Memaparkan catatan dengan label pesawat MAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pesawat MAS. Papar semua catatan
Ahad, 24 Ogos 2014
INFO!! Sudah Tiba Malaysia Airlines Wujudkan Uniform Bertudung Untuk Crew Wanita Muslim!
Rasanya dah sampai masa imej Penerbangan Malaysia membawa imej Malaysia yang sebenar. Pramugari yang beragama Islam, sepatutnya diberi pilihan untuk bertudung dan berpakaian tidak seksi.
Mungkin Malaysia Airlines patut tukar imej dan penampilan cabin crew wanita mereka supaya nampak lebih muslimah lepas ni. Kalau taknak muslimah pun, kurangkan baju-baju ketat tu.
Kalau Thai Orient boleh buat macam ni untuk cabin crew wanita Islam mereka kenapa Malaysia Airlines tidak boleh untuk melakukannya?
Saya berpendapat sudah sampai masanya pihak yang terbabit buat tindakan drastik sebegini supaya Malaysia Airlines akan dirahmati dan dipelihara oleh Allah SWT.
Harapan saya agar cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak pengurusan MAS bagi kebaikan semua anak kapal dan rakyat Malaysia itu sendiri.
Mungkin kita boleh mulakan hanya untuk penerbangan dalam negara. Kemudian ianya dilaksanakan secara berperingkat.
Jika sekarang ramai artis remaja bertudung.. bahkan semakin manis dilihat. Tak akan kurangkan kejelitaan pramugari kita walaupun mereka bertudung dan berpakaian sopan!
McTheory:
Betul ka dak?
Sabtu, 26 April 2014
HOT!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Ikrar Takkan Naik Pesawat Boeing Lagi? #MH370 #PrayForMH370
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak mahu terbang menggunakan pesawat buatan Boeing melainkan mereka boleh jelaskan mengapa semua sistem gagal dan dilumpuhkan.
Beliau merujuk kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik syarikat Malaysia Airlines (MAS) Mac lalu yang menjadi misteri sehingga kini.
Dalam tulisan terbaru di blog peribadinya, chedet.cc, kata Dr Mahathir, sebagai pengeluar pesawat Boeing bertanggungjawab ke atas kehilangan misteri tersebut dan mempertahankan MAS yang menerima cemuhan dan kritikan banyak pihak, mengatakan Boeing yang sepatutnya dipersalahkan di atas kehilangan MH370 dan 239 penumpang serta anak kapal.
"Saya sangat kecewa apabila pekerja MAS ditahan sebagai tebusan di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370,” tulis Dr Mahathir dalam blognya Jumaat.
"Saya kecewa kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat tersebut berpunca daripada pengeluarnya, Boeing."
MAS mengesahkan kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel, Beijing petang Khamis lalu.
Insiden tersebut tercetus ekoran ahli keluarga tidak berpuas hati dengan pendedahan butiran berhubung kehilangan pesawat itu.
MH370 hilang secara tiba-tiba tidak dapat dikesan radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas, dan tiada sebarang isyarat kecemasan atau amaran diterima Menara Kawalan Udara.
Teori alat pengesan dimatikan sendiri oleh individu dalam pesawat MH370 diperkatakan sejak awal kehilangan, bagaimanapun Dr Mahathir membidas Boeing kerana mengeluarkan sebuah pesawat yang mudah dilumpuhkan sistemnya daripada dikesan.
"Bagaimana Boeing boleh mengeluarkan pesawat yang mudah dilumpuhkan sistemnya?" katanya.
"Boeing mesti jelaskan mengapa semua alat pengesan pesawat boleh dilumpuhkan, boleh gagal.
"Sama ada teknologinya sangat lemah atau tidak selamat. Saya tidak akan terbang dengan menggunakan pesawat Boeing lagi melainkan mereka boleh jelaskan mengapa semua sistem gagal dan dilumpuhkan," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir mengulangi kehairanannya dan berkata mustahil MH370 hilang secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan dengan teknologi dan satelit canggih yang dimiliki ketika ini.
"Saya percaya terdapat peralatan dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan, mungkin dengan GPS (Global Positioning System).
"Kamera rumit yang dikendalikan satelit pengintip oleh sesetengah negara boleh mengambil gambar orang di bumi dan mengenalpastinya. Sudah pasti kamera dapat melihat dan mengambil gambar pesawat 63 meter panjang tersebut," kata beliau.
Menurut Dr Mahathir lagi, syarikat Boeing juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam misi mencari dan menyelamat tersebut, walhal sepatutnya mereka yang bertanggungjawab untuk menjejak semula MH370.
"Boeing dan pihak berkuasa negara pengeluar yang sepatutnya mencari pesawat tersebut. Mungkin jenis pesawat tersebut juga perlu dihentikan.
"Tetapi Boeing tidak menunjukkan sebarang minat dan mengeluarkan kenyataan yang secara praktikalnya salah," kata beliau.
Dr Mahathir juga tidak mempercayai teori yang mengatakan juruterbang dan pembantunya melakukan tindakan membunuh diri dan sengaja membiarkan pesawat terhempas.
"Juruterbang MAS dilatih sebaik mungkin. Walaupun juruterbang mahu membunuh diri, pembantunya dan anak kapal tidak akan membenarkan ia berlaku tanpa menghalangnya.
"Namun, tiada seorang pun, tiada seorang penumpang yang melakukan sesuatu. Mungkin mereka pengsan kerana kekurangan oksigen," kata Dr Mahathir.
Bagi Dr Mahathir, syarikat penerbangan negara tersebut tidak wajar dipersalahkan.
"MAS menerbangkan pesawat yang dijangka melengkapkan tugasannya. Tetapi pesawat tersebut tiba-tiba berkelakuan ganjil.
"Siapa yang bertanggungjawab? Bukan MAS, tetapi pastinya pengeluar pesawat - Boeing Aircraft Corporation," katanya.- Agendadaily
Rabu, 23 April 2014
INFO! Pesawat #MH370 di Tembak Tentera US?
Seorang bekas eksekutif syarikat minyak yang kini seorang penulis telah menyatakan bahawa Amerika mungkin telah menembak jatuh Penerbangan Malaysia Airlines MH370 - dan kini cuba untuk menutupinya.
Menulis di dalam OpEdNews.com, John Chuckman, mantan ketua pakar ekonomi untuk sebuah syarikat minyak yang besar di Kanada, mengutarakan pertanyaan:
"Kemungkinan bahawa Amerika Syarikat telah menembak jatuh pesawat MH370, sama ada secara sengaja atau tidak, dan kini mahu menutup rahsia tersebut? Dakwanya lagi , tentera Amerika mempunyai beberapa radar paling canggih di bumi, dan tanpa keraguan lagi, pemasangan radar yang berkeupayaan paling canggih di pangkalan rahsia Diego Garcia di Lautan Hindi.
Bagaimana boleh tidak ada maklumat? Kita tidak perolehi data dari mereka, tetapi kita dibekalkan maklumat daripada pihak lain yang kurang kemampuannya terhadap apa yang berlaku.
"Kemungkinan untuk memperolehi bangkai pesawat yang penuh, sekalipun jika lokasinya ditemui, dari empat batu di dalam laut di antara pergunungan bawah laut, sebaik-baiknya pada kedudukan yang amat terpencil, menjadikan Amerika Syarikat boleh tetap yakin bahawa bukti fizikal pesawat tidak mungkin akan dapat ditemui.
Chuckman yang berasal dari Chicago, meneruskan: "Tidak ada yang tidak pernah berlaku sebelum ini terhadap tindakan tersebut sekurang-kurangnya untuk tiga peristiwa, yang mana amat dikesalkan, tentera Amerika pernah menembak jatuh pesawat-pesawat awam.
Syarikat Penerbangan Iran 655 telah ditembak jatuh pada tahun 1988 oleh USS Vincennes di perairan Iran semasa Perang Iraq-Iran, bukan sahaja telah mengorbankan 290 orang termasuk 66 kanak-kanak, tetapi wujud satu tempoh yang amat lama selepas itu untuk Amerika kemudiannya membuat pengakuan tidak bersalah, tiada tawaran permohonan maaf, dan tiada pampasan untuk mangsa (hanya selepas 8 tahun kemudiannya pampasan dibuat secara sulit).
Kedua, merupakan satu himpunan keadaan dan ketidakadilan yang ganas yang tidak dipersoalkan terhadap motif pengeboman Penerbangan Pan Am 103, yang telah membunuh 259 orang dan 11 di darat, pada tahun yang sama oleh orang-orang masih tidak diketahui.
Kemudian ketiga, Penerbangan TWA 800 di pantai Timur Amerika Syarikat merupakan mangsa terhadap peluru berpandu Amerika yang telah secara tidak sengaja dilepaskan.
Bukti-bukti termasuklah kesan radar dan terdapat saksi mata. Tetapi Amerika Syarikat, bukannya mahu mengakui kesilapan yang dahsyat itu dan membayar pampasan kepada mangsa, tetapi telah mengambil masa yang amat panjang untuk hasil siasatan yang melucukan diketuai oleh FBI, pihak yang sama yang telah menghasilkan hasil siasatan yang lucu terhadap pembunuhan Kennedy.
"Saya tidak tahu apa halnya (juruterbang atau ada perampas?) mematikan komunikasi MH370, menukar haluan, dan kemudian terbang rendah, tetapi saya tahu bahawa peristiwa tersebut tidak mungkin berada di luar pengetahuan mata dan telinga para tentera risikan Amerika.
"MH370 hilang semasa terbang di antara Kuala Lumpur dan Beijiing pada 8 Mac dengan 239 orang di dalam pesawat. Pencarian selama enam minggu di Lautan Hindi, di mana pakar-pakar percaya pesawat itu terhempas, sehingga kini masih belum menghasilkan apa-apa jawapan terhadap nasib pesawat berkenaan.
Ia mungkin akan kekal satu lagi "teka-teki, diselubungi dengan misteri, di dalam satu enigma," ungkapan yang digunakan oleh Winston Churchill untuk menggambarkan kegiatan Kesatuan Soviet satu ketika dulu, dan kini ungkapan itu amat sesuai terhadap sebahagian besar daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Sumber - OpedNews/Mirror
Isnin, 21 April 2014
HOT!! Video Pendaratan Cemas Pesawat #MH192 di KLIA!
Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam penerbangannya ke Bengaluru (Bangalore) yang terpaksa berpatah balik, mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Isnin.
MAS menerusi kenyataannya di Twitter memaklumkan bahawa pesawat Boeing 737-200 itu mendarat pada pukul 1.56 pagi, selepas salah satu daripada rodanya tidak dapat berfungsi dengan baik selepas berlepas.
Sebelum itu, MAS mengeluarkan kenyataan bahawa Penerbangan MH192, yang berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam ke Bengaluru, terpaksa berpatah balik.
Ia dijadualkan tiba di Bengaluru, India pada pukul 11.35 malam hari yang sama.
Pesawat itu membawa seramai 166 orang, termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal.
Video pendaratan cemas boleh tengok dibawah,
Khamis, 17 April 2014
HOT!! 29 Pelajar Permata Insan Solat Hajat Pesawat #MH370 Di Hadapan KAABAH! @NajibRazak

Seramai 29 pelajar Permata Insan, yang sedang mengadakan lawatan ilmiah ke Arab Saudi sejak Jumaat lalu, turut mengadakan solat hajat di hadapan kaabah Masjidil Haram untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
“Solat hajat yang dipimpin Ustaz Muhammad Hafiz Saleh Al Hafiz dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendoakan moga pesawat itu diketemukan,” menurut kenyataan Permata di sini, hari ini.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada8 Mac lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Pelajar Permata Insan itu, yang dalam lawatan belajar selama lapan hari ke Jeddah, Madinah dan Makkah, turut melawat beberapa universiti tersohor dalam bidang Sains Islam, antaranya Universiti Umm Al-Qura' di Makkah, Universiti Taibah di Madinah dan Universiti King Abdul Aziz di Jeddah serta American International School di Jeddah.
Semasa di sana, peserta program itu juga berpeluang menemui tokoh Islam yang disegani seperti Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Abdur Rahman As Sudais, mengadakan sesi bertalaqi di masjid di Madinah dan Makkah serta melawat tempat bersejarah dan menarik termasuk Menara Jam Diraja Makkah atau Abraj Al-Bait iaitu menara jam tertinggi dan terbesar di dunia.
Lawatan itu adalah projek perintis Permata Insan, yang juga satu cabang Program Permata yang ditubuh khas di USIM sejak 2010, bagi kanak-kanak seawal usia lapan tahun yang bertujuan melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. - BERNAMA

HOT!! Kenapa Ds Rosmah Terkejut, Mengigil dan Mengeletar? #MH370
"Hentikan segala spekulasi bagi menjaga hati keluarga penumpang dan anak kapal" - itulah hasrat Datin Sri Rosmah Mansur kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak 40 hari yang lalu.
Walaupun ramai sering mengutuk serta mengeji beliau, saya tersentuh melihat keikhlasan Datin Sri Rosmah bila bertemu dengan seluruh keluarga mangsa MH370 tempoh hari.
Majoriti rakyat masih meletakkan harapan agar semua penumpang dan anak kapal ditemui dalam keadaan selamat walaupun telah memasuki 40 hari kehilangan.
Ikuti luahan hati Datin Sri Rosmah Mansur bila terkenangkan peristiwa MH370 :
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi anggota keluarga penumpang dan anak kapal.
"Jangan buat spekulasi selagi tak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu,"katanya.
Sesiapa yang mempunyai maklumat sahih dan kredibel perlu tampil ke depan dalam usaha ke arah mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara selama sejam terbitan BernamaTV yang disiarkan secara langsung malam tadi.
Ia juga disiarkan secara langsung melalui laman web Bernama."Jangan seperti anda baling batu dan sembunyi tangan (dalam membuat spekulasi).
Itu pengecut namanya, jangan mengata saja, tak bagi solution (jalan penyelesaian),"
Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.
Rosmah berkata sebagai seorang wanita dan ibu, beliau dapat menyelami kesedihan dirasai anggota keluarga terbabit yang terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan tentang nasib orang tersayang yang berada dalam penerbangan itu.
Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku. Bagaimanapun katanya beliau merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini.
"Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong.
Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka," katanya.
Bila ditanya tentang reaksi pertamanya apabila mendapat berita berhubung insiden itu, Rosmah berkata beliau merasa sedih dan terkejut.
"Saya terkejut, lutut menggeletar, badan juga rasa lemah, malah terus berdoa kapal terbang segera ditemui,"
Perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal.
Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38.
"Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu," katanya. Katanya lagi, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal.
Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38.
Menurut Rosmah lagi, hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan negara lain menyaksikan pelbagai negara tampil membantu mencari MH370 dengan pelbagai aset dan kelengkapan canggih.
Turut berkongsi sedikit dengan penonton mengenai perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin asing berhubung perkara itu.
"Belum sempat suami saya habis bercerita mengenai insiden kehilangan pesawat tu, ramai yang terus menyatakan kesediaan untuk membantu dan bertanyakan apa yang boleh mereka bantu," katanya.
Usaha mencari itu pada satu ketika melibatkan sehingga 26 negara dan ia dilihat sebagai operasi pencarian paling besar dalam sejarah penerbangan.
Rabu, 16 April 2014
HOT!! Video Buktikan Anwar Mampu Selesaikan Misteri Pesawat #MH370 Hanya Dalam 1 Minit!! #PrayForMH370
Anwar kalau bab sembang riak, KLCC pun boleh tengelam.. Tapi bile mintak bukti, tergagap gagap nak jawab.. Kenyataan Anwar Ibrahim kepada majalah Southern People Weekly yang dimiliki Southern Weekly China pada 5 April lalu mendakwa beliau mampu menyelesaikan krisis kehilangan MH370 dalam masa 1 Saat,
Persoalannya, betulkah Anwar mampu selesaikan dalam masa 1 saat ?? Adakah Anwar hanya berdrama kononnya dialah paling pakar dalam dunia ?? Sedangkan sebelum ini bila adanya kes melibatkan Anwar, bila disoal wartawan, Anwar melompat macam orang gila..
Tapi dalam soal MH370 ni Anwar yakin pulak dia mampu selesaikan, betul ka dia mampu ni?
Tau nak mampu ka dak, meh sambung baca kat blog Medan Tempur Kedah
Rabu, 9 April 2014
INFO!! Anwar akan DEDAH Rahsia Dimana Pesawat #MH370 DiSorok? #PrayForMH370
Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan membuat pendedahan mengejutkan mengenai lokasi sebenar pesawat MH370 minggu depan, dengan syarat BN menerima usul untuk membahaskan perkara tersebut di Parlimen Khamis nanti.
Ini adalah lanjutan dari pengesahan Anwar kepada akhbar The Telegraph semalam bahawa Putrajaya sememangnya ada menyembunyikan maklumat penting dalam kes kehilangan MH370 ini. Sudah tentu Anwar tahu apa yang Putrajaya cuba sembunyikan bila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
kes kehilangan MH370, Anwar akan dedah kan lokasi sebenar MH370, info terkini pesawat MH370, berita
Tujuan pendedahan itu dibuat kerana Anwar nak menjawab kritikan pemimpin-pemimpin UMNO kononnya kenyataannya kepada The Telegraph tidak berasas dan bertujuan nak memburukkan imej negara.
Persoalan seterusnya, kenapa di Parlimen, kenapa tidak sekarang, ketika usaha mencari sedang giat berjalan di Lautan Hindi?
Selain dari itu, dalam pendedahan tersebut yang akan dibuat khamis nanti, Anwar akan turut mendedahkan beberapa maklumat sulit mengenai keupayaan radar negara bagi menunjukkan sememangnya lokasi pesawat itu diketahui kerajaan selama ini.
Anwar memang mahu bercakap mengenai perkara ini kerana beliau mengaku mempunyai pengetahuan meluas mengenai radar tentera berbanding orang lain, mungkin radar tu dia yang cipta atau sengaja mahu menipu rakyat dan melaga-laga kan negara lain dengan Malaysia.
Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pendedahan dari Anwar itu nanti.
sumber
INFO!! Lokasi Kotak Hitam Pesawat #MH370 Semakin Hampir diketahui? #PrayForMH370
Misi pencarian MH370 kian meyakinkan apabila signal yang konsisten dengan kotak hitam pesawat berkenaan dikesan kapal HMAS Ocean Shields sebanyak dua kali di Lautan Hindi, semalam.
Perkara ini diumumkan Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston dalam satu sidang media sebentar tadi.
Dengan penemuan ini, Houston yakin misi pencarian kian positif dan akan menemui sesuatu tidak lama lagi.
Pengumuman ini boleh dikatakan penemuan paling meyakinkan selepas Towed Pinger Locator Ocean Shields diumumkan turut mengesan dua isyarat berasingan pada lewat Sabtu dan awal pagi Ahad lalu.
Isyarat tersebut dikatakan konsisten dengan isyarat yang sepatutnya dikeluarkan oleh dua kotak hitam yang menyimpan data penerbangan dan satu lagi rakaman suara kokpit.
Turut dilaporkan mengesan isyarat serupa adalah sebuah kapal China, Haixun 01 pada Jumaat dan tengah hari Sabtu lalu. Isyarat yang dikesan ini terletak di satu lagi lokasi kira-kira 300 batu nautika dari kapal HMAS Ocean Shield.
Bagaimanapun, HMAS Ocean Shields dan Haixun 01 akan menjalankan siasatan secara berasingan bagi mengenalpasti sama ada isyarat yang dikesan kedua-dua kapal ini akan membawa kepada berita yang sudah 33 hari dinantikan dunia.
Kenyataan itu disokong oleh dua lagi signal daripada Kota Hitam yang dikesan semalam oleh Ocean Shield yang membawa state of the art pengesan frekuensi kotak Hitam masing berdurasi 5 minit 25 saat dan 7 minit. Melalui pengesanan ini, maka harapan untuk menjumpai dengan segera titik dimana pesawat itu terjunam, akan diketahui dalam masa sedikit waktu lagi.
Jika titik di mana pesawat itu berjaya di pin point, maka Bluefin 21 akan digunakan untuk menjalankan pemetaan atau menentukan apakah memang ada bangkai pesawat di dasar laut. Berasaskan keadaan semasa, hanya MH370 yang sedang dicari membawa Kotak Hitam khusus untuk pesawat.
Ahad, 6 April 2014
INFO! Bateri Kotak Hitam Hanya Akan Tamat Pada Jun 2014? #PrayForMH370

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya memberitahu bahawa bateri kotak hitam pada pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi akan tamat pada Jun 2014, bukan pada 2012.
Jauhari berkata, bateri kotak hitam pesawat MH370 itu diganti mengikut jadual dan penukaran seterusnya pada Jun 2014.
"Apa yang telah dimaklumkan kepada kami, kami mengesahkan bahawa program penyelenggaraan telah digantikan pada sebelum bateri tersebut mencapai tamat tempoh.
"Kita juga tahu bahawa bateri ini akan digantikan pada Jun 2014," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai kehilangan pesawat MH370, di PWTC, hari ini.
Sebelum ini terdapat kenyataan media menyatakan bahawa bateri kotak hitam pesawat MH370 telah tamat pada 2012.
Sementara itu, Pemangku Menteri Pengankutan, Datuk Seri Hishammudin Hussein juga turut mengumumkan tiga jawatankuasa baru ditubuhkan bagi memantapkan usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Lautan Hindi.
"Tiga jawatankuasa ini terbahagi kepada tiga iaitu udara yang bertanggungjawab untuk melihat dari segi aspek penyelenggaraan, rekod, struktur dan sistem. Manakala kumpulan kedua ialah Operasi yang ditugaskan memeriksa perakam suara penerbangan, operasi dan metrologi.
"Kumpulan terakhir adalah perubatan dan kemanusiaan bertanggungjawab untuk menyiasat isu berhubung psikolgi, ferfologi dan faktor kelangsungan hidup," ujarnya. - RakyatNews
INFO! Kapal Pencari #MH370 China Kesan Bunyi 'Ping'? #PrayForMH370
Sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua.
Sebuah syarikat pengeluar 'pinger' memberitahu CNN, frekuensi itu adalah isyarat yang standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.
"Frekuensi itu sama," kata Anish Patel, presiden syarikat Dukane Seacom kepada CNN.
Penemuan terbaru ini bagaimanapun belum disahkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama di Perth yang menyelaraskan gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines itu di selatan Lautan Hindi.
Pakar bagaimanapun mengingatkan isyarat itu mungkin boleh jadi datang daripada benda lain selain daripada pesawat.
Menurut laporan AFP, carian kapal Cina Haixun 01 mengesan denyutan berkenaan kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.
"Denyutan yang dikesan oleh Haixun 01 masih belum dikenal pasti lagi," kata Pusat Maritim Mencari dan Menyelamat China dalam akaun microblog mereka.
Menteri Pertahanan Australia David Johnston berkata beliau tidak menerima laporan mengenai isyarat berkenaan dan memberi amaran ia mungkin bukan dari pesawat MH370.
"Ini bukan kali pertama kita mempunyai sesuatu yang kemudian menjadi sesuatu yang mengecewakan," katanya kepada televisyen ABC.
"Saya hanya akan menunggu (Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama) Angus (Houston) dan pasukan beliau dan pasukan saya untuk tampil ke hadapan dengan sesuatu yang positif kerana ini adalah tugas yang sangat sukar."
Perkembangan ini menyusul selepas 29 hari pesawat Boeing 777-200 itu hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beberapa jam sebelum laporan Xinhua itu terbit mengumumkan pembentukan tiga jawatankuasa kabinet untuk menangani isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu.
Jumaat, 4 April 2014
INFO!! Penduduk Maldives Nampak Pesawat #MH370 Di Diego Garcia? #PrayForMH370
SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.
Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.
Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.
Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.
Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.
Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.
Dakwaan penduduk Maldives kukuh
Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.
Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.
Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.
Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.
MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.
Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.
Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.
Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.
Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.
Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama
Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.
Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.
Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.
Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.
Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.
Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.
Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.
Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.
Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.
Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi. Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.
Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.
Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.
Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.
“Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan,” katanya.
Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.
Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang “bersih” daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.
Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.
Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.
“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.
“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.
Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.
Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.
Kini, kesemua persoalan berhubung ‘di mana MH370′ tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja. – SINAR HARIAN
Rabu, 2 April 2014
INFO! Huru-Hara Menyebabkan Kumpulan Pencari Tersilap Kawasan? #MH370 #PrayForMH370
Makin lama mencari, macam-macam berita pelik dah kita dengar. Walaupun pencarian ini melibatkan 26 negara, jentera pencari, satelit dan teknologi yang serba canggih, namun macam ada sesuatu yang tak kena disebalik semua ini.
Apakah ada dalang yang tak mahu pesawat MH370 ditemui?
Lemahnya koordinasi di kalangan negara-negara yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 telah menyebabkan pihak terlibat tersilap mencari di kawasan yang salah di Lautan Hindi, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Lapor WSJ, ini terjadi berikutan kumpulan penyiasat dan pakar-pakar antarabangsa telah menjalankan siasatan secara berasingan untuk mengesan lokasi di mana pesawat berkemungkinan jatuh.
WSJ yang memetik dua sumber yang dikatakan ada kaitan dengan operasi pencarian berkata, kegagalan koordinasi mengambil tindakan pantas, menimbulkan persoalan sejauh mana keberkesanan kaedah penyampaian maklumat kepada negara-negara terbabit.
Sedang sebuah pasukan menganggarkan kelajuan dan jumlah minyak yang digunakan oleh pesawat berdasarkan data radar dan prestasi pesawat, pasukan yang lain mengambil masa berhari-hari untuk meneliti data satelit, kata sumber itu.
Lokasi pencarian akhirnya diubah pada Jumaat lalu hanya selepas pihak berkuasa mengaitkan dua hasil siasatan terbabit.
“Hasil siasatan mendapat maklumat yang kredibel mengenai laluan dan lokasi pesawat berkemungkinan terhempas di perairan Australia,” kata Ketua Pesuruhjaya Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan kepada WSJ.
Sumber juga mengatakan pencarian adalah ‘satu proses mengambil masa dan pegawai penyiasat telahpun berkongsi maklumat dengan negara-negara terlibat’.
“Namun pihak berkuasa Malaysia tidak merasakan adalah peranannya untuk memastikan pakar-pakar antarabangsa ini berkongsi maklumat sesama mereka,” satu sumber memaklumkan kepada WSJ.
Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. -astroawani
Mc bukan nak tambah atau cipta spekulasi, walaupun ramai diantara keluarga penumpang yang percaya pesawat MH370 tu dirampas dan dibawa ke tempat lain (walaupun tiada bukti kukuh), bagi Mc dalam tragedi MH370 ni, kerajaan Malaysia seolah-olah dipermainkan oleh pihak kuasa besar.
US, UK, Australia dan sekutu mereka, mempermainkan negara kita macam bola dan tak nampak usaha mereka betul-betul nak tolong kita. Sedangkan kita tahu, US dan UK mempunyai satelit yang boleh mengesan handphone walaupun di OFF. Bermakna kalau pesawat terhempas pun, handphone masih lagi boleh dikesan dilokasi paling akhir.
Dah la media-media mereka saban hari dok peleceh kerajaan kita. Ini menguatkan lagi syak-wasangka kita pada kuasa-kuasa besar ni. Depa punya kerja, untuk jahanamkan orang lain, kita jadi kambing hitam.
Harap-harap la andaian Mc ni tak benar.
McTheory:
Semoga Allah SWT memelihara Malaysia dari sebarang niat jahat pihak luar.
HOT!! Video Misteri Kemalangan atau Kehilangan Keatas 10 Pesawat di Dunia!!
Rupanya kejadian pesawat hilang atau terhempas tanpa sebab ni, bukan perkara asing lagi. Malah dah banyak kali terjadi, cuma puncanya berlainan. Tapi bila sampai dibabitkan dengan makhluk asing tu, rasanya macam dah mengarut pun ada. he he he..
Tengok video dibawah,
INFO!! Semua Pesawat Boeing #MH370 Boleh Di Kawal Dari Jarak Jauh?
Pada November 2006, syarikat pembuat kapal terbang Boeing menerima paten daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk sebuah sistem yang mana apabila ia diaktifkan, memampukan sesebuah pesawat diterbangkan ke lokasi tertentu dengan juruterbang tidak mampu berbuat apa-apa.
Autopilot ‘tanpa gangguan’ itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sensor dalaman atau menggunakan jaringan satelit serta radio dari jarak jauh oleh agensi kerajaan AS seperti CIA.
Ia bertujuan untuk mengambil alih penerbangan itu andai berlaku cubaan oleh pengganas untuk mengalih atau melencongkan sesuatu pesawat ke laluan atau destinasi lain.
Sistem baru yang dibangunkan pasca 9-11 adalah untuk membolehkan pihak berkuasa AS menguasai kembali sesuatu pesawat dan tidak tunduk sepenuhnya kepada kemahuan perampas.
Apabila sistem berkenaan diaktifkan, sesuatu pesawat itu akan diterbangkan dengan kawalan luar ke lokasi yang telah diprogram lebih awal.
Boeing dalam kenyataan pada 1 Disember 2006 berkata, ada keperluan mendesak dalam industri penerbangan bagi mewujudkan satu teknik yang secara muktamad dapat mengelak invidu yang tidak bertauliah daripada menguasai sesuatu pesawat dan kemudiannya membahayakan keselamatan penumpang atau orang lain dalam laluan perjalanan kenderaan berkenaan, dengan ini ia akan dapat mengurangkan kesan kemusnahan yang mampu dilakukan individu di dalam sesuatu pesawat (yang dirampas).
“Secara khusus, ada keperluan untuk mewujudkan teknik yang akan memastikan laluan perjalanan sesuatu kenderaan adalah berkekalan dengan mengalihkan sebarang proses membuat keputusan yang salah oleh manusia termasuk ancaman keganasan di atas kenderaan (pesawat) berkenaan,” katanya.
Untuk menjadikannya bebas sepenuhnya, sistem itu mempunyai bekalan kuasa sendiri serta bebas daripada pemutus litar kapal terbang.
Kapal berkenaan akan berada dalam mode otomatik walapun telah mendarat dan mekanik atau kakitangan kerajaan yang berkenaan akan dipanggil untuk mematikan sistem berkenaan.
Boeing telah mewujudkan beberapa kaedah untuk mengaktifkan sistem berkenaan.
Antaranya termasuk suis manual untuk ditekan juruterbang atau pengesan khas di pintu kokpit yang akan mula bertindak apabila mode anti pengganas teraktif walaupun hanya tenaga yang minimum digunakan untuk memaksa buka pintu kokpit.
Pilihan lain ialah jaringan tersembunyi di mana pegawai kerajaan atau wakil syarikat penerbangan di darat akan memantau dan mengarahkan kapal dalam mode otomatik apabila sah keselamatan kapal terbang dikompromi.
Jaringan komunikasi radio juga boleh digunakan untuk memaklumkan kemudahan darat atau kapal terbang lain bahawa sebuah pesawat telah diaktifkan dalam mode otomatik.
Sumber: http://glodef.blogspot.com/
McTheory:
menguatkan lagi syak pada US ni.. hurmm..
Selasa, 1 April 2014
INFO!! Bukan Semua Maklumat Siasatan Pesawat #MH370 Boleh Dedah Pada Umum!!
Beijing - China. Malaysia mematuhi prosedur standard penerbangan awam antarabangsa dengan tidak mendedahkan maklumat berhubung penyiasatan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata Major Jeneral Datuk Affendi Buang dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Beliau berkata Lampiran 13 kepada Konvensyen mengenai Siasatan Kemalangan dan Insiden pesawat Penerbangan Awam Antarabangsa menghalang kerajaan dari mendedahkan maklumat berhubung kehilangan Boeing 777-200ER itu.
Kebanyakan syarikat penerbangan terikat dengan konvensyen itu, katanya pada taklimat rutin yang dihadiri oleh waris kepada penumpang warga China yang menaiki MH370, di sini pada Isnin.
Waris-waris itu meminta kerajaan Malaysia dan badan penyiasat mendedahkan kepada umum maklumat berhubung operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang berjalan.
Keluarga itu tidak dapat menerima hakikat bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
Mereka mengemukakan persoalan berhubung fungsi peralatan kecemasan pesawat, Emergency Locator Transmitter (ELT), walaupun jurutera MAS telah berulang kali menjelaskan bahawa hanya satu daripada empat ELT itu boleh dimatikan secara manual, dan setiap satu memancarkan isyarat dengan sistem tersendiri.
Terdahulu pada taklimat itu, seorang anggota keluarga memohon mendapatkan data satelit mengenai hubungan perbualan terakhir atau "hand-shake" pesawat daripada pengendali satelit Inmarsat, sekalipun jika hanya dibekalkan menerusi pemacu USB.
Affendi berkata beliau akan merujuk permintaan itu kepada KL.
Pengarah Komersial MAS, Dr Hugh Dunleavy bagaimanapun menegaskan bahawa maklumat SAR mengenai MH370 tidak akan dikeluarkan sehingga siasatan selesai.
"Mereka mungkin mengambil masa untuk mengesan pesawat dan kotak hitamnya," ujar beliau.
Sumber
Ahad, 30 Mac 2014
INFO! Objek di Lautan Hindi Bukanlah Serpihan Pesawat #MH370!
OBJEK melengkung yang terdapat dilautan luar pantai Australia Barat bukan daripada pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang, kata jurucakap AMSA
Kapal Cina Haixun 01 dan HMAS Success Australia dilaporkan telah berjaya mengambil beberapa objek dari lautan tetapi setakat ini tiada satu pun yang disahkan berkaitan dengan pesawat MH370, kata pegawai penyelamat maritim Australia.
Objek yang dijumpai itu hanyalah objek yang berkaitan alatan memancing dan sampah sarap sahaja, katanya lagi.
AMSA melaporkan cuaca di kawasan pencarian ini diramal akan bertambah buruk pada hari Ahad (hari ini) dengan ombak dan awan yang terlalu rendah.
Agensi berita China Xinhua melaporkan semalam bahawa sebuah pesawat tentera Cina, Ilyushin IL -76 , telah mengesan tiga objek terapung warna putih, merah dan oren , masing-masing, daripada ketinggian 300 meter.
AMSA pagi ini mengumumkan operasi mencari masih diteruskan walaupun cuaca semakin buruk.
Operasi udara dan laut sekali lagi akan memberi tumpuan kepada zon pencarian baru , 319,000 km persegi terletak kira-kira 1850km barat Perth.
Sementara itu, tiga pesawat RAAF Orion bersama-sama dengan Orions Jepun dan Korea, Tentera Laut Amerika Syarikat P-8 Poseideon , seorang Cina Ilyushin IL- 76 dan dua C130 Hercules Malaysia dijangka mengambil bahagian dalam usaha mencari MH370.
Sabtu, 29 Mac 2014
HOT!! Kata Malaysia TIPU Tapi Bagi DUIT Puak Ni SAPU!! #MH370 #PrayForMH370
Ada cerita kelakar mengenai cina-cina bangsat yang berdemo sakan di kedutaan Malaysia di China. Mula-mula, puak ni tuduh kerajaan Malaysia sembunyikan sesuatu, kemudian tuduh pula kerajaan Malaysia tipu dan macam-macam lagi la depa dok tuduh.
Demo kutuk kerajaan Malaysia,
Lepas demo, kecoh dan ugutan nak serang kedutaan Malaysia di China, tiba-tiba muncul berita ni,
Lepas dapat pampasan dari syarikat insurans, keadaan dah mula senyap dan sunyi. Kononnya ahli keluarga mereka masih hidup dan tak mengakui apa yang PM Malaysia umumkan hari tu. Kalau tak akui, kenapa nak ambil pampasan insurans kematian?
Bila syarikat insurans China Life menawarkan gantirugi kepada 32 pelanggan yang keseluruhannya berjumlah RM4.8juta, takdak pulak suara-suara bantah taknak ambik insuran.
Kalau mereka menerima insurans, bermakna mereka akui, penerbangan MH370 telah berakhir di selatan Lautan Hindi, atau dengan kata lain, syarikat insurans itu akur dan terima hakikat bahawa penumpang-penumpang yang dilindunginya sudah dianggap meninggal. Jadi pampasan pun diproses dan gantirugi dibayar. Kata blog JKKKP.
Kalau ahli keluarga dan waris mereka menerima insurans terbabit, bermakna mereka pun akui juga!
ADA SESIAPA YANG TOLAK? atas dasar tidak mahu terima pendirian kerajaan Malaysia (yang turut dipegang oleh syarikat insurans berkenaan) ?
Ada sesiapa yang protes dan berdemo depan pejabat syarikat insurans kerana membantah pengiktirafan syarikat insurans atas pendirian Malaysia ?
Ada sesiapa yang tolak kerana mahu tunggu bukti fizikal ditemui terlebih dahulu sebelum sebarang pendirian akan nasib penumpang dibuat?
Bab pampasan, semua terima dengan senyap.
![]() |
| all about money!! |
The Truth Is?
McTheory:
Dapat duit senyap terus.. wayang cina main lebih sikit..
INFO! Lagi Objek Terapung Di Kesan! #MH370 #PrayForMH370
![]() |
| Lagi objek terapung di kesan? |

Lima pesawat dilaporkan terlihat beberapa objek pelbagai warna ketika dalam misi mencari pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada Jumaat.
Misi mencari tersebut kini telah berakhir dengan pencarian dalam kawasan seluas 256,000 kilometer persegi.
Imej fotografik objek-objek tersebut telah diambil dan ia akan dikaji.
Objek-objek terbabit setakat ini masih belum disahkan atau dinafikan sebagai milik MH370 sehingga ia ditemui dan dibawa balik oleh kapal.
Pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja New Zealand (RNZAF) dilaporkan melihat beberapa objek berwarna putih dan terang serta satu boya memancing.
Sementara itu, pesawat P3 Orion milik Tentera Udara Di Raja Australia (RAAF) turut melihat objek sama yang dilihat pesawat RNZAF, disamping dua objek segi empat tepat berwarna biru/kelabu terapung di permukaan laut.
Pesawat P3 Orion kedua milik RAAF turut melihat beberapa objek pelbagai warna di satu kawasan lain, kira-kira 546 kilometer dari kawasan penglihatan pertama.
Sejumlah sepuluh pesawat dikerahkan dalam misi pencarian hari ini oleh AMSA, dan kini telah meninggalkan lokasi pencarian.
AMSA telah mengarahkan kapal peronda Pentadbiran Maritim China, Haixun 01, yang berada berhampiran kawasan pencarian dan akan tiba untuk mencari dan mendapatkan objek-objek terbabit, esok.
Cuaca pada ini dijangka sesuai untuk misi mencari.
Jumaat, 28 Mac 2014
HOT! Jangan Tuduh Pilot atau Krew #MH370 Bersalah Sebelum di Buktikan!! - @MukhrizMahathir #StandTallMalaysia
Benar kata-kata dari Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir yang melahirkan rasa terkilan keatas sesetengah pihak yang membuat pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370.
Tweet beliau semalam,
Kemarahan rakyat Malaysia semakin membuak-buak keatas media antarabangsa yang membuat pelbagai dakwaan dan spekulasi keatas krew dan pilot pesawat MH370. Kononnya pilot dan krew pesawat terbabit ada kena mengena dengan penganas Islam. Tuduhan tanpa bukti tersebut, telah beberapa kali disiarkan, malah mereka juga menuduh kerajaan dan tentera Malaysia seolah-olah sengaja membunuh penumpang dan krew pesawat MH370.
Tepat pada masanya apabila ada pemimpin tempatan yang berani bersuara untuk membela krew dan pilot yang belum tentu bersalah. Mungkin mereka dianiaya dan diperalatkan oleh orang lain.
Bangun rakyat Malaysia, kita berdiri untuk membela nasib pilot dan krew penerbangan MH370 supaya mereka tidak diperkotak-katikkan dengan pelbagai dakwaan jahat dari pihak luar!
McTheory:
Ayuh sahabat support #StandTallMalaysia
Langgan:
Catatan (Atom)


























