Jumaat, 13 Julai 2012

PANASS!! Dr. MAZA Perlu Berterus terang dan Jangan Terlalu Ego!! @realMAZA @Tunfaisal



Mc dah lama perhatikan gerak-geri si Dr Asri atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA. Orangnya nampak macam bagus.. peribadinya pun ok (setakat yang Mc tahulah). Cuma kadang-kadang, sifat dan perangainya tu bertindak seperti tidak matang. Mudah melompat apabila ditegur!


Suka Mc merujuk artikel Keris7Lok dalam hal MAZA berperang twitter dengan Tun Faisal hingga beliau sanggup mengeluarkan fatwa 'khas' semata-mata untuk menunjukkan lagak ketidak puasan hatinya dan egoisnya yang tercabar.

Keris terbaca di tweet MAZA tentang 'fatwa' yang dibuatnya sendiri. MasyaAllah inilah yang akan terjadi jika kita ego dan rasa tinggi diri. Sebab itu boleh keluarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan dan suka-suka hati.

Keris teliti semula, MAZA memang tak kisah dan tidak mengira sensitiviti sesiapa jika memberi pandangan mahupun kritikan secara terus atau tidak. Malangnya apabila dia ditegur, dia pula yang sensitif sehingga jadi seperti budak kecil. Bayangkan jika hanya ditegur telah dibesar-besarkan isunya sehingga berani keluarkan fatwa. Lepas ini kalau dia keluarkan kitab sendiri pun Keris tak hairan.

Tak malu ke pada orang lain? Punya slot di Oxford tapi pemikiran masih tidak matang? Perbesarkan isu sampai mahu menjatuhkan orang lain? SubhanAllah. Keris nak cakap sikit ya, orang macam MAZA ini sebenarnya tak perlu wujud pun didalam UMNO dan Keris tak kisah jika dia tak sokong UMNO. Dia sendiri sudah tunjukkan takjubnya kepada Nik Aziz. Atas sebab apa? Mencium dahi Nik Aziz yang terang-terang mahu melihat UMNO musnah sehingga sanggup bekerjasama dengan syaitan sekalipun.


Banyak sebenarnya perangai MAZA yang entah apa-apa. Lihat sendiri bagaimana dia mengeluarkan kenyaatan gawal seperti dibawah ini :


Bukankah ianya berbaur hasutan menentang Institusi Raja-Raja Melayu? Sebagai seorang bekas Mufti yang bijak agama MAZA tak perlu ego dan cakap macam bagus dan tahu semua. Bukan Keris mempertikaikan ilmu yang ada didada MAZA tetapi tak perlu ego. Kalau baca MAZA balas tweet Perdana Menteri, memang tak nampak langsung seperti seorang bekas Mufti tetapi tampak seorang manusia yang merasa dirinya lebih bagus daripada orang lain.

Perangai yang tak elok jangan ditunjukkan. Keris tahu dia punya pengikutnya tersendiri tapi ini pendapat Keris yang sudah lama memerhati MAZA. Sebagai orang muda Keris juga mahu mendalami ilmu agama namun setiap kali merujuk MAZA pasti Keris akan keliru.

Bercakap daripada sudut politik pula sebenarnya MAZA tidak disukai oleh ramai orang termasuk Badrul Amin. Masih ingat kata-kata Ustaz 3 Pagi ini?





Tidak hairan pun jika Badrol Amin pun cakap begitu kerana MAZA terlalu meninggi diri dan ego. Nasihat Keris, isu yang kecil tak perlu diperbesarkan, merendah diri dan kalau boleh tak perlu masuk campur hal politik. Itu yang terbaik.


Itu pesanan Keris pada MAZA.. meh Mc pula nak pesan!! 


MAZA perlu memilih yang mana satu platform politik yang perlu beliau sertai. Itu pun kalau beliau berniat menyertai politik. Mc tidak menyerang Ulamak yang tidak menyertai politik, sebab bagi Mc itu adalah ulamak yang sebenar, walaupun kadang-kadang rasa pelik bila tengok Ulamak seperti MAZA yang lebih banyak mengkritik dari membina.


Mc taknak komen banyak-banyak, tapi kalau MAZA rasa nak lawan UMNO. Kami tidak menghalang dan kami tidak menjemput. (KAMI itu mewakili ramai orang yang memerhati) Lebih baik berterus terang, dari terus menjadi hipokrit yang tidak berkesudahan!


Sebelum Mc akhiri posting kali ini, Mc dapat tahu MAZA ada kawan 'baik' semasa beliau belajar dulu.. dengar kata baikkk sangat hubungan mereka berdua.  Namanya Aziz Kisas! MAZA tentu kenal.. heh..




McTheory:
Kata orang baiknya macam Anwar dan Azmin..  ye ka? heh..

1 ulasan:

Najwa Raz berkata...

Assalamualaikum En.Mc,mengenai status tweeter DrMaza yang mengatakan Jebat tdk derhaka tp Sultan Melaka yang agak salah cara keperibadiaannya untuk menjadi sahsiah yg baik sebagaimana yang di'title'kan sebagai Sultan (pemerintah yang mana berjiwa rakyat) sebetulnya.
Maaf,kalau response saya ini lebih memihak kepada DrMaza. Cuba En.Mc baca dan kaji sejarah yang sebenar mengenai Sejarah Zaman Melayu dahulu kala. Sejarah tidak semestinya betul kerana ia boleh diubah dan siapa yang mengubahnya mestilah orientalis. Cuma untuk menentuka sejarah yang sebenar,kita kene kaji dan baca dahulu sebelum mengulas pendapat seseorang. Terima kasih.