Jumaat, 15 April 2011
FITNAH JAHAT TERHADAP DS NAJIB!! Di mana Ulama Pembela Anwar?
Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh RPK. Ternyata, tuduhan keji terhadap DS Najib yang dicanang-canang oleh pembangkang selama ini merupakan satu fitnah. Walaupun umumnya rakyat tahu itu fitnah, tapi masih ada segelintir rakyat Malaysia yang berfikiran cetek yang mempercayai fitnah tersebut.
Apabila RPK muncul mendedahkan segalanya, barulah ramai yang terduduk, tersandar, terpaku hingga meleleh air liur. RPK sudah mengaku bahawa kes Altantuya itu suatu fitnah besar terhadap DS Najib. Malah isu itu dimainkan sendiri oleh Anwar. Itu menyatakan Anwar mencipta, menyokong dan membawa fitnah!. Apabila semuanya dibuktikan fitnah, dimana pulak Ulama penyokong Anwar yang mengeluarkan kenyataan ketika Anwar dikatakan 'difitnah' dan diaibkan? Isu ini dibawa oleh blog Azli Shukri
Setelah Raja Petra mengaku bahawa isu yang mengaitkan Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Sariibu adalah pembohongan serta fitnah semata-mata, sekarang timbul persoalan, di manakah ulama-ulama yang sebelum ini begitu galak dan lantang mempertahankan keaiban Anwar Ibrahim dengan alasan bahawa Islam mengharamkan fitnah dan membuka aib saudara seIslam - dan kini, tatkala terbukti bahawa Najib telah difitnah membunuh Altantuya, maka mengapa ulama-ulama ini masih tidak muncul-muncul lagi, demi mempertahankan maruah Najib yang diaib dan menegur Anwar Ibrahim serta rakan-rakannya agar menghentikan segera tuduhan dan fitnah terhadap Najib dan Rosmah? Apakah ulama-ulama ini sudah menjadi ulama Su' (ulama jahat) yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sangat murah?
Apabila keaiban dan fitnah terkena batang hidung Anwar Ibrahim, maka berduyun-duyunlah ulama mempertahakan manusia "Anugerah Tuhan" itu. Sebaliknya, apabila terdapat pemimpin UMNO yang difitnah dan diaibkan, ulama-ulama ini hilang entah ke mana, sunyi sepi tanpa ulasan. Inilah jenis ulama yang terdapat pada zaman hari ini. Mereka tidak lagi sibuk mempertahankan kebenaran - sebaliknya sibuk mempertahankan individu. Ulama jenis ini bukanlah ulama yang sebenar - mereka lebih takutkan manusia daripada Allah SWT. Wallahualam. Fikir-fikirkanlah.
P/s: Ilmu itu pemberian Allah.. kita hanya dipinjamkan sahaja..
Mctheory:
Hebat kita di dunia, adakah kita cukup hebat di akhirat?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
N Ajiz sesat kerana ANuwar.
Catat Ulasan