Khamis, 15 Julai 2010

UMNO DAN PAS AKAN BERTEMU?! MUNGKIN KAH?


Tergelak pun ada jugak, bila baca berita nih. Heran-heran.. macam mana agaknya bila N.ajis jumpa dengan Ts Muhyiddin. Baca dulu berita kat bawah ni noo...

KOTA BHARU Julai - Kerjasama UMNO-Pas semakin menuju ke arah yang amat positif apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaan beliau untuk bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan perkara tersebut.

Beliau berkata, pertemuan tersebut biarlah dilakukan secara empat mata tanpa membabitkan orang tengah untuk memastikan semua perkara utama dapat dibincangkan.

"Boleh. Bukan setakat dia jumpa saya, saya pun mahu berjumpa dengannya.

"Sebaiknya tidak perlu orang tengah. Jumpa peribadi boleh sangat pada bila-bila masa," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan Exco Kelantan di Kota Darulnaim di sini, hari ini.
- Utusan

Agak-agakla, kenapa N.ajis nak jumpa TPM? nak minta duit kah? Nak minta jawatan kah? Nak mintak pengeras kah? he he he. . Atau N.ajis nak semua diatas..gurau aje..Sebenarnya Mc suka kalau dua parti melayu ni bergabung.. buat perbincangan yang serius tentang permasalahan orang Melayu Islam sekarang. Masing-masing ada kelemahan, masing-masing ada kekuatan, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Ada kata yang mengatakan.. bersatu kita teguh, bercerai kita kawin la lain.. he he he..

MctHeory:
Pas dan UMNO bersatu? Tak harap sangat la..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perkara seperti itu mungkin boleh berlaku pertemuan antara "UMNO dan PAS" itu. Tapi pada pendapat aku biarlah selepas PRU 13 dulu, aku ingin melihat Parti PAS tersungkur seteruk-teruknya dulu, kemudian kalau nak bercakap mengenai perpeduan dengan UMNO pon boleh lah. Namun jika PAS nak jadi pengganti UMNO itu aku kira sebagi mimpi di siang hari.

Warga Sebelum Merdeka