Dr Asri .. no komen.. |
Persoalan di yang dibawa oleh Dr Asri dan di sokong oleh Wardina, mempunyai jawapan yang mudah sahaja. Jawapannya hanya satu, iaitu menjaga nama Islam dan kesucian agama Islam dari tercemar.
Mengapa kita bimbang umat Islam ke gereja? Apakah gereja tampat yang baik untuk umat Islam? tentulah tidak. Apa tujuan mereka ke gereja? Adakah hanya nak melawat? Atau mempunyai tujuan 'lain' yang tertentu? Katakan mereka mempunyai majlis berbuka puasa untuk pelawat gereja yang beragama Islam, tetapi kenapa dibuat secara tertutup?
Bukankah itu telah menimbulkan syak dan bakal menjadi fitnah jika ia tidak benar.
Berbuka puasa di bulan Ramadhan, adalah satu ibadah wajib. Kenapa kita nak cemarkannya dengan berbuka didalam gereja?
Perkara itu sudah tentu mencemar agama Islam. Ibadah kita seperti di main-mainkan..
Tindakan Jais adalah tepat. Tindakan untuk menjaga kesucian agama Islam, perlu disanjung dan dihormati.
Dr Asri ada mempersoalkan, kenapa kita takut benarkan orang bukan Islam masuk ke surau atau masjid. Adakah kita takut mereka masuk Islam?
Alhamdullilah jika mereka masuk Islam. Itu satu hidayah dan keberkatan yang Allah bagi pada mereka. Jika sebaliknya? Seperti berpolitik? apakah itu dibenarkan?
Apa niat mereka masuk ke rumah Allah? Bersihkah mereka? Sesuaikah pakaian mereka? Semua itu perlu dipertimbangkan. Kalau setakat nak menderma atau bagi hadiah, dewan orang ramaikan banyak. Gunalahh.. Apa perlunya rumah Allah.
Ilmu Mc ni, tak la sehebat Dr Asri. Tapi Mc juga tak kurang ilmu agamanya. Teringat lagi pesan nenek Mc sebelum dia meninggal. Pada dunia akhir zaman ni, ramai bijak pandai agama akan gunakan ilmunya hanya untuk mencari pengaruh dan kuasa, bukannya lagi untuk memperjuangkan ajaran Islam sebenar.
Akan wujud Ulama jahat dan Ulama baik. Sebab itu kita sebagai umat Islam perlu berjaga-jaga dan berwaspada untuk memilih yang mana Ulama pembawa kebenaran dan yang mana Ulama kejalan kejahatan.
McTheory:
Ulama gila glamor pun ada jugak.. taktau la apa yang dia perjuangkan..
5 ulasan:
Pandai dan faham agama tapi tak pandai dan tak faham ilmu psikologi dan ilmu strategi.Pendakwah kristian gunakan dua ilmu tersebut.Kerana budi agama dan akidah orang yang termakan budi dari pendakwah kristian akan tergadai.
saya tak faham bila masa kita melarang org bukan Islam masuk masjid. tiap2 hari sy terawih di masjid negara, ada je pelancong bukan muslim melawat masjid, melihat org islam menunaikan solat, mbaca risalah islam yg dsediakan. so bila masa kita melarang bukan islam masuk masjid?
ini pompuan.....sakit jiwa punya pompuan. pompuan sama jer dengan bob lokman yang kononnya nak kejar syurga!!!!..tapi orang kejar syurga dengan banyakkan amalan,tapi geng pompuan ni ndgn geng bob lokman nak kejar syurga banyakkan berpolitik!!!..orng yang bodoh tapi berperasan pandai nie susah nak diajar!!!
Wardina ni byk juga dapat pengaruh dari pelajar di UK. Dia selalu juga hadir Summer Camp kat sana dengan pelajar2 muslim. Dia tak sedar satu je: DIA DI JEMPUT BUKAN KERANA PENGETAHUAN ATAU ILMU ISLAMNYA TAPI UTK PROMOSI MUKANYA JE. TAPI DIA PERASAN INGAT SBB ILMU ISLAM DIA YG CETEK TU...kami semua gelak selalu lepas ceramah dia, tapi biarlah, ramai dtg sbb celebrity ade, tujuan kami tercapai. Lepas habis, dia bolih belah lah...
islam x pnah melarang org bkn islam memasuki masjid asalkan menutup aurat, bersih dan tidak ada agenda tersembunyi( politik, kacau atau sebagainya yg bersifat negatif) jika islam melarang, masakan kita dpt menerima saudara2 baru yg ingin memeluk islam di dlm masjid... x salah juga kalau umat islam melawat gereja kerana ia sekadar bangunan sj tp biar la kena dgn waktunya dan perlu ada sebab apa untuk melawat mana2 gereja tersebut dan perlu juga di ketahui oleh org rmai... jika untuk berdialog antara agama mmg bagus sbb buleh menyedarkan org2 bkn islam tentang islam.. tp jika alasan yg di guna untuk berbuka puasa mmg x dpt d terima akal.. sbb bkn ke lbih baik brbuka dgn saudara2 islam sndiri dr brbuka dgn bkn islam dlm gereja plak tuh dan yg lg musykil kenapa cuma 12 org umat islam je berada dlm gereja trsebut.. mmg ada niat yg trsembunyi dlm kes ni... mmg terang-terangan kumpulan missionnary christian ni mencuba untuk memesongkan akidah umat islam yg hadir.. ini br kita dengar dan yg di lapor, apa lg yg kita x pnah dngar atau di laporkan kes2 mcm ni..
Catat Ulasan