Sabtu, 1 Mac 2014

HOT! Baik Sibuk dengan Rakyat Dari Sibuk dengan Skandal! #FitnahPR



Video diatas menjadi isu atau topik hangat yang sedang diperkatakan ketika ini. Salahkah kenyataan DS Rosmah tu? Mungkin beliau sibuk menjaga rakyat dari segi tugasnya yang mempunyai banyak rumah kebajikan seperti PERMATA.

Apa yang puak pembangkang ni dengki sangat dengan DS Rosmah? Beliau berjasa pada rakyat pun salah ka? Biar la.. sedangkan kita tahu, puak pembangkang sendiri mempunyai isteri sampai 3, 4 orang dan hanya duduk dirumah menjaga anak dan memuaskan nafsu suami.

Tu pun tak puas-puas, dok makan luar juga!


Pembaca tahu apa yang DS Rosmah sibuk sangat tu?

Jom kenali siapa DS Rosmah sebenarnya,


1. Datin Seri Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebagai Rosmah Mansor merupakah wanita yang paling 'glamer' di arena politik Malaysia. Nama beliau tidak pernah lekang di sebut oleh para pembangkang. Segala

2. Setiap perilaku diperhatikan, setiap tutur katanya akan dijadikan bahan bualan. Setiap berita mengenai beliau pasti akan 'disensasikan'. Bak kata orang, Rosmah Mansor is 'da boom'.

3. Tiada seorang pun isteri Perdana Menteri Malaysia yang telah berjaya 'mencuri' hati dan minda rakyat Malaysia, lebih -lebih lagi para pembangkang seperti yang telah berjaya dilakukan oleh beliau.

4. Tidak dapat dinafikan kebanyakan perkara yang disembangkan merupakan tohmahan dan perkara-perkara negatif belaka, ia umpama mereka yang berkata-kata itu terlupa bahawa wanita yang menjadi pendamping setia PM ini seorang yang 'kejam' dan tidak 'berhati perut' juga mempunyai sifat pemurah

5. Tidak ramai yang tahu di sebalik wajah tegas itu, ada banyak amal bakti yang 'disembunyikan' dan tidak digembar-gemburkan.


Antaranya:

a. Membantu pelajar miskin secara peribadi

b. Menghantar mereka yang kurang mampu menunaikan haji

c. Membantu keluarga susah, anak-anak OKU dan mereka yang hidup di pedalaman secara peribadi

d. Membantu mereka yang jumpa dia secara peribadi, dan mereka bukannya orang kaya atau orang bisnes

5. Memang tidak dapat dinafikan Rosmah Mansor, sebgai seorang insan biasa tidaklah sempurna, tetapi ketidak sempurnaan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menidakkan amal jariah yang beliau lakukan untuk rakyat.

6. Dan amal jariah itulah, merupakan pengikat kunci Dato' Sri Najib kepada beliau, walaupun pelbagai fitnah dilemparkan kepada isterinya. Dato' Seri lebih tahu akan perihal isteri beliau.

7.Tiada isteri pemimpin lain, termasuk isteri-isteri mantan Perdana menteri lain melakukan amal jariah kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh Rosmah.

8. Sifat ini juga tidak diperlihatkan oleh Wan Azizah, Nurul Izzah, Isteri Khalid Ibrahim ataupun isteri Guan Eng.

9. Sifat pemurah ini membuatkan Tun Rahah akur, kerana itu memang sifat semula jadi Rosmah dan bukan di buat-buat seperti segelintir aahli politik demi untuk meraih sokongan.

10.Sifat pemurahnya memang telah di ketahui sejak di baangku sekolah lagi, di mana ramai rakan-rakannya telah di bantu semasa zaman persekolahan di Kolej Tunku Kurshiah, kerana keluarganya agak 'berada' berbanding dgn rakan-rakan yang lain.

11. Oleh itu, jika kita mahu memperkatakan tentang kepincangan sifat seseorang itu, kita juga sewajarnya berlaku jujur dengan memperlihatkan kebaikannya juga.

12. Terdapat juga bilik khas untuk tetamu di Seri Perdana, di mana tetamu boleh rehat dan tido. Cubalah sendiri jika mahu melihat sendiri Rosmah Mansor yand digembar-gemburkan sebagai 'Perempuan Puaka' oleh segelintir individu.

13.Dan jangan lupa, jika ada antara individu yang merasakan Rosmah seoarang wanita yang 'jahat', anda dialu-alukan untuk memburuk-burukkan beliau kepada makcik-makcik yang khusyuk melihat sidang umno di skrin besar. Manalah tahu, mungkin anda akan pulang dengan buah tangan berupa satu 'tamparan wanita' umno .



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KAHH!!!.......KAHHH!!!!........KAHH!!!.........JAP..BONTOT AKU NAK KETAWA...PROOOOTTTT!!!!!...KAHHH!!..KAHH!!!....KAHH!!!...SEKIAN TERIMA KASIH.

Tanpa Nama berkata...

ketinggian peribadi dan akal budi terletak pada luhurnya hati dan tingginya budi bahasa. Sedih melihat dan mendengar bahasa anak muda skrg. Apapun bukan salah ibu yg mengandung. Ibu x pernah ajar anak jd biadap

Tanpa Nama berkata...

Sham ketot dapat upah ke? Demo depan kedutaan jepun. Mau jepun tahan ja ketot ni

Tanpa Nama berkata...

Apa jasa kita pada masyarakat? Jika ada org lain yg sanggup berjasa kepada rakyat bersyukurlah. Pahala bukan ada had. Siapa berbuat baik maka dapatlah padanya balasan baik dr Allah.

Tanpa Nama berkata...

Jap apa ye jawatan dia dalam negara?
Aku terlupa lah...

Dia menteri ke?
Wakil,umno?
Ketua bahagian?
Ketua wanita?

Sedekah lah takde siapa halang...
Berbaktilah tapi gunalah harta sendiri.
Gaji sendiri...

Bukan sedekah pakai hasil or pendapatan negara.

So dia nak sedekah sedekah lah ok takdo pakcik halang.

Tapi apa jawatan dia dalam negara ni?
Keliru lah brader