Isnin, 9 Januari 2017

Lagi Kisah Menarik Mengenai Tun Dr Mahathir - Azimi Daim


Kisah menarik yang disampaikan Dato' Azimi Daim tentang pengalamannya menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO di zaman Tun Mahathir dan pengalaman beliau apabila berhadapan dengan masyarakat dunia yang begitu kagum dengan Malaysia ketika dipimpin Tun M.

Bagi Dato' Azimi Daim, Tun seorang yang sangat hebat sehinggakan pernah pengalamannya ketika berada di luar negara, seorang pemandu teksi warga Pakistan memaklumkan yang ibunya di rumah tidak letak atau simpan gambar Presiden dan Perdana Menteri Pakistan tetapi ibunya simpan gambar Perdana Menteri Malaysia.

Selain itu, banyak lagi pengalaman yang diceritakan oleh Dato' Azimi bagi menunjukkan betapa masyarakat dunia mengkagumi serta menghormati Tun dan ianya cukup berbeza pandangan masyarakat dunia pada ketika ini pada Najib yang mentadbir negara kita sekarang.

2 ulasan:

Mohamed Noor berkata...

Lagi hebat si PM yang boleh tak tahu mana datang duit juta- juta dalam akaun peribadi...hehehe..(hebat dari kacamata P T P T N la)

Tanpa Nama berkata...

copy paste dpd blog mukhriz ye bro...hahahaha
ye, takde siapa nak nafi, zaman kegemilangan dr mahathir (tun) menjadi pm malaysia.
tapi itu dahulu bro, apa signifikannya dengan situasi sekarang? dah la ekonomi dunia masih bercelaru, asakan dan pembantaian dalam negara juga dilaksanakan tanpa belas kasihan.
asal dulu rakyat mengharapkan tun menjadi penasihat, walaupun ada penolakan daripada pm yang rasa sedikit tercabar dgn egonya. namun istiqomahlah. zaman nabi dulupun lagi teruk penolakan tapi sabar tetap sabar, serta istiqomah. namun tun tidak memilih itu tetapi memilih menjadi punahsihat. semuanya menjadi punah ranah sekarang. demi apa? adakah ini sebenarnya menguntungkan rakyat? majoriti rakyat untungkah? atau sebahagian kecil yang gilakan kuasa dan kekayaan sahaja?
itu pandangan saya.