Macam-macam ada. .bila UMNO umumkan ada 40 Ulama Muda masuk UMNO pada 4 hari yang lepas. Tiba-tiba wujud dakwaan mengatakan mereka tertipu dan diperangkap supaya mengaku masuk UMNO. Baca kenyataannya dalam Harakahdaily dibawah.
Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.
“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.
“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.
Itu kenyataan dari Hosni yang kata ditipu, Ini jawapan balas dari Fathul Bari Ulama muda yang mengetuai rakan-rakannya menyertai UMNO.
Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - antara 40 ahli agama yang menyertai parti itu - menafikan terdapat antara mereka yang 'diperdaya' bagi menghadiri majlis serahan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Menurut Fathul, pihak mereka, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengelola majlis itu tidak pernah mengundang Hosni Mubarak Abdul Hamid bagi tujuan itu.
"Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami,"
Fathul pula ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata pihaknya masih hairan dengan kehadiran Hosni dan rakan-rakannya.
"Kami tidak tahu siapa jemput," jelas anak bekas mufti Perlis itu.
Katanya, penafian pihaknya hari ini "bukanlah soal masuk Umno atau tidak" tetapi sebagai ulama, Hosni tidak harus membuat kenyataan sebegitu.
"Kami juga mahu nama Shahidan dibersihkan (daripada tuduhan itu)," kata anak kepada Mat Jaya Hussin yang berkhidmat sebagai mufti dalam era kepimpinan Shahidan di Perlis.
Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan.".- Mkini.
MctHeory:
Nampaknya Pas masih belum puas menganggu gugat UMNO dengan hal-hal sebegini. Mc tak kenal siapa si Hosni ni, cuma Mc harap dia tak 'dibeli' untuk memburukkan UMNO. Al-maklumlah, zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi ye tak. Tambahan lagi geng Ulama Terompah, beli kek pun sampai beribu, inikah pula beli orang. Kalau UMNO punya pasal, beli orang pun kira boleh, ye takk?
Kalau dilihat pada kedua-dua kenyataan, Hosni lebih disifat menyembunyikan sesuatu. Kerana, jika seseorang ditipu untuk datang ke majlis, mungkinkah dia akan terus mengikuti majlis dan makan bersama-sama PM diakhir majlis tersebut? Masalahnya sekarang, siapa yang tipu siapa? UMNO tipu Hosni, atau Hosni dan Pas tipu rakyat Malaysia?
MctHeory:
UMNO punya pasal, fatwa tipu pun boleh Syurga!
2 ulasan:
Salam Bro KKK,
Dahla tak dijemput, datang pulak tu. Siap makan lagi. Bukanke klu tak dijemput, haram untuk seseorang itu makan makanan terhidang di majlis itu? ishhh...ishhh... Mesti derih ahmad kata " alharammu wal halalku"...
Apa pendapat bro?
-Melayu Bangkit!!!-
-Melayu Bangkit-
Dengan Pas apa pun halal bro. .
biasa la tu. .
Catat Ulasan