Jumaat, 16 Julai 2010

HARGA BARANG NAIK LAGI!


Tepat pada 12 tengah malam tadi, harga barang dan harga minyak akan naik. walaupun 5 sen, tapi ramai rakyat yang sedih dengan pengumuman ini.

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa subsidi bahan api, khususnya petrol, diesel dan petroleum gas cecair (LPG), serta gula, akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat berkuat kuasa esok.

Subsidi bagi RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, manakala LPG dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, ini bermakna petrol RON 95 dijual pada RM1.85 seliter, manakala LPG berharga RM1.85 sekilogram.

"RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.”

Najib berkata, penggunaan RON 97 hanya membabitkan 13 peratus daripada penggunaan bahan api di Malaysia.

"Bagi gula, pelarasan harga ialah sebanyak 25 sen sekilogram,” katanya.

Menurut kenyataan itu, perubahan minimum itu akan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan meletakkan negara pada kedudukan untuk mengurangkan defisit.

“Bagi memenuhi objektif ini, kerajaan membuat pelarasan terhadap subsidi.

“Walaupun telah membuat perubahan ini, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010. Harga bahan api dan gula di Malaysia masih antara yang terendah di rantau ini,” katanya.

Berdasarkan anggaran, rasionalisasi subsidi ini membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan melebihi RM750 juta pada 2010.
– Bernama

Apakah masih tidak cukup perbelanjaan kerajaan dalam budget yang lepas sehingga perlu menaikkan lagi harga barang. Pada rakyat yang kehidupannya mewah dan senang mungkin takkan terasa, tetapi bagi rakyat yang ikat perut seperti Mc ni, pasti bergegar jantung apabila mendengar berita buruk macam ni. Ribut tak ada taufan tak ada, tiba-tiba harga barang naik. Aduhh.. sakit.

MctHeory:
Kurangkan perbelanjaan, kurangkan ketirisan, kesiankan rakyat. Insyallah Selamat!

7 ulasan:

lord ried berkata...

ALOO MC.......

DALAM BAB NI AKU TABIK KAT HANG .... WALAU PON HANG BLOGGER UMNO TAPI DALAM BAB NI HANG BUKAN PENGAMPU.

McTheory berkata...

Mc bukan kaki bodek, aku suara rakyat. harga barang naik sapa yang suka? betui dak?

amieiezam berkata...

Mc,
Lord reid tak guna perkataan bewak...ehhehehe

bro, apapun berlaku kita kena pandai ukur baju di badan sendiri..berbelanja ikut kemampuan.. posa nak dekat lepas tuh raya..duit kena simpan..jom simpan

apapun aku nak kempen...JOM minum ayaq "O"

McTheory berkata...

amieiezam,

nampaknya Mc kena bukak bisnes kuih raya la macam ni.. he he he. .

Tanpa Nama berkata...

Mc,

Patutlah gula hilang dgn magiknya di pasaran. Rupanya nak naik harga...

Antihipokrit

McTheory berkata...

antihipokrit,

tau takpa.. patutnya 2 bulan lepas dah naik harga, cuma kerajaan tunggu masa yang sesuai. .

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..AL JUBOREE LOM JD PM LG TP DH GEGAK GEMPITA BANGGA JD PUNAHSIHAT SINGGIT SDGKN HASIL TANAH DIA KOKAM HABIS2AN SAMPAI SELANGOR JD DARUL BELOBANG SEMATA2 NAK SAPOT DIA PEGI MELUTUT ZIONIS KEHKEHKEH >|D