Khamis, 24 Jun 2010

ULAMAK KASI PAS TINGGAL PAPAN TANDA SAHAJA!


Puak Pakatan terutamanya Pas sekarang ni hanya berdoa semoga Dr. Asri tidak menyertai UMNO. Jika Dr. Asri menyertai UMNO, nescaya harapan untuk kita lihat PAS HANYA TINGGAL PAPAN TANDA SAJA akan tercapai. Jika golongan Ulamak dan pandai agama menyertai UMNO, Pas pasti akan meroyan tak sudah. Ini kerana, Pas yang dulu terkenal dengan Parti yang memperjuangkan Islam semakin terpinggir jauh dari tujuan asal penubuhan.

Dr.Asri harus menyertai UMNO jika mahu melakukan perubahan didalam negara. Mungkin dengan idea dan pandangan barunya dapat meluaskan lagi pandangan pentadbiran negara. Jika Dr. Asri menyertai Pas, ia tidak ubah hanya menjadi seperti Ulamak Pas yang lain. Terkongkong dengan dasar baru parti mereka iaitu, menghambakan diri pada DAP. Tidak dinafian Pas mempunyai golongan bijak pandai agama yang agak ternama di tanah air. Cuma, mereka sekarang ibarat disimpan dalam peti sejuk.

Maksud Mc ialah, Pas hanya mempergunakan Ulamak dan bijak pandai agamanya apabila tiba masa Pilihanraya Umum atau Pilihanraya kecil untuk memancing undi rakyat. Mereka mempergunakan golongan bijak pandai agama ni seperti mana mereka mengunakan agama demi kepentingan politik. Tak guna jika kita pandai agama tapi tidak mengunakannya kejalan untuk membantu rakyat dan menaikkan syiar Islam di Malaysia. Selama Pas wujud di muka bumi Malaysia, pernah ke Pas buat kempen untuk mengurangkan gejala sosial? Pernah ke Pas menwujudkan persatuan atau pertubuhan bagi mencegah segala tingkahlaku remaja?

Jawapannya mana ada? Langsung takda. Jika Pas tidak mampu membangunkan Islam dari segi ekonomi dan struktur yang melibatkan kos yang tinggi atau alasan yang selalu diberikan ialah, kerajaan pusat sudah buat apa yang Pas nak buat? Kenapa Pas nak buat apa yang kerajaan Pusat dah buat? Bukankah Pas ramai bijak pandai Islam, kenapa tidak mencari satu kaedah yang terbaik bagi membangunkan syiar Islam di Malaysia.

Kerajaan BN pernah memberi peluang kepada Pas menjadi salah satu tangan dalam kerajaan bagi memperkuatkan syiar Islam di Malaysia. Dengan bahasa yang mudah, kerajaan mengharapkan Pas memperjuangankan Islam di Malaysia bagi pihak kerajaan Pusat. Tapi apa yang Pas buat? Pas bukan buat kempen untuk memperkuatkan Islam, tapi Pas mempergunakan kerajaan bagi mengembangkan pengaruhnya menambah ahli dan bilangan pengikut.

Itulah yang Pas tahu, itulah yang selalu mereka buat. Ceramah agama? boleh kira la satu dua. Tapi ceramah politik? Bersepah-sepah.. apa yang rakyat dapat dari ceramah politik? Maki hamun, fitnah, tohmahan demi tohmahan. Itu saja yang ada dari Pas, takde yang lebih. Mc masih ingat mengenai isu kalimah Allah oleh sebuah majalah kristian yang menuntutnya dimahkamah. Apa Pas buat? Hidup segan mati takmau. Langsung takde pendirian, malah ada diantara ahli Pas sendiri yang menyokong kristian menggunakan kalimah Allah.

Kenapa Pas tidak mempertahankan isu Kalimah Allah? kerana kepentingan politik. Mereka sanggup tidak mengambil kisah dalam isu ini disebabkan kepala Pakatan iaitu anwar, menyokong pihak kristian dalam penggunaan kalimah Allah. Jika kita lihat balik dari mula penubuhan Pas dan kebaikkan yang pas lakukan di Malaysia, kita boleh hitung dengan jari.

Mengenai isu judi bola dan isu Palestin, Pas cuba menjadi juara, tapi bagi Mc juara hangat-hangat tahi ayam aje la. Langsung takde tindakan, langsung takde usaha nak bantu umat Islam di dunia, jangan cakap dunia la, Malaysia pun belum tentu. Jadi apa perlunya Pas wujud lagi di Malaysia? Masih relevenkah Pas pada rakyat Malaysia? Masih mampukah Pas menegakkan Islam di Malaysia?

Jawapannya.. kewujudan Pas di Malaysia hanyalah untuk 'undi' kemenangan Pakatan Haram. Pas amat penting bagi Dap dan Pkr bagi membodohkan melayu yang percaya dengan perjuangan Islam palsu Pas ini. Jika benar ada ulamak yang mahu memperkuatkan agama Islam di Malaysia dan mahu perubahan di buat. Ulamak dan bijak pandai ini perlu masuk UMNO bagi melaksanakan semuanya.

Mc percaya ada tempat bagi mereka ini didalam UMNO. Ds Najib akan bagi ruang kepada kumpulan ini membuat kerja mereka, cadangan mereka, bagi memperkasakan Islam di Malaysia. Apa pula jadi pada Pas? Jika UMNO sudah diperkasakan Islam, ramai golongan Ulamak, bijak pandai Islam serta golongan korporat. Pas sudah tidak diperlukan lagi, Mc percaya jika semua ini terjadi, bijak pandai didalam Pas akan keluar Pas dan menerima UMNO semula.

Akhirnya.. seperti tajuk aktikel ini, Pas hanya akan tinggal papan tanda sebagai nisan perjuangan songsang mereka. Aminn..

MctHeory:
Hanya orang tiga suku saja yang sokong Pas ni.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AMENO KALU DAH KAPAIQ TU DAH TAK BOLE NAK UBAH DAH. KAPIAQ JUGA LA. . HAHAHA. .

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..RASA2 SI WALLY SLIPOR MSTI SOH PENGIKUT2 DIA BUAT SOLAT BULAN TERANG SUPAYA DR ASRI MASUK PARTAI BULAN YG TGH MALAP SKANG NI KEHKEHKEHKEH

Tanpa Nama berkata...

umno parti kebangsaan, bukan parti yang berlandaskan Islam. selama ini pun umno hanya menindas golongan ulama', bukan membela mereka. jangan harap ulama mahu menolong umno! jangan harap!

umno-apco

Tanpa Nama berkata...

Ingatlah pesanan Rasulullah S.A.W "akan datang kpd kamu suatu zaman dimana agama dijual dgn nilai dunia yg terlalu sedikit"

Skg telah terbukti ianya dilakukan pas,mula2 bg org kapir guna ayat2 Alquran di pentas ceramah demi kepentingan politik,dan yg tak bleh dimaafkan berlumba lumba dlm ceramah2 politik diorg bg org kapir guna kalimah Allah.Apa kebaikannya utk syiar islam?Mcm mna generasi akan dtg yg terkeliru siapa tuhan mereka yg sebenar Allah atau jesus yg ada bapa dan anak?Baca surah Al-Ikhlas beserta dgn maksud dan tafsirnya pon dah bleh paham mgapa tak bleh org kapir guna kalimah Allah.Dlm pas ulama yg masih brpegang pd ajaran islam sbnar cuma sy nmpak dato harun din je,yg lain smuanya mnjahanamkan islam dan mmecahbelahkan umat je.

sokong pas anda sesat,sokong islam anda selamat

Tanpa Nama berkata...

kpd anon 15:02

Buktikan umno tindas ulama,jgn tuduh je ssdap hati,fitnah tu!!

Pas bukan islam dan islam bkn pas
Pas adalah pas dan islam adalah islam

perkataan islam pd pas tu tak lebih sekadar hiasan saja kalau nak dibandingkan perangai ahlul2/pmimpin pas skg ni.Allah pun diorg jual pada org kapir,inikan plak islam.Islam tu brg dagangan diorg je utk dpt kuasa,pgkat,ksenangan hidup...disokong plak ahlul2 yg bangang,angguk angguk,geleng geleng...

Nama islam pd pas tak ubah spt nama Abu.Ada pada abu bakar,abu kasim,abu jahal....

Tanpa Nama berkata...

HAAHAHAHAHA...PADAN MUKE PAS.....DAH BOLEH TINGGAL SEJARAH PARTI PAS NI..KESIAN PUAK2 PAS YG MEROYAN TAK TENTU PASAL...HAHAAHAHAH..KESIAN GUA TGK.....