Khamis, 12 Disember 2013

HOT! Terima Kasih @NajibRazak Kerana Naikkan Harga Semua Barang Semampu Boleh!! #PUNAHSIHAT


Pertamanya Mc nak ucapkan terima kasih pada kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh PM tercinta Najib Tun Abdul Razak. Kerana mengekalkan Malaysia masih aman dan sesuai untuk kami mencari rezeki.

Paling terima kasih kerana Najib berjaya memimpin BN hingga menang majoriti mudah pada PRU yang lepas. Maknanya, nak tunggu kemenangan tu pun, para penyokong BN berpeluh dahi dan ketiak jugala melihat, satu demi satu kerusi parlimen jatuh ke tangan pembangkang.

Kemudian BN pun menang dan menubuhkan kerajaan..

Selepas menang, kami penyokong kerajaan merasa nikmat kehidupan yang sediakala dan serupa macam biasa. Kami bersyukur, kerana Malaysia masih aman dan mampu untuk kami mencari rezeki.

Kami tak harapkan kerajaan mampu menghasilkan projek mega untuk kayakan kami rakyat marhein ni. Kami juga tak harapkan jatuhnya emas dan perak dari langit untuk kami hidup senang lenang. Cuma apa yang kami harapkan sedikit perhatian dari kerajaan yang memerintah untuk melihat taraf kehidupan rakyat pada masa ini.

Bukan kami nak kata rakyat tengah susah, takkk..cuma rakyat sekarang sedang terkejut dengan kenaikan harga barang dan taraf hidup.

Lepas menang saja, Kerajaan BN sudah naikkan harga gula dan minyak petrol. Bila minyak petrol naik, maka berlumba-lumbalah barang keperluan lain juga telah naik. Sedikit sebanyak kenaikkan ini dirasai oleh rakyat. Janji pemantauan harga barang pula, hanya hangat-hangat tahi ayam. Hanya hebat pada mula, selepas sebulan, penguatkuasa pun dah tak nampak batang hidung.

Selepas minyak dan gula, rakyat Malaysia diberitahu bahawa minyak masak, tepung, tarif elektrik, tol dan beberapa lagi barangan keperluan lain akan naik tahun hadapan. Paling terbaru, ialah kadar tambang LRT dan Monorel pun akan di naikkan juga. Pehh.. memang hebat dan tersusun strategi kenaikkan harga barang yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

Disamping itu, cukai GST akan diperkenalkan, GST tu bagus, cuma perlaksanaan GST juga akan mengakibatkan sedikit inflasi, akibat daripada inflasi tersebut, kemungkinan besar harga barangan keperluan yang lain juga akan naik 3-4%. Ehh.. Naik lagi?

Bermakna tahun 2014 nanti, hampir semua barang keperluan, tol, tarif letrik, tambang LRT dan monorel akan naik. Agaknya cukup ke kenaikkan itu saja? Rasanya macam tak cukup lagi tu. Rakyat Malaysia kan kaya! Boleh naik lagi apa yang patut.

Penasihat PM perlu memikir untuk menaikkan harga yang lain pulak, seperti saman AES yang dinaikkan dari RM300 kepada RM500, roadtax kereta dinaikkan lagi 50% malah boleh ditambah dengan pembaharuan lesen memandu setahun dinaikkan harga RM1000, barulah negara boleh mendapat pendapatan tinggi!

Cukai tanah juga perlu dinaikkan, jangan biar begitu saja. Malah kalau boleh kenakan cukai setiap ekar tanah yang ada. Barulah kerajaan akan mendapat duit dengan cara mudah. Cukai pendapatan pula kenaikkannya perlu dipertimbangkan, naikkan 5% dari potongan sekarang.

Kalau tak cukup juga, kenakan balik lesen TV dengan bayaran RM500 setahun untuk satu TV. Malah kalau ada 3 TV dalam rumah, kerajaan dah dapat RM1500. Wow! Sudah pasti kerajaan Malaysia akan mengaut berbillion ringgit dalam masa beberapa bulan sahaja!

Kemudian punahsihat PM pun akan diberi anugerah Dato, Datuk Seri malah Tan Sri kerana berjaya meningkatkan pendapatan negara dengan cara paling kreatif sekali.

Takpa kami rakyat Malaysia tak kisah pun kerajaan Malaysia nak naikkan harga barang, naik la banyak mana pun, kami suka, kerana Malaysia masih aman! Betul tak?

Terima Kasih Najib kerana memberi restu akan perancangan strategi ekonomi yang dirancang oleh Punahsihat begitu baik sekali!

Cuma PRU ke 14 nanti, get readylah kita menjadi pembangkang. Bila semua harga dah naik, sudah tentu rakyat Malaysia suruh Najib turun pulak nanti kann. Asyik naik saja, bila nak turun, betui?


P/s: Terima Kasih.. Malaysia masih amannnn.. 


McTheory:
Lepas ni nak buat kursus, macam mana nak jadi pembangkang yang baik! Sapa nak daftar?

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulasan yg jujur.. tahniah

Tanpa Nama berkata...

terbaeekk...

Tanpa Nama berkata...

Terbaekkkkkk, Tsunami Melayu kembali semula pd PRU14

Tanpa Nama berkata...

bila kita undi bn, para penyokong pembangkang dok kata, undi bn bererti barang naik. kita tak percaya kerana janji pemimpin bn akan memastikan rakyat hidup dengan selesa, aman dan makmur. juga pemimpin janji akan mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian.

bila minyak naik, kita terima subsidi perlu dikurangkan, subsidi gula dikurangkan kerana menjaga kesihatan, kita maklum. eletrik naik, kita sedar kerugian glc, tambang lrt, monorel naik, sebab 10 tahun tak naik , kita faham. gst akan dilaksanakan, dan harga barang akan naik, kita juga menerima seadanya.

tapi pernah tak pemimpin memahami rakyat bawahan yg tak dapat projek berjuta-juta dan gaji bukan berpuluh ribu. tiada konsultan berbayar berbillion. pm dah senang hati, isteri selamat ke mana-mana naik jet, patutnya fahamlah kenaikan harga barangan akan menyusahkan kami nak terang kat rakyat yang akan mengundi pru14.

Tanpa Nama berkata...

Bagusss....dengarkan alunan pembodek yg nak melingkupkan negara, tidor la lagi PM kesayangan, PRU 14 sok, bersedia la jadi pembangkang la pulak nooo....masa tu baru tau langit tu tinggi ka rendah...

Tanpa Nama berkata...

Depa xfikiq dah.kalah pun depa kaya dah..kita yang susah ni makin susah la.

hangkedee berkata...

Ah jib gor semua naik pru14 bakal bungkus

Tanpa Nama berkata...

pengutuk2 semua syukurlah sikit..janganlah manja sangat semua nak free..fikir2lah dinegara2 lain lebih sengsara dari awak..kalau nak undi pembangkang silakan..tak sapa nak tegah..

Tanpa Nama berkata...

Siapa kata kami manja atau nk free?? cuma di mana kah slogan yg dok di sebut2kn "rakyat di dahulukan"?? adakah PM nie dgr rintihan rakyat bawahan?? mgkn bg kita ada yg mampu lg dgn kenaikan tersebut tp mcm mana pulak pada mereka2 yg kurang pendapatan dari kita?? jgn la berfikir utk diri sendir shj, fikirkn la jugak pada mereka yg tidak berkeupayaan..

PemerhatiMuda berkata...

Kita tkdk alternatif skrg.
Kita kecewa dgn Najib dan Bn bkn bermakna kita sokong Pakatan Haram jadah Laknatullah yg aku amat benci lihat muka sekor2 pemimpin mereka tu! (hadi-ajis-nuar-lim sial-karpal-engok..etc).

Cuma satu shj dlm isi hati aku.. Najib xtkn stay lama di kerusi empuk PM bersama bini elitnya itu..
Sblm PRU14 Najib akan step down atau dipaksa spt Pak Lah utk step down. Jika tidak kita akn lihat stau pola pilihan raya yg ganjil slepas ini. UMNO BN mungkin tidak memerintah lg. PR jugak tkkn boleh memerintah.

Macam akan ada satu pihak lain yg pasti akan ambil alih negara ini yg sudah tepu dgn agenda penipu oleh Pakatan Haram Jadah dan BN-UMNO.

So PM Najib mmg jiwanya tk pernah dpt baca denyut hati rakyat.. dia tk pernah faham, dia hany atahu ayat2 retorik jerit2 mcm org sakit mental.. sbb tu dgn tk malunya dia boleh puji biniya di PAU2013.. SANGAT TK RELEVEN dan MEMALUKAN!!

kalau dia puji bininya pandai masak..pandai hias rumah.. pandai jaga anak..atau rajin berkebun rasanya Najib dianggap suami hebat.. tp syg sekali Najib pegi kaitkan bininya dengan urusan pentadbiran negara yg sepatutnya dibuat oleh Wisma Putra atau Menteri Luar

Tuan2 boleh pikir tak Najin dh berada di hujung hayat politiknya..??

Tanpa Nama berkata...

Yang paling celaka sekali pemimpin Umno sekor pun tidak mempertahankan Najib nasib baik ada blogger picisan dan facebooker yang tidak pernah menjadi ahli umno mempertahankan Najib. Tapi sampai bila kami nak pertahankan jika yang buat duit pemimpin celaka Umno sedangkan kami berhempas pulas mempertahankan kerajaan Najib. Kami bukan seperti balaci DAP yang sanggup menjilat punggung Lim Guan Eng. Jadi fikir2kan kami juga Najib oiii

Tanpa Nama berkata...

inilah sikap kerajaan yg sebenarnya,kita sokong kerana mahu'survival' melayu dan islam tapi ni lah kita dapat.nak berpaling dgn yg lagi satu tak sanggup pula politik dunia dicampur aduk dgn islam,suka menyalahkan org lain dan paling ngeri iktiraf diri sendiri alim,warak dn semestinya angkuh beribadat..melayu oh melayu
.

Tanpa Nama berkata...

Setuju..bukan kita manja..tapi kita mahukan pembelaan dan tak bermakna kita sokong pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Najib sepatutnya ikhlas turun n pencen..beri laluan pada TPM dia. Aku penyokong tegar UMNO tapi kini aku nampak najib telah tidak dapat kawal ekonomi dengan baik dan kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi menampakkan kelemahan najib berbanding Tun M. Aku tak berbangga lagi dengan najib...nasib melayu tunggang langgang. sedih melihat ketidakberanian najib membela nasib melayu. UMNO perlu bangkit dari lena..PRU14 akan berkiblatkan DAP la jika UMNO berterusan begini...POYO

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf byk2 pd pencacai PAS maha bodoh, kami sini komen pasal Najib dan kelemahannya tk bermakna sokong Pakatan Sial. Pakatan Sial la punca rakyat tk bersatu dan bermasalah. Skrg kita tiada tempat kukuh bergantung.

Apa terjadi pd BN-UMNO busuk2 pun aku takkan pegi mengundi.. tp sama sekali AKU TAKKAN PANGKAH PAS, dan sekutu2 Pakatan Jahanam PKR DAP Laknatullah ini.. Insya Allah ini janji aku..

Mereka menyokong terlalu banyak perkara jahat demi menjatuhkan UMNO. UMNO tak betul, tapi UMNO belum jual segala yg berat seperti PAS dan sekutunya lakukan.

Di Amerika bila berlaku tragedi 11 September, World Trade Center tumbang hancur, Republican tak ckp Demokrat bersandiwara..wpun sampai skrg belum ada bukti kukuh siapa yg bertanggungjawab dan banyak bukti konsprirasi Yahudi.. dlm erti kata lain.. MEREKA Satu HATI.. sepakat dalam bab2 negara dan keselamatan..

tp di Malaysia? bila berlaku kes Lahad Datu.. Pakatan Sial ckp ini sandiwara Najib dan UMNO.. wpun terang jelas ia angkara pengganas luar.. so lihat betapa SIAL nya sistem politik pembangkang dlm negara ini.. yg xboleh mengimbangi kekurangan dan kerajaan PEMERINTAH UMNO BN..

so inilah hasilnya.. BN tak betul.. tapi tidak dibetulkan oleh pembangkang.. sebaliknya yang betul.. pembangkang khianati.. akhirnya siapa jd mngsa? RAKYAT!!

NAJIB pula skrg berada dlm ZONE 'Khayal'.. dia KHAYAL dgn penasihat2 perosak.. mabuk dgn Honeymoon bersama Rosmah..

Apakah tidka rasa pelik dan malu pd rakyat bila dia kongsi cerita pasal Rosmah telefon bini Presiden Mesir?? dan hal2 lain? seolah2 Menteri Anifah Aman xreti buat kerja? Wisma Putra pegawai2 makan gaji buta?? dan mengesahkan tuduhan Pencacai Pakatan Haram bahawa Rosmah yg atur/campurtangan hal ehwal pentadbiran negara?!!

Siapa nk betulkan masalah2 ini?
Perwakilan UMNO PAU2013 semuanya KHAYAL dgn isu2 entah apa.. tidak sedar diri dan tk faham denyut nadi rakyat.. Melalak soal Melayu..Melayu.. aku yyg Melayu pun rasa MUAK dan NK MUNTAH dn slogan dan retorik.. akhirnya Melayu terbodoh dgn Krjn pemerintah dn PR laknatullah!!


Tuan2 semua fikirlan masak2.. jika tiada perubahan berlaku sebelum PRU14.. usah katakan Pulau BAtu Putih.. Sabah Sarawak pun boleh terancam jika pemimpin mcm Najib ini kekal jd PM.. Saya bukan penghasut.. tp Najib telah terbukti mmg ada jasa..tp jasanya sudah tak releven lg dgn dunia pemerintahan Malaysia..

Tun Mahathir pemimpin yg bijak.. dan dia akui zamannya telah berlalu.. Najib ditakdirkan tidak ada strength sekuat Tun M.. jadi beliau mesti bertanggungjawab dan step down demi Negara, Islam, Melayu dan rakyat.

Fikirlah2 sblm terlewat.. PRU14 tidak jauh mana.. Pakatan Haram ibarat Iblis yg tunggu masa utk rampas dan jahanamkan Negara..
jika kita tidka berusaha menyelamatkan negara ini, jgn menyesal lagi.. jgn bila Malaysia sudah jd Singapore sepenuhnya.. kit amenyesal tak sudah..

Wallahualam..

Abu Syaukah Filmanzil berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Abu Syaukah Filmanzil berkata...

Salam...Huh apabila terantuk baru nak terngadah..sebelum PRU semasa rakyat Ada kuasa tak mahu nak dengar.... Sekarang tanggunglah...tak kira penyokong tak kira pembangkang sama-sama rasa nikmatnya.... Banyakkan lagi sikap suka meminta-minta, teruja dengan BRIM segala... Nak bola sebijipun panjat pejabat menteri Besar....rasakan! Namun apabila dekat jer PRU 14 nanti....gula-gula sikit jer semua Anon kat atas Tu cair...cakap jer berdegor2.....yakinlah...Melayu Mudah Lupa...Dulu Kini dan Selamanya....

Tanpa Nama berkata...

ABU SYaukah
Krjn ada lah bg jugak BRIM.. PR bg apa? PAS bg apa? bg tin milo lepas tu kutip masuk poket ostad haramjadah? ajak demo, join puak sesat? hebat sgt lah tu?

Ada kuasa apa? nk buat apa dgn kuasa? Allah yg Maha Kuasa bkn manusia yg ada kuasa. Nk ckp apa skrg ni dua2 xboleh harap.. yg konon nk gnti pemerintah lg 100x terok, so apa pilihan yg ada?



Tanpa Nama berkata...

Jgn marah dan jgn menyesal,bila BN menang rsmsi penyokong pembangkang berkata BARANG NAIK,sedangkan penyokong BN x sebut pun BN tu BARANG NAIK. Apa yg anda sebutkan itu adalah "DOA" dan Allah telah makhbulkan "DOA" anda - Tahniah

Tanpa Nama berkata...

sedara-sedara sekalian... merancang ekonomi bukalah semudah duduk minum kopi kat kedai kopi... nak memajukan sesebuah keluarga perlukan ilmu... nak majukan ekonomi sesebuah keluarga perlukan modal...nak majukan ekonomi sesebuah keluarga perlukan usaha gigih... macam tu lah nak majukan negara... suka tak suka kerajaan perlukan duit untuk rolling modal... cuba sedara bayangkan sedara berniaga... dapat untung kasar sedara belanja habis untuk keperluan (sudsidi)... tanpa memikirkan modal pusingan, tanpa memikirkan simpanan untuk membesarkan perniagaan... akhirnya apa jadi dengan perniagaan sedara... begitu juga dengan kerajaan... kalau semua barang keperluan hendak di tanggung sepenuhnya dengan subsidi memanglah rakyat akan hidup senang barang keperluan murah belaka rakyat akan berbelanja berlebihan, banyak sumber makanan akan terbuang begitu sahaja dan persoalan paling penting apakah jaminan tiada rakyat akan jatuh miskin dengan tanggungan sepenuhnya kerajaan kepada barang keperluan dengan subsidi ?apa yang tidak kurang pentingnya apa akan jadi dengan prinsip survival manusia... bukankah Allah telah berjanji manusia itu tidak akan berubah selagi ia tidak merubah dirinya sendiri... kita berdoa pada Allah untuk menjadi kuat jadi Allah turunkan ujian dan cabaran supaya kita menjadi kuat... apa yang penting sekarang kita tingkatkan amalan kita kepada Allah takutkan Allah, jaga keluarga kita pimpin mereka mengikut jalan Allah, dalami ilmu agama, rajin berjemaah di masjid dan surau, bacalah Al Quran, tingkatkan keimanan yang sebenar-benarnya, jaga pekerti dan tuturkata kita tak kira ketika berbicara atau menulis dan jagailah silaturahim antara kita sesama Islam, insha Allah Allah akan keluarkan kita dari kesusahan di dunia dan akhirat insha Allah. Dan ingatlah syaitan dan iblis akan meniup-niup di hati kita agar kita takut akan kemiskinan di dunia supaya kita akan melupai akhirat dan mencintai dunia Wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah!!
Saya sokong 200% pendapat saudara 9.54PTG,!!
Hakikatnya semua ini adalah ketentuan Allah yg sengaja Allah asbabkan melalui pemerintah!
Rakyat kita sgt banyak MEMBAZIR, lupa nikmat, kurang ibadah dan taqarub pd Robb, walaupun melimpah ruah rezeki.. Buktinya Rumah2 Allah sunyi berbanding TESCO, PASAR MALAM, STADIUM BOLA, KEDAI MAKAN...

INi baru sikit supaya kita jd hamba yang Bersyukur, Insya Allah akn ditambh lg nikmat.. Jika kufur azab Nya amatlah sengsara!!

Terima kadih saudara di atas.. Marilah kita ubh diri, muhasabah dn islah..

Tanpa Nama berkata...

kecewa jugak bila kerajaan yang disokong buat begini, kita bukan pro pakatan...minta pm timbangkan nasib rakyat bawahan seperti kami.

Tanpa Nama berkata...

Negara manakah dalam dunia nie yang harga barangnya tak pernah naik? Kekal jer cam tu sampai bertahun-tahun..! Pernah ker tak pergi negara orang dan tinggal disitu..? Dan kemudian bezakan dengan negara sendiri..!

Tanpa Nama berkata...

Betul tanpa nama 10:34,tetapi kita kecewa sebab slogan pemimpin kita sebelum pru,lepas pru jadi lain..kalau mulut tidak manis,hati tidak kecewa sangat..tapi saya bersama umno pun sebab umno dilihat tidak celaru isu agama,nak harap pas,dah memyimpang..tak yakin..tapi kalau agama pas clear,xmustahil rakyat akan lari tinggalkan umno.

Tanpa Nama berkata...

ini ketentuan Allah...ye betul, takpee, rakyat redha... tapi bagaimana dgn pembaziran kerajaan?? kerana pembaziran2 ni lah kerajaan dah takde duit, bila dah takde duit, muncul lah segala2 nye dinaikkan harga, dgn janji (janji lagi?) nak tingkatkan taraf hidup rakyat malaysia (baru nak tingkatkan?).. jgn ckp psl parti politik, skg ckp la psl pembaziran kerajaan tu? ataupon rakyat mmg sokong kerajaan buat hiburan kpop juta2, melancong juta2, pesawat juta2 sewa sebulan?? jawabla...