Jumaat, 16 Julai 2010

KERAJAAN PAS KEDAH GAGAL, TAPI UMNO KEDAH MASIH BEBAL!



Adakah Kerajaan PAS Kedah boleh dikategorikan sebagai " A FAILED STATE " atau Negeri yang GAGAL,jawapanya ialah benar dan apakah definasi Negeri gagal atau 'Failed State',mengikut penulis buku Malaysia And The Club of Doom,Syed Akbar Ali,beliau mendifinasi seperti berikut 'In brief a failed state is one where the clock has been turn back' atau dengan ringkasnya ialah masa telah diubah kebelakang.Sebagai
contohnya negara Timur Tengah seperti Iraq,Mesir,Saudi Arabia,Afghanistan ,Iran dan Pakistan yang satu masa dulu mempunyai tamadun yang cukup hebat dan lebih maju dari negara Eropah telah berpatah kebelakang dan jauh ditinggalkan oleh negara negara yang satu ketika dulu pernah mereka jajah.

Selepas Pas tawan Kedah pada Mac 2008 hingga sekarang kita lihat tiada satu pun perubahan dari segi pembangunan atau pun pelaburan baru yang dibawa masuk ,yang ada ialah saki baki peninggalan Kerajaan lama yang di tukar nama dan digantikan dengan nama baru. Keadaan makin meruncing dengan Pelabur pelabur yang telah lama bertapak di Negeri Kedah mula menutup kilang kilang mereka dan berhijrah ke negeri dan negara lain. Kedah Times telah membongkar banyak cerita kegagalan pemerintahan Pas terutama sekali masaalah di kawasan perindustrian Kulim Hi Tech Park, Sungai Petani dan kawasan zon industri minyak di Daerah Yan.

Selain dari itu Kerajaan Pas yang cukup hebat melaung laung berkenaan pemerintahan berlandaskan ajaran Islam telah mula menukar arah dan melutut kepada desakan serta tuntutan bangsa bangsa lain dengan mengeluar banyak lesen lesen judi ,arak dan pusat pusat hiburan diseluruh negeri Kedah .Tindakan ini ibarat kembali kezaman JAHILIAH, maka definasi oleh Syed Akbar Ali terhadap negara negara Islam adalah tepat. Banyak maklumat yang diperolihi menunjukan Negeri Kedah akan menghadapi masaalah kewangan yang cukup serius dan mungkin menjadi negeri muflis.

Sedang Pas dalam keadaan kucar kacir dan kelam kabut mengurus tadbir negeri dengan baik ,UMNO tidak mahu mengambil kesempatan menyerang Pas sebaliknya mereka sanggup berperang saudara sesama sendiri,ada beberapa peristiwa yang berlaku pada minggu lepas:

1.Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Sungai Petani pada 11 Julai 2010 menjadi kecoh hingga satu dunia tahu, semua pergaduhan didalam dewan telah dirakam dan di download pada portal youtube. Punca pergaduhan bermula dari pemilihan tahun 2008 dimana kumpulan yang kalah telah membuat protes mengikut saluran tertentu tetapi tiada sebarang usaha untuk menyelesaikanya dengan cara berhemah dilakukan. Keadaan bertambah buruk apabila kumpulan yang menang yang diketuai oleh Ali Yahaya telah membalas dendam dengan mengerat orang-orang dari kumpulan yang kalah dan dalam proses berbuat demikian kumpulan yang menang telah berperang sesama sendiri dan berpechah menjadi tiga kumpulan..Kumpulan ketiga telah bergabung dengan kumpulan yang kalah dan mereka menjadi bertambah kuat maka satu PEMBERONTAKAN pun berlaku pada Mesyuarat Agung 11/7 yang lepas. Malu cukup memalukan.

2.Mesyuarat Agung Bahagian Merbok pada 10 Julai 2010,Naib Presiden UMNO/Menteri Pertahanan Malaysia samasa ucapan perasmiannya telah menegur sikap diktator Ketua Bahagian iaitu Dato Tajul Urus Mat Zain agar berbaik baik dengan Ketua Bahagian lama yang beliau tewaskan pada tahun 2008 iaitu Dato Arzmi Hamid, beliau mahu melihat perpaduan diantara kedua dua kumpulan dan perwakilan bertepuk tangan bersetuju dengan saranan Naib Presiden. Tetapi sebagai seorang diktator beliau tidak mengindah langsung teguran tersebut malah pada agenda ucapan penangguhan beliau tidak membenarkan perwakilan yang pro mantan ketua bahagian berucap dengan alasan sesiapa yang mewakili zon sahaja dibenarkan berucap.Tidak puas hati dengan arahan tersebut perwakilan yang tidak diberi kebenaran berucap telah keluar dewan sebagai tanda protes dan ada yang memaki hamun semasa berjalan keluar.

3.Perlantikan Setiausaha Kerja UMNO Perhubungan Negeri Kedah. YB Dato Shafie Apdal selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah telah melantik Saudara Zahran Dato Paduka Abdullah untuk menggantikan setiausaha kerja yang lepas.Tindakan ini tidak dipersetujui oleh 14 orang Panglima panglima perang bahagian kecuali seorang sahaja Panglima perang yang menyokong. Kesemua 14 Panglima ini telah membuat bantahan bertulis supaya saudara Zahran digugurkan dari memegang jawatan setiausaha kerja. Adakah panglima panglima perang ini tidak memahami perlembagaan parti ? atau mereka memang tidak menghormati Pengerusi Perhubungan Negeri dan Presiden UMNO yang melantik Dato Shafie Apdal seorang Naib Presiden sebagai Pengerusi mereka.Nampaknya ini satu lagi pemberontakan @mutiny terhadap pucuk pimpinan.

Panglima Panglima Perang @Ketua Ketua Bahagian UMNO Kedah sampai bila anda semua mahu bersikap begini ? Jika anda semua masih degil dengan perangai buruk begini jangan harap pengundi pengundi melayu akan undi anda.Kedah akan terus didalam gengaman Al Ustz Azizan dan akan terus berpatah balik 100 tahun kebelakang.PM Najib tolong bertindak dengan pantas sebelum nasi menjadi bubur !

Sumber Kedah Times

MctHeory:
Bola tanggung dah bagi, tak UMNO Kedah masih tak sedaq diri. Nasib la!

Tiada ulasan: