Benar kata-kata dari Menteri Besar Kedah, Dato Seri Mukhriz Mahathir yang melahirkan rasa terkilan keatas sesetengah pihak yang membuat pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370.
Tweet beliau semalam,
Kemarahan rakyat Malaysia semakin membuak-buak keatas media antarabangsa yang membuat pelbagai dakwaan dan spekulasi keatas krew dan pilot pesawat MH370. Kononnya pilot dan krew pesawat terbabit ada kena mengena dengan penganas Islam. Tuduhan tanpa bukti tersebut, telah beberapa kali disiarkan, malah mereka juga menuduh kerajaan dan tentera Malaysia seolah-olah sengaja membunuh penumpang dan krew pesawat MH370.
Tepat pada masanya apabila ada pemimpin tempatan yang berani bersuara untuk membela krew dan pilot yang belum tentu bersalah. Mungkin mereka dianiaya dan diperalatkan oleh orang lain.
Bangun rakyat Malaysia, kita berdiri untuk membela nasib pilot dan krew penerbangan MH370 supaya mereka tidak diperkotak-katikkan dengan pelbagai dakwaan jahat dari pihak luar!
McTheory:
Ayuh sahabat support #StandTallMalaysia
2 ulasan:
duduk diam2 dlm rumah pun boleh jadi suspect mcm2 jenis kes...inikan pilot dgn kes besar sebegini,lagi ler berlipat kali ganda suspect
Anggap sahaja itu bahana kerana pro-jub
Catat Ulasan