Sponsor

Memaparkan catatan dengan label dr asri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dr asri. Papar semua catatan

Selasa, 28 April 2015

Dr Asri Kata Ahmad Maslan Lebih Bijak Dari Ayahanda Tun Dr Mahathir?



Selepas kritikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad tidak faham tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST),

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil mengkritik kenyataan tersebut melalui laman Facebook miliknya.

Walaupun Asri tidak menyebut nama Ahmad, namun dalam postingnya, beliau mempersoalkan sekiranya pihak yang membuat kenyataan sedemikian lebih bijak daripada Dr Mahathir, jika bekas perdana menteri itu tidak memahaminya.

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!," tulis Asri malam tadi.

Semalam Ahmad menyifatkan Dr Mahathir sebagai tidak faham dengan GST selepas bekas perdana menteri itu mahu sistem cukai baharu dimansuhkan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir mungkin tidak menerima penerangan terperinci sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" kata Ahmad seperti dilaporkan Astro Awani.

Dalam posting yang sama, Asri juga berpendapat dalam fikah Islam, orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), pengurusan harta tidak boleh diserahkan dalam golongan seperti itu walaupun harta tersebut miliknya.

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?!," tulis Asri.

Posting tersebut memperoleh lebih daripada 41000 tanda "like" dan hampir 6000 jumlah kongsi.

Kebanyakan komentar mempersetujui kenyataan Asri dan ada yang menyuarakan pendapat tidak puas hati terhadap kenyataan timbalan menteri kewangan tersebut mengenai pelaksanaan GST yang membebankan rakyat Malaysia.

Dr Mahathir semalam, mengulangi pendiriannya menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya lapor The Malaysian Insider

Khamis, 12 Disember 2013

INFO! Dr Asri Sokong Syiah Bebas di Amalkan?




10 DIS: “Penganut Syiah ada hak amal kepercayaan mereka, kata bekas mufti”. Kalau baca tajuk ini sekilas lalu, seolah-olah bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong penganut Syiah di negara ini.

Tetapi hakikatnya, kenyataan asal Dr. Asri itu telah disalah ertikan oleh wartawan portal The Malaysian Insider (TMI) untuk menjadikan artikel tersebut lebih sensasi.

Perkara ini nyata tidak disenangi oleh Dr. Asri.

DR ASRI…Nampak macam saya sokong Syiah

Menerusi Facebooknya, beliau menjelaskan kenyataan disiarkan oleh TMI telah disalahtafsir dan nampak seperti beliau menyokong penganut Syiah yang boleh bebas bebas amal kepercayaan mereka.

“Laporan MI (Malaysian Insider) seakan saya pertahankan Syiah di Malaysia. Ini tidak tepat. Saya bercakap bahawa semua pihak yang dituduh hendaklah dibuktikan kesalahannya di sudut undang – undang.

“Tanggungjawab pemerintah menjelaskan kesalahan itu agar rakyat faham. Nada berita itu semacam bunyinya,” tegasnya di laman sosial itu

TMI sebelum ini melaporkan Dr. Asri berkata penganut fahaman Syiah seharusnya tidak diganggu untuk mengamalkan kepercayaan mereka walaupun beliau mempunyai pendapat sama dengan kerajaan bahawa ia mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.

“Memang benar kalau kita lihat negara yang mengamalkan fahaman Syiah seperti Pakistan dan Iran biasanya akan menjerumuskan kepada kekecohan, huru-hara dan kita tidak mahu ia terjadi di negara ini.

“Sehingga kini, kerajaan hanya mampu bercakap Syiah membahayakan. Fahaman itu harus dihalang, namun apa yang bahayanya? Daripada segi apa? Apakah kekacauan itu sebenarnya kerana ia kenyataan yang mengelirukan dan tidak jelas,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Jelas di sini, apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Asri adalah berkaitan kekeliruan dari segi undang-undang di mana dalam ucapan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini tidak dinyatakan dengan jelas bukti penglibatan seseorang di dalam Syiah.

Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lalu Dr Ahmad Zahid mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap ‘pemimpin No.2 PAS’, yang didakwa menjadi pengikut Syiah.

Walaupun terdapat ugutan daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mahu mengambil tindakan saman terhadap beliau, Dr. Ahmad Zahid nyata tidak gentar malah beliau bersedia untuk mendedahkan bukti pada satu sidang media khas yang akan diadakan kementeriannya dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau , dalam sidang media itu beliau akan menunjukkan pelbagai bukti termasuk bahan bergambar yang dapat membuktikan pemimpin pembangkang itu sebagai pengikut Syiah. -bnbbc.my


McTheory:
Dr Asri tak sokong syiah laa.. dia wahabi saja. he he..

Isnin, 22 April 2013

PANASS!! Dr Maza FITNAH Ustaz Fathul Bari!! @RealDrMAZA



Sekali lagi Dr Maza memfitnah Ustaz Fathul Bari! Apa masalah Dr Maza ni sebenarnya? Sebelum tweet sesuatu perkara tu, adakah Dr Maza pastikan dulu perkara tersebut betul atau tidak? Kalau tak betul, bukankah ia menjadi fitnah?

Kalau dilihat kembali sifat iris hati Dr Maza terhadap Ustaz Fathul, ianya semakin menjadi-jadi. Kenapa begitu?

Adakah kerana Dr Maza sakit hati melihat Ustaz Fathul Baru menjadi calon di DUN Sanglang? Ini bukan pertama kali Dr Maza menyerang Ustaz Fathul, malah kali ini Dr Maza bermain persepsi seolah-olah Ustaz Fathul mengajak orang supaya berbohong.

Kalau kita selidik balik tentang perkara ini, nampak sangat ada pihak yang tidak bertanggung jawab telah memutar belitkan kenyataan Ustaz Fathul.

Malah Ustaz Fathul sendiri telah menjawab tentang perkara ini dalam video dibawah,




Sekarang ni Dr Maza nak kata apa? Nak minta maaf? Berani Dr Maza tweet minta maaf terhadap Ustaz Fathul kerana telah salah sangka dan TER fitnah beliau? berani? Ulamak apa yang suka sebarkan fitnah ni? aduhh.. mungkin Ulama akhir zaman!

McTheory:
Sekali dah buat salah, orang takkan percaya sampai bila-bila!

Khamis, 7 Februari 2013

PANASS!! Dr Asri SINIS Perli Gangnam Style Datang Malaysia!! #GangnamBNstyle



Dr Asri tahu ke tak si PSY tu datang Malaysia untuk apa. Siapa yang jemput PSY datang ke Malaysia? Bukan ke si PSY tu datang untuk memeriahkan rumah terbuka Gong Xi Fa Cai di Pulau Pinang. Gerakan Penang yang bertanggung jawab menjemputnya.

Bawa datang Malaysia bukan suruh si PSY tu buat konsert round 1 Malaysia. Dia hanya untuk meriahkan perayaan yang sememangnya untuk kaum cina. Jadi apa masalahnya?

Mc pun pelik bila seorang bijakpandai agama macam Dr Asri sengaja mencari salah kerajaan dalam hal PSY ni. Banyak lagi perkara yang boleh Dr Asri ni fikir, tapi dia tetap nak membantah apa saja kerajaan buat.

Kalau benar nak tegur salah kerajaan, tegur la sama adil. Bila Pakatan buat salah, dia hanya tengok dan berdiam diri. Bila kerajaan pusat salah, terus hentam tanpa henti. Itukah itu perlakuan seorang bijak pandai agama yang disegani?

Rasanya isu kalimah Allah, LGBT, pluralisme, sokong Israel lagi besar dari PSY datang Malaysia. Awat Dr Asri tak komen? Agak-agaknya dia sokong kot semua tu?


McTheory:
Makin sasau jauh Dr Asri ..

Selasa, 29 Januari 2013

TUDIAA!! Apabila Dr MAZA Di Panggil Ulamak Muzabzib!!


Tengok sendiri penjelasan Ustaz Rasul Dahri yang boleh menjinakkan ego MAZA. Apa itu Ulamak Muzabzib? Lihat penerangan video dibawah,

Khamis, 6 Disember 2012

PANASS!! Dr Asri Bertanding Atas Tiket PKR Pada PRU ke 13?


Sebelum ini Antarapos melaporkan bahawa PKR menggunakan orang tengah menemui Dr Mohd Asri bagi membincangkan perkara bahawa beliau akan bertanding di DUN Penanti.

Sebelum ini Mohd Asri berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding pada PRU13 meskipun menerima tawaran daripada banyak pihak untuk berbuat demikian.

Pada pilihan raya umum empat tahun lalu, PKR memenangi kerusi itu. Tetapi satu pilihan raya kecil diadakan pada 31 Mei 2009 selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohammad Fairus meletakkan jawatan sebagai ADUN Pulau Pinang.

PKR meletakkan Mansor sebagai calon tetapi BN tidak bertanding, kerana memulaukan PRK tersebut. Sekarang, DUN Penanti terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimana pun, Utusan melaporkan perkara yang sebaliknya. Hari ini akhbar tersebut menyiarkan kenyataan Dr Asri yang menafikan akan bertanding atas tiket PKR.

Dr Asri menafikan laporan Antarapos :

Menurut Mohd Asri, desas-desus mengatakan beliau akan bertanding di DUN Penanti adalah tidak benar.
"Saya tidak cakap apa-apa pun sama ada setuju atau tidak, kena tanya sumber yang buat cerita itu, dari mana dia dengar." katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mc pun tak tahu, dari mana Antarapos mendapat berita ini. Tapi kalau benar Dr Asri nak bertanding pun, janganlah pilih PKR, baik pilih Pas saja. Kalau nak PKR juga, baik Dr Asri bertanding atas tiket Dap, lagi bagus.

PKR dah tentu sokong liberal dan seks bebas. Baik Dap, sekurang-kurangnya Dr Asri ni anti Melayu Islam. hehe..

McTheory:
Kalau Pas, dah tentulah Dr. Asri tersesat jauhh.. hehe

Ahad, 18 November 2012

TUDIAA!!! Dr Maza Mengesahkan PAS Songlap Duit Tabung Mamali?


Senyum, tak perlu kata apa-apa. Senyum, tak perlu kata apa-apa! Nilaikan saja lahh.. Besar dosanya makan duit anak yatim oi...

Rabu, 7 November 2012

PANASS!! Dr Asri Di Kecam Peminat Kerana Menyokong Nurul Izzah Supaya Melayu Murtad!

Dr Asri atau MAZA


Belum reda isu Video Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama di salah sebuah forum, blog Mymassa, mendedahkan bahawa Dr Maza yang sering terpalit dengan isu-isu kontroversi juga menyokong kenyataan Nurul Izzah. Benarkah begitu?

DR Maza pula terus menghangatkan isu ini apabila menyatakan sokongannya kepada Nurul Izzah. Status Facebook Dr Maza itu betul-betul mengejutkan kerana DR Maza seorang yang dianggap tokoh Ilmuan Islam di Malaysia. Bagaimanakah seorang tokoh Islam dapat memberikan kenyataan menyokong hanya dengan penafian dalam satu perbualan telefon?

Banyak persoalan yang timbul atas kenyataan sokongan Dr Maza itu. Beliau hanya mengambil satu sumber sahaja iaitu daripada penafian Nurul Izzah di telefon. Adakah Dr Maza sudah melihat bukti VIDEO dan AUDIO daripada Youtube? Adakah sumber itu tidak boleh dijadikan bukti. Dan yang manakah lebih sahih Video atau penafian Nurul Izzah. Kami amat kesal dengan kenyataan Dr Maza tersebut. Seolah-olah Dr Maza berfikiran agak dangkal dalam menilai sesuatu isu. Memang benar Nurul Izzah tidak menyebut "melayu boleh murtad", tetapi kenyataan  "Rakyat tidak harus dipaksa menganut sesuatu agama dan ini juga harus terpakai kepada orang Melayu"-(terjemahan daripada Bahasa Inggeris) jelas memberikan maksud yang sama menuju ke arah murtad.



Kami juga turut kesal apabila Dr Maza terus menyalahkan Media atas isu Nurul Izzah tersebut. Meletakkan kesalahan sewenang-wenangnya tanpa merujuk beberapa sumber menunjukkan  Dr Maza seolah-olah keliru. Inikah peribadi seorang tokoh dan ilmuan Islam yang sering dirujuk jika ingin menjatuhkan sebarang hukum? Wallahualam....



Peminat-peminat page Dr Maza di Facebook turut mengecam status Dr Maza. Kalau yang menyetujuinya dan memberi "like" itu pun sudah tentu pro pembangkang yang masih ingin menegakkan benang yang basah!

Jadi kami masukkan balik Video Kenyataan Nurul Izzah, waris lidah bercabang Anwar Ibrahim!





P/s: pTerlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya

McTheory:
Bapak borek, anak rintik!

Isnin, 15 Oktober 2012

PANASS!! Fatwa MAZA Halalkan Demontrasi ikut Yahudi Bukan Salafi?


Ini bukan tuduhan tetapi pertanyaan, Dr Maza ni fatwa Halalkan Demontrasi ikut Yahudi atau Salafi? Tapi kalau mengikut latar belakangnya, anda tentu tahu fatwa mana yang beliau keluarkan.






DrMAZA selepas menjawat Mufti Perlis pernah menjadi felo di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) dan juga kolumnis tetap di Malaysiakini (yang dikatakan turut ditaja oleh kepentingan Amerika dan George Soros). Kebelakangan ini, idea-ideanya sekarang ini banyak dipengaruhi oleh pemikiran barat dan juga banyak memuja reformis ugama Kristian, Martin Luther yang mengasaskan ugama Protestan di Eropah.

Buat masa ini, DrMAZA sudah mula cenderung ke arah pemikiran Islam yang diacuankan oleh pemikiran Barat daripada acuan ulamak-ulamak dari Timur Tengah serta banyak berdiskusi dengan sarjana-sarjana dari Barat berkenaan hal-ehwal politik Dunia Islam. Perubahan ini banyak dilihat setelah kembalinya beliau dari Oxford University.

Baru-baru ini, DrMAZA juga telah menerima “penghormatan” untuk menghadiri makan tengahari bersama Duke and Duchess of Wales, Prince William dan Puteri Katherine yang berkemungkinan besar tidak ada kaitan dengan statusnya sebagai bekas mufti Perlis.

Jadi tentu anda tahu DrMAZA ni ikut yang mana. Nak lebih terang dan jelas anda boleh lihat video kat bawah ni..

Jumaat, 12 Oktober 2012

PANASS!! Surat Terbuka Untuk Umat Islam Malaysia dan Dr Asri!!


 Email ni Mc dapat dari seorang sahabat, sesuai untuk tatapan umat Islam di Malaysia. Malah individu ini tujukan khas kepada Dr Asri, seorang Ummarak di Malaysia.

SURAT TERBUKA UNTUK KAUM MUSLIMIN DAN BEKAS MUFTI PERLIS DATUK ARIF PERKASA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


Beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku dalam negara amat membimbangkan saya. Saya seorang India yang telah memeluk Islam. Alhamdulillah, saya menerima hidayah memeluk Islam ketika menuntut di universiti.

Saya dilahirkan dalam agama Kristikan Katolik dan sehingga kini kedua ibu bapa saya masih beragama Kristian. Saya memeluk Islam sejak 15 tahun yang lalu. Ia merupakan sebuah perjalanan hidup yang paling indah dalam hidup saya.

Setiap hari saya mendalami ilmu agama Islam dan berusaha sedaya-upaya untuk mengamalkan semua ajaran Islam, di samping berusaha menyebarkan dakwah kepada rakan-rakan non-Muslim.

Pengaruh paling utama mempengaruhi saya memeluk Islam ialah buku-buku yang ditulis oleh Syeikh Ahmad Deedat. Beliau memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang perbandingan agama, bahkan sering dijadikan rujukan utama seluruh dunia untuk mendakwahkan Islam kepada penganut agama Kristian.

Saya berasa amat bersyukur kepada Allah dan bertuah kerana berada di sebuah negara Islam Malaysia, dengan itu saya dapat beramal dengan ajaran Islam secara bebas. Sehingga kini saya masih lagi belajar mengenali al-Qur’an dan Sunnah melalui beberapa ilmuan seperti Ustaz Hussein Yee dan Ustaz Farid Ravi.

Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik pula merupakan inspirasi buat saya. Saya amat meminati dan mengagumi usaha mereka bedua mempromosikan Islam ke seluruh dunia. Justeru, apabila mendapat berita bahawa Dr Zakir Naik akan datang ke Malaysia, saya berasa amat teruja dan telah membawa seluruh ahli keluarga menghadiri syarahan beliau.


Namun apa yang mengelirukan saya ialah apabila seorang ilmuan yang juga bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis menulis dalam twitternya bahawa Ulama’ Muda dari sebuah parti politik mendakwa akidah Dr Zakir Naik sebagai sesat. Twitter beliau berbunyi,” Buruk sungguh bila ‘ulama’ muda’ parti politik mndakwa akidah Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat pun x betul”.

Ketika itu saya berasa sangat marah. Mungkinkah seseorang yang menyerahkan seluruh hidup dan usahanya (tentunya dengan izin Allah), mengIslamkan beribu orang, kemudian dituduh dengan tuduhan sedemikan rupa? Sehinggakan sahabat saya Lim Jooi Soon menulis respon balas menyatakan rasa marah dan kecewa terhadap kenyataan Ulama’ Muda. Brother Firdaus Wong juga meluahkan kekecewaannya terhadap ustaz dari UMNO itu di dalam blognya.

Namun selepas itu baharu saya perasan bahawa akhir-akhir ini bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis itu sering memberikan komen negatif terhadap Ulama’ Muda. Baik melalui blog, twitter mahupuan ruangan akhbar. Saya mula terfikir adakah ini merupakan konflik peribadi?

Al-Qur’an menjelaskan bahawa setiap berita yang diterima harus disemak dan disiasat, agar keadilan ditegakkan dan tiada pihak yang dizalimi.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (Al-Hujurat: 6)

Kemudian saya mengambil keputusan untuk mendapatkan kepastian. Saya menelefon ustaz muda UMNO yang dimaksudkan. Saya juga bersiap sedia untuk membidas beliau sekiranya beliau mengaku merendah-rendahkan Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik. Namuan yang mengejutkan saya ialah, beliau menafikan pernah meragui akidah kedua tokoh tersebut. Bahkan beliau memuji keduanya.

Ustaz tersebut juga menceritakan bahawa beliau telah menjelaskan isu tersebut kepada Ustaz Hussein Yee. Akhirnya Ustaz Hussein Yee tahu bahawa isu ini hanyalah tuduhan tidak berasas (fitnah) yang dilemparkan oleh pihak yang tidak berpuas-hati. Perbualan saya dengan ustaz tersebut berakhir dengan beberapa nasihat berharga dari hadis Nabi SAW.

Oleh yang demikian itu saya menyeru sahabat-sahabat sekelian untuk berlaku adil dalam menyampaikan berita dan komen. Serta menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum ia disebarkan.

Setiap klik di twitter, facebook dan blog akan dibaca dan dikongsi oleh jutaan pembaca. Jika disalahgunakan ia akan menyebabkan fitnah tersebar dan mengakibatkan perpecahan.

Adalah lebih baik ia digunakan untuk menyebarkan kebenaran ajaran Islam kepada non-Muslim di luar sana. Dunia Islam sudah punya banyak musuh yang selalu menebar fitnah dan kekeliruan terhadap ajaran Islam seperti filem keji “Innocence of Muslim.”

Tolong jangan bantu musuh Islam dengan menyebabkan lebih banyak perpecahan dalaman sesame kita kerana natijahnya amat merugikan kita.

Seperti kata pepatah, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Saya bukanlah sesiapa, Sekadar mualaf berbanding dengan orang ternama seperti bekas mufti. Namun ini sekadar nasihat dari serorang hamba Allah yang rendah hati buat diri saya sendiri dan kaum Muslimin.


Mohd Hisyam Shymalan Abdullah

Khamis, 20 September 2012

PANASS!! Benarkah Dr MAZA Bakal Terima Biasiswa White House?


 Walaupun Dr Asri sudah menafikan perkara ini, namun Mc mahu kita lihat apa yang telah terjadi disebalik khabar angin yang telah bertiup kencang. Malah Dr Asri sendiri agak lambat untuk bertindak, seolah-olah memikirkan sesuatu dan bila keadaan menjadi lebih rumit, baru beliau bersuara menafikan.

Khabar angin yang kencang daripada inner circle Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA) mengatakan pentadbiran Barack Obama akan mengurniakan biasiswa Leadership kepada DrMAZA dalam masa terdekat ini. Bukan calang-calang individu boleh disenaraipendekkan untuk menerima biasiswa sedemikian rupa terutamanya dari negara seperti Malaysia yang diketahui sebagai sebuah negara Islam yang masih lagi bebas dari pengaruh Amerika selain Iran.

DrMAZA selepas menjawat Mufti Perlis pernah menjadi felo di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) dan juga kolumnis tetap di Malaysiakini (yang dikatakan turut ditaja oleh kepentingan Amerika dan George Soros). Kebelakangan ini, idea-ideanya sekarang ini banyak dipengaruhi oleh pemikiran barat dan juga banyak memuja reformis ugama Kristian, Martin Luther yang mengasaskan ugama Protestan di Eropah.

Buat masa ini, DrMAZA sudah mula cenderung ke arah pemikiran Islam yang diacuankan oleh pemikiran Barat daripada acuan ulamak-ulamak dari Timur Tengah serta banyak berdiskusi dengan sarjana-sarjana dari Barat berkenaan hal-ehwal politik Dunia Islam. Perubahan ini banyak dilihat setelah kembalinya beliau dari Oxford University.

Baru-baru ini, DrMAZA juga telah menerima “penghormatan” untuk menghadiri makan tengahari bersama Duke and Duchess of Wales, Prince William dan Puteri Katherine yang berkemungkinan besar tidak ada kaitan dengan statusnya sebagai bekas mufti Perlis.

Jika benar, berita dan khabar tentang anugerah biasiswa tersebut dari Presiden dan kerajaan Amerika Syarikat tersebut kepada DrMAZA, maka umat Islam dan negara Malaysia dan mungkin akan kehilangan seorang tokoh yang dahulunya kritis terhadap penindasan terhadap golongan mustadhafin di seluruh dunia.

Kita berharap DrMAZA boleh menjawab dan membersihkankan dirinya kepada umum secepat mungkin serta menolak anugerah dari musuh Islam tersebut jika benar.

Ali Reza Ahmed Askari





Artikel yang petik dari AIDC ni benar-benar membuka mata kita tentang siapa sebenarnya Dr Asri atau lebih glamor di panggil DrMAZA. Seorang pemikir Islam yang condong kepada barat. Seorang bekas Mufti yang pandangannya bercelaru kadang-kadang sukar untuk difahami.

McTheory:
Walaupun telah dinafikan, namun ianya mendedahkan segalanya..

Sabtu, 8 September 2012

GEMPAR!! Dr Asri Ada hati dengan Abby ka??


 Nampaknya perselisihan diantara Abby Abadi dan Dr Asri masih tidak selesai. Dr Asri yang pernah ditegur oleh Abby kerana mempertikaikan pendapatnya mengenai hudud, kini di kritik hebat oleh Dr Asri.
Dr Asri dalam satu kenyataan di laman blognya hari ini telah membidas Pas didalam isu bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi yang menyertai parti tersebut baru-baru ini.

Bekas Mufti Perlis tersebut mempersoalkan pihak PAS yang memberikan platform kepada Abby untuk bercakap tentang isu-isu berkaitan dengan Islam dan politik tanpa sebarang ilmu dan pendidikan yang selayaknya.

"Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’.., kata beliau.

"Mereka mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur.

"Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya.

"Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan.

"Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik.

"Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman.." katanya lagi.

Itulah antara dialog pedas dari Dr.Asri

Mc rasa Dr Asri patut mendidik Abby. Tunjuk ajar dalam bidang agama dengan lebih baik dan kejalan yang sepatutnya. Abby pun tengah kosong tu, rasanya tak salah kalau Dr Asri ambil Abby untuk dijadikan bakal isteri. Didik sikit, minat untuk mendalami agama tu dah ada, cuma tak kena cara saja. heh..


McTheory:
Dari terus sesat, baik di selamatkan!!

Selasa, 28 Ogos 2012

TUDIAA!! Dr Asri Seorang yang Sombong dan Angkuh!!



Tahu tak ini kenyataan manusia jenis yang macam mana? Jenis yang rasa diri dia dah cukup bagus dan cukup pandai. Sebagai seorang Mufti yang arif tentang ilmu agama sepatutnya dia memberi nasihat dan bahasa yang perlu digunakan harus rendah dan lembut.

Ramai yang tidak bersetuju dengan lagu tersebut termasuk liriknya yang telah menimbulkan kontroversi namun tidak perlu komen sebegitu rupa. Ini mesej yang agak universal. Kepada MAZA, harus diingat status anda dahulu adalah Mufti, ini bukan contoh yang baik untuk diteladani oleh umat Islam di Malaysia.

Jangan rasa diri anda tidak punya khilaf sehingga apa yang terpacul dari mulut semuanya betul. 

Bahaya tu! 

 Bertanya kepada Ustaz Fathul Bari dan beliau berkata, "Kita memang bebas mengkritik, tetapi kita juga perlu beradab". Haaa! Nampak tak bahasa yang bagaimana digunakan oleh UFB? Mungkin selepas ini MAZA kena belajar cara beradab.

Jumaat, 13 Julai 2012

PANASS!! Dr. MAZA Perlu Berterus terang dan Jangan Terlalu Ego!! @realMAZA @Tunfaisal



Mc dah lama perhatikan gerak-geri si Dr Asri atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA. Orangnya nampak macam bagus.. peribadinya pun ok (setakat yang Mc tahulah). Cuma kadang-kadang, sifat dan perangainya tu bertindak seperti tidak matang. Mudah melompat apabila ditegur!


Suka Mc merujuk artikel Keris7Lok dalam hal MAZA berperang twitter dengan Tun Faisal hingga beliau sanggup mengeluarkan fatwa 'khas' semata-mata untuk menunjukkan lagak ketidak puasan hatinya dan egoisnya yang tercabar.

Keris terbaca di tweet MAZA tentang 'fatwa' yang dibuatnya sendiri. MasyaAllah inilah yang akan terjadi jika kita ego dan rasa tinggi diri. Sebab itu boleh keluarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan dan suka-suka hati.

Keris teliti semula, MAZA memang tak kisah dan tidak mengira sensitiviti sesiapa jika memberi pandangan mahupun kritikan secara terus atau tidak. Malangnya apabila dia ditegur, dia pula yang sensitif sehingga jadi seperti budak kecil. Bayangkan jika hanya ditegur telah dibesar-besarkan isunya sehingga berani keluarkan fatwa. Lepas ini kalau dia keluarkan kitab sendiri pun Keris tak hairan.

Tak malu ke pada orang lain? Punya slot di Oxford tapi pemikiran masih tidak matang? Perbesarkan isu sampai mahu menjatuhkan orang lain? SubhanAllah. Keris nak cakap sikit ya, orang macam MAZA ini sebenarnya tak perlu wujud pun didalam UMNO dan Keris tak kisah jika dia tak sokong UMNO. Dia sendiri sudah tunjukkan takjubnya kepada Nik Aziz. Atas sebab apa? Mencium dahi Nik Aziz yang terang-terang mahu melihat UMNO musnah sehingga sanggup bekerjasama dengan syaitan sekalipun.


Banyak sebenarnya perangai MAZA yang entah apa-apa. Lihat sendiri bagaimana dia mengeluarkan kenyaatan gawal seperti dibawah ini :


Bukankah ianya berbaur hasutan menentang Institusi Raja-Raja Melayu? Sebagai seorang bekas Mufti yang bijak agama MAZA tak perlu ego dan cakap macam bagus dan tahu semua. Bukan Keris mempertikaikan ilmu yang ada didada MAZA tetapi tak perlu ego. Kalau baca MAZA balas tweet Perdana Menteri, memang tak nampak langsung seperti seorang bekas Mufti tetapi tampak seorang manusia yang merasa dirinya lebih bagus daripada orang lain.

Perangai yang tak elok jangan ditunjukkan. Keris tahu dia punya pengikutnya tersendiri tapi ini pendapat Keris yang sudah lama memerhati MAZA. Sebagai orang muda Keris juga mahu mendalami ilmu agama namun setiap kali merujuk MAZA pasti Keris akan keliru.

Bercakap daripada sudut politik pula sebenarnya MAZA tidak disukai oleh ramai orang termasuk Badrul Amin. Masih ingat kata-kata Ustaz 3 Pagi ini?





Tidak hairan pun jika Badrol Amin pun cakap begitu kerana MAZA terlalu meninggi diri dan ego. Nasihat Keris, isu yang kecil tak perlu diperbesarkan, merendah diri dan kalau boleh tak perlu masuk campur hal politik. Itu yang terbaik.


Itu pesanan Keris pada MAZA.. meh Mc pula nak pesan!! 


MAZA perlu memilih yang mana satu platform politik yang perlu beliau sertai. Itu pun kalau beliau berniat menyertai politik. Mc tidak menyerang Ulamak yang tidak menyertai politik, sebab bagi Mc itu adalah ulamak yang sebenar, walaupun kadang-kadang rasa pelik bila tengok Ulamak seperti MAZA yang lebih banyak mengkritik dari membina.


Mc taknak komen banyak-banyak, tapi kalau MAZA rasa nak lawan UMNO. Kami tidak menghalang dan kami tidak menjemput. (KAMI itu mewakili ramai orang yang memerhati) Lebih baik berterus terang, dari terus menjadi hipokrit yang tidak berkesudahan!


Sebelum Mc akhiri posting kali ini, Mc dapat tahu MAZA ada kawan 'baik' semasa beliau belajar dulu.. dengar kata baikkk sangat hubungan mereka berdua.  Namanya Aziz Kisas! MAZA tentu kenal.. heh..




McTheory:
Kata orang baiknya macam Anwar dan Azmin..  ye ka? heh..

Isnin, 20 Februari 2012

PANASS!! Bloggers kejar ranking dengan melondeh orang - DR Maza


Dr Maza menasihati para blogger supaya berhati-hati dengan artikel dan bertimbang rasa dulu sebelum keluarkan seberang penulisan.

Selasa, 6 Disember 2011

KASI PANAS!! UMNO PERLU MENIPU MACAM ANWAR UNTUK TERUS HIDUP!! -- Dr. Asri


Tajuk diatas tu bukan Dr Asri kata, tapi Mc yang kata. Mc kata macam tu sebabnya, mengikut kefahaman Mc tentang apa yang diulas oleh Dr Asri dalam video di atas. Parti mana yang memberi harapan yang 'lebih' akan di sokong oleh rakyat. Maknanya, UMNO kena ikut macam Anwar la.. Kena janji yang bukan-bukan, kena tipu rakyat sana-sini baru ramai orang sokong.

Apakah itu maksud harapan Dr Asri? adehh..

Apa pula pendapat pembaca?

Sabtu, 16 Julai 2011

PANAS!! DR ASRI NAK MASUK PAS?? MASUK AJE LAAA!!..


Dr. Asri berkata, Islam tak beri pemerintah lesen untuk lakukan apa saja. Benar, memang benar katanya. Aku setuju. Tapi, aku juga nak beritahu Dr. Asri bahawa Islam juga tidak beri lesen kepada Dr. Asri, pemimpin dan puak Pakatan Rakyat untuk lakukan apa saja jugak..!!!

Suka aku nak ingatkan Dr. Asri bahawa Islam mengajar umatnya untuk menggunakan cara yang berkhikmah untuk menuntut sesuatu. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kalau betul pun tuntutan Bershit itu, sewajarnya ada cara dan pendekatan lain yang lebih berhikmah berbanding menggunakan cara kurang ajar dan penderhaka seperti Bershit itu!

Dr. Asri juga mendakwa Kerajaan menggunakan pemimpin agama untuk pertahankan kuasa. Kepala hotak Dr. Asri! Apakah Dr. Asri fikir Kerajaan ada kuasa untuk mempengaruhi DYMM Yang DiPertuan Agong untuk bertitah menghentikan Bershit? Nampaknya Dr. Asri cuba menghina kreadibiliti Yang DiPertuan Agong! Dr. Asri nak “join group” penderhaka, kah?

Dr. Asri cuba menyamakan pemerintahan korup dan zalim di Timur Tengah dengan di Malaysia? Dr. Asri tak payah menipulah! Takkan bekas mufti tak tahu hukum menipu? Sifat pemerintah di Timur Tengah seperti di Mesir, Iran, Iraq, Bahrain dan sebagainya tidak sama langsung dengan apa yang berlaku di Malaysia.

Jika Dr. Asri tidak percaya dengan saya, dia boleh pergi temuramah dengan semua pelajar atau warga negara Timur Tengah yang berada di UIA, institusi pengajian tinggi dan sebagainya untuk kepastian. Saya sendiri ada ramai rakan dari sana dan semua mereka mendakwa Kerajaan Malaysia jauh lebih baik dan “the best government compared to thier countries”!

Memang benar bahawa tidak semua perkara yang ada pada pemerintah atau kerajaan itu betul, tak kiralah di zaman Rasulullah SAW atau di zaman ini. Tapi sekiranya pemerintah salah sekalipun maka Dr. Asri menghalalkan cara yang salah untuk membetulkan sedikit kesalaha kerajaan tersebut?

Sebagai contoh, apakah kerana keengganan Bershit untuk bersyura dengan SPR, maka dihalalkan untuk mereka mengadakan perhimpunan haram? Seminggu sebelum perhimpunan Bershit berlangsung, SPR masih membuka ruang untuk berunding. Ambiga pun ada kesempatan bertemu Yang DiPertuan Agong.

Saya nak tanya Dr. Asri, mengapa Bershit perlu menolak syura dan tidak menyerahkan memorandum mereka kepada Yang DiPertuan Agong? Mengapa perlu buat demonstrasi haram jalanan yang menyusahkan rakyat? Apakah puak-puak yang Dr. Asri bela itu ada agenda yang bertentangan dengan cara Islam?

Saya menggesa Dr. Asri supaya berhati-hati apa bila mengeluarkan kenyataan. Islam tidak beri lesen besar kepada Dr. Asri untuk lakukan atau katakan apa saja. Usahlah mencari publisiti murahan sebegini kerana ia akan menjatuhkan martabat cendikiawan Islam yang lain. Kerana individu seperti Dr. Asri inilah para ilmuan Islam dipandang serong dan bodoh oleh masyarakat! Wallahua’alam.

MyKMU

Rasanya akhir-akhir ni Dr Asri sering bersama-sama dengan pimpinan Pas kemajlis-majlis anjuran Pakatan Haram. Malah setiap kali isu mengenai politik negara. Dr Asri pasti akan memberi sokongan tidak membelah bagi pada puak Pakatan Haram. Walaupun isu itu sebenarnya dicetus dan dimulakan oleh puak Pakatan sendiri. Mc rasa, Dr Asri lebih baik masuk Pas la. Dari dok berlakon 'bebas' tapi sebenarnya memang menyokong Pas.

McTheory:
Isi borang Pas aje la..dah tak bebas, akal lebih ke arah Anwar je.

Khamis, 21 Oktober 2010

PANAS! DR ASRI MASUK UMNO?? mungkin kah??


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat berada didalam ruang perhimpunan Agung Umno semasa perasmian serentak Perhimpunan Perwakilan Wanita,Pemuda dan Puteri Umno Malaysia oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apabila ditanya wartawan adakah Dr Asri sudah masuk umno sambil tersenyum Dr Asri menjawab sebagai orang Melayu dia sepatutnya menyokong parti yang sentiasa membela orang Melayu. Sebagi seorang islam tidak salah kita sebagai bangsa Melayu berjuang atas nama bangsa kerana orang Melayu juga beragama Islam katanya. - PSSR

Ada blog yang melaporkan bahawa si Dr Asri ni turun menyertai Perhimpunan Agung UMNO. Ada juga buat membuat andaian bahawa Dr Asri ni nak masuk UMNO. Hmm.. pada siapa yang kenal cara Dr Asri ni bermain politik, pasti akan tahu tujuan Dr Asri ke PAU 2010 (Perhimpunan Agung UMNO 2010).

Dr Asri ni unik sikit orangnya, beliau mempunyai tujuan tertentu. Perjuangan atas dasar yang ditetapkan pada dirinya. Mc percaya Dr Asri ke PAU 2010 hanyalah atas dasar jemputan. Kata2 yang diucapkannya tu, hanyalah penyedap rasa bagi tuan rumah apabila mendengarnya.

Seorang Ilmuan seperti Dr Asri sangatlah pandai bermain tarik tali diantara UMNO dan Pas. Jika beliau menyertai UMNO, beliau akan hilang sokongan Pas. Mungkin beliau akan dikecam teruk oleh Ulamak2 Pas dan pastinya N.ajis akan fatwakan beliau kafir kerana menyertai UMNO.

Begitu juga jika beliau menyertai Pas, beliau akan dipinggirkan dalam setiap program kerajaan pusat, malah Ulamak yang menyertai Pas, kata2nya pasti akan dipengaruhi oleh sentimen politik ala Pas. Menyebabkan rakyat yang majoritinya menyokong UMNO/BN tidak akan mempercayai cakap beliau lagi.

Sebab itulah sampai sekarang Dr Asri masih lagi berada ditengah2, boleh makan diantara kedua2 pihak. Pas boleh, UMNO pun boleh. Dengan kelebihan sebegitu, mungkinkah Dr Asri akan masuk UMNO? Anda sendiri pun boleh fikirkan.

Takpa, kita tengok sampai bila tokoh agama yang 'terlalu bijak' ni bersandiwara dalam politik negara kita.

P/s: Beliau lebih berat kepada Pakatan sebenarnya.. kalau nak tahulah..

Mctheory:
Pi tanya orang Perlih, depa kenai sangat dengan Asri ni..