Sponsor

Memaparkan catatan dengan label memali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memali. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Mei 2014

HOT!! Ceramah Dedah Kebenaran Memali? Orang Baling #Kedah Kena Tipu Lagi Dengan Puak Pas!! #HanyaDiKedah


Semalam berlangsung Majlis Ceramah Politik KONONNYA "Mencari Keadilan Untuk Memali". Anjuran Pas, nak cari keadilan apa lagi pun taktaulah.

Depa buat ceramah politik tu di Madrasah Islahiah Diniah, Memali, BALING. Sebelum ni depa dah buat program, tapi malam semalam yang kemuncak.

Sebelah pagi tak ramai, berapa orang saja yang mai. Sebab geng muslimut buat. Ehh.. silap muslimah.

Sebelah petang baru ada acara penting Mahfuz Omar bersama Ajk Pas Cawangan Carok Semaliang si RAMLI bin CHE MIT. Biasa la.. depa pun cerita kononnya true story berkaitan Insiden Memali yang terjadi pada 19 NOV 1985.




Sambutan diterima kurang mengalakkan di sebelah pagi dan petang sekitar 200 hingga 300 orang sahaja. Manakala sambutan sebelah malam lebih kurang seramai 4,500 orang. Mahfuz dalam sidang media, target sekitar 20 ribu orang. Nampaknya gagal..

Cuma bila buat dikawasan sempit sekitar Madrasah ianya penuh hingga ke jalan utama. Pada pandangan kasar, nampak ramai, nampak sesak gila la. Tapi sebenarnya tak pun.

Biasa la Pas, kalau buat ceramah, yang dalam Kedah berapa orang saja mai. Import luar berlambak-lambak dok ada.

Ceramah selain dari PAS Pusat dan KEDAH, Mat Tyson pun ada, si Mat Taib tu, Hadi Awang, PandaNormah aka Mat Sabu bersama dengan Mahfuz Omar, ketua Pas Kedah paling lekeh dalam sejarah Malaysia. Dulu yang jaga Pas Kedah semuanya Ulamak besar, kali ni bagi kat Mahfuz, dia ni mana reti apa, baca jawi pun tak reti.

Masa depa dok promote ceramah ni, depa dok canang nama dan muka Musa Hitam. Nampaknya depa cuma guna nama dan muka, sebab Musa Hitam tak turun pun. Kesian la pada yang kena tipu, pi jauh-jauh nak dengar cerita sebenar dari Musa Hitam. Tunggu punya tunggu, Musa tak timbul, yang ada cuma Mahfuz hitam. he he..

Kena tipu lagi orang Baling. Masa himpunan derita Baling, dok kata Anwar nak turun, tapi tak turun pun. Kali ni kata Musa Hitam nak turun, tak turun-turun juga. Nampaknya Pas Kedah ingat orang Baling ni takdak maruah kot? Boleh dok kena bohong macam tu saja?

Tentu puak pemimpin Pas Kedah ni pikir, orang Baling ni bohong pi la kat depa, depa bukan kisah pun. Bohong 30 kali pun depa tetap sokong Pas. Kesian laa dengan orang Baling ni noo..

Cerita pasal Musa Hitam, dia tu orang bersalah, mana la dia nak berani turun. Satgie kena sumpahan apa-apa ka, naya pulak. he he..

Pas ceramah pi la macam mana pun, orang tau kisah sebenar sebelum dan selepas, sapa punya kerja.

Nak tau cerita pasal Memali, boleh klik link kat bawah ni..

HOT!! Jawapan Tun Dr Mahathir Pada Fitnah Peristiwa Memali!
http://kedahkekl.blogspot.com/2014/04/hot-jawapan-tun-dr-mahathir-pada-fitnah.html

KASI PANAS!! Kisah Memali Ibrahim Libya mati sia sia!! #PASesat
http://kedahkekl.blogspot.com/2012/05/kasi-panas-kisah-memali-ibrahim-libya.html

VIDEO PANASS! Apa kaitan Peristiwa #Memali Dengan #LahadDatu? (Wajib Baca)
http://kedahkekl.blogspot.com/2013/03/video-panass-apa-kaitan-peristiwa.html

PANASS!! Kisah Benar Pas Rembat Duit Tabung Memali!!
http://kedahkekl.blogspot.com/2013/02/panass-kisah-benar-pas-rembat-duit.html

Khamis, 10 April 2014

HOT!! Jawapan Tun Dr Mahathir Pada Fitnah Peristiwa Memali!

Tun Dr Mahathir Mohamed

1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.

3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan
Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.

9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi………..”

11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

13. Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.

Sumber dari blog rasmi Ayahanda Tun Mahathir

Selasa, 6 Julai 2010

TABUNG MEMALI TELAH DISALAH GUNAKAN OLEH PAS?



Kisah Memali memang satu tragedi yang buruk. Ada pelbagai versi turut dilaporkan. Jika ditanya pihak Pas, semestinya polis dan kerajaan yang salah. Jika ditanya pihak kerajaan, pastinya puak pelampau Pas pula yang akan disalahkan. Sekarang Mc bukan nak cari punya dari salah siapa, cuma Mc sangsi keatas kutipan tabung Memali, sambung baca kisah dari Kedah Times

Kisah seorang balu yang menangis kerana kesepitan hidup ketika dia memerlukan bantuan.

… Makcik terpaksa bergadai barang kemas kerana keperluan anak yang baru dapat kerja." Jelas salah seorang balu mangsa Memali, semasa ditanya mengenai penderitaannya gara-gara bantuan terhadap dari Tabung Balu dan Anak Yatim dihentikan kerana kehabisan wang.

Beliau yang enggan dicatatkan nama dan gambar kerana keselamatan diri, menceritakan pengalamannya dengan Tabung mangsa Memali yang kini jadi isu dalaman PAS.

"Sebelum itu, semasa Cikgu Non jadi pentadbirnya tidak ada masalah. Tapi sejak Cikgu Non meletakkan jawatannya pada tahun 1997, pentadbir tabung memberitahu bahawa tabung balu tidak ada wang dan tabung anak yatim dihentikan kerana telah tiada lagi anak-anak yatim di kalangan mangsa tragedi Memali itu.

"Satu ketika, Makcik memerlukan wang untuk perbelanjaan membeli pakaian anak yang baru dapat kerja. Bila pergi jumpa pihak pengurusan tabung, mereka kata wang tidak ada. Kalau hendak juga dikira hutang. Kalau kira hutang bolehlah ….

"Makcik sedih dan menangis menerima kata-kata begitu.

"Oleh kerana keadaan mendesak, mahu tidak mahu, makcik terpaksa bergadai barang kemas bagi mendapatkan wang diperlukan.

Menjawab soalan bila mulanya sistem pemberian tabung berkenaan dilaksanakan begitu, beliau menjelaskan bahawa segalanya berlaku kerana mereka menyokong Cikgu Non.

"Makcik tak tahu apa masalah antara Cikgu Non dan Yusuf Hussin. Makcik ikut dan sokong Cikgu Non kerana selama ini dialah yang banyak membantu kami dan mudah dihubungi bila ada masalah. Itu saja. Makcik tak tahu masalah antara mereka dan makcik tak masuk campur.

"Bukan itu saja. Seorang anak perempuan Makcik mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Mesir, di Universiti Al-Azhar. Tapi kerana bantuan untuk anak yatim dan biasiswa mereka telah ditahan kerana Makcik didakwa menyokong Cikgu Non, maka anak Makcik tidak dapat memenuhi cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran di Mesir. Kini dia belajar sendiri untuk menduduki peperiksaan SPM.

Ketika ditanyakan kepada En. Azmi Haji Salim mengenai kebenaran kenyataan bahawa tabung balu dan anak yatim telah habis, berkata:" Saya pun ada dengar mengenainya dan berasa hairan bagaimana wang tabung itu boleh habis. Setahu saya wang derma mangsa Memali masih ada banyak lagi tersimpan di Harakah. Selain dari itu saya juga pasti bahawa pihak KOHILAL masih kekal menyumbangkan wang sebanyak RM 500.00 sebulan untuk biasiswa anak-anak mangsa."

"Saya rasa wang yang terkumpul telah disalahgunakan. Mungkin itulah sebabnya pihak Yusuf Hussin memansuhkan Tabung Balu dan Anak Yatim. Apabila tidak ada lagi tabung untuk mereka, segala bantuan yang dulunya biasa diberikan tidak wujud lagi. "Begitulah cara Yusuf Hussin membalas dendamnya kepada balu dan anak yatim yang lebih menghormati Cikgu Non beliau sendiri.

"Oleh kerana Cikgu Non banyak membantu balu dan anak yatim menyebabkan Yusuf Hussin rasa tak senang. Dia mula menyedari bahawa Cikgu Non lebih popular darinya. Mungkin beliau takut jawatannya dalam PAS Cawangan Memali digugat oleh Cikgu Non. "Mungkin juga itulah sebabnya mesyuarat tahunan cawangan tidak berani beliau adakan." Jelas Encik Azmi mengakhiri komennya.

Demikian secebis kisah penderitaan salah seorang balu mangsa tragedi Memali yang dulunya disanjung dan dibantu dengan penuh simpati oleh pemimpin PAS Kawasan Baling dan juga PAS Pusat.

MctHeory:
Hingga kini misteri tabung Memali masih lagi belum diselesaikan. Tiada pihak yang tampil untuk memberi jawapan. Apakah dana itu sudah disalahgunakan?