Khamis, 20 September 2012

PANASS!! Benarkah Dr MAZA Bakal Terima Biasiswa White House?


 Walaupun Dr Asri sudah menafikan perkara ini, namun Mc mahu kita lihat apa yang telah terjadi disebalik khabar angin yang telah bertiup kencang. Malah Dr Asri sendiri agak lambat untuk bertindak, seolah-olah memikirkan sesuatu dan bila keadaan menjadi lebih rumit, baru beliau bersuara menafikan.

Khabar angin yang kencang daripada inner circle Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (DrMAZA) mengatakan pentadbiran Barack Obama akan mengurniakan biasiswa Leadership kepada DrMAZA dalam masa terdekat ini. Bukan calang-calang individu boleh disenaraipendekkan untuk menerima biasiswa sedemikian rupa terutamanya dari negara seperti Malaysia yang diketahui sebagai sebuah negara Islam yang masih lagi bebas dari pengaruh Amerika selain Iran.

DrMAZA selepas menjawat Mufti Perlis pernah menjadi felo di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) dan juga kolumnis tetap di Malaysiakini (yang dikatakan turut ditaja oleh kepentingan Amerika dan George Soros). Kebelakangan ini, idea-ideanya sekarang ini banyak dipengaruhi oleh pemikiran barat dan juga banyak memuja reformis ugama Kristian, Martin Luther yang mengasaskan ugama Protestan di Eropah.

Buat masa ini, DrMAZA sudah mula cenderung ke arah pemikiran Islam yang diacuankan oleh pemikiran Barat daripada acuan ulamak-ulamak dari Timur Tengah serta banyak berdiskusi dengan sarjana-sarjana dari Barat berkenaan hal-ehwal politik Dunia Islam. Perubahan ini banyak dilihat setelah kembalinya beliau dari Oxford University.

Baru-baru ini, DrMAZA juga telah menerima “penghormatan” untuk menghadiri makan tengahari bersama Duke and Duchess of Wales, Prince William dan Puteri Katherine yang berkemungkinan besar tidak ada kaitan dengan statusnya sebagai bekas mufti Perlis.

Jika benar, berita dan khabar tentang anugerah biasiswa tersebut dari Presiden dan kerajaan Amerika Syarikat tersebut kepada DrMAZA, maka umat Islam dan negara Malaysia dan mungkin akan kehilangan seorang tokoh yang dahulunya kritis terhadap penindasan terhadap golongan mustadhafin di seluruh dunia.

Kita berharap DrMAZA boleh menjawab dan membersihkankan dirinya kepada umum secepat mungkin serta menolak anugerah dari musuh Islam tersebut jika benar.

Ali Reza Ahmed Askari





Artikel yang petik dari AIDC ni benar-benar membuka mata kita tentang siapa sebenarnya Dr Asri atau lebih glamor di panggil DrMAZA. Seorang pemikir Islam yang condong kepada barat. Seorang bekas Mufti yang pandangannya bercelaru kadang-kadang sukar untuk difahami.

McTheory:
Walaupun telah dinafikan, namun ianya mendedahkan segalanya..

3 ulasan:

madam roxa berkata...

First thing to comment is, pesal boleh letak gambaq Ostajah tu kat sebelah gambaq my idol Prof??.(lebih baek letak gambaq sy jika cuma utk hiasan sebelah gambaq Prof)
Second thing is, Prof is so highly educated which I do not see that brilliant, profesional thinking with any other ulamak in Msia.
He is my Ustaz idol and Im adore him for his genius idea and thinking. His thought was related to this century that wasnt just copy paste as before century 1,500years ago, must be relevan la.
Btw, if the above comment is true, he must have a very good reason and acceptable answer for us.

warisan tmk berkata...

KKKL,
Aku pun pernah tertanya-tanya, apa sebenarnya Dr.MAZA ni terpilih untuk menjadi Fellow di Oxford University?
Aku percaya ini BUKAN 100% atas pertimbangan akademik.

Pada firasat aku, sedikit sebanyak ada peranan Anwar di sini. Jangan kita lupa AXIS BERCELARU Nik Aziz-Anwar Ibrahim-Ambabiga-Hillary Clinton-White House. Kalau sehebat Nik Aziz dan Hj Hadi pun boleh diperdaya oleh Anwar-Kit Siang, inikan pula ULAMA MENTAH macam Dr.MAZA.

Aku pernah juga meminati untuk mendengar pandangan-pandangannya suatu masa dulu, tapi tak lama lepas tu aku dah tahu....pendiriannya TIDAK CONSISTANT...sebab tu dia terapung-apung di tengah-tengah tanpa hala tuju..

Tanpa Nama berkata...

Pandangan Dr MAZA kebanyakannya bersifat semasa, maka tak hairanlah kalau dalam setiap entrinya dia mengemukakan hujah yang tdk sama dgn dalil. Sbb dlm hal2 muamalat, kita tak semestinya guna hujah yg dtg drpd al-quran dn sunah sprti yg byk brlaku pd zaman khalifah umar.Hanya urusan ibadah shj yg kt sgt dtegaskan utk ikut al-quran dn sunnah. Itupun msih rmai lg yg tak mahu ikut.Kalau anda katakan pandangannya berubah2 mgkn anda boleh bwakan contoh.Sy tak pernah pula rasa bgitu.