Sponsor

Memaparkan catatan dengan label ds rosmah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ds rosmah. Papar semua catatan

Khamis, 17 April 2014

HOT!! Kenapa Ds Rosmah Terkejut, Mengigil dan Mengeletar? #MH370


"Hentikan segala spekulasi bagi menjaga hati keluarga penumpang dan anak kapal" - itulah hasrat Datin Sri Rosmah Mansur kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak 40 hari yang lalu.

Walaupun ramai sering mengutuk serta mengeji beliau, saya tersentuh melihat keikhlasan Datin Sri Rosmah bila bertemu dengan seluruh keluarga mangsa MH370 tempoh hari.

Majoriti rakyat masih meletakkan harapan agar semua penumpang dan anak kapal ditemui dalam keadaan selamat walaupun telah memasuki 40 hari kehilangan.


Ikuti luahan hati Datin Sri Rosmah Mansur bila terkenangkan peristiwa MH370 :

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat menghentikan sebarang spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 demi menjaga hati dan emosi anggota keluarga penumpang dan anak kapal.

"Jangan buat spekulasi selagi tak dapat maklumat sahih. Saya harap seluruh dunia dapat memikirkan perasaan kaum keluarga 239 orang yang menaiki pesawat itu,"katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat sahih dan kredibel perlu tampil ke depan dalam usaha ke arah mengesan pesawat itu yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara selama sejam terbitan BernamaTV yang disiarkan secara langsung malam tadi.

Ia juga disiarkan secara langsung melalui laman web Bernama."Jangan seperti anda baling batu dan sembunyi tangan (dalam membuat spekulasi).

Itu pengecut namanya, jangan mengata saja, tak bagi solution (jalan penyelesaian),"

Penerbangan MH370 bersama-sama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.

Rosmah berkata sebagai seorang wanita dan ibu, beliau dapat menyelami kesedihan dirasai anggota keluarga terbabit yang terpaksa berdepan dengan pelbagai persoalan tentang nasib orang tersayang yang berada dalam penerbangan itu.

Mengimbau kembali pertemuan dengan anggota keluarga berkenaan, beliau berkata ada antara mereka memintanya memberi kepastian mengenai apa yang berlaku. Bagaimanapun katanya beliau merasa terkilan kerana tidak dapat banyak membantu dalam perkara ini.

"Saya rasa helpless (tidak berdaya)...nak tolong tapi tak boleh tolong.

Apa yang saya boleh buat ialah setakat menenangkan mereka," katanya.

Bila ditanya tentang reaksi pertamanya apabila mendapat berita berhubung insiden itu, Rosmah berkata beliau merasa sedih dan terkejut.

"Saya terkejut, lutut menggeletar, badan juga rasa lemah, malah terus berdoa kapal terbang segera ditemui,"

Perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal.

Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38.

"Berilah kepercayaan kepada mereka yang bekerja keras dalam usaha pencarian itu," katanya. Katanya lagi, perkara pertama yang terlintas di fikirannya ketika itu ialah pesawat itu kemungkinan mengalami masalah mekanikal.

Dalam pada itu, beliau melahirkan penghargaan kepada pasukan mencari yang menunjukkan dedikasi tinggi dalam usaha pencarian yang kini tertumpu di selatan Lautan Hindi. Kehilangan pesawat itu kini memasuki hari ke-38.

Menurut Rosmah lagi, hubungan baik yang terjalin antara Malaysia dan negara lain menyaksikan pelbagai negara tampil membantu mencari MH370 dengan pelbagai aset dan kelengkapan canggih.

Turut berkongsi sedikit dengan penonton mengenai perbualan telefon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin asing berhubung perkara itu.

"Belum sempat suami saya habis bercerita mengenai insiden kehilangan pesawat tu, ramai yang terus menyatakan kesediaan untuk membantu dan bertanyakan apa yang boleh mereka bantu," katanya.

Usaha mencari itu pada satu ketika melibatkan sehingga 26 negara dan ia dilihat sebagai operasi pencarian paling besar dalam sejarah penerbangan.

Isnin, 3 Mac 2014

#HOT! Penghinaan Melampau Terhadap Pemimpin Negera Bukti Dap Parti Ekstrem dan #Rasis!


Mc ada terbaca artikel yang ditulis oleh kaum cina yang bukan pro Dap (alhamdulillah masih ada cina yang waras) mereka ini pada mulanya dulu menyokong Dap akhirnya menjadi jelik dengan apa yang Dap buat pada Datin Seri Rosmah dan Dato Seri Najib. Mereka yang boleh kita gelarkan sebagai RBA (Red bean army) bukan lagi wujud untuk mengkritik kerajaan, tetapi lebih kepada membunuh karektor dan bersifat peribadi.

Contoh sebagai gambar diatas, bagaimana DS Rosmah dihina dan dicerca dengan pelbagai kata-kata. Kalau kita berfikiran waras, mana ada manusia yang bertamudun dan beradab boleh mengeluarkan kata-kata cercaan dan hinaan sebegitu. Hanya orang yang tak betul otaknya saja yang mampu mengeluarkan perkataan jijik seperti itu.

Seperti contoh, gambar-gambar dibawah ni,

Doakan kematian DS Rosmah?

Mengambarkan PM Najib Razak sebagai muka babi?

Siapa Hew Kuan Yau ni? Untuk pengetahuan pembaca, dia ni Ketua Publisiti dan Penerangan DAP Kebangsaan. Seorang pemimpin besar Dap, berkelakuan ekstrem dan anti Melayu Islam. 

Bukankah semua ini agak melampau dan menunjukan bahawa kaum cina pro Dap ni sememangnya ekstrem dan mempunyai niat jahat lain dari apa yang mereka perjuangkan.

Kononnya mereka ini ANTI RASIS, tetapi dalam apa yang kita lihat dalam posting mereka. Mereka cina Dap lebih rasis dari melayu yang mereka panggil rasis!

Mereka kononnya perjuangkan kesamarataan, namun dalam tindak-tanduk perbuatan sekarang, tak nampak pulak ada melayu yang wujud dan berjawatan besar dalam Dap. Hinggakan Tunku Aziz pun dah lari dari parti yang kononnya perjuangkan intigriti ni!

Sepatutnya jika kaum cina waras dalam pemerhatian, cuba lihat gerakan Dap di Malaysia. Apa yang mereka perjuangkan, apa yang mereka nak. Bagaimana tindakan mereka terhadap pemimpin dan kerajaan. Apakah dengan menghina pemimpin seperti diatas, ianya satu perjuangan kearah Malaysia yang lebih baik?

Apakah dengan mendoakan kematian isteri pemimpin negera, ia boleh membuatkan Malaysia menjadi lebih mulia?

Apa agaknya PM Najib Razak terhadap puak-puak ni? Agakanya salah DS Rosmah, hingga dia dihina sedemikian rupa?

Mc syukur bila ada cina Dap yang gila menghina pemimpin dengan perbuatan yang melampau. Masih ada lagi cina yang waras dan sayangkan bumi Malaysia menegur cina yang gila ni!

Betul la kata orang, bukan semua cina sokong Dap, malah ada yang dipaksa atau diugut untuk sokong. Kalau tak sokong, anda akan dipulaukan!


Untuk cerita lebih menarik mengenai kaum cina yang masih waras, boleh klik baca kat SINI

McTheory:
Kaum cina selalunya pandai.. soo jangan jadi bodoh!

Sabtu, 1 Mac 2014

HOT! Baik Sibuk dengan Rakyat Dari Sibuk dengan Skandal! #FitnahPR



Video diatas menjadi isu atau topik hangat yang sedang diperkatakan ketika ini. Salahkah kenyataan DS Rosmah tu? Mungkin beliau sibuk menjaga rakyat dari segi tugasnya yang mempunyai banyak rumah kebajikan seperti PERMATA.

Apa yang puak pembangkang ni dengki sangat dengan DS Rosmah? Beliau berjasa pada rakyat pun salah ka? Biar la.. sedangkan kita tahu, puak pembangkang sendiri mempunyai isteri sampai 3, 4 orang dan hanya duduk dirumah menjaga anak dan memuaskan nafsu suami.

Tu pun tak puas-puas, dok makan luar juga!


Pembaca tahu apa yang DS Rosmah sibuk sangat tu?

Jom kenali siapa DS Rosmah sebenarnya,


1. Datin Seri Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebagai Rosmah Mansor merupakah wanita yang paling 'glamer' di arena politik Malaysia. Nama beliau tidak pernah lekang di sebut oleh para pembangkang. Segala

2. Setiap perilaku diperhatikan, setiap tutur katanya akan dijadikan bahan bualan. Setiap berita mengenai beliau pasti akan 'disensasikan'. Bak kata orang, Rosmah Mansor is 'da boom'.

3. Tiada seorang pun isteri Perdana Menteri Malaysia yang telah berjaya 'mencuri' hati dan minda rakyat Malaysia, lebih -lebih lagi para pembangkang seperti yang telah berjaya dilakukan oleh beliau.

4. Tidak dapat dinafikan kebanyakan perkara yang disembangkan merupakan tohmahan dan perkara-perkara negatif belaka, ia umpama mereka yang berkata-kata itu terlupa bahawa wanita yang menjadi pendamping setia PM ini seorang yang 'kejam' dan tidak 'berhati perut' juga mempunyai sifat pemurah

5. Tidak ramai yang tahu di sebalik wajah tegas itu, ada banyak amal bakti yang 'disembunyikan' dan tidak digembar-gemburkan.


Antaranya:

a. Membantu pelajar miskin secara peribadi

b. Menghantar mereka yang kurang mampu menunaikan haji

c. Membantu keluarga susah, anak-anak OKU dan mereka yang hidup di pedalaman secara peribadi

d. Membantu mereka yang jumpa dia secara peribadi, dan mereka bukannya orang kaya atau orang bisnes

5. Memang tidak dapat dinafikan Rosmah Mansor, sebgai seorang insan biasa tidaklah sempurna, tetapi ketidak sempurnaan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menidakkan amal jariah yang beliau lakukan untuk rakyat.

6. Dan amal jariah itulah, merupakan pengikat kunci Dato' Sri Najib kepada beliau, walaupun pelbagai fitnah dilemparkan kepada isterinya. Dato' Seri lebih tahu akan perihal isteri beliau.

7.Tiada isteri pemimpin lain, termasuk isteri-isteri mantan Perdana menteri lain melakukan amal jariah kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh Rosmah.

8. Sifat ini juga tidak diperlihatkan oleh Wan Azizah, Nurul Izzah, Isteri Khalid Ibrahim ataupun isteri Guan Eng.

9. Sifat pemurah ini membuatkan Tun Rahah akur, kerana itu memang sifat semula jadi Rosmah dan bukan di buat-buat seperti segelintir aahli politik demi untuk meraih sokongan.

10.Sifat pemurahnya memang telah di ketahui sejak di baangku sekolah lagi, di mana ramai rakan-rakannya telah di bantu semasa zaman persekolahan di Kolej Tunku Kurshiah, kerana keluarganya agak 'berada' berbanding dgn rakan-rakan yang lain.

11. Oleh itu, jika kita mahu memperkatakan tentang kepincangan sifat seseorang itu, kita juga sewajarnya berlaku jujur dengan memperlihatkan kebaikannya juga.

12. Terdapat juga bilik khas untuk tetamu di Seri Perdana, di mana tetamu boleh rehat dan tido. Cubalah sendiri jika mahu melihat sendiri Rosmah Mansor yand digembar-gemburkan sebagai 'Perempuan Puaka' oleh segelintir individu.

13.Dan jangan lupa, jika ada antara individu yang merasakan Rosmah seoarang wanita yang 'jahat', anda dialu-alukan untuk memburuk-burukkan beliau kepada makcik-makcik yang khusyuk melihat sidang umno di skrin besar. Manalah tahu, mungkin anda akan pulang dengan buah tangan berupa satu 'tamparan wanita' umno .



Isnin, 16 Disember 2013

Hot! Luahan seorang Isteri yang difitnah!


LUAHAN HATI SEORANG ISTERI YANG TELAH DIFITNAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara ‘face to face’ itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama ‘membunuh diri sendiri’.

PERTAMA: ISU PEMBUNUHAN ALTANTUYA SHAARIIBU, 19 OKTOBER 200

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

KEDUA: CINCIN BERLIAN BERHARGA RM24 JUTA

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah ‘regular customer’ kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

KETIGA: BERJOLI DI LUAR NEGARA

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.

Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

KEEMPAT: PEMBAZIRAN PROJEK PERMATA

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.

Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

KELIMA: BERGAYA DENGAN PERHIASAN MEWAH

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya.

Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia di simpan ‘kaku’ dalam kotak simpanan.

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan.

KEENAM : ISU "FIRST LADY"

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).

Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah ‘downgrade’ status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

KETUJUH : ISU MENJADI PERDANA MENTERI KEENAM

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.

Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi;

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.

Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.

Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

Jumaat, 18 Januari 2013

TUDIAA!! Anwar Ibrahim Pun Tak Cukup Telor Untuk Lawan Rosmah Mansor!!


 Dah lama sebenarnya kes cincin dihebohkan. Walaupun pernah dibuktikan oleh blogger pro BN bahawa kisah cincin ni adalah fitnah, namun masih lagi ada yang percaya dan menganggap kisah itu adalah benar. Semalam menjadi sejarah apabila DS Rosmah bangkit membuat mengakuannya dihadapan hadirin.


Tabik Spring kat Datin Seri! Anwar pun tak cukup telur nak buat macam tu. Hebat!!


Petikan dari blog Perak Today

"Cincin berlian RM24 juta yang menjadi kontroversi itu sebenarnya dibawa masuk Malaysia disebabkan ada pameran sulit.

Namun, ia telah menjadi kontroversi apabila wujud pemimpin Pakatan Rakyat yang memanipulasikan kemasukan cincin berkenaan dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.

Setelah sekian lama berdiam diri, lantas Rosmah hari ini mengambil tindakan nekad dengan melafazkan sumpah demi Allah swt bagi membersihkan namanya yang telah difitnah.

“Tak kisahlah apa mereka nak cakap… biarlah… mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat dosa… kita ni sabar sahajalah.

“Selagi saya boleh sabar saya akan sabar… saya tahu agenda mereka yang utama adalah untuk menyerang saya Rosmah dari pelbagai sudut dan isu cincin ada diantaranya.

“Jangan nanti bila kita balik, ada pula dengar yang saya ada cincin berjuta-juta harganya maka anda percaya.
“Kalau saya ada cincin itu, mari saya jemput anda datang kerumah saya dan lihat sendiri cincin itu… tetapi masalahnya saya tak ada cincin itu.

“Sebab itu saya berani bersumpah… kita tak buat salah kenapa kita nak takut tegakkan kebenaran… kenapa kita nak takut bersihkan nama kita,” katanya selepas melafazkan sumpah berkenaan."


McTheory:
Anwar? Bila nak bersumpah? Jadi sumpah-sumpah ada la.. hahaha

Rabu, 25 Julai 2012

PANASS AIHH!! Ustaz Kazim nasihatkan DS Rosmah agar bertudung?!!


Pagi tadi ada satu komen yang mempertikaikan Ustaz Kazim, kenapa tidak nasihatkan DS Rosmah supaya memakai tudung? Pagi tadi punya artikel boleh klik SINI. Dengan video ini.. rasanya dah jelas semuanya kot. tak payah nak sembang jauh lagi la..



McTheory:
Tak pakai tudung, dengan hina Nabi.. mana yang lebih teruk?

Ahad, 8 Julai 2012

PANASS!! Gambar DS Rosmah Perdana Menteri Malaysia?!!

Minggu ini kecoh mengatakan TV3 dan RTM mengikhtiraf Datin Seri Rosmah Mansur sebagai Perdana Menteri Malaysia. Walaupun ianya satu benda yang tidak masuk akal, namun masing ada insan-insan yang ganjil dan bebal mempercayai pembohongan dan fitnah terkeji ini.

Ini yang palsu
ini yang sebenar..
Mc sebenarnya malas lagi nak mengulas perkara fitnah bodoh pembangkang. Namun semakin ramai pulak yang mengajukan soalan kepada Mc berkaitan perkara ini. Mc pelik laa.. benda simple bodoh macam ni pun ramai yang percaya. Agak-agak la.. apa rakyat Malaysia sekarang ni dah takdak otak nak pikior ke?


Sudah tentu PM kita Najib Razak dan bukannya Rosmah.. adehh.. budak sekolah pun tahu jawab..jangan jadi bodoh la bro dan sis..

Pembangkang makin teruk sekarang ni, DS Rosmah pun depa fitnah macam-macam.. stop it la.. nampak bodoh dan terdesak sangat..


McTheory:
Berani lawan jantan sama jantan laa.. tapi Anwar tu.. jantan ke? hahaha...

Rabu, 13 Jun 2012

TUDIAA!! Video Seharian Kehidupan DS Rosmah tak bersolat? @NajibRazak


Mc tak nampak apa yang salah dalam video ni. Menunjukkan kegiatan harian Datin Seri Rosmah Mansor. Tak nampak pulak Rosmah ke pejabat PM seperti mana yang dicanang-canangkan oleh pendengki-pendengki beliau. Tak nampak pula beliau bagi arahan pada PM seperti mana fitnah yang selalu kita dengar.

Ada yang pertikaikan tentang kemewahan, sebelum jadi PM pun memang keluarga DS Najib dah mewah dan kaya.  Layaklah beliau dengan gelaran dan apa yang beliau ada. Takkan beliau nak berpakaian koyak rabak dan bertampung-tampung, sedangkan kita sendiri pun tak sanggup nak berpakaian macam tu. Guna akal la beb..

Ada juga mangkuk yang mempertikaikan.. bila masa Rosmah bersolat dalam video ni. Di sini Mc nak tolong beritahu laa.. solat tu bukan aktiviti, solat tu kewajipan. Tunjuk atau tidak, memang kena buat. Kalau diselitkan dalam video ni, dah nampak macam video stail Pakatan Haram. Jenis puak gila glamor, sampai sanggup sembahyang atas rumput, sembahyang atas jalan, sembahyang atas kereta, bas mini, cicak, kura-kura dan lain-lain.

Sembahyang tak perlulah dipolitikan, tak perlu nak tunjuk-tunjuk. Bila dok tunjuk tu namanya tak ikhlas. Silap-silap yang dok sembahyang pun tak khusyuk sebab dok kontrol hensem orang dok ambil gambar.

Sudah-sudahla kutuk Rosmah ni.. daripada korang kutuk Rosmah, baik korang beli cermin besar. Cermin diri sendiri, tengok kesalahan diri daripada kesalahan orang lain. Sebab nanti, dosa pahala kita yang nak kena timbang, bukannya orang lain. betul tak?

Nak sangat gambar Rosmah sembahyang? Meh sini Mc tunjukkan.. mana tau pada yang tak sempat tengok tu, mati terbeliak la pulak nanti. he he..



McTheory:
Dok sebok dengan orang, diri sendiri dah sempurna ke?

Rabu, 2 November 2011

PANAS!! Teruknya Rosmah Habiskan Duit Rakyat Kat Australia!!



Baca berita dan keterangan ni baik-baik..

Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.

Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.

Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Akhbar The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit.

Isnin, 22 Ogos 2011

TERGOLEK!! Suara Keadilan Minta Maaf Pada DS Rosmah??


Semalam akhbar Kompas Indonesia sudah pun meminta maaf pada DS Rosmah. Kerana ada berita dan artikel dalam akhbar tersebut menyimpang dan berunsur fitnah. Nak baca boleh klik SINI.

Di Malaysia juga ada dua tiga akhbar pembangkang termasuk Suara Keldaian yang mengutarakan isu yang sama. Malah isu itu menjadi muka depan akhbar terbabit.

Malah isu ini juga diguna pakai oleh blogger dan facebooker Pakatan Haram untuk melancarkan serangan bertali arus dengan niat memburukkan Isteri PM dan kerajaan Malaysia.

Apakah selepas ini Suara Keldaian akan meminta maaf?

Atau terus membiarkan isu ini berlalu tanpa rasa bersalah walaupun isu itu adalah fitnah?

Rasanya tak kot..

Kalau tak minta maaf pun takpa, kita semua tahu, fitnah ni memang makanan puak Pakatan Pembangkang.

McTheory:
Sudah biasa.. dah agak dah.. kantoi lagi!

Ahad, 21 Ogos 2011

PANAS! Lagi Cerita DS Rosmah dan Cincin 24juta!!



Satu-satu pembohongan Pakatan Rakyat terbongkar. Tak cukup dalam negara, sekarang sudah menjalar pula sehingga ke luar negara. Terbaru dilapurkan bahawa akhbar utama Indonesia, Kompas menyiarkan berita memohon maaf kepada Perdana Menteri dan Isteri atas ketelanjuran menyiarkan berita fitnah mengenai pembelian cincin bernilai 24 juta, kononnya oleh isteri Perdana Menteri yang kita kasihi, Datin Seri Rosmah Mansur.

Dan bila ada fitnah menyerang peribadi Perdana Menteri dan isteri, tiadalah orang lain yang menjadi dalang melainkan Anwar Ibrahim.

Di dalam negara, pembohongan ini sudah beberapa lama jadi sejarah dengan pembongkaran demi pembongkaran oleh para blogger UMNO. Tapi isu ini masih ada kesan di luar negara terutama tempat dimana Anwar sering menghabiskan masa lapangnya tanpa ada banyak gangguan dan sekatan – Indonesia. Kalau boleh penulis ulas, kunjungan Anwar ke Indonesia yang kerap bukan dengan tidak bersebab ya.

Hubungan sedia terjalin Anwar dengan pelbagai peringkat pentadbiran media dan pimpinan kerajaan disana, telah disalahgunakan olehnya untuk menjadikan Indonesia platform menyebar fitnah.
Maklumlah, Indonesia dan Malaysia berkongsi persamaan sedikit sebanyak dari segi budaya dan bahasa.

Pelik-pelik bahasa Indonesia, menung dalam 2 ke 3 minit dapat jugaklah tangkap apa yang ditulisnya. Kelebihan inilah yang digunakan Anwar untuk menggunakan media Indoensia bagi tujuan menyebarkan fitnah dan propaganda politik palsunya.

Sambung baca SINI.

Sabtu, 30 Julai 2011

PANAS!! BENARKAH CINCIN DS ROSMAH BERHARGA 24 JUTA?? ini jawapannya..



Blogger pakatan dok memfitnah sana-sini mengenai cincin 24 juta. Mereka buat cerita pasal cincin tu macam cincin tu benar-benar wujud dan DS Rosmah membelinya. Sedangkan kita pun tak tahu, benar atau tidak kisah pasal cincin misteri ciptaan kisah paling banggang Chegu Bard.

Apa kata DS Rosmah?

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).


“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah... apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah). Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya selepas menghadiri Majlis Apa Khabar Permata Negara di sini, semalam.


Tengok, DS Rosmah pun malas nak layan beruk blogger Pakatan yang dok memfitnahnya. Manusia yang paling benci pada DS Rosmah ialah  Hishammudin Rais, blogger si Tukar Tiub aka pelanggar pelacur siam.


Jika melihat pada tulisannya.. Mc dapat rasakan betapa dia bencikan DS Rosmah bagaikan DS Rosmah pernah menolak cintanya dahulu.


Bagaikan dendam kesumat lama yang masih lagi terhutang.


Kalau nak tahu, si Hisham Rais la orang yang mula-mula mengelarkan DS Rosmah dengan pelbagai gelaran. Bahkan sehingga kini, DS Rosmah terus dicaci dan cacian itu disambut oleh beruk-beruk Pakatan yang lain. Kalau DS Rosmah nak ambil tindakan, sila ambil tindakan keatas Hisham Rais kaki pelacur dan Chegu Bard kaki main belakang.

McTheory:
kadang-kadang.. sabar pun ada hadnya..

Sabtu, 16 Julai 2011

CERITA CINCIN DS ROSMAH DAN MENATANG BESI!!

Apa yang korang tengok??

Boleh percaya ka menatang besi ni?

Sebenarnya Mc malas nak ulas benda bodoh macam cerita cincin ni. Mana ada manusia nak beli cincin Us24 juta main order-order ikut delivery.

DS Rosmah selalu mengikut DS Najib ke luar negara, kenapa la beliau tak beli sendiri cincin tu. Kalau beliau nak beli, cincin besar tv pun beliau boleh beli.

Lagi satu, setakat menatang besi macam skrin ni, sapa-sapa pun boleh buat. Boleh create. Betulkah benda ni origenal? takda tangan-tangan gatal atau jahat yang mengubahsuainya.

A. Krisnan tu hindu mabuk mana yang dok claim pegawai kastam. Kalau benar, panggil dia tonjol diri la, tunjuk bukti. Jangan main tuduh ikut jauh je.

Punya la hangat cerita ni, sampaikan si botak RPK pun buh link untuk panaskan blognya yang dah suam-suam kuku tu.

Tolongla rakyat Malaysia jangan percaya dengan cerita bodoh macam ni. Ini semua berniat jahat nak jatuhkan nama DS Najib. DS Najib mereka tak dapat hentam, Isterinya pula jadi mangsa. Kalau nak tau bukti-bukti benda ni palsu dan berniat jahat, korang boleh baca kat sini dan sini. Kedua-dua blogger ni dah dedahkan detail pasal cincin tu.

McTheory:
Kenapa la orang kita mudah percaya pada benda bodoh macam ni?

Sabtu, 18 Jun 2011

BENARKAH ANAK DS NAJIB BERTUNANG MALAM INI? cari pasal namanya ni..


Majlis Pertunangan Anak DS Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pertunangan anak perempuan mereka Noorhayana Najwa Najib, 22, dengan Daniyar Nazarbayev, 22, yang diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di sini, malam ini.

Kelihatan Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan bersalaman dengan Noorhayana Najwa.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nurzahirah serta Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang Hajah Kalsom berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut.

Mc ambil cerita ini dari blog pembangkang!

Mc berharap Wisma Putra mengeluarkan kenyataan mengenai penjelasan ini. Dulu kecoh DS Najib ke Kazakhstan mengunakan wang kerajaan untuk urusan peribadi. Kemudian Wisma Putra mengeluarkan kenyataan dan menjernihkan kembali keadaan,

Kini benarkah majlis pertunangan anak DS Najib diadakan malam ini?

Daniyar Nazarbayev bersama Nooryana Najwa
Jika benar anak DS Najib bertunang dengan pemuda Kazakhstan pada malam ini, ia bakal menimbulkan curiga dan syakwasangka yang kuat keatas kunjungan DS Najib ke Kazakhstan baru-baru ini.

Mc minta penjelasan dari Wisma Putra.

Sebagai blogger yang menyokong kerajaan, isu ini benar-benar bola tanggung bagi puak sebelah sana.

McTheory:
kenapa la kita nak bagi orang ketuk kita?

Jumaat, 15 April 2011

FITNAH JAHAT TERHADAP DS NAJIB!! Di mana Ulama Pembela Anwar?


Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh RPK. Ternyata, tuduhan keji terhadap DS Najib yang dicanang-canang oleh pembangkang selama ini merupakan satu fitnah. Walaupun umumnya rakyat tahu itu fitnah, tapi masih ada segelintir rakyat Malaysia yang berfikiran cetek yang mempercayai fitnah tersebut.

Apabila RPK muncul mendedahkan segalanya, barulah ramai yang terduduk, tersandar, terpaku hingga meleleh air liur. RPK sudah mengaku bahawa kes Altantuya itu suatu fitnah besar terhadap DS Najib. Malah isu itu dimainkan sendiri oleh Anwar. Itu menyatakan Anwar mencipta, menyokong dan membawa fitnah!. Apabila semuanya dibuktikan fitnah, dimana pulak Ulama penyokong Anwar yang mengeluarkan kenyataan ketika Anwar dikatakan 'difitnah' dan diaibkan? Isu ini dibawa oleh blog Azli Shukri

Setelah Raja Petra mengaku bahawa isu yang mengaitkan Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Sariibu adalah pembohongan serta fitnah semata-mata, sekarang timbul persoalan, di manakah ulama-ulama yang sebelum ini begitu galak dan lantang mempertahankan keaiban Anwar Ibrahim dengan alasan bahawa Islam mengharamkan fitnah dan membuka aib saudara seIslam - dan kini, tatkala terbukti bahawa Najib telah difitnah membunuh Altantuya, maka mengapa ulama-ulama ini masih tidak muncul-muncul lagi, demi mempertahankan maruah Najib yang diaib dan menegur Anwar Ibrahim serta rakan-rakannya agar menghentikan segera tuduhan dan fitnah terhadap Najib dan Rosmah? Apakah ulama-ulama ini sudah menjadi ulama Su' (ulama jahat) yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sangat murah?

Apabila keaiban dan fitnah terkena batang hidung Anwar Ibrahim, maka berduyun-duyunlah ulama mempertahakan manusia "Anugerah Tuhan" itu. Sebaliknya, apabila terdapat pemimpin UMNO yang difitnah dan diaibkan, ulama-ulama ini hilang entah ke mana, sunyi sepi tanpa ulasan. Inilah jenis ulama yang terdapat pada zaman hari ini. Mereka tidak lagi sibuk mempertahankan kebenaran - sebaliknya sibuk mempertahankan individu. Ulama jenis ini bukanlah ulama yang sebenar - mereka lebih takutkan manusia daripada Allah SWT. Wallahualam. Fikir-fikirkanlah.

P/s: Ilmu itu pemberian Allah.. kita hanya dipinjamkan sahaja..

Mctheory:
Hebat kita di dunia, adakah kita cukup hebat di akhirat?

Khamis, 14 April 2011

PANAS BEROMEGA!! BOCOR, ANWAR PEMBUNUH SEBENAR ALTANTUYA??


Pembelit seperti Anwar memang tidak boleh dipercayai langsung. Orang jahat macam dia ni memang taraf dewa pembohong paling besar di alam semesta. Apakah orang ini terlibat dalam pelbagai kes pembunuhan ahli politik di Malaysia? Sangsi, sangsi.

Anwar menyuruh RPK menulis untuk memburuk-burukan Najib. Supaya Najib tak diangkat menjadi PM! Tambahan pula dengan bantuan Bekas Perisik tentera, Anwar dapat mengunakan c4 bagi merealitikan hasrat ceritanya tentang pembunuhan Altantuya! Cerita Altantuya pula dimainkan oleh RPK supaya ia menjadi cerita sebenar.

Mungkinkah Anwar sanggup korbankan nyawa orang untuk capai cita-cita politiknya?

Siapa sebenarnya pembunuh, Anwar ke Najib? Sebelum ini ada pihak yang telah mengesa agar Pihak Berkuasa menyiasat Anwar kerana kebanyakan musuh politik Anwar pasti ada yang kehilangan keluarga kerana kemalangan dan juga sakit ganjil. Umpamanya Isteri Azizan dan isteri Dato Aziz juga meninggal dalam kemalangan dan seorang doktor wanita meninggal kerana sakit ganjil dan ketika bersendirian di rumah.

Rasanya pihak bertanggung jawab perlu menyiasat semula kes-kes kematian musuh politik Anwar. Anwar ni bukan boleh percaya. Jahatnya masyallah.

P/s: bukan nak tuduh tapi cuma bertanya!!

Mctheory:
Tapi rasanya, sinar kebenaran dah semakin jelas sekarang ni..

BOM BESAR SUDAH JATUH ATAS KEPALA ANWAR!! Mampus sudaa!!

Pendedahan berani RPK!!


Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu.

Itu pengakuan pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin yang muncul buat pertama kali setelah sekian lama menghilangkan diri.

Raja Petra berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Ashraf Abdullah yang menjejaki beliau di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY
"Di dalam sd saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam sd. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan  dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."

Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.

Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.

"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"

Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.

"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan anwar dan anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa anwar…leftenan kolonel  ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada anwar tentang isu ini…dia kata proceed.  Saya pun proceed."

Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Ikuti bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama tv3 esok.

P/s: nak sumbernya dimana? klik sini

Mctheory:
Mampus Anwar!, Jahanam PKR!, Lingkuplah Pakatan Haram!!

Jumaat, 22 Oktober 2010

SIAPA YANG HINA ISLAM? ROSMAH KE PUAK PAKATAN HARAM?

Sekarang ni puak pencacai blogger haram jadah pakatan sedang panaskan isu Islamic Fashion Show. Mereka kata Rosmah Isteri kepada Perdana Menteri ni hina Islam kerana menganjurkan persembahan fesyen tu. Tapi adakah mereka lupa, bahawa puak pemimpin mereka juga pernah hadir dalam majlis yang langsung tidak islamik malah dilarang untuk orang Islam menghampiri majlis sebegitu.

Lihat gambar yang Mc ambil dari blog House Pk.

Ini budaya mana ni?
Khalid dengan bangga sebar risalah dalam kawasan gereja, malah dia pernah berucap dalam gereja pun!
Nik Aziz melawat Sami Buddha
Antara majlis dihadiri Nik Aziz
Nizar meratapi kematian TBH dengan menggunakan LILIN
Patung Buddha terbesar di Kelantan
Kelantan dipenuhi dengan berhala Besar punya!
Lagi Nik Aziz meraikan Buddha
Ada yang dah anggap Nik Aziz ni sebagai Sami
Hebat kan?
Ini pulak fesyen Islam antarabangsa
Mesti korang terkejut tengok gambar diatas kan? Kenapa pulak tetiba aku tunjukkan semua gambar ini?

Cakap banyak pun tak guna, senang cerita macam ni jelah, kalau kita dijemput sebagai tetamu satu-satu majlis dan kita hadiri majlis itu bukan bermakna kita menyetujui apa yang dianjurkan oleh penganjur tu kan? Macam tu jugaklah yang berlaku kepada Datin Seri Rosmah!

Dia hadir sebagai Tetamu kehormat dalam majlis tersebut dan menyampaikan ucapan sahaja, bukannya dia memilih apa yang akan diperagakan dalam 'fashion show' tersebut! Bukanlah aku nak defend Rosmah tapi agak-agak la kalau korang nak marah pun!

Aku rasa kalau Rosmah tahu la mereka nak tayangkan baju jenis macam ni, mesti dia tak pergi punya, so janganlah marah tak tentu pasal dan nak jatuhkan hukum ya! Kepada penyokong-penyokong BN, janganlah kamu terperangkap dengan mainan Pakatan Haram!

Pakatan Haram macam biasalah. apa saja yang mereka buat semuanya tak salah, kalau orang lain, tak buat apa pun, depa tuduh macam-macam! Jangan melompat, dengar dulu penjelasan tuan punya badan!

Kepada Datin Seri Rosmah, berhati-hatilah dalam memilih majlis sebgini di masa hadapan, bukan apa, kekadang tu benda-benda yang bukan dalam kawalan kita pun akan menjadi perkara besar kepada manusia yang mempunyai niat yang tidak baik!

Ini pendapat aku, kalau korang tak suka tak apalah, kalau korang nak maki hamun aku pun sukahati korang la, cuma kalau korang kata Rosmah menghina Islam, maka korang juga kena kata yang lain-lain dalam gambar diatas tu turut sama hina Islam ok!

Hangpa pikiaq la sendiri!

P/s: Kenapa lah puak ni dengki betul dengan Rosmah ye?? Takut nak hentam Najib, Isterinya yang jadi mangsa.

Mctheory:
Deyy.. jangan gaduh dengan perempuan, kalau bertelur, mari gaduh laki sama laki. Akai ada ka??