Khamis, 21 Oktober 2010

PANAS! DR ASRI MASUK UMNO?? mungkin kah??


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat berada didalam ruang perhimpunan Agung Umno semasa perasmian serentak Perhimpunan Perwakilan Wanita,Pemuda dan Puteri Umno Malaysia oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apabila ditanya wartawan adakah Dr Asri sudah masuk umno sambil tersenyum Dr Asri menjawab sebagai orang Melayu dia sepatutnya menyokong parti yang sentiasa membela orang Melayu. Sebagi seorang islam tidak salah kita sebagai bangsa Melayu berjuang atas nama bangsa kerana orang Melayu juga beragama Islam katanya. - PSSR

Ada blog yang melaporkan bahawa si Dr Asri ni turun menyertai Perhimpunan Agung UMNO. Ada juga buat membuat andaian bahawa Dr Asri ni nak masuk UMNO. Hmm.. pada siapa yang kenal cara Dr Asri ni bermain politik, pasti akan tahu tujuan Dr Asri ke PAU 2010 (Perhimpunan Agung UMNO 2010).

Dr Asri ni unik sikit orangnya, beliau mempunyai tujuan tertentu. Perjuangan atas dasar yang ditetapkan pada dirinya. Mc percaya Dr Asri ke PAU 2010 hanyalah atas dasar jemputan. Kata2 yang diucapkannya tu, hanyalah penyedap rasa bagi tuan rumah apabila mendengarnya.

Seorang Ilmuan seperti Dr Asri sangatlah pandai bermain tarik tali diantara UMNO dan Pas. Jika beliau menyertai UMNO, beliau akan hilang sokongan Pas. Mungkin beliau akan dikecam teruk oleh Ulamak2 Pas dan pastinya N.ajis akan fatwakan beliau kafir kerana menyertai UMNO.

Begitu juga jika beliau menyertai Pas, beliau akan dipinggirkan dalam setiap program kerajaan pusat, malah Ulamak yang menyertai Pas, kata2nya pasti akan dipengaruhi oleh sentimen politik ala Pas. Menyebabkan rakyat yang majoritinya menyokong UMNO/BN tidak akan mempercayai cakap beliau lagi.

Sebab itulah sampai sekarang Dr Asri masih lagi berada ditengah2, boleh makan diantara kedua2 pihak. Pas boleh, UMNO pun boleh. Dengan kelebihan sebegitu, mungkinkah Dr Asri akan masuk UMNO? Anda sendiri pun boleh fikirkan.

Takpa, kita tengok sampai bila tokoh agama yang 'terlalu bijak' ni bersandiwara dalam politik negara kita.

P/s: Beliau lebih berat kepada Pakatan sebenarnya.. kalau nak tahulah..

Mctheory:
Pi tanya orang Perlih, depa kenai sangat dengan Asri ni..

4 ulasan:

j3bat berkata...

baca tulisan terbaru dr maza dlm blognya. tenyata perjuangan umno mermartabatkan meiayu adalah benar.

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya, Dr. Asri telah mengambil sikap yang bijak.., sekurang2nya untuk waktu ini, untuk tidak menyertai mana2 parti politik. Beliau dihormati oleh pelbagai golongan, islam/melayu khasnya, kerana kedudukan beliau yang nampak 'neutral' ini akan membolehkan beliau itu mengemuka apa2 cadangan atau menegur mana2 pihak.

Ilmuwan Islam tidak semestinya memihak, apatah lagi dalam kemelut fitnah yang sedang kuat melanda umat Malaysia pada saat ini. 'Padah' menyertai UMNO atau PAS akan hanya merancakkan gelombang fitnah itu.

Apapun, syukur kerana beliau telah menjenguk ke Persidangan Agung UMNO pada kali ini.

Semuga Dr. Asri dapat terus memberi sumbangan berguna kepada umat Islam di Malaysia ini.

Melayu Pasir Gudang berkata...

UMNO untuk mereka yang berbangsa melayu dan beragama islam, kalau Dr,Asri rasa dia melayu dan beragama Islam dia boleh masuk UMNO, pintu UMNO sentiasa terbuka, tapi kalau di cari pasal untuk pecah belahkan melayu dalam UMNO tunggulah balasannya kalau tidak di dunia di akhirat, allah itu tidak tidur.

Tanpa Nama berkata...

Dr Asri nak masuk UMNO???? Buang masa sahaja. Seronok masuk sekejap aje. Mcm bekas imam masjid negara yang lwn wan azizah di Prmtg Pauh. La ni.......lesap. UMNO dia ghairah nak tunjuk yang org alim masuk parti dia. Tapi lepas tu dia simpan dlm kotak, duduk diam2 kalau orang tu buka mulut tegur sifat sebenar UMNO.
Mana ada org alim dlm barisan pimpinan UMNO?? Ada??????. Buat kacau aje.