Selasa, 6 Julai 2010

TABUNG MEMALI TELAH DISALAH GUNAKAN OLEH PAS?



Kisah Memali memang satu tragedi yang buruk. Ada pelbagai versi turut dilaporkan. Jika ditanya pihak Pas, semestinya polis dan kerajaan yang salah. Jika ditanya pihak kerajaan, pastinya puak pelampau Pas pula yang akan disalahkan. Sekarang Mc bukan nak cari punya dari salah siapa, cuma Mc sangsi keatas kutipan tabung Memali, sambung baca kisah dari Kedah Times

Kisah seorang balu yang menangis kerana kesepitan hidup ketika dia memerlukan bantuan.

… Makcik terpaksa bergadai barang kemas kerana keperluan anak yang baru dapat kerja." Jelas salah seorang balu mangsa Memali, semasa ditanya mengenai penderitaannya gara-gara bantuan terhadap dari Tabung Balu dan Anak Yatim dihentikan kerana kehabisan wang.

Beliau yang enggan dicatatkan nama dan gambar kerana keselamatan diri, menceritakan pengalamannya dengan Tabung mangsa Memali yang kini jadi isu dalaman PAS.

"Sebelum itu, semasa Cikgu Non jadi pentadbirnya tidak ada masalah. Tapi sejak Cikgu Non meletakkan jawatannya pada tahun 1997, pentadbir tabung memberitahu bahawa tabung balu tidak ada wang dan tabung anak yatim dihentikan kerana telah tiada lagi anak-anak yatim di kalangan mangsa tragedi Memali itu.

"Satu ketika, Makcik memerlukan wang untuk perbelanjaan membeli pakaian anak yang baru dapat kerja. Bila pergi jumpa pihak pengurusan tabung, mereka kata wang tidak ada. Kalau hendak juga dikira hutang. Kalau kira hutang bolehlah ….

"Makcik sedih dan menangis menerima kata-kata begitu.

"Oleh kerana keadaan mendesak, mahu tidak mahu, makcik terpaksa bergadai barang kemas bagi mendapatkan wang diperlukan.

Menjawab soalan bila mulanya sistem pemberian tabung berkenaan dilaksanakan begitu, beliau menjelaskan bahawa segalanya berlaku kerana mereka menyokong Cikgu Non.

"Makcik tak tahu apa masalah antara Cikgu Non dan Yusuf Hussin. Makcik ikut dan sokong Cikgu Non kerana selama ini dialah yang banyak membantu kami dan mudah dihubungi bila ada masalah. Itu saja. Makcik tak tahu masalah antara mereka dan makcik tak masuk campur.

"Bukan itu saja. Seorang anak perempuan Makcik mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Mesir, di Universiti Al-Azhar. Tapi kerana bantuan untuk anak yatim dan biasiswa mereka telah ditahan kerana Makcik didakwa menyokong Cikgu Non, maka anak Makcik tidak dapat memenuhi cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran di Mesir. Kini dia belajar sendiri untuk menduduki peperiksaan SPM.

Ketika ditanyakan kepada En. Azmi Haji Salim mengenai kebenaran kenyataan bahawa tabung balu dan anak yatim telah habis, berkata:" Saya pun ada dengar mengenainya dan berasa hairan bagaimana wang tabung itu boleh habis. Setahu saya wang derma mangsa Memali masih ada banyak lagi tersimpan di Harakah. Selain dari itu saya juga pasti bahawa pihak KOHILAL masih kekal menyumbangkan wang sebanyak RM 500.00 sebulan untuk biasiswa anak-anak mangsa."

"Saya rasa wang yang terkumpul telah disalahgunakan. Mungkin itulah sebabnya pihak Yusuf Hussin memansuhkan Tabung Balu dan Anak Yatim. Apabila tidak ada lagi tabung untuk mereka, segala bantuan yang dulunya biasa diberikan tidak wujud lagi. "Begitulah cara Yusuf Hussin membalas dendamnya kepada balu dan anak yatim yang lebih menghormati Cikgu Non beliau sendiri.

"Oleh kerana Cikgu Non banyak membantu balu dan anak yatim menyebabkan Yusuf Hussin rasa tak senang. Dia mula menyedari bahawa Cikgu Non lebih popular darinya. Mungkin beliau takut jawatannya dalam PAS Cawangan Memali digugat oleh Cikgu Non. "Mungkin juga itulah sebabnya mesyuarat tahunan cawangan tidak berani beliau adakan." Jelas Encik Azmi mengakhiri komennya.

Demikian secebis kisah penderitaan salah seorang balu mangsa tragedi Memali yang dulunya disanjung dan dibantu dengan penuh simpati oleh pemimpin PAS Kawasan Baling dan juga PAS Pusat.

MctHeory:
Hingga kini misteri tabung Memali masih lagi belum diselesaikan. Tiada pihak yang tampil untuk memberi jawapan. Apakah dana itu sudah disalahgunakan?

3 ulasan:

lord ried berkata...

HEELLEEEEEEHHH BEWAK MC NI......


BANYAK KA TABUNG MEMALI NI.......
MANA BANYAK NGAN TABUNG HAJI.....
KALU TAK SEBANYAK MANA,DAH TU TABUNG MEMALI TU PON DAH BASI...TADAK SAPA LAGI NAK DERMA...
MANA BULIH NAK TOLONG SAPA2.

HUH.....KALU TABUNG HAJI, BULIH LA HABAQ PITIH BANYAK SABIK TIAP2 ARI BAKAL HAJI DOK TAMBAH. TAPI HERAN LA....TIAP2 TAUN TABUNG HAJI RUGI SABIK PUAK2 BEWAK DOK TIPU DALAM MENEGA NAK AMIK UNTUNG KAT BEWAK.

he he he
geli ngan bewak habih idea nak suh parti bewak kuat.

Tanpa Nama berkata...

lord reid ni memang sah dah banyak sangat minum air rendaman terompah jamban wali selipar....
tu pasal fikiran jadi lembab....

lord ried berkata...

AWAT BLOG NI KURENG PENGUJUNG....
TADAK SAPA NAK MAI GURAU NGAN AKU KA

he he he