Ahad, 6 April 2014

INFO! Bateri Kotak Hitam Hanya Akan Tamat Pada Jun 2014? #PrayForMH370



Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya memberitahu bahawa bateri kotak hitam pada pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi akan tamat pada Jun 2014, bukan pada 2012.

Jauhari berkata, bateri kotak hitam pesawat MH370 itu diganti mengikut jadual dan penukaran seterusnya pada Jun 2014.

"Apa yang telah dimaklumkan kepada kami, kami mengesahkan bahawa program penyelenggaraan telah digantikan pada sebelum bateri tersebut mencapai tamat tempoh.

"Kita juga tahu bahawa bateri ini akan digantikan pada Jun 2014," katanya kepada pemberita pada sidang media mengenai kehilangan pesawat MH370, di PWTC, hari ini.

Sebelum ini terdapat kenyataan media menyatakan bahawa bateri kotak hitam pesawat MH370 telah tamat pada 2012.

Sementara itu, Pemangku Menteri Pengankutan, Datuk Seri Hishammudin Hussein juga turut mengumumkan tiga jawatankuasa baru ditubuhkan bagi memantapkan usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Lautan Hindi.

"Tiga jawatankuasa ini terbahagi kepada tiga iaitu udara yang bertanggungjawab untuk melihat dari segi aspek penyelenggaraan, rekod, struktur dan sistem. Manakala kumpulan kedua ialah Operasi yang ditugaskan memeriksa perakam suara penerbangan, operasi dan metrologi.

"Kumpulan terakhir adalah perubatan dan kemanusiaan bertanggungjawab untuk menyiasat isu berhubung psikolgi, ferfologi dan faktor kelangsungan hidup," ujarnya. - RakyatNews

Tiada ulasan: