Sponsor

Memaparkan catatan dengan label ulama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ulama. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Ogos 2011

GEMPAR!! ISU MURTAD! WARDINA SOKONG DR ASRI?

Dr Asri .. no komen..


Persoalan di yang dibawa oleh Dr Asri dan di sokong oleh Wardina, mempunyai jawapan yang mudah sahaja. Jawapannya hanya satu, iaitu menjaga nama Islam dan kesucian agama Islam dari tercemar.

Mengapa kita bimbang umat Islam ke gereja? Apakah gereja tampat yang baik untuk umat Islam? tentulah tidak. Apa tujuan mereka ke gereja? Adakah hanya nak melawat? Atau mempunyai tujuan 'lain' yang tertentu? Katakan mereka mempunyai majlis berbuka puasa untuk pelawat gereja yang beragama Islam, tetapi kenapa dibuat secara tertutup?

Bukankah itu telah menimbulkan syak dan bakal menjadi fitnah jika ia tidak benar.

Berbuka puasa di bulan Ramadhan, adalah satu ibadah wajib. Kenapa kita nak cemarkannya dengan berbuka didalam gereja?

Perkara itu sudah tentu mencemar agama Islam. Ibadah kita seperti di main-mainkan..

Tindakan Jais adalah tepat. Tindakan untuk menjaga kesucian agama Islam, perlu disanjung dan dihormati.

Dr Asri ada mempersoalkan, kenapa kita takut benarkan orang bukan Islam masuk ke surau atau masjid. Adakah kita takut mereka masuk Islam?

Alhamdullilah jika mereka masuk Islam. Itu satu hidayah dan keberkatan yang Allah bagi pada mereka. Jika sebaliknya? Seperti berpolitik? apakah itu dibenarkan?

Apa niat mereka masuk ke rumah Allah? Bersihkah mereka? Sesuaikah pakaian mereka? Semua itu perlu dipertimbangkan. Kalau setakat nak menderma atau bagi hadiah, dewan orang ramaikan banyak. Gunalahh.. Apa perlunya rumah Allah.

Ilmu Mc ni, tak la sehebat Dr Asri. Tapi Mc juga tak kurang ilmu agamanya. Teringat lagi pesan nenek Mc sebelum dia meninggal. Pada dunia akhir zaman ni, ramai bijak pandai agama akan gunakan ilmunya hanya untuk mencari pengaruh dan kuasa, bukannya lagi untuk memperjuangkan ajaran Islam sebenar.

Akan wujud Ulama jahat dan Ulama baik. Sebab itu kita sebagai umat Islam perlu berjaga-jaga dan berwaspada untuk memilih yang mana Ulama pembawa kebenaran dan yang mana Ulama kejalan kejahatan.

McTheory:
Ulama gila glamor pun ada jugak.. taktau la apa yang dia perjuangkan..

Jumaat, 15 April 2011

FITNAH JAHAT TERHADAP DS NAJIB!! Di mana Ulama Pembela Anwar?


Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh RPK. Ternyata, tuduhan keji terhadap DS Najib yang dicanang-canang oleh pembangkang selama ini merupakan satu fitnah. Walaupun umumnya rakyat tahu itu fitnah, tapi masih ada segelintir rakyat Malaysia yang berfikiran cetek yang mempercayai fitnah tersebut.

Apabila RPK muncul mendedahkan segalanya, barulah ramai yang terduduk, tersandar, terpaku hingga meleleh air liur. RPK sudah mengaku bahawa kes Altantuya itu suatu fitnah besar terhadap DS Najib. Malah isu itu dimainkan sendiri oleh Anwar. Itu menyatakan Anwar mencipta, menyokong dan membawa fitnah!. Apabila semuanya dibuktikan fitnah, dimana pulak Ulama penyokong Anwar yang mengeluarkan kenyataan ketika Anwar dikatakan 'difitnah' dan diaibkan? Isu ini dibawa oleh blog Azli Shukri

Setelah Raja Petra mengaku bahawa isu yang mengaitkan Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Sariibu adalah pembohongan serta fitnah semata-mata, sekarang timbul persoalan, di manakah ulama-ulama yang sebelum ini begitu galak dan lantang mempertahankan keaiban Anwar Ibrahim dengan alasan bahawa Islam mengharamkan fitnah dan membuka aib saudara seIslam - dan kini, tatkala terbukti bahawa Najib telah difitnah membunuh Altantuya, maka mengapa ulama-ulama ini masih tidak muncul-muncul lagi, demi mempertahankan maruah Najib yang diaib dan menegur Anwar Ibrahim serta rakan-rakannya agar menghentikan segera tuduhan dan fitnah terhadap Najib dan Rosmah? Apakah ulama-ulama ini sudah menjadi ulama Su' (ulama jahat) yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sangat murah?

Apabila keaiban dan fitnah terkena batang hidung Anwar Ibrahim, maka berduyun-duyunlah ulama mempertahakan manusia "Anugerah Tuhan" itu. Sebaliknya, apabila terdapat pemimpin UMNO yang difitnah dan diaibkan, ulama-ulama ini hilang entah ke mana, sunyi sepi tanpa ulasan. Inilah jenis ulama yang terdapat pada zaman hari ini. Mereka tidak lagi sibuk mempertahankan kebenaran - sebaliknya sibuk mempertahankan individu. Ulama jenis ini bukanlah ulama yang sebenar - mereka lebih takutkan manusia daripada Allah SWT. Wallahualam. Fikir-fikirkanlah.

P/s: Ilmu itu pemberian Allah.. kita hanya dipinjamkan sahaja..

Mctheory:
Hebat kita di dunia, adakah kita cukup hebat di akhirat?

Selasa, 29 Jun 2010

UMNO TIPU ULAMA? SIAPA YANG TIPU SIAPA NI?


Perhatikan gambar diatas, adakah Ulama muda yang menyertai UMNO ini, sedang menundukkan mukanya? Baca artikel dibawah!


Macam-macam ada. .bila UMNO umumkan ada 40 Ulama Muda masuk UMNO pada 4 hari yang lepas. Tiba-tiba wujud dakwaan mengatakan mereka tertipu dan diperangkap supaya mengaku masuk UMNO. Baca kenyataannya dalam Harakahdaily dibawah.



Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.


Itu kenyataan dari Hosni yang kata ditipu, Ini jawapan balas dari Fathul Bari Ulama muda yang mengetuai rakan-rakannya menyertai UMNO.

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - antara 40 ahli agama yang menyertai parti itu - menafikan terdapat antara mereka yang 'diperdaya' bagi menghadiri majlis serahan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Menurut Fathul, pihak mereka, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengelola majlis itu tidak pernah mengundang Hosni Mubarak Abdul Hamid bagi tujuan itu.

"Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami,"

Fathul pula ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata pihaknya masih hairan dengan kehadiran Hosni dan rakan-rakannya.

"Kami tidak tahu siapa jemput," jelas anak bekas mufti Perlis itu.

Katanya, penafian pihaknya hari ini "bukanlah soal masuk Umno atau tidak" tetapi sebagai ulama, Hosni tidak harus membuat kenyataan sebegitu.

"Kami juga mahu nama Shahidan dibersihkan (daripada tuduhan itu)," kata anak kepada Mat Jaya Hussin yang berkhidmat sebagai mufti dalam era kepimpinan Shahidan di Perlis.

Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan.".
- Mkini.

MctHeory:
Nampaknya Pas masih belum puas menganggu gugat UMNO dengan hal-hal sebegini. Mc tak kenal siapa si Hosni ni, cuma Mc harap dia tak 'dibeli' untuk memburukkan UMNO. Al-maklumlah, zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi ye tak. Tambahan lagi geng Ulama Terompah, beli kek pun sampai beribu, inikah pula beli orang. Kalau UMNO punya pasal, beli orang pun kira boleh, ye takk?

Kalau dilihat pada kedua-dua kenyataan, Hosni lebih disifat menyembunyikan sesuatu. Kerana, jika seseorang ditipu untuk datang ke majlis, mungkinkah dia akan terus mengikuti majlis dan makan bersama-sama PM diakhir majlis tersebut? Masalahnya sekarang, siapa yang tipu siapa? UMNO tipu Hosni, atau Hosni dan Pas tipu rakyat Malaysia?

MctHeory:
UMNO punya pasal, fatwa tipu pun boleh Syurga!

Isnin, 28 Jun 2010

UMNO KELANTAN DEKATI ULAMA MUDA!


Selepas UMNO berjaya memikat golongan bijak pandai agama supaya memperkasakan UMNO. UMNO Kelantan mengambil peluang ini untuk membuat program mendekati Ulama-ulama muda supaya menyertai UMNO. Baca berita dari Sinar Harian.

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihaknya kini berusaha mendekatkan diri dengan golongan ulama muda di negeri ini dan berusaha menarik mereka menyertai UMNO.

Mustapa berkata, senario yang berlaku jelas menunjukkan ulama muda kini tidak lagi melihat Pas sebagai wadah perjuangan kelangsungan politik mereka dalam membawa Islam ke tempat sewajarnya.

"Kita akan dekatkan diri dengan ulama ini dan pelajar yang baru pulang dari Timur Tengah. Kemasukan mereka ke dalam UMNO adalah sangat penting kerana ulama muda ini ada pengaruhnya yang tersendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu di sini, semalam.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, berdasarkan situasi kini, lebih ramai golongan ulama akan menyertai UMNO tidak lama lagi
.- sambung baca sini

Memang sepatutnya UMNO Kelantan mengunakan kesempatan ini untuk mengempur kubu musuh dan mendekati golongan Ulama muda yang masih terpengaruh dengan helah dah tipu daya Pas. Mesej ini bukan hanya tertumpu kepada UMNO Kelantan sahaja. Kesemua UMNO Negeri juga harus bangun mainkan peranan kerana somboyan perang sudah dibunyikan oleh Ds Najib. Takkan nak tidur lagi, cukup-cukuplah tu. .

MctHeory:
Bulan Pas sudah mau gerhana, UMNO harus lebih sedia!

Ahad, 27 Jun 2010

TAKUTKAH UMNO KEPADA PAS?!


Semalam Mc baca ada haramkahdaily, mengenai kenyataan Idris Ahmad, Tukang Kepoh Pas. Mc pelik mengenai orang Pas ni, suka kepoh bila ada UMNO buat sesuatu yang dianggap baik.

Semalam penyertaan 40 Ulama Muda ke dalam UMNO adalah satu langkah baik yang dibuat oleh Ds Najib selaku Presiden UMNO. Maknanya UMNO semakin diterima oleh golongan Ulama muda yang mahu memperjuangankan agama mengunakan platform UMNO. Itu berita baik disebabkan dalam UMNO sekarang akan bertambah golongan bijak pandai agama.

Dulu Pas selalu kutuk mengatakan UMNO menolak kepimpinan Ulama, UMNO ni bukan parti Islam, UMNO ni jahil agama la, UMNO itu la, UMNO ini la, macam-macam Pas kutuk UMNO. Kini bila ada umat Islam yang bijak pandai tentang agama, menjadi ahli UMNO, mereka pula yang melompat dan meroyan macam-macam. Kata Ulama ni masuk neraka la, Ulama ni penyamun la dan macam-macam lagi.

Salahkah 40 ulama muda ni masuk UMNO? Salah ke? Ada ke sebelum mereka masuk UMNO mereka pergi tarik bulu ketiak N.ajis dulu, sampai ahlul-ahlul Pas melenting umpama UMNO menganggu gugat mereka? Rilex la. .kenapa nak kecoh. Ini hal peribadi UMNO yang Pas sibuk-sibuk apa hal? Takut ke? Biarla siapa pun nak masuk UMNO, kami terima, asalkan Islam. Bukan macam Pas, campur aduk semua rojak sekali.

Bila Pas keluar kenyataan tak takut, ini bermakna Pas sudah merasa takut. Bila Pas kata mereka tak heran dan tak terancam, ini bermakna Pas dengki perut. Biasalah, puak-puak Pas ni kan para UlarMak semuanya, mereka memang tak suka sebarang perubahan yang baik pada UMNO. Sebab itulah sekarang ni Pas selalu jadi gila meroyan bila ramai profesional dan golongan Ulama yakin menyertai UMNO dan bukan Pas.

MctHeory:
Siapa nak jadi anjing Dap, masuk Pas!

Sabtu, 26 Jun 2010

LAGI ULAMA DIJANGKA MASUK UMNO DALAM TEMPOH TERDEKAT!


Semalam 40 orang Ulama sudah selamat menyerah borang keahlian UMNO kepada PM di PWTC. Nak baca klik sini. Malangnya, Dr.Asri bekas mufti Perlis yang ditunggu-tunggu, tidak tiba, akhirnya beliau mengubah ke satu tarikh yang lain untuk menjadi ahli UMNO. Mungkin disebabkan tekanan politik, atau mengelakkan isu ini menjadi lebih panas.

Almaklumlah.. belum pun Dr.Asri masuk UMNO sudah ada pelbagai kecaman terhadap beliau. Malah ada diantara puak-puak sakai Pas ini yang membuat fatwa sendiri, apabila ada golongan ulama masuk UMNO. Mereka andaikan bahawa, golongan Ulama yang masuk UMNO seperti masuk neraka. (Nampaknya jika masuk UMNO masuk neraka, masuk Pas dah confirm syurga la ye?) Nampaknya puak-puak sakai Pas ini tidak boleh menerima hakikat bahawa golongan Ulama di Malaysia sudah tidak lagi yakin dengan Pas (yang kononnya parti Islam tu).

Golongan Ulama di Malaysia melihat Pas bukan lagi parti yang perjuangkan Islam tapi sebuah parti yang cari makan pakai nama Islam. Macamana nak perjuangkan Islam di Malaysia jika berada didalam Pas? Ulama Pas sekarang semuanya fatwa nak kena rujuk Dap dulu. Jika salah fatwa, merajuk pula pasangan Haram Pas dalam Pakatan. Lagipun Pas bukan parti untuk orang Islam. Cina ke India ke Bugis ke Mat salleh ke Yahudi ke lanun ke firaun ke semua boleh masuk Pas, Pas dah buka keahlian untuk semua. PAS FOR ALL, jadi semua bangsa dan agama pun boleh masuk. Kini, apa istimewanya Pas untuk orang Islam? TIADA!

Sebab itu golongan Ulama atas pagar yang mahu menyertai politik, memilih UMNO untuk jalan mereka memperjuangkan Islam. Mereka juga yakin dengan Ds Najib yang bersungguh-sungguh mahu memperkasakan UMNO dapat menerima golongan Ulama ini dan memberi kedudukan yang sesuai didalam UMNO. Ini adalah fenomena terbaru, selepas zaman adun dan MP PKR lompat masuk UMNO, kini Ulama pula akan berduyun-duyun menyertai UMNO.



Mengikut kata Shahidan Kasim ahli MT UMNO yang juga kawan baik Dr.Asri. Ini bukanlah golngan Ulama terakhir yang menyertai UMNO, bahkan ada ramai lagi kumpulan demi kumpulan yang akan memberi borang keahlian menyertai UMNO termasuklah Dr.Asri sendiri. Mereka hanya menunggu masa yang sesuai.

Mc teringat kata-kata Nik Aziz, jika UMNO dapat memperjuangkan Islam sebenar-sebenarnya di Malaysia, Pas pasti akan dibubarkan. Maksudnya, jika UMNO sudah memperjuangkan Islam, kewujudan Pas tidak lagi relevan di Malaysia. Ishh. .agak-agaknya nak ke Pas tunaikan janji kata-kata Nik Aziz tu? Almaklumlah. .Ulama mana boleh berbohong, tapi taktau la kalau Ulama Pas boleh, Ye Tak? He He He. . .

MctHeory:
Wahai ahlul Pas, Jangan jaga syurga orang, syurga sendiri pun belum tentu, Hanya Allah saja yang tentukan.