Rabu, 7 Julai 2010

KISAH BENGAPNYA BUDAK MELAYU SEKARANG! [MESTI BACA!]

Mc nak ceritakan kisah benar yang berlaku dikalangan remaja melayu kita sekarang. Tahukah kita bahawa ramai dikalangan remaja melayu yang langsung tidak berminat dengan perkembangan berita Tanah Air dan juga berita mengenai hal negara serta ekonomi. Kalau ada pun mungkin sebilangan remaja prihatin dan sudah pandai berfikir dengan waras.

Semalam Mc berkesempatan melepak bersama rakan-rakan, lepak kedai mamak, punyala lama tak melepak.. biasa la agak sibuk dengan kerja. Tapi bukan itu yang Mc nak cerita. Mc nak cerita mengenai dialog dua orang budak melayu disebelah meja Mc. Memang dialog mereka agak lucu, tetapi inilah realiti yang terjadi dikalangan remaja melayu kita sekarang.

Kisah tiga orang remaja sedang berbual, dua orang berbual, seorang lagi sedang bergayut (cakap dengan handphone).

Remaja A: Wei.. bulan depan kita merdeka kan?

Remaja B: A'a la.. bulan depan bulan ogos.

Remaja A: Kat mana nak lepak sambut merdeka nanti?

Remaja B: KLCC la best!.. hahah..

Disebabkan diorang cakap terlalu kuat, Mc sengaja memasang telinga mendengar perbualan budak-budak ni.

Remaja A: Ko tahu sambut merdeka, tapi ko hapa (langsung) pun tak tahu pasal merdeka.

Remaja B: Apa yang aku tak tahu dan ko tahu?

Remaja A: Kalau ko pandai, Siapa Perdana Menteri kita yang pertama?

Remaja B: KO ingat bodoh sangat ke, tentulah aku tahu. err... hmm... kalau tak silap aku, nama dia ada ONN, siapa tu.. err.. Aaa.. Jaafar Onn. Ye aku ingat, Jaafar Onn.

Remaja A: BETULLL.. tak sangka aku ko ni pandai jugak.

Waktu ni Mc kat meja sebelah dah bersembur tahan gelak dengan kelaku bodoh bengap budak-budak ni. Tiba-tiba kawan diorang yang sedang bercakap dihandphone bersuara.

Remaja C: Weii.. Perdana Menteri Pertama Jaafar Onn? Jaafar Onn tu bukan ke si Pelakon dan Penyanyi yang lembik dan gemuk-gemuk tu ke?

Remaja A dan B terdiam seketika..

Remaja A: yer laa.. Jaafar Onn tu yang pelakon gemuk lembut yang suka rancangan memasak tu la, baru aku ingat.

Remaja B: Habih tu, siapa perdana Menteri kita yang pertama?

Remaja C: Aku pun taktau.. tapi rasanya mungkin ada yang Onn.. Onn tu..

Remaja A: Ahh.. sudah la.. boring topic ni, bukan hal kita pun. Abaikan je la.

Sambil diangguk kawan-kawannya. Mc gelak-gelak sebenarnya, Mc kasihan dengan budak-budak melayu sekarang. Kalau tengok dari segi umur, macam baru 19 atau 20 tahun. Tapi takkan tak pernah belajar sejarah kat sekolah. Sampaikan PM pertama pun diorang tak tahu. Kesian-kesian.. Cuba bayangkan kalau mereka ini didatangi oleh orang tertentu dan kemudiannya mereka dihasut, contohnya mereka dihasut supaya mempercayai bahawa PKM (parti komunis malaya) ini adalah pejuang kemerdekaan yang tulen. Tentu sekali mereka akan percaya bulat-bulat.

Ini baru ilmu sejarah dan pengetahuan am, bagaimana pula dengan pengetahuan mengenai Agama Islam? Mc tak fikir mereka mengambil berat mengenai Islam. Mc pernah temubual seorang budak perempuan dan budak lelaki yang baru lepas kena tangkap khalwat. Yang paling Mc terkejut apabila, kedua-duanya langsung tak tahu cara nak mengucap dua kalimah syahadah. Bukan kata nak baca surah al-Fatihah, mengucap pun tak tahu. Masyallah.. Inilah dinamakan Islam hanya dalam I.C.

Sebelum remaja melayu kita menjadi semakin teruk, kita perlu ada program dikalangan belia remaja yang boleh membantu mereka dari segi pengetahuan agama dan menjaga mereka dari gejala yang tidak elok. Mc tak harap ibu bapa mereka ini mampu menjaga anak mereka, kerana jika ibu bapa mampu, mereka takkan jadi sebegini.

MctHeory:
Pada siapa kita harus tuding jari atas semua kesalahan ini?

7 ulasan:

C L J berkata...

Nak bagi kat Nik Aziz takut lak anak dia pukul dengan kerusi. Habis tu bagi kat Anuar je laaa. Biar dia yang balun lak ...

McTheory berkata...

C L J,

lama tak nampak.. ke mana menghilang?

Tanpa Nama berkata...

Inilah kalau Mak Bapak dia orang pengkiut tegar Parti Ajaran Sesat atau pengikut Tegar Parti Bermata Dajjal barua Yahudi lahanat. Kalau Mak Bapak borek sudahlah tentu anak rintek, kalau bapak kencing berdiri, anak merka tentu kencing tak beristinjak. Sungguh benngapnya anak2 Melayu kita tetapi Mak Bapak mereka tak ambil peduli, lantak lah, Mak Bapak kalau dah jadi ahlul bahalul, merka tak ambil peduli, buat anak tahu tetapi didik anak tak tahu, inilah pemikiran binatang Parti ajarang sesat dan Parti kuat meliwat.

Tanpa Nama berkata...

KEHHKEHKEH BRO CLJ CKP BTUL TU BROO.BYGKN BILE WALLY SLIPOR STAT BUKAK KITAB SAHIBUL HIKAYAT WAL SONGSANG & TARBIAH BUDAK2 OTAK ZERO TU. BILE DH SARAT OTAK DIORANG DGN BENDA2 SESAT TU, DIA PASS LAK KT SI JUBOREE UTK JD LAUK PLAK! PERGHHH..X DAPEK DEN NK NOLONG! KEHKEHKEH ADOIYAIII

Tanpa Nama berkata...

amat menyedihkan kerajaan patut menjadikan mata pelajaran sejarah diwajidkan di sekolah tak kira aliran sains atau sastera. Sebab yang menjadi melayu mudah lupa kerana lupa pada sejarah. Sejarah yang berlaku beberapa tahun pun mereka boleh lupa. tu pasal rang melayu senang kena bohong dengan parti putar alam seperti PKR dan parti putar agama PAS sebab tak mengingati sejarah kembali apa yang mereka bohongkan.

usin berkata...

cuba kaleh sikit kaitan politik dlm bab kebengapan budak2 skrang ni dlm hal2 agama. yg utama ialah mak bapak. mak bapak pikir antar anak kesekolah, anak akan pandai semua segi. anak pandai akademik, anak pandai sembahyang, mengaji. mak bapak betul2 lepas tangan. ni aku nk ajar sifir kt mak bapak yg x reti2. 1 hari ada 24 jam. 8 jam kt sekolah, 16 jam kt umah. kt sekolah t/jwb cikgu, kt umah t/jwb mak bapak. 2/3 dr masa yg ada bersama mak bapak tu, mak bapak buat apa? kalau anak pandai, mengakulah dia mak bapak yg bagus. kalau anak gagal, merempit, bohjan/bohsia, salah kerajaan, salah sekolah. negara makin maju, sifir senang camtupun x reti....alahai mak bapak!!

Hati Riang berkata...

aku risau masa depan negara kita kalau remaja umur2 camtu sampai tak tahu apa2 langsung tentang sejarah negara. bagaimana mereka memimpin negara? aku takut Malaysia kena jual camtuuuu je suatu hari.