Isnin, 28 Jun 2010

UMNO KELANTAN DEKATI ULAMA MUDA!


Selepas UMNO berjaya memikat golongan bijak pandai agama supaya memperkasakan UMNO. UMNO Kelantan mengambil peluang ini untuk membuat program mendekati Ulama-ulama muda supaya menyertai UMNO. Baca berita dari Sinar Harian.

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihaknya kini berusaha mendekatkan diri dengan golongan ulama muda di negeri ini dan berusaha menarik mereka menyertai UMNO.

Mustapa berkata, senario yang berlaku jelas menunjukkan ulama muda kini tidak lagi melihat Pas sebagai wadah perjuangan kelangsungan politik mereka dalam membawa Islam ke tempat sewajarnya.

"Kita akan dekatkan diri dengan ulama ini dan pelajar yang baru pulang dari Timur Tengah. Kemasukan mereka ke dalam UMNO adalah sangat penting kerana ulama muda ini ada pengaruhnya yang tersendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu di sini, semalam.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, berdasarkan situasi kini, lebih ramai golongan ulama akan menyertai UMNO tidak lama lagi
.- sambung baca sini

Memang sepatutnya UMNO Kelantan mengunakan kesempatan ini untuk mengempur kubu musuh dan mendekati golongan Ulama muda yang masih terpengaruh dengan helah dah tipu daya Pas. Mesej ini bukan hanya tertumpu kepada UMNO Kelantan sahaja. Kesemua UMNO Negeri juga harus bangun mainkan peranan kerana somboyan perang sudah dibunyikan oleh Ds Najib. Takkan nak tidur lagi, cukup-cukuplah tu. .

MctHeory:
Bulan Pas sudah mau gerhana, UMNO harus lebih sedia!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO...BAGUS LA KLU CMTU. INI LE MASENYE UMNO MENYEDIAKAN PLETFORM KPD ULAMA2 MUDA UTK MENGETENGAHKAN PANDANGAN DAN IDEA2 BAGAIMANA CARA BERDAKWAH YG BETUL SETERUSNYA MEMBAIKI PERSEPSI KEMULUSAN ISLAM ITU DI MATA MASYARAKAT SEBAGAIMANA YG DI AMALKAN OLEH RASULLULAH DAN AHLI SUNNAH

Tanpa Nama berkata...

UMNO PERLUKAN ULAMAK? KENAPA? SEJAK BILA PULAK UMNO MEMANDAI PERLUKAN ULAMAK? BUAT APA ULAMAK DLM UMNO?

INI MENUNJUKKAN UMNO MEMPERGUNAKAN ULAMAK UNTUK KEPENTINGANNYA. UMNO HANYA LIPSTIK. UMNO GUNAKAN ULAMAK UNTUK MENUNJUKKAN BHW DIA JUGA PEJUANG AGAMA. SEJAK BILA? SEJAK UMNO MAKIN DITOLAK OLH MELAYU, MAKA DIA AKAN MENJADIKAN AGAMA SBG KAMBING HITAM PULAK UTK MEMPERDAYA MELAYU...

ULAMAK MASUK UMNO? UNTUK APA? APA PERANAN?...HANYA SBG PATUNG DAN ORG SURUHAN...BERANIKAH ULAMAK MENEGUR DASAR PARTI DAN PEMIMPIN2...DAN MEREKA SUATU HARI NANTI JUGA AKAN BEREBUT2 JAWATAN, PANGKAT, DARJAT...ULAMAK DAH JD ULAR MEMBELIT DLM SEMAK...

McTheory berkata...

Apakah Pas tidak mengejar jawatan dan pangkat?

Kenapa masuk politik kalau taknak kuasa?

Dalam UMNO sudah ramai Ulama. Sememangnya Ulama memilih UMNO kerana boleh menjadi proksi mereka mengembangkan dakwah Islam di Malaysia. Pas boleh ker?