SELUAQ... HULUQ BATANG PELIAQ....
AYAQ KENCING TADAK, TAIK PULAK KELUAQ.

NAK SAMPAI PRU 13.... GHAMAI BEWAK2 NI PI BEREHAT KAT WAD GILA.


he he he

gurau ngan puak2 bewak