Sponsor

Memaparkan catatan dengan label Tun Dr Mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tun Dr Mahathir. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Ogos 2025

Bila Tun Mahathir buat lawak "double meaning"


Jarang kita dengar Tun Mahathir mengulas mengenai perkara-perkara sulit. Ketika ni beliau berumur 80 tahun keatas.
 



Isnin, 9 Januari 2017

Lagi Kisah Menarik Mengenai Tun Dr Mahathir - Azimi Daim


Kisah menarik yang disampaikan Dato' Azimi Daim tentang pengalamannya menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO di zaman Tun Mahathir dan pengalaman beliau apabila berhadapan dengan masyarakat dunia yang begitu kagum dengan Malaysia ketika dipimpin Tun M.

Bagi Dato' Azimi Daim, Tun seorang yang sangat hebat sehinggakan pernah pengalamannya ketika berada di luar negara, seorang pemandu teksi warga Pakistan memaklumkan yang ibunya di rumah tidak letak atau simpan gambar Presiden dan Perdana Menteri Pakistan tetapi ibunya simpan gambar Perdana Menteri Malaysia.

Selain itu, banyak lagi pengalaman yang diceritakan oleh Dato' Azimi bagi menunjukkan betapa masyarakat dunia mengkagumi serta menghormati Tun dan ianya cukup berbeza pandangan masyarakat dunia pada ketika ini pada Najib yang mentadbir negara kita sekarang.

Ahad, 21 Jun 2015

Nukilan Mukhriz Tentang Ayahandanya


DAULAT SEORANG AYAH

Ha, when did you get back, Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.

Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.

Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa:

“Ha, bila balik Is?”

Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.

Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.

Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!

DALAM TEGAS, KASIH MELIMPAH

Ayah seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam. Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.

Sejak usia muda kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.

Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar. Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu.

Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!

HIJRAH

Ketika ibu melahirkan saya pada November 1964 itulah kali pertama ayah tidak berada di sisinya seperti ketika kelahiran kakak dan abang-abang saya.

Sewaktu saya teriak nyaring setelah punggung saya “ditampar” oleh jururawat - atau misi kata orang Kedah - wad bersalin Hospital Besar Alor Star, ayah berada dalam kereta api menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan yang baru dimenanginya.

Semakan hansard Parlimen menunjukkan bahawa ayah tidak menyertai perbahasan Parlimen pada hari itu, mungkin kerana terlalu seronok mendapat anak baharu. Tetapi beberapa hari selepas itu ayah mula bertikam lidah dengan seorang Ahli Parlimen dari Singapura yang tidak lain tidak bukan, Yang Berhormat Lee Kuan Yew.

Beliau menyampuk Ahli Parlimen dari Singapura itu sehingga dia berhenti berhujah dan duduk. Empat puluh empat tahun kemudian, dengan takdir, saya menjejaki beliau ke dewan yang sama sebagai Ahli Parlimen Jerlun.

Sudah menjadi pengetahuan umum yang datuk saya, Master Mohamad Ali, merupakan seorang pendidik yang sangat mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris. Dia mahu membuktikan kepada penjajah Inggeris bahawa orang Melayu juga mampu bertutur dengan penuh intelek dalam bahasa Inggeris.

Mungkin kerana itu juga ayah menghantar saya ke tadika Gereja Methodist di Alor Setar. Pada zaman itu tidak ada tadika atau taska seperti yang ada sekarang selain yang dikendalikan oleh gereja-gereja.

Seingat saya, kanak-kanak yang menghadiri tadika itu riang bermain sambil diajar subjek-subjek ringan sesuai dengan usia mereka. Setelah melihat bagaimana paderi Kristian berdoa sebelum makan dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan, saya tanya kepada ayah kenapa kita menadah tangan ketika berdoa di rumah. Ayah menjelaskan perbezaan itu dan menyuruh saya berdoa secara Islam sebelum makan di tadika.

Oleh kerana Sekolah Iskandar di Alor Setar diasaskan oleh datuk saya, maka tentulah ayah menghantar semua anak lelakinya ke sekolah itu yang terletak di belakang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Saya hanya sempat di situ hingga darjah empat kerana pada tahun 1974, Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melantik ayah Menteri Pelajaran.

Kami terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur dan saya tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke KSAH yang tersohor itu.

Saya masih ingat betapa gembiranya kami setiap kali menaiki kereta api, termasuklah apabila kami berpindah ke Kuala Lumpur. Kami menaikinya di Stesen Butterworth untuk perjalanan terus ke ibu negara.

Sebagai hiburan dan mengisi masa, setiap seorang daripada kami dibelikan komik - saya mendapat Beano dan Dandy – dua komik Inggeris yang amat popular waktu itu. Abang-abang saya pula memilih komik Combat.

Bilik-bilik tidur dalam gerabak mempunyai dua katil bertingkat. Kami berebut-rebut untuk dibenarkan tidur di katil atas. Sinki tersorok dalam almari.

Walaupun seronok dapat komik baru, tidak sampai setengah jam kami semua tertidur dibuai ayunan gerabak dan bunyi enjin kereta api. Celik-celik mata sudah sampai di Stesen Besar Kuala Lumpur. Kini kalau tidak mahu memakan masa tidak lebih 4 jam untuk ke ibu negara melalui lebuhraya, kita boleh terbang terus dari Alor Setar ke Subang atau KLIA.

Ayah menyewa rumah di Seksyen 16, Petaling Jaya. Saya masuk darjah lima di Sekolah Sri Petaling. Pada mulanya saya berasa terasing daripada pelajar lain kerana loghat Kuala Lumpur yang mereka gunakan sehinggalah berjumpa murid-murid berasal dari Perlis yang sama loghat dengan saya. Mereka dan beberapa orang lagi dari Selangor menjadi rakan karib saya hingga ke hari ini.

MRSM DAN JEPUN

Walaupun ayah saya Menteri Pelajaran, dia tidak menghantar kami ke sekolah menengah kerajaan. Sebaliknya dia menghantar saya dan abang saya, Mokhzani, ke sekolah asrama penuh kelolaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Suasana di Kelantan tidak banyak beza daripada Kedah, kecuali loghat bahasa, tetapi amat berlainan sekali berbanding dengan Petaling Jaya.

Saya mengambil masa yang lama membiasakan diri berjauhan dengan keluarga dan berasa tidak selesa berada dalam persekitaran yang cukup asing. Itulah perasaan saya pada tahun pertama di Kota Bharu.

Ayah berpesan kepada pengetua maktab supaya tegas dengan saya dan melayan saya seperti dia melayan pelajar-pelajar lain. “Kalau terpaksa tibai pun, silakan”. Dan memang pun saya dirotan kerana ditangkap merokok sewaktu dalam tingkatan lima!

MRSM, termasuklah dirotan, mengajar saya disiplin, berdikari, bergaul, berasa empati dengan taraf kehidupan yang berbeza-beza di kalangan pelajar dan menghormati serta menghargai pengorbanan guru.

MRSM memberi banyak ruang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri tetapi disiplin amat dititikberatkan. Saya percaya, lima tahun di MRSM pada usia yang sangat penting dalam pembentukan watak seseorang memberi kesan yang berkekalan kepada saya. Agaknya itulah matlamat ayah apabila membuat keputusan menghantar saya ke MRSM.

Keputusan beliau selanjutnya turut memberi kesan besar kepada perwatakan saya. Ketika ramai rakan MRSM melanjutkan pelajaran ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, saya menjadi “haiwan makmal” Dasar Pandang Ke Timur beliau. Saya dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Kalau di Kelantan saya mengalami permulaan yang sukar, di Tokyo lagilah.

Bukan setakat bahasanya yang langsung tidak saya fahami, tetapi budayanya juga jauh berbeza walaupun banyak ciri-ciri timur. Makan dan minum susah. Tidak cukup dengan itu, saya disuruh bekerja sambil belajar supaya dapat menampung yuran universiti dan meringankan kewangan keluarga.

Saya dihantar bekerja sambilan di ibu pejabat Bank of Tokyo Limited di Nihombashi, Tokyo. Serentak saya mempelajari bahasa Jepun sehinggalah saya memasuki Universiti Sophia di Ichigaya, Tokyo.

Ayah sangat kagum dengan budaya orang Jepun dan mengimpikan agar orang Melayu dapat menerap nilai-nilai baik daripada budaya Jepun. Kerap saya dengar hujah bahawa negara Jepun mencerminkan ciri-ciri Islam tulen walaupun ia bukan negara Islam.

Ciri dan nilai yang dipegang oleh masyarakat Jepun ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam seperti kegigihan dan ketekunan bekerja, sentiasa memikirkan kepentingan umum mengatasi kepentingan diri, menepati masa dan menjaga kebersihan.

Mereka setia dan komited kepada organisasi atau syarikat. Mereka mengamalkan semangat juang yang tinggi. Kesemuanya nilai-nilai murni yang ayah anggap sebagai ramuan wajib bagi menjayakan segala-gala yang kita cita-citakan untuk Malaysia.

Mungkin di peringkat awal di sana, saya tidak memahami tujuan yang tersirat apabila ayah menghantar saya ke Jepun. Namun, lama kelamaan saya makin menghayati manfaat yang saya peroleh selama lima tahun di negara matahari terbit itu. Sampai hari ini saya masih kagum dengan sikap orang Jepun dan berusaha agar rakyat Kedah mencontohi mereka.

Antara sikap orang Jepun yang patut diteladani ialah jujur dan amanah.

Apabila berlakunya gempa bumi besar di Tohoku, Jepun, disusuli pula oleh tsunami besar yang meranapkan bangunan dan memusnahkan harta benda, tiada langsung kejadian curi (looting) seperti yang kerap berlaku di negara-negara lain yang ditimpa musibah seperti itu. Malah sifat kemanusiaan mereka menjadi lebih terserlah ketika berlaku tragedi.

Bukan setakat itu saja, wang tunai Yen Jepun yang bernilai lebih RM273 juta, termasuk dari bank-bank yang ranap, dikutip oleh orang ramai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Adakah kita, khususnya orang Islam, dapat melakukan hal yang sama dalam keadaan seperti itu?

Dalam kejuaraan bola sepak terbesar dunia World Cup 2014 di Brazil, seperti dijangkakan pasukan Jepun kalah kepada Ivory Coast, seri dengan Greece dan tewas sekali lagi kepada Colombia. Namun, tidak seorang pun penonton bola yang tidak mengagumi dan menghormati Jepun.

Apa rahsianya?

Selepas setiap permainan, penyokong-penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium dan membuangkannya di tempat yang dikhaskan. Jepun kalah dalam pertandingan bola tetapi mereka dikagumi kerana budaya mulia yang mereka amalkan. Adakah kita mampu mencontohi mereka?

Sungguh tepat sekali keputusan ayah menghantar saya ke Jepun kerana di situ saya belajar tentang nilai dan jati diri satu bangsa kecil tetapi bercita-cita besar.

POLITIK DAN KONFLIK KEPENTINGAN

Umum juga mengetahui bahawa ayah tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau kerajaan sewaktu beliau memimpin UMNO dan negara.

Bila ditanya dalam satu forum apa maksud larangan itu, ayah berkata tujuannya ialah untuk mengelak daripada timbul situasi di mana beliau terpaksa memilih antara rakyat dengan keluarga. Dalam keadaan sedemikian, tentunya ayah akan memihak kepada rakyat jelata. Jadi di mana hendak diletak kepentingan keluarga?

Justeru, saya terpaksa menunggu hingga ayah bersara sebelum menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2004.

Bila saya memaklumkan kepada beliau mengenai keinginan saya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, bahagian UMNO yang beliau sendiri terajui selama 35 tahun, jawabnya ringkas, “Hmmm…kalah.”

Saya terkedu, tidak sekali-kali menduga itu respons ayah terhadap cita-cita saya.

Sekurang-kurang ayah boleh mendorong saya untuk mencuba nasib memandangkan beliau sudah pun bersara dan saya tidak lagi terhalang dengan ketegahannya. Sebaliknya respons ayah begitu mengejut dan mengecewakan.

Tetapi tepat sekali ramalan ayah, saya kalah sembilan undi.

Dari situ saya belajar mengenai politik. Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah - kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO.

Saya menang sebagai ahli majlis kerja (Exco) Pemuda dengan undi tertinggi. Sejak itu, saya tidak pernah rasa terlalu kecewa dengan keadaan yang sepatutnya mengecewakan. Saya yakin Allah SWT tentunya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.

Saya juga faham tujuan ayah yang seakan-akan tidak menggalakkan saya bergiat dalam arena politik. Memahami betapa politik itu dipenuhi onak dan duri, beliau mahu saya tidak ambil mudah dan dia mahu saya berpijak di bumi nyata, tabah dan tidak mudah kecewa.

INTEGRITI.

Antara perkara yang pertama saya lakukan setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah adalah menandatangani ikrar integriti. Saya mengumumkan pendirian saya tidak membenarkan kaum keluarga saya terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah.

Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah. Beliau mengulas: “Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah.”

Saya jawab: “Boleh”.

Ayah membalas: “Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?”

Saya jawab: “Kena tunggu Is berhenti dulu lah.”

“Bila nak berhenti?” tanya ayah.

“Dua puluh dua tahun lagi!” jawab saya berseloroh.

“Hai, macam balas dendam saja,” kata ayah dalam ketawa.

“Dah ayah ajar macam tu,” balas saya.

SELAMAT HARI BAPA DAN SELAMAT HARI JADI

Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada ayah saya. Juga ucapan Selamat Hari Jadi ke 90 pada 10hb Julai ini.

Untuk rekod 20hb Disember 1924 tercatat sebagai tarikh lahir rasmi ayah. Tetapi tarikh sebenar ialah 10hb Julai 1925. Kalau meraikan kedua-dua tarikh tersebut, maka usia ayah sepatutnya akan mencecah 180 tahun Julai ini!

Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan yang diberikan kepada saya secara langsung, dan lebih banyak lagi secara tidak langsung. Yang saya mohon ialah ayah terus mendoakan kami yang mewarisi negara ini dari orang sebelum kami.

Doakan agar Allah SWT terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami semua, supaya apa yang dicita-citakan oleh ayah dan ayah-ayah kita semua menjadi kenyataan, insyaAllah.

Selagi hayat dikandung badan, teruslah menegur kami agar kami tidak terpesong daripada landasan yang betul. Walaupun kami sudah dewasa, namun kebijaksanaan ayah dan orang-orang terdahulu masih kami perlukan. Supaya destinasi yang dituju terus didorong oleh momentum dan hala tuju yang diusahakan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Mudah-mudahan Hari Bapa tahun ini, dan ulang tahun kelahiran yang ke-90 bulan depan akan mengukuhkan lagi rasa hormat kami kepada ayah yang telah bersengkang mata berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.


Mukhriz Mahathir
21hb Jun, 2015

sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/

Khamis, 11 Jun 2015

Pengunjung Bangga Dan Teruja Dengan Mural Tun Mahathir Di Alor Setar


Bangga dan teruja, itu antara reaksi pengunjung-pengunjung yang datang untuk bergambar di lukisan mural bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang terletak berdekatan Pekan Cina dan Pekan Melayu di sini.

Tinjauan Bernama hari ini, mendapati semakin ramai pengunjung yang datang silih berganti dan tidak melepaskan peluang mengabadikan memori di situ, malah ada yang melakukan sesi penggambaran untuk praperkahwinan.

Ida Ashikin Abdullah, 19, dari sini berkata, beliau mula mengetahui kewujudan lukisan tersebut melalui laman sosial Facebook, sebelum memutuskan untuk membawa rakannya mengabadikan kenangan di sini.



Ida yang menjadikan Dr Mahathir sebagai idolanya, berasa bangga dengan pemilihan Dr Mahathir di dalam lukisan mural yang disifatkannya sebagai pemimpin terkemuka seluruh dunia.

"Pertama kali nampak cantik, nanti saya nak muat naik kat Facebook, supaya kawan-kawan yang jauh-jauh boleh pergi sini," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Mohammad Farhan Mohd Salleh, 19, pula berkata, kini dia tidak perlu lagi ke Penang Street atau Ipoh untuk mencari seni lukisan mural, memandangkan ianya sudah ada di sini.

"Ini boleh tarik ramai pelancong dalam dan luar negara, sebab 2016 kan Tahun Melawat Kedah, tapi patut buat lebih banyaklah," menurutnya.

Bagi seorang guru dari SMK Mergong, Mohd Syazwan Hamdi Mohamad Sharif,24, beliau dan tiga lagi rakannya sanggup mencari hampir sejam lokasi lukisan tersebut yang terletak di belakang Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Katanya, lukisan berkenaan secara tidak langsung menghargai Dr Mahathir yang menjadi kebanggaan anak Kedah dengan kepimpinan unggul beliau yang terkenal di seluruh dunia.

Lukisan mural berkenaan yang siap pada Sabtu, dihasilkan tiga anak muda dari Medium Touch, Kuala Lumpur bersempena Majlis Pelancaran Bulan Pelancongan Legenda Kedah yang dirasmikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, semalam.

Khamis, 30 April 2015

HOT! Ayahanda Tun Mahathir Percaya BN Mampu Menang di Kedua PRK! #PRKRompin #PRKPermatangPauh



KUALA LUMPUR 29 April – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Barisan Nasional (BN) berpeluang merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau juga yakin dengan keupayaan BN untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Rompin pada pilihan raya kecil 5 Mei ini.

“Kita ada peluang untuk menang di Permatang Pauh sebab parti lawan berpecah-belah.

“Di Rompin pun, kita ada peluang untuk menang sebab Pas nampak lemah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Belia dan Usaha Membina Negara di Institut Jerman-Malaysia (GMI), Kajang dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Selasa, 28 April 2015

Dr Asri Kata Ahmad Maslan Lebih Bijak Dari Ayahanda Tun Dr Mahathir?



Selepas kritikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad tidak faham tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST),

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil mengkritik kenyataan tersebut melalui laman Facebook miliknya.

Walaupun Asri tidak menyebut nama Ahmad, namun dalam postingnya, beliau mempersoalkan sekiranya pihak yang membuat kenyataan sedemikian lebih bijak daripada Dr Mahathir, jika bekas perdana menteri itu tidak memahaminya.

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!," tulis Asri malam tadi.

Semalam Ahmad menyifatkan Dr Mahathir sebagai tidak faham dengan GST selepas bekas perdana menteri itu mahu sistem cukai baharu dimansuhkan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir mungkin tidak menerima penerangan terperinci sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" kata Ahmad seperti dilaporkan Astro Awani.

Dalam posting yang sama, Asri juga berpendapat dalam fikah Islam, orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), pengurusan harta tidak boleh diserahkan dalam golongan seperti itu walaupun harta tersebut miliknya.

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?!," tulis Asri.

Posting tersebut memperoleh lebih daripada 41000 tanda "like" dan hampir 6000 jumlah kongsi.

Kebanyakan komentar mempersetujui kenyataan Asri dan ada yang menyuarakan pendapat tidak puas hati terhadap kenyataan timbalan menteri kewangan tersebut mengenai pelaksanaan GST yang membebankan rakyat Malaysia.

Dr Mahathir semalam, mengulangi pendiriannya menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya lapor The Malaysian Insider

Khamis, 23 April 2015

Dr Ridhuan Tee Komen Tentang Ayahanda Tun Dr Mahathir


SAYA tidaklah rapat dengan Tun Mahathir. Tetapi dalam Perkim, Tun adalah YDP dan saya adalah antara NYDPnya. Dua atau tiga bulan sekali, pasti kami berjumpa, bermesyuarat.

Selaku seorang negarawan, Tun boleh mengambil pendirian berdiam diri. Apatah lagi apabila sampai usia emas ini. Bermain dengan anak cucu. Tidak perlu pening kepala. Tetapi Tun tidak memilih jalan tersebut.

Negarawan tetap negarawan, hatinya tidak akan tenang, jika ada yang tidak kena. Tun lantang mengkritik dan memberi pandangan. Adakah itu salah dalam sebuah negara demokrasi?

Ada yang menyalahkan Tun kerana tidak menggunakan saluran parti. Persoalannya, adakah saluran parti akan menerima pandangan Tun atau pandangan Tun mungkin disenyapkan?

Memahami politik Malaysia, kadangkala orang sekeliling kita lebih sudu daripada garpu. Mungkin Tun dengan PM tidak ada apa-apa. Pertemuan bagaikan adik-beradik. Tetapi tidak kepada orang keliling. Cucuk sana, cucuk sini. Keadaan semakin buruk. Elok juga kadangkala PM berdiam diri.

Kita selalu mencari siapa benar, siapa salah. Bukannya mencari apa yang benar, apa yang salah. Berilah jawapan yang Tun bangkitkan. Itu sahaja yang Tun pinta.

Sama ada Tun berpuas hati atau tidak, kita lihat, yang penting jawab. Tun seorang yang rasional. Ada perkara yang saya berbeza dengan Tun, terutama isu hudud.

Tidak dinafikan Tun ramai pengikut senyap. Tun tidak keseorangan. Memahami budaya politik Umno, ketika berkuasa, pemimpin disanjung dan dijunjung. Kentutnya pun bau wangi. Berbeza dengan Tun, walaupun sudah tidak berkuasa, taringnya masih ada.

Politik membodek amat ketara ketika berkuasa. Jarang yang berani kata ‘No’ kepada PM. Boleh dikatakan, semuanya ‘Yes’ belaka. Saya tidak yakin PM mahukan jawapan sedemikian. PM mahukan keikhlasan. Tegur dan beri pandangan dengan ikhlas dan jujur. Bukan melaga-lagakan.

Tidak cukup dengan Tun, anak Tun, Mukhriz, MB Kedah, turut dimangsakan oleh segelintir pemimpin Umno. Mereka mahukan anak Tun menyatakan pendirian sama ada sokong Tun atau PM. Tidak salah jika anak Tun mengambil pendirian menyokong mana pun.

Apa yang penting, neraca yang digunakan, Islam. Amar makruf, nahi mungkar. Ditakdirkan anak menyokong bapa, tidak perlu cari jalan menyingkirkannya. Berlapang dada.

Kenapa perlu mangsakan sesama sendiri, sesama saudara? Tidak bolehkah dalam keadaan bermasalah kita berperanan menjernihkan, bukan menambah. Ibarat menarik rambut dalam tepung.

Kalau pemimpin Umno terus mengambil tindakan, saling jatuh-menjatuh, tikam-menikam, fitnah-menfitnah, Umno sedang menanti untuk membusuk, menggali kubur sendiri.

Amat malang, pemimpin yang tidak memikirkan kepentingan Umno secara keseluruhan, tetapi lebih kepada dahan yang mana lebih kuat untuk berpaut. Memang, politik itu sesuatu yang tidak boleh dijangka.

Ini belum termasuk lagi kisah salah seorang pemimpin pemuda Umno yang dikaitkan dengan skandal gadis keliling pinggang. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana pemuda ini boleh memimpin Umno suatu masa nanti. Eloklah pimpinan Umno cepat-cepat keluarkan orang sebegini.

Ambil iktibar ultra kiasu yang bijak berpolitik. Licik dan berstrategi. Misalnya, memberi amaran kepada Pas agar tidak terjerat dalam “perangkap” Umno, dengan merujuk kepada insiden ketika Pas menyertai kerajaan campuran BN 1973, selepas itu ‘ditendang’ keluar pada tahun 1977 serta tragedi Memali pada 1985.

Mereka memperlekehkan Pas seolah-olah tidak bernilai satu sen pun. Presiden dan pimpinan Pas bukanlah bodoh untuk masuk dalam perangkap Umno. Mereka sangat kenal siapa Umno. Namun, saya amat yakin pimpinan Pas memikirkan kepentingan umat Islam berhadapan bahaya ultra kiasu.

Tidak dinafikan ada orang Umno yang menolak dan menentang hudud. Tetapi tidaklah sejahat ultra kiasu. Pernahkah Pas dibawa berbincang sebelum ditendang dari PR Sabah?

Ingatan saya kepada Pas, selagi berada di landasan yang benar, tidak ada yang perlu ditakutkan. Biarlah ultra kiasu meminggirkan Pas. Kita mencari reda ALLAH, bukan reda manusia.

Pas mesti bersabar dan istiqamah. Rapatkan saf dan jauhkan daripada sebarang prasangka buruk atau persengketaan. Tidak mustahil suatu masa nanti, ditakdirkan Umno membusuk, disebabkan oleh tindakan segelintir pemimpinnya yang tidak boleh dicontohi, Pas boleh mengambil tempat Umno.

Kepada Umno, ingat amaran ALLAH, tidak mustahil, ALLAH akan gantikan kamu dengan orang yang lebih baik, jika kamu terus leka dan tidak sedar diri. Kembalilah kepada ALLAH dalam membuat sebarang keputusan. Insya-ALLAH selamat.

* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah,INSPIRE/PPA, UniSZA

Selasa, 23 September 2014

HOT!! Ds Hj @MukhrizMahathir Dedah Kisah di Sebalik Tun Dr Mahathir Letak Jawatan!! #MMFC #KedahSerataRata


Video dibawah ini sebenarnya dirakam semasa Seminar Pemikiran Tun Dr Mahathir di UUM semalam. Ada beberapa point dan cerita yang menarik patut kita tahu.

Apakah benar seperti yang diperkatakan sebelum ini bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO di sebabkan kecewa ?

Ikuti video Part 1 YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir menceritakan kisah di hari Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Pada pukul 5.30 petang ini, ikuti video Part 2 YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir menceritakan kisah Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri serta Presiden UMNO dan di hari yang sama Presiden Cuba, Fidel Castro mengarahkan Pegawainya menjemput YAB di lapangan terbang apabila mengetahui YAB baru tiba di Cuba atas urusan perniagaan.


Post by Mukhriz Mahathir FC.

Untuk menonton part seterusnya anda boleh ke page www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Ahad, 10 Ogos 2014

HOT!! Surat Warga Israel Kepada Ayahanda Tun Dr Mahathir!



Surat dari seorang yahudi, Shalom dari Hanan, Israel untuk Ayahanda Tun Dr Mahathir.


Dr Mahathir,
Sangat mantap secara logik bersandarkan pada bekas pentadbiran Reagan yang mempunyai mikrofon dan kamera dalam pentadbiran Bush, Encik Paul Craig Roberts. Anda sentiasa mengumpul fakta bukan dari sumber pertama hanya dari tangan kedua yang membasuh kain. Sudah tentu seorang anti Yahudi akan mendapatkan maklumat daripada seorang anti jew yang lain. Anda boleh merujuk kepada organisasi kemanusiaan Al Qaeda untuk maklumat lanjut, mereka mempunyai banyak maklumat.

Anda berkata:
"1. Saya ingin Angkatan Tentera Malaysia menyerang Amerika Syarikat dan Israel."
Oh, wira yang hebat. Anda mempunyai peluang untuk melakukannya semasa anda seorang PM di dalam perkhidmatan. Mengapa tidak anda uji kekuatan tentera Malaysia dan kemahirannya? Anda mempunyai peluang yang baik untuk menjadi seorang wira Islam melakukan Jihad terhadap kera dan monyet. Menjadi Salah ed Din pada zaman moden. Bagaimana anda boleh terlepas peluang untuk menjatuhkan kedua-dua, Amerika dan Israel dan membiarkan Iran untuk melakukannya sendiri? Oh retorik yang besar, adakah anda tahu bagaimana rupa satu peperangan?

Anda mengambil berat tentang bayi Iraq, Palestin, dan lain-lain ... Beruntungnya kami kerana anda tidak mengambil berat tentang anak-anak Yahudi yang menderita setiap hari dari roket Hamas yang merupakan sebuah organisasi amal Islam. Oh, 8 tahun mereka menghantar beribu-ribu roket penuh dengan peluru gula-gula yang menjatuhkan gula-gula kepada kanak-kanak di Sederot dan Negev.

Oleh kerana orang Yahudi mengawal ramai orang sebagai proksi, saya tidak pasti anda, Dr Mahathir tidak dikawal oleh mereka juga. Anda akan mengatakan bahawa anda tidak dikawal oleh Yahudi, tetapi saya boleh beri jaminan bahawa saya mengawal anda. Bolehkah anda menafikannya? Malaysia juga telah dimanipulasi oleh orang-orang Yahudi, dan kerana itulah mereka(Malaysia) tidak menyerang Amerika Syarikat dan Israel. Anda perlu menyemak dengan baik di kalangan menteri-menteri kerajaan dan pegawai-pegawai dan mencari kuda Trojan(proksi Yahudi) di sana.

Anda benci Israel bukan kerana konflik Israel-Palestin, tetapi anda benci hanya kerana kebencian orang Islam terhadap orang-orang Yahudi, yang kera dan babi. Kebencian anda bukan kerana politik, tetapi agama. Anda hanya sedang tenggelam di dalam era kegelapan moden.

Anda pernah berkata dalam satu ucapan anda bahawa umat Islam perlu menggunakan otak mereka untuk menghilangkan 13 Juta dominasi Yahudi di kalangan 1.3 bilion umat Islam. Adakah anda seorang yang boleh menjadi ikutan? Adakah anda mempunyai kebijaksanaan untuk melakukannya? Adakah anda mempunyai kuasa untuk melakukannya? Adakah anda tahu mengapa pelan anda tidak tercapai? Ini adalah kerana ia adalah tidak benar, tidak logik, tidak wajar, bukan kerana orang Yahudi telah mengawal dunia melalui proksi. Sejarah adalah lebih kuat daripada mana-mana kerajaan, pemimpin atau rakyat. Orang-orang Yahudi terselamat daripada peristiwa yang lebih rumit daripada apa yang anda sedang rancang, jadi jangan terlalu mengharap (kalau org melayu ckp “jangan haraplah..”), kami akan terus hidup walaupun berhadapan dengan rancangan anda.


Ini Jawapan dan reply dari Dr. Mahathir bin Mohamad

Tun Dr Mahathir membalas seperti Berikut:

Wahai Hanan,

1. Saya bersetuju sepenuhnya dengan anda bahawa untuk membina satu bangsa yang besar bukan hanya dengan menggunakan otak, tetapi seperti yang anda katakan ia pasti dapat membantu.

2. Bagaimanapun dengan menggunakan otak sahaja tanpa hati (perasaan) boleh menghasilkan satu raksasa.

3. Israel sudah tentunya satu bangsa yang besar, menjadi besar melalui otak pencapaian-pencapaian yang telah disenaraikan. Ya saya telah menggunakan produk-produk yang berasal daripada Israel seperti Microsoft Windows dan cip Pentium (yang dibuat di Malaysia) oleh Intel, sebuah syarikat Amerika.

4. Malah saya berhutang nyawa saya sepenuhnya kepada Israel kerana tentunya ada sesuatu yang telah dicipta oleh Israel diantara instrumen-instrumen yang digunakan dalam pembedahan jantung. Walau bagaimanapun kebanyakan produk yang digunakan telah dicipta dan dihasilkan oleh Jepun.

5. Saya kagum dengan bilangan Nobel Laureates yang Israel telah hasilkan. Saya akui kita tidak menghasilkan walaupun satu.

6. Tetapi bila hanya menggunakan otak tanpa hati, ia tidak akan menitikberatkan kesengsaraan yang terhasil daripada produk otak.

7. bom atom yang membunuh 100,000 lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi adalah hasil daripada otak Israel (Yahudi). Kebanyakan senjata jahat kini digunakan untuk membunuh berjuta-juta orang juga dicipta oleh Israel kepada Yahudi Zionis. Peluru Uranium dan fosforus yang telah digunakan di Gaza juga merupakan produk daripada otak Israel.

8. Krisis kewangan semasa yang sedang memusnahkan ekonomi Amerika Syarikat dan Britain malahan kesemua negara di dunia adalah disebabkan oleh manipulasi bank-bank, institusi kewangan dan sistem kewangan yang menyokong Yahudi Israel.

9. penafian kebebasan bersuara apabila ia datang kepada pembunuhan yang dikatakan orang-orang Yahudi dalam Perang Dunia II juga diilhamkan oleh Yahudi Zionis.

10. Tetapi lebih teruk sekali ialah rampasan tanah Palestin untuk mewujudkan negara Israel. Tidak puas dengan kawasan yang diberikan kepada orang-orang Yahudi oleh Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah merampas lagi tanah Palestin, membina penempatan di dalam kawasan-kawasan Palestin, tidak membenarkan rakyat Palestin menggunakan jalan raya yang dibina di atas tanah Palestin, membina titik cek sendiri di sempadan Palestin dengan Jordan dan dibina Tembok Berlin versi anda melalui kampung-kampung Palestin di atas tanah yang bukan sebahagian daripada Israel.

11. Sebelum penciptaan Israel, orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab di Palestin hidup secara aman. Dari segi sejarah orang Yahudi sentiasa mencari perlindungan di negara-negara Islam apabila orang Eropah menjalanan pembunuhan kaum terhadap mereka (Yahudi). Ini hanya berhenti selepas AS menawarkan suaka.

12. Semua keganasan yang kita lihat hari ini, sama ada negeri atau dimulakan oleh irregulars, bermula selepas Amerika Syarikat menyokong Israel terhadap percubaan Arab untuk mendapatkan semula tanah mereka melalui peperangan konvensional. Oleh kerana mereka (Arab) telah tewas dari segi senjata oleh Amerika Syarikat/Israel, perikatan (penyokong Israel) barulah lakukan Arab bertindak untuk mengambil pendekatan apa yang dipanggil keganasan. Sambutan Israel sentiasa dengan keganasan yang lebih besar sebagaimana yang dilihat di Gaza.

13. saya telah meminta seorang rakyat Amerika, apa yang beliau akan lakukan jika Texas telah diberikan kepada orang-orang Yahudi untuk mewujudkan negara Israel. Dia tidak menjawab. Tetapi saya percaya beliau akan berjuang untuk mendapatkan Texas kembali, menggunakan semua senjata di pelupusannya.

14. Namun sekiranya Amerika Syarikat bersedia untuk mewujudkan negara Israel di tanah-tanah di bawah kawalan Amerika Syarikat atau di Amerika Syarikat sendiri, tidak akan ada keganasan di Palestin atau di Timur Tengah. Tidak akan ada keganasan di Amerika juga kerana Israel akan dihapuskan oleh tentera AS. Dunia akan aman.

15. kekejaman yang dilakukan oleh kuasa-kuasa (tentera-tentera) anda di Gaza adalah bukan kerana serangan roket lemah oleh Hamas. Serangan itu adalah hasil daripada Israel dan Amerika Syarikat yang gagal untuk menerima keputusan pilihan raya yang dijalankan dengan baik.

16. Hamas hanya mampu menubuhkan kerajaan mereka di Gaza. Tetapi anda mengepung Gaza, menyekat makanan mereka, perubatan, tenaga eletrik, bahan api dan lain-lain. Jika anda tidak lakukannya yang saya tidak yakin bahawa Hamas akan menembak roket kepada anda.

17. Malaysia sedar bahawa untuk memboikot Israel secara total adalah mustahil. Kami juga sebenarnya memboikot produk Amerika yang mana adalaha satu tugas yang lebih mustahil. Kami tidak akan mampu menjatuhkan Amerika.

18. Tetapi apa yang kami lakukan adalah bertujuan untuk menunjukkan rasa meluat dan marah yang kami rasa daripada sifat kekejaman oleh orang-orang yang cerdik tetapi primitif dari Israel dan Amerika.

19. Anda boleh mengumpul hadiah Nobel dan hadiah-hadiah lain tetapi dunia akan memandang rendah terhadap anda orang yang sangat primitif yang merompak tanah melalui keganasan dan penderhakaan terhadap British (dulu British yang bawak masuk Yahudi ke Palestin pastu ajar tentera2 Israel..dari apa yg aku baca pastu Israel serang dan halau British dari tanah Palestine) dan seterusnya menggunakan kuasa anda yang mengawal tentera terbesar di dunia untuk menindas rakyat yang telah kamu rompak.

20. Tiada apa pun yang boleh anda banggakan, melainkan sekiranya anda berbangga menjadi kejam, dalam menjadi primitif yang ganas.

21. Faktor yang mengurangkan(keganasan anda) hanyalah kehadiran daripada sebilangan kecil di kalangan Israel yang malu dengan apa yang anda telah lakukan kepada rakyat Gaza.

Yang Benar

Dr. Mahathir

Jumaat, 11 Julai 2014

HOT!! Himpunan 7 Sindiran Ayahanda Tun Dr Mahathir Pada Kaum Cina! #MMFC


1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Melayu.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.

4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Melayu yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Melayu, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar orang cina dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun orang cina tidak berjuang langsung untuk membebaskan Malaysia dari penjajah.


-Tun Mahathir-

BACA SINI

Isnin, 7 Julai 2014

HOT! Benarkah Ayahanda Tun Dr Mahathir Bantu Tok Guru Nik Aziz di Kelantan?



Walaupun dulu Ayahanda Tun Dr Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz ni orang kata seteru besar. Tetapi sebenarnya, Tun Dr Mahathir masih lagi memberi wang kepada kerajaan Kelantan untuk membantu Islam melayu disana.

Ini membuktikan, ideologi politik tak memisahkan kita yang sedara semuslim ni.

Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.

Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.
Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.

Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nik Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan.

"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?

"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.

Itulah persaudaraan sesama muslim. Sebab tu bila ada orang kata kerajaan pusat tak bantu Kelantan, bagi admin ianya satu benda mengarut.

Takkan ratusan juta tu bukan satu bentuk bantuan?

Gaduh bab politik macam mana pun, kita tetap kiblat yang sama.

Betui dak?


Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

Jumaat, 27 Jun 2014

HOT!! Bila Tun Dr Mahathir Sindir Lagi Puak Pakatan!!


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed menyifatkan demokrasi sukar dilaksanakan dengan jayanya selagi pihak yang kalah dalam pilihanraya tidak menerima kemenangan pihak lawan.

Menurutnya, kerajaan pilihan rakyat mestilah dihormati bukannya dijatuhkan.

"Negara Arab tidak pernah diperintah secara demokratik. Sistem mereka ialah raja atau pemimpin berkuasa penuh. Sebab itu sukar bagi mereka menerima hasil pilihanraya.


"Selagi mereka tidak sanggup kalah dalam pilihanraya, selama itulah demokrasi tidak akan berjaya di negara mereka. Jika negara Arab ingin menjadi demokratik, pilihan rakyat melalui undi mestilah dihormati," katanya yang dipetik melalui tulisannya di blog Chedet, hari ini.

Jelasnya, demokrasi tidak mudah untuk diamalkan ekoran terlalu banyak syarat yang perlu dilaksanakan.

"Syarat terbesar ialah institusi pentadbiran yang ada mestilah terima pemerintahan parti yang menang. Sewaktu pilihanraya, anggota pemerintahan bebas mengundi sesiapa saja. Tapi setelah kerajaan didirikan, mereka hendaklah setia kepada kerajaan pilihan rakyat.

"Syarat ini dikenakan kepada pasukan polis dan tentera. Sebagai badan profesional dalam menjalankan tugas, kesetiaan mereka adalah kepada kerajaan pilihan rakyat," katanya.

Tegasnya, perebutan kuasa oleh pasukan bersenjata bukan sahaja menjadikan negara itu tidak demokratik malah tidak stabil.

Malah katanya, demonstrasi besar-besaran dan lain-lain tindakan ganas menghalang pemerintah sehingga akhirnya kerajaan jatuh akan sia-sia ekoran ia mengakibatkan ketidakstabilan negara dan ekonomi.

"Di negara maju dan demokratik, yang kalah terima kekalahan dan terima kedudukan sebagai pembangkang. Mereka menunggu pilihanraya akan datang untuk bertanding sekali lagi. Mereka mungkin berjaya, mungkin tidak tetapi keputusan pilihanraya dihormati," katanya.


Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..


Isnin, 21 April 2014

INFO! Ayahanda Tun Mahathir Mohon Kerajaan Runtuhkan Tambak Johor!!


Tambak Johor sudah tidak lagi relevan dalam dunia moden sekarang kerana ia dilihat menyekat laluan di Selat Tebrau.

Malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tambak Johor juga menyebabkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan pembinaan jambatan baru antara Malaysia dan Singapura yang dikenali sebagai ‘Jambatan Persahabatan’ seperti yang dicadangkan kerajaan.

“Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor”.

“Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina,” katanya selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Leaders in Today’s Society: Issues, Challenges and Way Forward’ di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak pada Rabu.

Beliau juga berharap kerajaan tidak akan membina jambatan di tempat lain dan kemudian meninggalkan Tambak Johor di tempatnya kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Johor.

“Ia (Tambak Johor) perlu dirobohkan, jika tidak tak adalah persahabatan,” katanya.

Dr Mahathir juga melahirkan kekecewaan beliau berhubung pembatalan projek pembinaan ‘Jambatan Bengkok’ di Selat Johor, sebelah Malaysia menghubungkan Tambak Johor ke Singapura.

Beliau berkata sewajarnya jambatan berkenaan dibina kerana Tambak Johor menghalang pergerakan aliran air timur-barat yang boleh digunakan bagi tujuan komunikasi.

Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan ‘Jambatan Persahabatan’ semasa sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di Putrajaya. – bnbbc.my

Ahad, 20 April 2014

HOT!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Komen Pertandingan Anwar dan Azizah Hanyalah Sandiwara? #PemilihanPKR



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan pertembungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi merebut jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sandiwara politik semata-mata.

Dr. Mahathir berkata, Anwar sentiasa ‘bersandiwara’ dan perkembangan terbaharu itu juga merupakan salah satu daripada sandiwara Ketua Pembangkang itu.

“Semuanya adalah sandiwara, apa yang berbeza agendanya sahaja. Beliau nak jadi Perdana Menteri di atas pentas bolehlah.

“"Saya boleh baca rentak politik beliau. Apa yang saya tahu Anwar ini penipu besar," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan bertajuk Leaders in Today's Society: Issues, Challenges and Way Forward di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Seri Iskandar dekat sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pertembungan satu lawan satu bagi jawatan Presiden PKR antara Anwar serta Wan Azizah yang merupakan penyandang jawatan tersebut.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir juga secara sinis menyindir Anwar berhubung kenyataannya mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dalam masa satu saat.

“"Saya dengar beliau kata mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 dalam masa satu saat sahaja, masih banyak lagi saat yang ada, buatlah," jelas beliau.

Ditanya mengenai langkah Pas untuk membentangkan rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat pada Jun ini, menurut Dr. Mahathir, parti tersebut mempunyai hak berbuat demikian.

Begitupun, jelasnya, terserah kepada ahli-ahli Parlimen untuk menyokong rang undang-undang itu atau sebaliknya - UM

Khamis, 10 April 2014

HOT!! Jawapan Tun Dr Mahathir Pada Fitnah Peristiwa Memali!

Tun Dr Mahathir Mohamed

1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.

3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan
Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.

9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi………..”

11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

13. Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.

Sumber dari blog rasmi Ayahanda Tun Mahathir

Jumaat, 4 April 2014

PANASS!! Dr Pakatan Kata Tun Dr Mahathir 'Binatang'? #KurangAjar


Seorang Sarjana Sains Politik yang menyokong kuat puak-puak Pakatan dan mengagumi Anwar Ibrahim, menyifatkan Tun Mahathir sebagai 'binatang politik' ataupun 'political animal' kerana sanggup berbuat apa saja demi kepentingan politik peribadi.

Sarjana berkenaan, Dr Kamarul Zaman Yusof juga menganggap bekas Perdana Menteri Malaysia berkenaan sebagai GILA dan tak betul kerana menuduh Musa Hitam mempunyai skandal seks dengan seorang budak bawah umur ketika pemerintahan beliau.

Tun Mahathir yang banyak berjasa kepada negara juga dilabelkan sebagai seorang pemimpin politik yang tidak mempunyai moral didalam perjuangan. Menurut Sarjana berkenaan didalam akhbar Harakah, Tun Mahathir memang akan melakukan apa saja demi mencapai keinginan beliau dalam politik.

"Dakwaan sebagaimana yang dijelaskan oleh Musa Hitam sebelum ini tiada yang pelik kerana trajedi itu benar-benar berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jadi dalam kes ugutan menuduh rakan politik dengan tuduhan salah laku seks pada saya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.." ujar Dr Kamarul.

Sebelum ini telah tersebar video perlakuan seks diantara individu yang didakwa Anwar Ibrahim dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur dari China. Namun Pakatan serta penyokong mereka menolak video berkenaan dan mendakwa ianya sengaja dihasilkan untuk memalukan Anwar. - MPP News

McTheory:
Kurang ajar Dr bodoh ni.. mau pijak atau bagi Anwar hukum SULA dia baru tau!!

Jumaat, 21 Februari 2014

#HOT! Betul Ke Tun Dr Mahathir Anti-Hadis?


Benar ke negarawan Melayu dan tokoh Islam terkemuka dunia ni anti hadis? Hanya orang yang tak berakal saja fikir macam tu.

Dengar ulasan dari UFB,





Kita mungkin sudah lupa sejarah Tun Dr Mahathir semasa beliau Perdana Menteri :

Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.

"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu,” cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45,

Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walau pun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.

Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.

“Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.

"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya.

Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah,” katanya ketika ditemui di Langkawi.

Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.

Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu. Sumber

Dengan apa yang beliau buat selama hidup ni, membantu umat Islam di Malaysia dan dunia, dengan jasa beliau selama 89 tahun. Tiba-tiba ada manusia yang hidup tak sampai separuh hidup Tun Dr Mahathir, nak pertikaikan pegangan Islam beliau?

Mc rasa orang tu lebih baik terjun bangunan la. Tak guna hidup! Bodohnya menyusahkan orang!


McTheory:
Orang bijak, cari sebab dan penyelesaian, bukan asyik nak menuduh!

Rabu, 19 Februari 2014

HOT! Tun Mahathir TAKUT Dengan Anwar Ibrahim?


Pertarungan politik Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tidak pernah berakhir.

Walaupun, kalangan pemimpin UMNO tahu Anwar anak emas Mahathir satu ketika dahulu tetapi mantan Perdana Menteri itu tetap mengecam Anwar tatas krinsip yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul.

Beliau yang banyak tahu pasal Anwar ibarat hanya jauhari mengenal manikam.

Justeru itu, ketika membalas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang mengatakan Dr Mahathir takut sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor, mantan Perdana Menteri itu mengakuinya.

Dr Mahathir berkata, beliau memang “takut” sekiranya Anwar menjadi menteri besar kerana orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi pemimpin kerana perlakuan beliau yang didakwa “tidak bermoral”.

“Tentulah saya takut (Anwar jadi MB) kerana orang akan rasa tak selamat bila dia ada di sekitar.

“Tengok apa jadi kepada kakitangan beliau,” kata Mahathir sinis.

Beliau dipercayai merujuk kepada kes membabitkan Anwar dan beberapa pembantunya termasuk Saiful Bukharin Azlan yang mendakwa diliwat pada 2008.

Menurut Dr Mahathir, Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi menteri besar malah perdana menteri sekalipun.

Katanya, Anwar hanya menubuhkan parti sema-mata untuk jawatan itu bukan untuk perjuangkan bangsa, agama atau apa-apa.

“Beliau masuk UMNO dulu pun hanya untuk jadi PM,” katanya dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Selasa.

Dr Mahathir sekali lagi menegaskan, bahawa Barisan Nasional (BN) perlu bertanding menentang Anwar sama ada diwakili UMNO, MCA, MIC, atau Gerakan pada pilihanraya kecil DUN Kajang 23 Mac depan.

Beliau turut mengalu-alukan calon bebas seperti bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan penyanyi dangdut Herman Tino “layak” bertanding atas semangat demokrasi.

“Bekas menteri dan orang seperti Herman Tino semua layak bertanding kalau ikut sistem kita. Mereka mungkin hilang deposit tapi tak apalah,” kata beliau.

Kelmarin, Dr Mahathir memberi amaran jika mahukan kerajaan yang pro Amerika Syarikat, rakyat atau boleh mengundi Anwar.

Anwar dan Dr Mahathir pernah bersama-sama memimpin kerajaan dan UMNO sebelum dipecat atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa pada 1998. - bnbbc.my

Khamis, 13 Februari 2014

HOT! Pas Mampu Jadi Menteri Besar Selangor! - Ayahanda Tun Mahathir



KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat sudah masanya PKR mengembalikan kerusi Menteri Besar Selangor kepada Pas.

Beliau berkata, PKR bukan menguasai keseluruhan PR seperti Umno dalam BN.

"Pas berhak untuk kerusi itu (menteri besar). Tidak bolelah dikuasai satu parti sahaja bukan macam BN, jumlah terbesar Umno sebab itu pemimpin Umno diangkat jadi perdana menteri.

"Tetapi dalam Selangor bukan PKR punya kuasa terbesar, jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai menteri Besar Selangor yang baru.

Menurut Mahathir dalam perkiraan sama juga Anwar juga bukan calon yang paling berhak untuk jadi perdana menteri.

"Anwar tiada hak untuk meletakkan syarat itu kepada parti dibawah PR," katanya.

Ditanya mengenai siapakah calon BN yang layak menyaingi Anwar dalam pilihan raya kecil ( PRK ) Dun Kajang.

Mahathir berkata, siapa calonnya tidak penting, tetapi parti yang mampu memberi khidmat terbaik itu perlu dipilih rakyat.


"Saya berpendapat kerajaan PR tidak mungkin mampu beri khidmat yang baik pada rakyat.

" Oleh itu rakyat perlu utamakan nasib mereka sendiri, kalau mereka salah pilih, dengan hanya kerana marah dan percaya dengan tuduhan palsu terhadap kerajaan dan pilih parti lawan saya rasa ini rugi," katanya.

Tambah beliau, dalam demokrasi rakyat perlu berpegang pada bilangan kerusi terbesar jangan hanya terpengaruh dengan dakwaan dan menggadai nasib mereka.

Mengulas mengenai kegagalan Anwar menyingkir peguam kanan kerajaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam kes rayuan Liwat II itu.

Mahathir berkata, Ketua Pembangkang itu menggunakan segala cara bagi melewatkan perjalanan kes beliau.

"Anwar mahu lewatkan selama mungkin sebab itu dia bawa usul untuk singkir Shafee, kerana dia takut dibicara sebab dia buat salah.

"Tetapi saya juga percaya dia takut pada shafee, sebab Shafee menang banyak kes yang rumit. Sebab itu Anwar gentar jugalah," katanya.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Ekspo Buku Malaysia dan anugerah Buku Negara 2014 turut mengajak orang ramai menzahirkan catatan harian dan pengalaman melalui tulisan.

Menurut beliau, tulisan itu bukan hanya dengan melalui penghasilkan buku sahaja tetapi dengan adanya kemudahan Internet, oranga ramai boleh menulis di ruang-ruang siber.

Bagaimanapun katanya, informasi di internet tidak kekal, jadi penting untuk dibukukan hasil tulisan itu agar maklumat yang ingin dikongsikan kekal menjadi panduan di masa hadapan. - SH


Kata-kata Tun Mahathir, Pakatan tak mampu nak bela rakyat!


Isnin, 10 Februari 2014

HOT! Anwar Ibrahim Mana Reti Hormat Undang-Undang! - Tun Dr Mahathir



Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau berharap pengundi Dewan Undangan Negeri Kajang sudah cukup bosan dengan sandiwara sebuah parti yang sengaja hendak mengadakan pilihan raya kecil walaupun ia tidak ada halangan dari segi undang-undang.

Beliau berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamakan sebagai calon pilihan raya kecil itu baru-baru ini, sebenarnya tidak menghormati undang-undang apabila terus memperkatakan dalam ceramahnya soal perbicaraan kes yang sedang dihadapinya di mahkamah.

"Orang tak hormat undang-undang tak ada hak jadi pemimpin. Pemimpin mesti orang yang pegang kepada undang-undang dan peraturan, barulah negara aman. Kalau kita dapat seseorang yang tidak hormati undang-undang sebagai pemimpin, negara akan rosak," katanya.

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas menerima kunjungan pengayuh basikal solo, Wan Hashim Wan Mahmood, 68, di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Pilihan raya kecil Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini ekoran peletakan jawatan secara mengejut wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas. - Bernama