Sekarang waktu genting diantara dua media yang berbeza tujuan dan perlaksanaannya. Utusan Malaysia adalah sebuah akhbar yang sentiasa menyampaikan hasrat kerajaan untuk bagi mengawal segala emosi rakyat. ia juga berfungsi sebagai akhbar yang menjadi lidah utama kerajaan Malaysia dan berjiwa rakyat. Manakala CNN pula, sebuah media antarabangsa yang amat terkenal dan kadang kala lebih bersifat memilih. Memilih dalam maksud, mengutamakan apa yang dimahukan dan menyembunyikan apa yang tidak perlu.
CNN sudah semestinya ditubuhkan di Amerika. CNN dilihat hanya menyiarkan berita yang hanya mempunyai keuntungan kepada Amerika dan rakan rapatnya sahaja. CNN juga merupakan lidah utama U.S diperingkat antarabangsa. Bermakna mereka hanya menyiarkan berita mengikut apa yang perlu dan menguntung mereka sahaja. Berita tentang kehebatan U.S dan pentadbirannya serta berita yang mempunyai kepentingan politik malah ia lebih bersifat membantu kroni Amerika am nya. Untuk makluman pembaca, tuan punya CNN ni namanya Ted Turner. Dia ni merupakan salah seorang orang kaya yahudi yang terkenal dan juga merupakan sahabat kepada Anwar Ibrahim tak percaya klik sini.
Kekeliruan wujud apabila CNN menafikan ia dibayar oleh Anwar untuk mengadakan wawancara khas.
Penafian CNN:
CNN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat bayaran agar beliau diwawancara oleh stesen televisyen berita angtarabangsa itu, awal bulan ini. Berita CNN menerima bayaran daripada seseorang supaya Anwar muncul di 'Connect the World' adalah palsu dan direka-reka, kata seorang jurucakap CNN yang berpangkalan di Hong Kong di mana ibu pejabat Asia stesen itu beroperasi. Laporan itu merujuk kepada tulisan presiden Trevino Strategies and Media Inc, Joshua Trevino, yang menulis di portal Amerika - The New Ledger yang Anwar mengupah kenalan medianya, khususnya CNN, bagi menyakin para pelobi Yahudi bahawa beliau bukan anti-Israel. Trevino mendakwa wawancara CNN menerusi 'Connector of the Day' pada 2 Julai lalu adalah 'jinak' berhubung Anwar disoal berhubung retorik anti-Zionis ketua pembangkang itu.
Hakikat Sebenar?
Mungkin kita tidak boleh menganggap Anwar membayar CNN untuk diwawancarakan, tetapi dia telah mengunakan rakan baik yahudi untuk membantunya bagi diwawancara untuk bersihkan nama kembali dikalangan puak yahudi. Jadi apakah salah bila Shafie Apdal dan Utusan menuduh Anwar membayar CNN untuk diwawancara? Jawapannya tidak. Jika seseorang individu itu tiada sebarang hubungan dengan mereka (yahudi) serta tiada kepentingan terhadap mereka, pastinya mereka tidak akan melayannya dengan begitu baik, malah mengadakan wawancara khas untuknya.
Sebenarnya Mc hanya menerangkan secara kasar mengikut kefahaman kita. Ada tulisan yang lebih detail lagi untuk mengaitkan segala hubungan Anwar dengan puak yahudi sehinggalah isu wawancaranya dengan CNN. Nak baca klik sini. Jika benar laporan utusan dianggap menipu, kenapa sampai sekarang anwar masih lagi berdiam diri dan tidak menafikannya? atau keluarkan kenyataan untuk nafikan semuanya dan saman Utusan jika laporan itu tidak benar. Kenapa biarkan CNN saja yang nafikan semua ini. Pihak Anwar bagaimana? Segala tuduhan terhadap Anwar yang berkaitan dengan Yahudi, langsung Anwar tidak pernah memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang menuduhnya.
Bukankah Anwar ini individu yang suka menyaman orang. Ramai yang telah disaman oleh Anwar jika berani memfitnahnya mengenai hal yang tidak benar, tetapi dalam hal berkaitan hubungannya dengan yahudi, berkaitan dengan CIA, Anwar hanya berdiam diri. Malah langsung Anwar tidak pernah nafikannya. Kerana semua laporan itu adalah benar dan berfakta. Jika dia berani saman, pasti akan terbongkar segala rahsianya berkaitan hubungan dengan yahudi U.S dan Israel.
Kesimpulannya, laporan Utusan adalah benar, cuma mungkin kurang tepat dengan mengunakan perkataan 'bayar'. Jadi siapa yang menipu diantara CNN dan Utusan adalah tidak penting, yang penting sebenarnya Anwar bukan membayar malah dia dibayar oleh yahudi untuk menipu umat Islam dan rakyat di Malaysia dengan topeng 'rakyatnya' malah dia dengan berpandukan strategi khas bagi menjadikan negara Islam liberal seperti Turki.
MctHeory:
Dah lama orang kita dok kena kencing dengan Anwar ni, janganla jadi bodoh sangat. Fikirla elok-elok!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan