Khamis, 15 Julai 2010

ISU PASIR! WOII GAGAP! TOLONG JAGA SELANGOR ELOK-ELOK!



Nampaknya isu pasir di Selangor sudah semakin serius sehingga menyebabkan bukan saja kerugian kepada negeri malah kerosakkan alam sekitar dan juga sumber air bersih. Bagi mengelakkan kejadian curi pasir terus berlaku, Dr Khir Toyo bersama pemberita ke sebuah tapak melombong pasir yang disyaki HARAM di Rasa.

"Akibat daripada kegiatan melombong pasir yang berleluasa sekarang ini, nanti apa yang tinggal di Selangor hanyalah lubang-lubang besar yang sudah tidak bernilai sedangkan tanah itu boleh digunakan untuk pembangunan ataupun pertanian," kata bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo kepada pemberita selepas membuat tinjauan di satu lombong pasir di Rasa di sini.

Katanya jika pasir diambil sehingga kedalaman tanah 36.6 meter, kos untuk menimbusnya adalah tiga kali ganda daripada hasil pasir yang dikeluarkan.

Beliau berkata mereka yang melombong pasir di Selangor kini cenderung untuk mengorek sehingga dalam bagi mendapatkan silika, iaitu pasir berkualiti tinggi, mungkin untuk dieksport berbanding dengan pasir biasa yang digunakan untuk pembinaan.

Khir berkata bahawa kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional dahulu hanya membenarkan pasir dikeluarkan di kawasan tanah persendirian dan kerajaan hanya mengutip royalti.

Katanya semasa beliau menjadi Menteri Besar, lebih 20 kawasan melombong pasir secara haram di sepanjang Sungai Selangor telah ditutup bagi mengelak pencemaran sumber air mentah ke loji rawatan air di Bukit Badong dan di Bukit Tagar berdekatan Batang Berjuntai.




Khir juga mempertikaikan peranan badan-badan bukan kerajaan yang semasa zaman beliau menjadi Menteri Besar aktif membangkitkan isu mengenai perlombongan pasir tetapi pada semasa pemerintahan kerajaan pakatan DAP-Pas-PKR sekarang, mereka ini tidak lantang seperti dahulu.

Mengenai dakwaan Abdul Khalid bahawa kawasan perlombongan pasir di Olak Lempit di Banting adalah sah, beliau berkata apa yang pertikaikan ialah kegiatan melombong pasir yang tidak terkawal di Bukit Changgang yang terletak bersebelahan dengan kawasan perlombongan pasir sah milik Kumpulan Semesta di Olak Lempit.

Apa yang boleh kita pertikaikan ialah, kenapa mereka (pekerja lombong) melarikan diri selepas mengetahui kedatangan Dr Khir dan pemberita dikawasan lombong. Jika benar lombong terbabit mempunyai permit yang sah? Apakah kebanyakkan lombong pasir ini sering dipantau oleh kerajaan negeri? atau kerajaan negeri mempunyai syer tertentu hingga boleh membiarkan bumi Selangor dipenuhi lubang-lubang haram? Hanya sigagap MB Selangor saja yang boleh jawab semua soalan ini.

Ds Najib juga berharap si Gagap ni buat kerja jaga Selangor elok-elok kata beliau "Saya berharap kerajaan negeri (Selangor) akan mengambil tindakan untuk memulihkan keadaan ini sebab isu ini telah menimbulkan kemarahan rakyat. "Rakyat Malaysia yang melihat (isu) ini sebagai satu kelemahan besar yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri (Selangor),”

Sumber Bernama

MctHeory:
Kita tengok apa akan jadi pada sidang dun Selangor nanti, apabila Ketua Pembangkang Selangor (Dr Khir) telah kembali dan bakal mengegarkan dun Selangor setelah lama digantung. Tungguuuuuuuuu!

1 ulasan:

lord ried berkata...

ALOO BEWAK MC ........

HANG NI TULIH PON TAK PAKAI OTAK. KHALID TU TAKLEH NAK SELESAI LA TU SABIK DIA MINTA CHE POLIH YANG ADA PISTOL, BOM TANGAN DAN C4 TU.
KAN SELANGOQ TU PON DOK DALAM MALAYSIA JUGAK.
KALU BENARKAN SELANGOQ MILIK CHE POLIH SENDIRI....FUHHHH LEBIH HEBAT LA DARI CHE POLIH YANG ADA.

NENTAH2 YANG DOK CURI PASIAQ TU GENG2 BEWAK KOT.
SAMPAI TAK GHETI DAH NAK AJAQ. BEWAK CURI PASIAQ, KETUA BEWAK SELANGOQ BUAT2 BISING.

he he he
gurau ngan...bewak pon...bewak laaaaaaaa