Sponsor

Memaparkan catatan dengan label anti anwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anti anwar. Papar semua catatan

Isnin, 4 Ogos 2014

HOT!! Anwar POKAI.. Kawan-Kawan Lebai Lari Bawa Diri!! #AnwarPOKAI

Hiasan semata-mata..

Semenjak Anwar Ibrahim sudah takdak pulus nak sara Pakatan Rakyat. Ramai kroni dan kawan yang dulunya sejati sudah angkat kaki, cuma tak berani nak declare kata depa blah dari Anwar, sebab takut kena maki!

Kebanyakkannya mereka ini dari Pas. Orang Melayu Islam ni, walaupun dimaki berkali-kali, bila ada masalah, bila susah, bila dah nak mampus, baru cari geng seagama. Tapi takpalah, sekurang-kurangnya depa sedar, bahawa orang UMNO ni sedia menerima mereka walaupun dulunya selalu kena maki!!

Siapakah mereka ini? ehem.. ehemm.. itu nanti kita selak pelan-pelan yaa.. Barang baik mana boleh dedah terus.

Tapi aku nak ingatkan, kepada orang UMNO yang baik sangat dok bantu geng Anwar berlebai ni. Supaya berjaga-jaga, takut-takut nanti depa ni bila dah senang dan kaya raya, dok guna duit tu lawan hangpa balik. Masa tu baru hangpa ada akai!

Jangan dok bela anjing yang bakal gigit tangan yang dok beri makan tu. Lain la kalau anjing tu dah jadi manusia dan bakal membantu kita nanti. Kalau tau nak kena gigit tangan, baik bagi makan pada yang memerlukan macam aku ni. he he he.. confirm 100% UMNO sampai mati... he he..

Pesanan tu untuk berjaga-jaga pada kemudian hari, takdak jeles pun, sebab rezeki Allah SWT ada dimana-mana. Usaha, doa dan tawakal.. Insyallah ada rezeki kita nanti.

Khamis, 20 Mac 2014

INFO! Isu #MH370 Anwar Terus Membodohkan Rakyat Malaysia!! #PrayForMH370




Anwar kata cara bapa Najib, Allahyarham Tun Razak mengurus krisis Japanese Red Army (JRA) pada tahun 1975 semasa mereka menawan 50 tebusan di bangunan American International Assurance (AIA), Kuala Lumpur adalah lebih baik dari cara Najib mengurus krisis MH370?

Dimasa tu katanya Tun Razak menghantar Ghazali Shafie sebagai perunding dan berjaya membebaskan 53 orang tebusan.Saya seperti rakyat Malaysia yang sangat prihatin mengikuti peristiwa tersebut kerana pada tahun 1975 saya merupakan pemimpin pelajar di Universiti tempatan.



Pengurusan Japanese Red Army ketika itu adalah lebih mudah kerana:

1. Kita tahu dimana lokasinya: didaratan dan di kuala Lumpur.

2. Kita tahu siapa kumpulan tersebut, JRA, kerana mereka mengistiharkannya.

3. Kita tahu apa mahunya, kerana mereka ingin mendapatkan perhatian dunia tentang masalah dalaman mereka di Jepun.

4. Kita tahu mereka sedia berunding dengan kerjasama kedutaan asing.

5. Kita tahu mereka mahu keluar daripada bangunan AIA dan Malaysia.


Persoalannya : 


Siapa yang tahu dimana MH370 ?

Dengan siapa kita nak berunding ?

Siapa yang tahu apa kehendaknya ?

Kedutaan mana yang boleh jadi orang tengah ?

Apakah mereka masih hidup atau sebaliknya ?

Kalau Anwar boleh jawab soalan di atas tolonglah selamatkan nyawa MH370, tak perlu sehingga jadi Perdana Menteri baru nak bertindak. Kalau tidak, usah buat perbandingan bodoh dan tak masuk akal semata2 untuk memenangkan isterinya di Kajang.Oh seperkara lagi, seingat saya Anwar tidak pernah memuji Tun Razak semasa hayatnya. Tetapi beliau antara yang bertanggungjawab menghasut pelajar membenci Perdana Menteri Tun Razak sehingga akhir hayatnya.

Dari Fuad Hassan

McTheory:
Kebodohan Anwar makin lama, makin mengarut!!

HOT! Anwar Akui Dia Lebih Hebat Dari Najib? #MH370 #PrayForMH370


Kalau dah gila tu, memang susah nak ubat. Kadang-kadang kesian gak dengan Anwar ni. Dia punya meroyan nak jadi PM sampai kita tengok dia macam orang hilang akal.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencanang dirinya sebagai pemimpin yang paling layak mengendalikan misteri kehilangan pesawat MH370 berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Esok (hari ini) pukul tiga ada lagi media nak wawancara saya..sebab mereka kata kalau wawancara saya, saya boleh jawab. Kalau wawancara Najib, Najib beri kenyataan saja. Jadi lebih baik saya ganti dia.

"Sekarang ini terbalik. Daripada nak padamkan Anwar, sekarang semua media antarabangsa mula wawancara saya semula," katanya dalam satu ceramah di Sungai Sekamat, malam tadi.



Anwar juga terus memperlekehkan Najib sebagai tidak berani berdepan dengan media antarabangsa.

Ujarnya, kegagalan Najib berbuat demikian memalukan dan mencerminkan ketidakmampuan pemimpin nombor satu negara itu berhadapan dengan dunia bagi menangani krisis tersebut.

Tambahnya lagi, Malaysia sudah cukup malu dengan kelemahan kerajaan menguruskan insiden tersebut yang sehingga hari ini masih menemui jalan buntu.

"Kalau orang tak boleh tanya orang nombor satu di Malaysia, nak tanya siapa lagi? Dia (Najib) bertanggungjawab. Saya hairan sebab satu dunia mengatakan dia tak sanggup berdepan dengan media antarabangsa. Dia biasa dengan Utusan dan TV3 saja.

"Dalam kes MH370 ini, selain mendoakan keselamatan mereka, kita tahu berkecamuk, lemahnya pimpinan negara ini khususnya Perdana Menteri yang pada hemat saya tidak layak terus memimpin negara kita. Itu menunjukkan kelemahan yang mengejutkan dunia," ujarnya.

Dalam ceramah yang sama, Anwar dalam pada itu terus menghentam kerajaan berhubung penglibatan bomoh yang katanya hanya menjadi 'nilai tambah' yang bukan saja memalukan negara, malah menjatuhkan maruah umat Islam negara ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab 'membanteras' perkara syirik tersebut walaupun telah diugut saman oleh bomoh berkenaan.

"Tiga malam lalu Tok Guru Haron Din kata kepada saya supaya memastikan setiap ucapan saya mesti menegur dan beritahu umat Islam bahawa kerja syirik jangan kita subahat, dan keduanya ianya memalukan, menjatuhkan maruah umat negara kita. Jadi saya jalankan tanggungjawab saya," katanya.


Ketika negara menjadi tumpuan masyarakat dunia, kemunculan tiba-tiba 'bomoh jutawan' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini yang kononnya ingin membantu mencari pesawat itu, memburukkan lagi keadaan.

Rakaman ritual bomoh itu yang dimuatnaik ke laman internet menjadi viral dan menyaksikan ratusan video 'parody' dari seluruh negara dihasilkan masyarakat dunia.

Selain mentertawakan Malaysia, mereka juga mengkritik perbuatan tidak masuk akal bomoh itu.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan tersebut adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan akan mengambil tindakan terhadap bomoh itu. -  Antara Pos

Sabtu, 1 Mac 2014

HOT! Anwar Ibrahim KANTOI Menipu Lagi!



Ishh.. lawak ehh si Anwar ni, nak menipu pun agak-agak la.. bukan semua orang bodoh macam puak Pakatan yang telan bulat-bulat apa yang dia kata.

Cuba tengok gambar yang di retweet oleh Anwar ni, kononnya dia diberi sambutan hebat di Airport Narita, Jepun.


Tapi hakikatnya?


Takdak orang sambut pun, kalau ada cuma jemputan 3, 4 orang yang menunggu si Anwar ni ke sana.

Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan negeri itu ketika sedang berdepan krisis air termasuk catuan akibat kemarau menuju ke Jepun selepas dihalang memasuki negara itu 19 Januari lalu.

Menerusi laman Twitter pada Khamis, Ketua Pembangkang itu yang akan bertanding dalam PRK DUN Kajang 23 Mac ini, memaklumkan beliau telah selamat sampai ke negara dan cuacanya ok

Beliau menyertakan gambar Datuk Kamaruddin Jaafar dan Shamsul Iskandar Mat Akin antara yang turut serta dalam delegasinya.

Difahamkan, acara di Jepun sangat padat, kerana beliau telah diaturkan untuk memberi syarahan serta mengadakan pertemuan dengan pihak media Jepun.

Anwar turut mengirim gambar beliau sedang menyampaikan ceramah tentang kebangkitan rakyat Arab di National Graduate Institute for Policy Studies.

Namun yang menarik adalah sekeping gambar menunjukkan Anwar dikelilingi puluhan jurugambar dan jurukamera memberi tafsiran beliau mendapat perhatian ramai petugas media.

Beliau retweet atau RT dari akaun @faizalkilfi yang pada kiriman asal menulis Anwar macam superstar manakala gambar sama turut di retweet @OrenjiRenOren:Biar gambar berbicara @ anwaribrahim di Narita Airport.

Bagaimanapun, berdasarkan time line, Orenji yang paling awal mengirim gambar tersebut.

Timbul persoalan, adakah kiriman gambar itu bagi memberi maksud Anwar mendapat sambutan hangat media ketika tiba di Narita Airport, Jepun?

Jika itu yang mahu digambarkan oleh faizalkifli dan OrenjiRen yang dipercayai anggota AMK, ternyata gambar itu bukan di Jepun sebaliknya di mahkamah Jalan Duta ketika Anwar dibebaskan daripada kes liwat pada 9 Januari 2012 atau ketika himpunan 901 bagi menyokong Ketua Pembangkang itu.

Gambar berkenaan cuma ada perbezaan di beberapa sudut termasuk mengeluarkan gambar anggota polis yang berada di belakang sekali.

Orenji bagaimanapun selepas ditanya @AMKPerlis mengenai kesahihannya dan mungkin takut kantoi akan mungkin jadi isu yang akan memalukan Anwar, mengaku tidak sebaliknya ia bertujuan provokasi untuk puak kangkung.

Malah beliau memberi gambaran, tindakannya itu ‘nampaknya berjaya’.

Cerita kenapa penyebaran gambar ketika Anwar berada di Jepun, boleh difikirkan dan dinilai sendiri rakyat negara ini.

Moralnya tentu menjurus kepada penipuan demi penipuan yang cukup sinonim dengan pemimpin-pemimpin PKR..Jika ini satira politik, ianya satira mahu membodohkan Anwar, parti dan diri sendiri. –bnbbc.my

Jumaat, 28 Februari 2014

HOT! Mahkamah TAK ADIL, Anwar SAMAN 100 JUTA Dapat 800 Ribu!


Kes saman RM100 juta Anwar Ibrahim ke atas Wan muhammad Azri @ Papa Gomo. Mahkamah membuat keputusan bahawa Wan Mohd Azri adalah penulis blog papagomo.com dan mengarahkannya membayar kos gantirugi am sebanyak RM800k kepada DS Anwar Ibrahim dan RM50K sebagai gantirugi kos.  

Peguam Wan Mohd Azri, Jasbeer Singh memberitahu hakim sebenarnya tidak mengesahkan bahawa Azri merupakan penulis papagomo.com tetapi hakim hanya menggunakan alasan plaintif berjaya membuktikan kes. Pihak defendan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Untuk rekod Anwar Ibrahim saman RM 100 juta hanya menang RM800 ribu. Ahli PKR saman presiden PAS dan Hadi Awang kalah RM2 juta.

Apa pun steady la Azri..

Selasa, 25 Februari 2014

HOT! Anwar Tak Suka Hukuman Terhadap Pelaku SEKS? #PRKKajang


 
 
Juhaidi Yean Abdullah – Peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi 13 Mei 1969 kurang diketahui umum. Menurut Judith Nagata, Anwar mengambil bahagian dalam perarakan besar-besaran membantah penghinaan orang Cina terhadap Melayu sehari sebelum itu.

Perarakan pelampau Cina sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu turut memberi kesan kepada Anwar. Sehingga malam 13 Mei, kira-kira 200 orang terbunuh. Tidak berhenti di situ, Anwar turut berdemonstrasi bersama 1,500 pelajar Melayu di Universiti Malaya (UM) pada Julai tahun itu, seterusnya pada Ogos dan Oktober. Ratusan pelajar merosakkan dan menumbangkan semua papan tanda bertulis dalam bahasa Inggeris.

Mereka berarak ke kediaman Naib Canselor UM dan menuntut penggunaan bahasa Melayu dilaksanakan serta-merta di universiti itu.

Krisis berterusan hingga 1980-an

‘Krisis’ Anwar dengan masyarakat Cina berterusan hingga pertengahan 1980-an ketika banyak kepentingan Cina dalam koperasi yang mengambil deposit mengalami kerugian besar, dianggarkan RM3.6 bilion.

Pertubuhan, syarikat dan parti politik Cina mendesak kerajaan menyelamatkan koperasi yang rugi dan membantu pelabur Cina, tetapi Anwar bertegas. Beliau juga enggan menemui wakil pertubuhan guru-guru sekolah Cina yang mahu menyekat kuasa Menteri Pelajaran.

Sebaliknya, beliau menempatkan 100 pengetua dan guru kanan yang tidak berbahasa Mandarin ke sekolah rendah Cina. Tindakan Anwar menimbulkan kemarahan masyarakat Cina, lalu mendorong DAP dan MCA mengadakan demonstrasi membabitkan 2,000 orang. Penyokong Anwar membalas dengan mengadakan demonstrasi 15,000 orang di Chow Kit, lokasi peristiwa berdarah 13 Mei.

Kegawatan ekonomi sekitar 1985-86 menyebabkan orang Cina sekali lagi mempertikai asas Dasar Ekonomi Baru yang dilihat pro-Melayu. Keadaan yang tegang dan kritikal menggugat keharmonian antara kaum dan menggugat keselamatan dalam negeri sehingga kerajaan terpaksa melancarkan ‘Operasi Lalang’ pada 1987 bagi meredakan suasana.

Peristiwa ini dapat dibaca dalam buku Anwar Ibrahim: Evolution of A Muslim Democrat, karya Charles Allers (Monsoon, Singapore, 2013).

Anwar juga perancang dan pemain utama ‘politik wang’ ketika bersama UMNO, terutama bagi menjayakan Team Wawasan yang menyokongnya dalam pemilihan parti pada 1993.

Ramai kawan rapat dan ahli keluarga beliau yang mendapat habuan besar daripada pengagihan kontrak kerajaan dan penswastaan sekitar 1992 hingga 1994.

Beliau juga mengawal media arus perdana dan menggunakannya untuk menyekat dan menyerang ‘musuh-musuhnya’ dalam UMNO, terutama Tun Ghafar Baba, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Sanusi Junid (ms 94)

Hubungan Anwar dengan Pas sekadar menguntungkan beliau. Menurut Prof Osman Bakar, berbeza dengan PAS, Anwar tidak buang identiti Melayunya dan mengutamakan nilai plural serta universal Islam, bukannya soal hudud atau negara Islam (ms 65).

Sokong Dr M isu hudud

Anwar sokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang tidak sependapat dengan PAS dalam soal ini. Hujah Anwar, PAS salah meletakkan keutamaan seperti yang diutarakan Dr Yusof al-Qardhawi kerana hudud bukan soal terpenting bagi sebuah negara Islam dan Islam pula bukan semata-mata pasal hudud.

Kata Nagata dan John Funston, Anwar yang berpendidikan Inggeris pada 1950-an dan 60-an bergantung kepada khidmat ulama terkenal untuk membantu kerjaya politiknya kerana beliau sedar kekurangannya dalam pendidikan agama formal. Ketika bersama ABIM dulu, beliau mewirakan Prof Syed Naguib al-Attas dan kini, al-Qardhawi dan ulama PAS yang boleh menyokongnya.

Menarik juga diketahui bahawa walaupun pada mulanya Anwar bersama pemimpin PAS menyokong Revolusi Iran dan memuja Ayatollah Khomeini (1900-89), sebelum akhirnya menolak apabila melihat kegagalan pengaruh liberal dan reformis dalam kerajaan Islam republik itu.

Anwar tidak suka apabila hakim Iran seperti Sadegh Khalkhali (1927-2003) menghukum pesalah yang berkhalwat atau melakukan kesalahan seks. (ms 61)

Rabu, 19 Februari 2014

HOT! Tun Mahathir TAKUT Dengan Anwar Ibrahim?


Pertarungan politik Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya tidak pernah berakhir.

Walaupun, kalangan pemimpin UMNO tahu Anwar anak emas Mahathir satu ketika dahulu tetapi mantan Perdana Menteri itu tetap mengecam Anwar tatas krinsip yang salah tetap salah dan yang betul tetap betul.

Beliau yang banyak tahu pasal Anwar ibarat hanya jauhari mengenal manikam.

Justeru itu, ketika membalas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang mengatakan Dr Mahathir takut sekiranya beliau menjadi menteri besar Selangor, mantan Perdana Menteri itu mengakuinya.

Dr Mahathir berkata, beliau memang “takut” sekiranya Anwar menjadi menteri besar kerana orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi pemimpin kerana perlakuan beliau yang didakwa “tidak bermoral”.

“Tentulah saya takut (Anwar jadi MB) kerana orang akan rasa tak selamat bila dia ada di sekitar.

“Tengok apa jadi kepada kakitangan beliau,” kata Mahathir sinis.

Beliau dipercayai merujuk kepada kes membabitkan Anwar dan beberapa pembantunya termasuk Saiful Bukharin Azlan yang mendakwa diliwat pada 2008.

Menurut Dr Mahathir, Anwar bukan sahaja tidak layak menjadi menteri besar malah perdana menteri sekalipun.

Katanya, Anwar hanya menubuhkan parti sema-mata untuk jawatan itu bukan untuk perjuangkan bangsa, agama atau apa-apa.

“Beliau masuk UMNO dulu pun hanya untuk jadi PM,” katanya dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Selasa.

Dr Mahathir sekali lagi menegaskan, bahawa Barisan Nasional (BN) perlu bertanding menentang Anwar sama ada diwakili UMNO, MCA, MIC, atau Gerakan pada pilihanraya kecil DUN Kajang 23 Mac depan.

Beliau turut mengalu-alukan calon bebas seperti bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim dan penyanyi dangdut Herman Tino “layak” bertanding atas semangat demokrasi.

“Bekas menteri dan orang seperti Herman Tino semua layak bertanding kalau ikut sistem kita. Mereka mungkin hilang deposit tapi tak apalah,” kata beliau.

Kelmarin, Dr Mahathir memberi amaran jika mahukan kerajaan yang pro Amerika Syarikat, rakyat atau boleh mengundi Anwar.

Anwar dan Dr Mahathir pernah bersama-sama memimpin kerajaan dan UMNO sebelum dipecat atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa pada 1998. - bnbbc.my

Isnin, 20 Januari 2014

INFO! Punca Sebenar Kenapa Anwar Ibrahim Tak Dibenarkan Masuk Ke Jepun!


Jeng jeng jeng... dah tahu pasal apa Anwar Ibrahim tak dibenarkan masuk ke Jepun.

Semua masih ingat Tun Mahathir haramkan duit Malaysia note RM500 dan RM1000? Yang lama pasti tahu tapi yang muda ni tak tahu. Tak tahu tu elok lah search cari note RM500 dan note RM1000 tu yang di haramkan oleh Tun M sewaktu Anwar Ibrahim di pecat dari Timbalan Perdana Menteri.

Mengikut sumber Wang note RM500 dan RM1000 tu disimpan di China dan Jepun oleh Anwar Ibrahim. Jumlah nya Thrilion ringgit Malaysia beb. Duit sapa lagi kalau bukan duit Anwar Ibrahim dan sekutunya?


So Anwar Ibrahim ke jepun atas sebab berjumpa dengan proksinya yang menyimpan duit tersebut. Najib Razak tahu perkara ini dan sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Jepun bahawa apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim adalah salah dan merupakan satu Rompakan ke atas wang Rakyat Malaysia sewktu beliau berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kerajaan Malaysia melalui Najib Razak dan kerajaan jepun bekerjasama dalam perkara ini bagi menidakkan wang RM500 dan RM1000 tidak dibawa pulang oleh Anwar Ibrahim ke Malaysia ataupun disimpan di negara lain.

Kerajaan Jepun memandang serius perkara ini dan atas sebab tersebut kerajaan Jepun melihat Anwar Ibrahim sebagai satu ancaman Korupsi mata wang dunia dan tidak mahu pengaruh Anwar Ibrahim yang terok ini merosakkan matawang Yen Jepun.

Mungkin ada yang tak percaya tapi ketahuilah hakikatnya bahawa Anwar Ibrahim adalah Perompak wang Rakyat paling besar dalam sejarah negara. Bayangkan jika Pakatan menang PRU dan mentadbir negara yang mana Anwar Ibrahim Perdana Menteri. Sudah pasti keturunan Anwar Ibrahim akan kaya tak pernah miskin dek kerana note RM500 dan RM1000 yang dirompak Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi TPM.

Buat yang nak menyokong Anwar Ibrahim membabi buta ni dan salahkan umno elok lah buat research perkara ini. Jangan jadi pentaksub sampaikan mengiyakan apa sahaja cakap Anwar Ibrahim. - Pg


McTheory:
Dah faham dah?

Sabtu, 28 Disember 2013

HOT! Twitter Anwar Ibrahim Posting Gambar GAY?



Apa kejadahnya seorang lelaki Islam nak favourite gambar lucah lelaki sedang kolom xxxxx...gambar tersebut memang jijik...menghairankan juga...macamana Akaun twitter Anwar kena hack...kahkahkah!!!!

Adalah 1 dosa besar mengatakan Anwar gay...tapi gambar ni apa? mesti kena hack...tak percaya klik sini...tu pun kalau dia tak buang lagi...kehkehkeh


Sumber gambar Mc ambil dari blog H.E


He he he.. apa dah jadi dengan twitter Anwar tu? Atau masa Anwar tengok gambar tu, dia tertekan posting kot. ha ha ha.. kelakau la Anwar oii..

Khamis, 31 Oktober 2013

HOT! Anwar Akan 'Bertazkirah' Dalam Masjid di Sungai Limau!! #PrkSgLimau

Si Syaitan datangg..

Mc mendapat maklumat bahawa Anwar Ibrahim akan datang malam ini ke Sungai Limau. Sehari lebih awal dari tarikh yang dijangka. Malah dia akan singgah beri tazkirah di sebuah masjid yang memang terkenal sebagai kubu kuat Pas. Mc taknak nyatakan dimasjid mana si Anwar beri tazkirah, tetapi AJK masjid tersebut, tidak patut dan tidak perlu membawa insan seperti Anwar untuk beri tazkirah.

Kenapa nak suruh orang politik beri tazkirah? Dah habis ke tok-tok guru yang sepatutnya beri tazkirah kat sana? Dia ni peribadi punya la teruk, skandal jangan cakap la, siap ada video lucah. Itu pun masih nak jemput beri tazkirah dalam masjid.

Mc minta Jabatan Agama Islam Kedah tolong pantau dan halang mangkuk ni dari merosakan keharmonian masjid di Sungai Limau.

Taktau la kalau ada pegawai dari JAIK bersubahat dalam perkara ni.

McTheory:
Harap pihak berkuasa ambil tindakan terhadap setan ni..

Isnin, 20 Mei 2013

PANASS!! Anwar KANTOI Menipu Lagi!! #TolakPR



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Raja Fitnah apabila mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana jumlah sebenar pengundi berdaftar untuk kategori itu, cuma kira-kira 230,000.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata Anwar melakukan pembohongan besar semata-mata untuk mengejar cita-cita peribadi bersama perasaan dendam, sehingga berterusan menjadikan suruhanjaya itu sebagai kambing hitam.

Beliau menegaskan, jumlah sebenar dalam daftar pemilih yang sah untuk proses pengundian awal pada 30 April lalu adalah kira-kira 230,000 membabitkan anggota pasukan keselamatan dan pasangan masing-masing.

SPR tiada masalah atau takut dan tidak tertekan langsung kerana kita bekerja mengikut undang-undang. Kita percaya kepada keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. SPR ada semua rekod dan kertas undi yang sah.

Macam mana dia (Anwar) tahu kononnya sehingga 95 peratus anggota tentera dan polis nak pergi mengundi dia... tidak masuk akal, adakah dia fikir anggota tentera dan polis tidak ada perasaan langsung dengan pelbagai isu berbangkit?

Dia adalah raja fitnah. Biarlah undang-undang yang menangani segala kerenah Anwar ini. Orang yang banyak memfitnah dan melakukan pembohongan ini, insya-Allah Tuhan akan tunjuk, katanya kepada BH,semalam.

Anwar pada ceramah di Padang Kota, Georgetown, malam kelmarin, dilaporkan mendakwa 500,000 undi awal anggota pasukan keselamatan dimanipulasi pada PRU-13 untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) dengan menuduh SPR terbabit dalam penipuan itu.

Anwar antara lain menyatakan: Di kerusi Parlimen Permatang Pauh, saya mendapat tahu sebanyak 95 peratus anggota keselamatan yang akan mengundi awal menyatakan sokongan kepada PKR tetapi apabila tiba hari pengiraan undi, saya dapat lima peratus saja undi mereka.

Wan Ahmad berkata, keputusan PRU-13 sudah mendapat pengiktirafan banyak pihak, malah diterima kerajaan negeri dikuasai pembangkang, kecuali berterusan dibantah oleh Anwar dan segelintir konconya.

SPR tak berdiam diri

Sambil mengulangi bahawa pihak tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13 boleh mengemukakan petisyen melalui mahkamah selepas pewartaan dijangka pada akhir bulan ini, katanya, SPR menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan polis untuk memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam ekoran tindakan Anwar mengadakan perhimpunan bantahan di merata tempat.

Ditanya mengenai kemungkinan SPR membuat laporan polis serta mengemukakan saman terhadap Anwar atas segala pembohongan dan fitnah dilemparkan itu, beliau berkata:

SPR tidak akan berdiam diri tetapi kita mesti membuat perancangan rapi mengikut kedaulatan undang-undang. Pejabat penasihat undang-undang SPR sedang meneliti, mengkaji, mengumpul bukti dan memberi nasihat kepada SPR mengenai langkah terbaik menangani dakyah pembohongan Anwar.

Sumber SINI

Ahad, 19 Mei 2013

GILA AHH!! Disebabkan VIDEO Ini Anwar YAKIN Dia Jadi PM Malaysia!! #PRU13


Mungkin disebabkan video ini, puak pencacai Pakatan Haram percaya gila mereka akan menang PRU ke 13. Ada ka patut guna bomoh untuk tahu siapa menang? ha ha ha.. syirik sungguh! Laungan Allahuakbar tu pun hanya topeng untuk tutup kesalahan menipu! Serupa Pas la juga, guna agama untuk raih sokongan politik! Puii!!


Bomoh kat atas ni, lebih kurang sama macam bomoh kat bawah ni juga kot. Bomoh temberang!! kah kah kah... kelakar laaa..



McTheory:
Apa la punya bangang puak Pakatan ni.. hahahaha..

HOT INFO! Anwar Punca Balai Polis Kena Serang?

Hiasan semata

Apa nak jadi la dengan rakyat Malaysia sekarang ni. Dulu rakyat Malaysia cukup respek dengan polis dan undang-undang. Namun sejak wujudnya manusia yang bernama Anwar Ibrahim ni. Pelbagai masalah dah wujud, hingga sudah ada kumpulan yang menentang undang-undang.

Celaka sungguh, semuanya salah Anwar Ibrahim..manusia paling celaka dalam Malaysia!

Memetik laporan bernama, Dua lelaki termasuk seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am Batalion Keenam, Bakri, Muar, cedera setelah diserang lima lelaki bersenjata parang di kawasan Balai Polis Labis, di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Mohd Kamil Sukaimi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, anggota polis berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, kaki kanan, dan anggota tubuh badan, manakala rakannya hanya mengalami cedera ringan.

"Kedua-dua mangsa bersama dua orang lagi termasuk isteri mangsa sebelum itu sedang menaiki sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Labis-Segamat.

"Bagaimanapun ketika di pertengahan jalan iaitu kira-kira dua kilometer daripada Balai Polis Labis, kereta yang dinaiki mangsa telah ditahan oleh sekumpulan lelaki," katanya ketika dihubungi di sini malam Sabtu.

Menurutnya anggota polis berkenaan yang keluar daripada kereta selepas itu telah ditetak dengan parang daripada belakang oleh salah seorang lelaki terbabit menyebabkan mangsa terpaksa menyelamatkan diri dan kembali masuk ke dalam kereta.

Katanya, melihat keadaan itu rakan mangsa bertindak memecut kenderaan ke arah balai polis, namun telah diekori oleh kumpulan lelaki tersebut dengan sebuah kereta.

"Rakan mangsa yang keluar untuk membuat laporan kemudian telah diserang di kawasan balai polis berkenaan sebelum anggota polis di balai polis berkenaan bertindak menahan mereka yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, polis menahan lima lelaki berusi 30 hingga 40-an di tempat kejadaian dan merampas empat bilah parang yang digunakan untuk menyerang mangsa.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Kedua-dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat di sini untuk menerima rawatan lanjut.

Anggota polis berkenan kini masih menerima rawatan di hospital berkenaan manakala rakannya dibenarkan pulang selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar.


P/s: Sejak Anwar dok buat kacau ni, makin ramai orang mereng mengamuk!!


McTheory:
Semua salah Anwar, mengajar manusia jadi jahat!

Khamis, 4 April 2013

PANASS!! Anwar Cuba Campur Tangan dalam Senarai Calon Pas Kedah? #TukarKedah #TolakPR

Anwar ada rancangan jahat untuk Pas Kedah?


Kenapa PKR perlu menghantar surat dan merahsiakan daripada pengetahuan Menteri Besar Kedah dan orang-orangnya? Bukankah Anwar boleh meminta sendiri senarai calon daripada MB Kedah tanpa perlu mengunakan orang tengah?

Atau Anwar dan PKR tidak percayakan Azizan lagi? sebab tu mengunakan cara belakang untuk dapatkan senarai nama calon Pas Kedah. Suka betul Anwar dengan 'cara belakang' ni.

Banyak persoalan dalam kepala otak Mc ni.

Rasanya, Anwar nak tengok berapa ramai Anwarinas dalam Pas Kedah jadi calon kot, mungkin sebab tu dia mintak dan mungkin akan diubah mengikut seleranya nanti bila tidak ada anwarinas yang dipilih oleh Azizan.

Sebab tu hingga sekarang, senarai calon Kedah masih lagi tidak diterima oleh Pas Kedah. Katanya masih ada di Pas Pusat.

Azizan kerat habis penentangnya di Kedah. Penentangnya tu, ramai geng Anwarinas dan syiah, rasanya atas alasan tersebut Anwar mahu campur tangan untuk menentukan calon di Kedah.

Bagus juga tu, makin ramai Anwarinas jadi calon, makin ramai la sampah yang Pas Kedah tawarkan nanti. he he..

McTheory:
Tak sabar nak tengok senarai akhir calon sampah Pas Kedah..

Khamis, 28 Mac 2013

TERBONGKAR!! 13 Perkara SULIT yang Akan Anwar Lakukan Menjelang PRU ke 13!



Tahukah anda pilihanraya ke 13 ini bakal menentukan masa depan Malaysia? Malah negara kita sedang diancam oleh segolongan manusia yang tamak dan terlalu ingin berkuasa. Mereka ini didalangi oleh seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Manusia yang sanggup berbuat apa saja semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri

Anwar tidak kisah akan rakyat (hidup susah atau senang), Anwar tidak kisah untuk menabur janji yang sudah tentu belum pasti akan ditunaikan. Mereka boleh menulis apa saja yang mereka suka untuk berjanji pada rakyat. Sebab menulis tidak memerlukan kos, namun untuk tunaikan janji tu, Mc tak fikir mereka mampu.

Diselangi dengan manifesto merapu puak Pakatan, Anwar juga akan membuat kejutan di PRU kali ini. Kononnya membongkar penipuan yang dilakukan oleh UMNO/BN terhadapnya. #PUI!!


Ini telah pun dilakukan!!

Seterusnya?














Sememangnya Anwar manusia durjana yang mempunyai pelbagai wajah


Pembongkaran kali ini akan melumpuhkan jentera maya dan konvesional Pakatan kerana rahsia mereka telah pun TERBONGKAR!!

Rakyat Malaysia tidak akan tertipu lagi dengan tipu daya dah helah buruk Anwar Ibrahim!

McTheory:
Sebarkan perangan Anwar ini keseluruh pelusuk Malaysia!

Selasa, 5 Mac 2013

HOT INFO! Anwar Ibrahim KANTOI Menipu Kali Ke Berapa Juta Tah!! #Pray4Sabah #DemiNegara


Mc rasa Anwar ni dah mereng kot. Nak pusing pun agak-agaklah. Dah jelas memang ada media Filipina yang keluarkan cerita ni. TV3 dan Utusan hanya 'pick up' cerita dari situ saja. Kat bawah tu Mc dah print screen, boleh tengok sendiri.

Ini dia punya portal Filipina
Ini pula cerita yang dikaitkan dengan Anwar..
 Kalau tak percaya juga, pembaca boleh pi baca sendiri kat portal tu, nak baca meh KLIK SINI.

Jangan pula ada cacai Pakatan kata UMNO bayar portal ni. Sebab cerita ni keluar sebelum terjadi lagi krisis di Lahad Datu. Nampaknya Anwar dah kantoi beradap.

Nak menipu agak-agak la Anwar oii.. dah jelas lagi bersuluh semua yang terjadi sekarang ni berpunca dari hang sendiri.

Mc pun nak tanya hang juga Anwar, awat saman Utusan dan TV3 saja, saman la portal Filipina ni sekali!!

Kita tengok cacai Pakatan nak SPIN apa pulak lepas ni.


McTheory:
Berapa juta kali dah kantoi menipu Anwar ni.. tapi buat muka bodo dia la..

Sabtu, 9 Februari 2013

TUDIAA!! Hobi Pelik Anwar Ibrahim Yang Patut KIta Tahu!!


 Siapa nak tahu apa hobi Anwar? Rakan blogger Jawaber6, membongkarkan semuanya. Memang kelakar!!
 ADUH!! Tergelak besar bila ada seorang sahabat yang pernah menjadi tali barut Parti Keadilan Nasional (nama PKR lama) dan agak aktif jugak dalam pergerakan Angkatan Muda Keadilan sebelum angkat kaki meninggalkan parti penuh bala itu.
Straight to the point. Anwar rupanya ada hobi pelik yang semua pengikut bawahannya tak tau dan mungkin tau tapi tak nak ambik tau. Meh sini aku bagi tau dulu 4 hobi antara banyak hobi Anwar Ibrahim ni.

1) Simpan gambar lelaki 'cute' atau jambu.



2) Lekat 'facial-mask' setiap malam sebelum tidur.

3) Simpan koleksi jam tangan mewah.

4) Gemar memakai bengkong agar kelihatan gagah perkasa.

Itulah antara hobi pelik Anwar Ibrahim yang orang lain tak tahu. Yela siapa nak ambil tahu kan. Yang penting menang Putrajaya. Semua ini dah tak penting. Masalah moral adalah masalah peribadi. Masalah tak pandai urustadbir negara lebih penting dari masalah moral untuk menjadi Perdana Menteri.
Lagi satu sahabat aku ni juga berpesan supaya jangan tertipu dengan perwatakan menarik Anwar Ibrahim kerana depan lain tapi belakang lagi lain. Semua yang dibuat dan diucap oleh Anwar adalah hipokrit semata-mata. Wallahua'lam.


McTheory:
Perghh.. lawak siot!! hahaha

Sabtu, 29 Disember 2012

GEMPAR!! V For Vendetta KECAM Pakatan Haram dan Anwar Ibrahim!!


1. Video parody V For Vendetta ini telah diupload ke Channel YouTube Politik Tongong.

2. Nampaknya sudah ada perkumpulan baru yang muncul di arena media baru yang menggunakan nama Politik Tongong.

3. Dengar katanya akan muncul episod pertama Politik Tongong dalam masa akan datang.

4. Sama-sama kita nantikan.

5. Anda boleh layari FanPage facebook mereka di facebook/politiktongong2012 ataupun di twitter dengan @PolitikTongong.

Isnin, 17 September 2012

PANASS!! Maruah Anwar Lebih Penting dari Rasulullah SAW?


... kepada Yahudi Zionis?

Berkenaan Nakoula Basseley Nakoul yang telah membuat satu filem menghina Nabi Muhammad yang kini dikutuk seluruh dunia, baca kisah liputan Utusan Malaysia berikut:
Walaupun negara Islam seluruh dunia melenting dan memprotes penyiaran filem tersebut di You Tube yang kini dipunyai Google, mereka tetap enggan tarik filem tersebut.

Hairan ye ... video You Tube China Doll boleh diturunkan dalam 1 jam oleh protes penyokong PKR tapi filem hina Nabi tak diturunkan Google/You Tube.

Orang kata Google dan You Tube dikuasai Yahudi Zionis. Apa implikasinya terhadap Anwar?
Memang benar apa yang dipersoalkan oleh TheUnspinners. Kalau Anwar mereka jaga sebaiknya, kenapa soal penghinaan terhadap Rasulullah SAW ini YouTube boleh menolak?

McTheory:
Maruah Anwar, lebih penting dari Rasulullah SAW?

Selasa, 11 September 2012

GEMPAR!! Membongkarkan Kisah Anwar dan Kasut Terbang Dalam Masjid Sungai Pumpong!!


Cerita sebenar mengenai misteri kasut terbang di Masjid Sungai Pumpong. Apakah betul kecoh Mahfuz Bean menceritakan mengenai kasut terbang. Apakah benar, Perkasa membaling kasut didalam masjid? Apakah benar Anwar belajar kungfu sempat mengelak dari baling kasut geng Perkasa? Atau cerita ini hanya tahyul rekaan dari Mahfuz Bean?


Nak tau cerita sebenar boleh baca kat rakan AlorStaq blog!!