Khamis, 12 Disember 2013

INFO! Dr Asri Sokong Syiah Bebas di Amalkan?




10 DIS: “Penganut Syiah ada hak amal kepercayaan mereka, kata bekas mufti”. Kalau baca tajuk ini sekilas lalu, seolah-olah bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyokong penganut Syiah di negara ini.

Tetapi hakikatnya, kenyataan asal Dr. Asri itu telah disalah ertikan oleh wartawan portal The Malaysian Insider (TMI) untuk menjadikan artikel tersebut lebih sensasi.

Perkara ini nyata tidak disenangi oleh Dr. Asri.

DR ASRI…Nampak macam saya sokong Syiah

Menerusi Facebooknya, beliau menjelaskan kenyataan disiarkan oleh TMI telah disalahtafsir dan nampak seperti beliau menyokong penganut Syiah yang boleh bebas bebas amal kepercayaan mereka.

“Laporan MI (Malaysian Insider) seakan saya pertahankan Syiah di Malaysia. Ini tidak tepat. Saya bercakap bahawa semua pihak yang dituduh hendaklah dibuktikan kesalahannya di sudut undang – undang.

“Tanggungjawab pemerintah menjelaskan kesalahan itu agar rakyat faham. Nada berita itu semacam bunyinya,” tegasnya di laman sosial itu

TMI sebelum ini melaporkan Dr. Asri berkata penganut fahaman Syiah seharusnya tidak diganggu untuk mengamalkan kepercayaan mereka walaupun beliau mempunyai pendapat sama dengan kerajaan bahawa ia mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.

“Memang benar kalau kita lihat negara yang mengamalkan fahaman Syiah seperti Pakistan dan Iran biasanya akan menjerumuskan kepada kekecohan, huru-hara dan kita tidak mahu ia terjadi di negara ini.

“Sehingga kini, kerajaan hanya mampu bercakap Syiah membahayakan. Fahaman itu harus dihalang, namun apa yang bahayanya? Daripada segi apa? Apakah kekacauan itu sebenarnya kerana ia kenyataan yang mengelirukan dan tidak jelas,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Jelas di sini, apa yang cuba disampaikan oleh Dr. Asri adalah berkaitan kekeliruan dari segi undang-undang di mana dalam ucapan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini tidak dinyatakan dengan jelas bukti penglibatan seseorang di dalam Syiah.

Dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2013 Sabtu lalu Dr Ahmad Zahid mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar mengambil tindakan terhadap ‘pemimpin No.2 PAS’, yang didakwa menjadi pengikut Syiah.

Walaupun terdapat ugutan daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mahu mengambil tindakan saman terhadap beliau, Dr. Ahmad Zahid nyata tidak gentar malah beliau bersedia untuk mendedahkan bukti pada satu sidang media khas yang akan diadakan kementeriannya dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau , dalam sidang media itu beliau akan menunjukkan pelbagai bukti termasuk bahan bergambar yang dapat membuktikan pemimpin pembangkang itu sebagai pengikut Syiah. -bnbbc.my


McTheory:
Dr Asri tak sokong syiah laa.. dia wahabi saja. he he..

Tiada ulasan: