Rabu, 13 Jun 2012

TUDIAA!! Video Seharian Kehidupan DS Rosmah tak bersolat? @NajibRazak


Mc tak nampak apa yang salah dalam video ni. Menunjukkan kegiatan harian Datin Seri Rosmah Mansor. Tak nampak pulak Rosmah ke pejabat PM seperti mana yang dicanang-canangkan oleh pendengki-pendengki beliau. Tak nampak pula beliau bagi arahan pada PM seperti mana fitnah yang selalu kita dengar.

Ada yang pertikaikan tentang kemewahan, sebelum jadi PM pun memang keluarga DS Najib dah mewah dan kaya.  Layaklah beliau dengan gelaran dan apa yang beliau ada. Takkan beliau nak berpakaian koyak rabak dan bertampung-tampung, sedangkan kita sendiri pun tak sanggup nak berpakaian macam tu. Guna akal la beb..

Ada juga mangkuk yang mempertikaikan.. bila masa Rosmah bersolat dalam video ni. Di sini Mc nak tolong beritahu laa.. solat tu bukan aktiviti, solat tu kewajipan. Tunjuk atau tidak, memang kena buat. Kalau diselitkan dalam video ni, dah nampak macam video stail Pakatan Haram. Jenis puak gila glamor, sampai sanggup sembahyang atas rumput, sembahyang atas jalan, sembahyang atas kereta, bas mini, cicak, kura-kura dan lain-lain.

Sembahyang tak perlulah dipolitikan, tak perlu nak tunjuk-tunjuk. Bila dok tunjuk tu namanya tak ikhlas. Silap-silap yang dok sembahyang pun tak khusyuk sebab dok kontrol hensem orang dok ambil gambar.

Sudah-sudahla kutuk Rosmah ni.. daripada korang kutuk Rosmah, baik korang beli cermin besar. Cermin diri sendiri, tengok kesalahan diri daripada kesalahan orang lain. Sebab nanti, dosa pahala kita yang nak kena timbang, bukannya orang lain. betul tak?

Nak sangat gambar Rosmah sembahyang? Meh sini Mc tunjukkan.. mana tau pada yang tak sempat tengok tu, mati terbeliak la pulak nanti. he he..



McTheory:
Dok sebok dengan orang, diri sendiri dah sempurna ke?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Program kalau dah set up memang nampak semua ok bro. Cuba kita keluarkan benda yang tak set up nak???