Ahad, 6 April 2014

INFO!! Malaysia Taknak Import Beras Lagi? @IsmailSabri60 @Tunfaisal #DSIS


Benarkah Malaysia mampu menampung permintaan beras dalam negara hanya dengan tanaman sendiri? Mampukah kita menampung jumlah permintaan yang semakin meningkat berikutan penambahan jumlah penduduk Malaysia?

Kita dengar apa kata menteri yang berkaitan,

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan optimis sasaran untuk meningkatkan pengeluaran beras negara mampu dicapai dengan pelaksanaan beberapa program penanaman padi.

Pada masa ini sebanyak 30 peratus keperluan beras negara masih ditampung menerusi import, dan Vietnam merupakan negara pengeksport beras terbesar ke Malaysia, iaitu sebanyak 658,120 tan metrik beras dengan nilai RM812 juta pada tahun lepas, katanya.

Beliau berkata demikian kepada kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat selepas menandatangani memorandum perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama dalam bidang pertanian dan industri asas tani dengan rakan sejawatnya, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam, Cao Duc Phat.

Majlis menandatangani itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam rangka lawatan rasmi ke Vietnam selama tiga hari sejak Khamis, serta Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung.

Memorandum itu membabitkan kerjasama secara menyeluruh dalam bidang pertanian merangkumi sektor perikanan dan penternakan selain pertukaran teknologi dan teknik pertanian serta pembangunan sumber manusia antara Malaysia dan Vietnam.

Ismail Sabri berkata Malaysia berhasrat untuk meningkatkan pengeluaran beras negara bagi menghapuskan kebergantungan negara kepada import menjelang tahun 2020.

"Walaupun kita ke arah sara diri (mengeluarkan beras untuk kegunaan sendiri sepenuhnya) tetapi dari segi import beras tidak menunjukkan pengurangan, misalnya pada 2012 jumlah import beras kita adalah 983,000 metrik tan tetapi pada 2013 meningkat kepada 1.1 juta metrik tan.

"Ini satu trend yang tidak memberangsangkan kerana sepatutnya jika kita ke arah sara diri kita mesti ada penurunan setiap tahun dari segi import beras ini," katanya .

Beliau berkata walau bagaimanapun dengan pelaksanaan program berkaitan penanaman padi, selain menggalakkan petani menjalankan penanaman secara efisen diharapkan dapat mengurangkan pengimportan beras dari luar negara.

Katanya, selain itu kementerian itu telah memperkenalkan benih padi yang lebih bermutu tinggi untuk diusahakan petani, serta mencari kaedah mengurangkan kerugian petani selepas penuaian.
Kadang-kadang kerjasama bukan hanya import eksport, tetapi ia juga dari segi kajian dan teknologi asas tani. Mungkin Vietnam ada baja atau cara untuk mempercepatkan penanaman padi dan kuantiti dari jumlah padi tu juga menjadi lebih banyak.

Kerajaan sentiasa mencari jalan untuk membantu petani dan pesawah menjadi lebih maju supaya pengeluaran sentiasa bertambah. Bila pengeluaran bertambah, sudah tentu ekonomi kendiri pesawah juga meningkat. Dengan penyelarasan harga beras diseluruh negara rm1200 setan ia banyak membantu pesawah dari dibuli orang tengah.

Dibawah gambar-gambar penjanjian MOU diantara Malaysia dan Vietnam.



Perjanjian MOU kerjasama diantara Kementerian Pertanian dan Asas Tani Malaysia yang diwakili oleh Dato Sri Ismail Sabri dengan Kerajaan Vietnam, sambil disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

McTheory:
Semoga plan Tok Sabri berjalan lancar.. aminn..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cakap menteri memang tak boleh pakai. No 1 wujudkan Lembaga Padi Dan beras negara yg baharu. Selagi tak buat mimpi sajalah. lupakan bernas.

Untuk rekod, banyak kawasan sawah padi di negeri johor sudah bertukar menjadi kebun/ladang kelapa sawit. Saya masa kecil dibesarkan di sawah padi, taulah macamana susahnya penanam padi. kena tekan sana tekan sini.

Bandingkan harga sawit sebulan dengan padi semusim.

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada kesungguhan yang sebenar dalam program makanan negara, cuma yang jelas setiap tahun semakin banyak makanan perlu diimpot dan semakin tinggi harga yang perlu dibayar oleh pengguna/rakyat ..semuanya hanya untuk melindungi dan memberi keuntungan kepada kapitalis/Cina.

Negara mempunyai kawasan tanah subur yang cukup serta hujan yang mencukupi untuk tanaman padi. Segalanya terletak kepada komitmen serta urustadbir yang berkesan dari pehak kerajaan.

Jika dahulu kita tanam padi, tetapi bila getah mendatangkan hasil lebih lumayan, kita berpindah kepada getah selepas itu kita pindah pula kepada sawit. Kita tinggalkan apa yang kita mahir semata-mata mengejar keuntungan yang lebih. Itu bukan kaedah yang strategik, sedangkan dalam jangka masa panjang kita berbelanja lebih untuk makan.

Saperti di Indonesia, masyarakat pemakan tempe terpaksa membayar lebih untuk mengimpot kacang soya US. Satu masa dahulu orang Indon menanam dan cukup bekalan kacang soya untuk buat tempe, tetapi US mengatakan kacang soya USA lebih baik, lebih murah untuk tempe Indon. Mereka meninggalkan ladang kacang soya dan beratur dikedai Cina untuk membeli kacang yang murah, tetapi sekarang..lebih murah jika mereka tidak meninggalkan ladang mereka pada awalnya.