Sponsor

Memaparkan catatan dengan label mahfuz omar mangkuk ayun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mahfuz omar mangkuk ayun. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Februari 2015

Mahfuz Omaq Buat Lawak Nak Kena Tampaq!



Apa kena dengan Mahfuz ni? Sakit mental ka apa? Sedih aihh.. mentaliti ahli parlimen Pokok Sena macam ni..

Ketua penerangan PAS menyindir keputusan Umno yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Chempaka bulan depan dengan alasan "perpaduan ummah".

Dalam kenyataannya, Datuk Mahfuz Omar berharap Umno tidak bertanding dalam pilihan raya kecil atau umum selepas ini. 
"Dengan keputusan yang dibuat ini, PAS berharap agar Umno tidak lagi menghantar calon di dalam mana-mana pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum kerana ia secara tidak langsung mengakui Umnolah punca utama perpecahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat," katanya. 
"Apabila Umno bertanding di dalam pilihan raya, suasana perpecahan dan perbalahan sering berlaku kerana Umno sering memanipulasikan jentera kerajaan untuk kepentingan partinya sahaja dan sekali gus mewujudkan padang permainan yang tidak rata," katanya.
Umno tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihan raya kecil kerusi Chempaka bulan depan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini. 
Ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata keputusan itu dibuat bagi memberikan tumpuan pada usaha pemulihan Kelantan akibat banjir besar tahun lalu.
"Umno tidak bertanding di DUN Chempaka. Tumpu selesai bantuan banjir dan perpaduan ummah," katanya dalam mesej di Twitter.

Rasanya dia ni jiwa kacau, kurang kasih sayang.. patutnya bagi la komen yang bernas. Ini tak, semuanya dia nak bantah. Dah nama pembangkang, perlukah bangkang semua?


McTheory:
Kalau budak-budak ni, mau kena sekeh dah.. 

Khamis, 6 Februari 2014

HOT! Bila Mahfuz Omar Pulak UGUT Mukhriz Mahathir! #HanyaDiKedah


Wow! Marah benar Mahfuz Omar pada Dato Seri Mukhriz Mahathir bidahulu. Kononnya kerajaan Pas terdahulu suci lagi murni hingga tak buat apa-apa kesalahan.

Baca statement dari Mahfuz Omar,

“Dia (Mukhriz) tidak perlu ugut seandainya PR menyerang kepimpinan kerajaan negeri, dia akan mendedahkan penyelewengan semasa pentadbiran PR.  Ini seolah-olah kalau kita tidak serang, maka dia akan tutup kesalahan itu,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Pokok Sena, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kenyataan Mukhriz itu dilihat sebagai cubaan untuk menutup segala penyelewengan yang dilakukan pentadbiran BN sejak lapan bulan mengambil alih tampuk pemerintahan.

“Pada saya, budaya yang cuba dibawa Mukhriz sangat bahaya kepada pentadbiran kerajaan negeri. Sebabnya nanti kalau berlaku ketidakpuasan hati oleh mana-mana individu dalam Umno dan BN terhadapnya, dia boleh ugut perkara sama.

“Jangan ugut kami supaya berhenti daripada mendedahkan segala kelemahan pentadbiran kerajaan negeri termasuk salah guna kuasa dan penyelewengan yang berlaku,” katanya.

Untuk Pengetahuan Mahfuz Omar yang bijak pandai lagi bijaksana. Zaman Pas dulu bersepah salahlaku, tu laa.. orang suruh baca blog malas, kemudian dok buat statement memperbodohkan diri dikhalayak ramai.

Tuan Mahfuz Omar reti baca ka dak? Atau hanya dok baca Haramkah saja kot. Sebab tu buta tuli sampai taktau apa langsung.

Siapa kata tak pernah berlaku penyelewengan atau salah urus tadbir ketika PAS menerajui Kerajaan Negeri Kedah?

Apakah Mahfuz telah melupakan peristiwa bagaimana projek pembinaan KUIN yang diberikan oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Bina Darulaman Berhad (BDB) kepada syarikat IJM secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD ?

Agak pelik apabila satu projek diberikan secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD sedangkan PAS sendiri semasa mentadbir Kerajaan Negeri Kedah menyatakan pendirian mereka bahawa setiap projek semestinya perlu melalui sistem TENDER yang lebih telus.

Apakah projek yang diberikan BDB kepada IJM secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD merupakan projek yang mengamalkan sistem BARTER diantara IJM dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah ketika itu?

Apakah keuntungan yang diperolehi Kerajaan Negeri sehinggakan projek pembinaan KUIN diberikan secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD?

Kami yakin bahawa Mahfuz tidak pernah melupakan peristiwa projek pembinaan KUIN yang diberikan BDB kepada IJM secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD kerana ketika peristiwa itu berlaku, Mahfuz masih menjadi Pengerusi Kedah Sato (Anak Syarikat BDB).

Akibat projek pembinaan KUIN yang pada mula diberikan kepada Kedah Sato yang dipengerusikan Mahfuz di tarik balik oleh BDB dan diberikan kepada IJM secara DIRECT NEGO/PROJEK AWARD ianya telah menyebabkan Mahfuz naik berang dengan apa yang berlaku. Perhubungan di antara Mahfuz dan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak telah menjadi renggang akibat peristiwa terbabit dan Mahfuz telah mengambil tindakan meletak jawatannya serta merta sebagai Pengerusi Kedah Sato.

Tak perlu la Mahfuz hendak mendabit dada kononnya tidak pernah berlaku penyelewengan atau salah urus tadbir semasa PAS menjadi pentadbir Kerajaan Negeri Kedah. Mahfuz sendiri yang melompat kepanasan dan meroyan sehinggakan kain yang menutup kemaluan PAS terselak dan terdedah kepada orang ramai ketika itu.

Mungkin itu tidak dianggap salahgunakuasa oleh Mahfuz sebab Mahfuz memang tak rasa bersalah dalam Hal demikian. Ataupun Mahfuz taktau pun benda tu sebenarnya salah!

Belum lagi kami buka isu balak bunian di Papua New Guinea, import lembu khayalan dari Indonesia, transaksi duit rm1juta, tapi lembunya ghaib tak nampak pun. Projek Keli-K yang bertujuan untuk sebat balak, projek balak  di Pedu, balak di Bukit Kachi yang meceroboh dan merampas tanah orang kampung.

Malah ketika audit tahun 2012, ada laporan yang menyatakan bayaran renovation untuk projek perumahan telah dibuat keatas projek hantu! Duit keluar tapi projeknya takdak! Bukan sikit bayarannya.. jutaan juga.

Apakah itu bukan Salahlaku dan penyelewengan. Itu baru sikit, rasanya ada beratus lagi salahlaku yang Pas buat. Termasuk mentransfer duit Pejabat Tanah Alor Setar ke akaun MBI untuk kegunaan dana khas.

Mungkin Pas menganggap itu sebagai derma amal kot..

Kalau Mahfuz rasa nak cabar, mulai dari hari ni kami TMK akan buka balik file isu lama Pas Kedah untuk tatapan tuan Mahfuz Omar!

Selamat menjawab nanti ya Pas Kedah!

Mctheory:
Anda mintak, anda dapat bro..


Sabtu, 4 Januari 2014

HOT!! Kami Simpati Teramat Pada Mahfuz Omar! #Turun


Mc jatuh kesian dan simpati, bila baca kesemua tweet Mahfuz pada malam tahun baru yang lepas. Mahfuz Omar ni seorang Pesuruhjaya Pas Kedah juga merangkap Ketua Penerangan Pas Pusat yang baru.

Tapi bila baca tweetnya, rasa macam tweet dari seorang budak sekolah yang meroyan!

Kalau tak percaya cuba baca kat bawah ni,


Sebagai seorang Ketua Pas di Kedah dan Ketua Penerangan Pas Pusat, sudah tentu kita menjangkakan maklumat yang lebih dari seorang yang mampu mengalas jawatan tersebut.

Tapi kalau setakat tweet kosong dan bodoh macam tu.. pencacai bawahan Pas yang bongok pun boleh buat lebih dari Mahfuz!

Mc teringin nak tanya ahli Pas Kedah ni.. apakah hangpa anggap orang macam ni layak jadi Ketua hangpa? biaq betui? jatuh martabat bijak pandai agama dan Ulamak Pas Kedah woo.. kalau macam ni!

Kalau macam ni la Ketua Pas Kedah, Mc berani guling-guling tengah Aloq Setaq, kalau Pas berjaya tawan Kedah balik nanti. he he he..




McTheory:
Ohh Mahfuz.. ku sangka hang dah berubah.. rupanya bodoh mu tetap sama..

Jumaat, 27 Disember 2013

PANASS!! Mahfuz Bean Kata Mukhriz Lembab? #HanyaDiKedah

Tudiaa.. cakap pandai..

Mahfuz Bean Omar, Bekas Naib Presiden Pas yang telah kalah baru-baru ni akibat ditolak oleh ahli parti sendiri mengkritik Mukhriz Mahathir sebagai MB yang lambat rancangan pembangunan.

Tak percaya baca kat bawah n..


ALOR SETAR – Pas Kedah menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai seorang menteri yang lambat bertindak untuk merancang pembangunan di negeri ini selepas mengambil alih pentadbiran daripada PR pada PRU13 lalu.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno dan BN tidak boleh buat perancangan seperti lima tahun kerajaan PR perintah di Kedah.

“Ini sudah nak masuk hujung tahun, tidak ada apa yang dibuat oleh Mukhriz. Dia kata kena ambil masa sikit. Saya ingat bila orang muda jadi menteri besar, cepatlah sikit dia bertindak. Tapi dia kata perlukan masa pula. Ini membuktikan dia lemah.

“Kita kerajaan PR pada sebelum ini baru setahun perintah, kita sudah ada perancangan. Padan la kita baru setahun perintah dan tidak ada pengalaman mentadbir. Berbanding Mukhriz yang pernah jadi menteri dan ahli parlimen, patutnya dia ada idea yang bernas. Tapi tak ada apa yang dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks Pas Pokok Sena, di sini, kelmarin.

Betui ka Mukhriz lembab rancang pembangunan? Atau Mahfuz sendiri tak tahu apa yang kerajaan negeri Kedah lakukan sekarang. Mahfuz tahu atau tidak bahawa Kedah dibawah Dato' Paduka Mukhriz, bukan setakat merancang malah, usaha pembangunan Kedah berjalan serentak, dan jajaran perancangan dan pelaksanaan sentiasa dibuat bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.

Makmal Transformasi Kedah telah selesai beberapa bulan lepas, melibatkan semua pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklumat dan membina landasan secara menyeluruh untuk pembangunan negeri.

Dalam tahun ni saja berapa banyak pelabur luar masuk ke Kedah, lebih 10 billion pelabur luar datang melabur. Masa zaman Pas dulu, 5 tahun merintah, rasanya tak sampai 1 billion pun pelabur luar yang masuk. Tu pun Mahfuz kata Mukriz lambat. Kalau Mukhriz lambat, Pas dulu nak panggil apa 'mekgot' ka?

Semua yang Mukhriz buat, tu belum masuk Bajet Kerajaan negeri untuk tahun 2014 lagi..

Belanjawan Kedah 2014

1. 10 juta untuk pinjaman mudah bagi Usahawan Muda.

2. Rm16.8 juta untuk projek kecil khas bagi kawasan luar bandar.

3. 20 ribu unit rumah mampu milik akan dibina.

4. Bayaran lesen penjaja DIHAPUSKAN.

5. 24.5 juta untuk Bantuan Kebajikan.

6. Kursus Perkahwinan PERCUMA.

7. Rm 7 juta untuk pertanian dan ternakan.

8. Unit Pembangunan Usahawan akan ditubuhkan.

9. BONUS setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan negeri.

10. Majlis Sukan Daerah akan ditubuhkan di setiap daerah dan mendapat peruntukan sebanyak rm200k.

11. 190 juta untuk baiki JALAN,titi dan lain-lain.

12. Rm 3.3 juta untuk membaiki rumah awam.

13. Elaun Tok Siak dinaikkan rm200

14. Bantuan rm100 pada setiap bayi yang baru lahir bermula 1 January.

15. Maktab Mahmud mendapat bantuan kerajaan pusat.

16. rm10 juta peruntukan kepada pasukan bola sepak Kedah.

Malah kini kerajaan negeri Kedah mengasingkan pendapatan hasil patuh syariah dari yang tidak. Pendapatan hasil patuh syariah akan digunakan pada pembangunan Islam di Kedah, seperti elaun, imam, tok siak, sekolah agama, masjid, surau dan lain-lain.

Masa zaman Pas dulu ada buat macam ni? 5 tahun Pas merintah Kedah, Pas hanya kurangkan balak saja.. yang lain takdak! Malah hutang makin bertambah, tengok KUIN sudah laa.. 700juta hutang bank. Sapa nak bayar?

Bengap sungguh si Mahfuz ni..

McTheory:
Bila orang kata bodoh marah.. tapi memang betui pun..

Selasa, 26 November 2013

HOT! Mahfuz Mengamuk di Parlimen Sebab Kalah Naib Presiden?



Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ‘naik angin’ di Dewan Rakyat petang Isnin apabila kisah kegagalannya bertanding jawatan Naib Presiden PAS serta tindakan parti itu melakukan undian semula jawatan bagi itu dibangkitkan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.

Sebelum itu, ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mencelah Mahfuz yang sedang berbahas isu kebajikan tentera dengan menyindir mengatakan, Mahfuz patut menang jawatan Naib Presiden berdasarkan kehebatannya berbahas di Dewan Rakyat.

Shamsul Anuar berkata PAS silap kerana tidak memilih Mahfuz sebagai Naib Presiden menyebabkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu naik angin dan semakin ‘garang’ berbahas.

Noh yang bangun mencelah kemudian bertanya kenapa Mahfuz ‘dok marah sangat pasal apa?”.

“Saya dengar cakap Pokok Sena ada benarnya..tetapi pelik orang PAS tak terima (pilihnya)..ni dok cakap pengurusan negara, pengurusan kewangan, pengurusan tanah yang PAS dok urus pilihan parti pun tak betul pasal apa?…sebab pilih urusan parti tak betul Yang Berhormat kalah…(saya) ingat kalau kira kali ke empat, Yang Berhormat boleh menang,” kata Noh.

Sindiran Noh menyebabkan Mahfuz semakin berang dan menuduh SPR bodoh dan pekak badak kerana tidak dengar macam-macam komplen pasal pilihan raya.

Ikuti gelagat Mahfuz dalam rakaman di bawah yang antara lain kata sanggup lompat naik atas meja jika menang jawatan Naib Presiden.

Peliknya pada sesi pagi, Mahfuz berdiam apabila ada beberapa ahli parlimen Barisan Nasional mengusik beliauMahfuz pasal kekalahannya.-bnbbc.my

Jumaat, 18 Oktober 2013

PANASS!! Betui Ka Mahpuz Omaq Ni Kawan Baik Dengan Allahyarham Ustaz Azizan..


Terkejut dan agak lawak pula bila baca kenyataan dari Mahpuz Omaq ni. Sejak bila la dia kawan dengan Allahyarham Azizan. Dulu si Mahpuz ni la yang sering dok hentam Allahyarham Azizan bila ada peluang. Rakan separti tu, bukannya parti lain. Tu pun dok hentam lumat.

Lanie bila Allahyarham Azizan dah takdak, dan si Mahpuz pun cuba nak cari sokongan dari kumpulan Allahyarham Azizan di Kedah. Tiba-tiba buat statement kawan la pulak. lawakk aihh..


Semua ni bukan apa, nak cari sokongan di Sungai Limau la. Orang Pas kena ingat, Allahyarham Azizan dulu, bukan UMNO yang buat kat dia teruk-teruk, tapi orang Pas sendiri. Macam-macam depa penaya dia, sampai susah hati, sakit jantung masuk keluar hospital berapa kali.

Tambahan lagi masa dekat PRU, arahan dari dia pun orang dah buat tak reti. Sampaikan senarai calon yang dia pilih untuk Kedah pun ada 'kutu' yang berani langgar dan bantah di pusat. Belum lagi yang hantar sms dan call maki-maki Allahyarham, lagi la belambak.

Siapa yang buat sidang media suruh pesuruhjaya Pas letak jawatan? Siapa yang buat demo suruh MB Kedah dulu letak jawatan? Orang UMNO ka? Kami UMNO hanya mengkritik cara pentadbiran dan dasar yang kerajaan Pas buat dulu. Tak pernah pula kami doakan Allahyarham Azizan mati seperti mana orang Pas sendiri buat.

Tiba-tiba lanie, si Mahpuz kata dia kawan baik? Gila babi ka apa ni?

McTheory:
Mahpuz ni mereng dah kot..

Khamis, 26 September 2013

HOT! Mukhriz Tawar Jawatan Exco, Tapi Mahfuz Nak Jawatan MB Kedah!


Bila kita kata dia bengong, ada orang tak percaya. Bila kita Mahfuz ni bodoh, ada orang kata tak baik hina dia macam tu. Tapi pada hakikatnya memang betul si Mahfuz ni bodoh pun!

Baca kenyataan Mahfuz yang Mc ambil dari lidah rasmi hamPAS!


Dah la tuduh kerajaan negeri seleweng, seleweng apa kejadahnya Mahfuz oii.. banyak sangat ka Pas tinggalkan duit kat BN, untuk perintah Kedah ni? Kerajaan BN Kedah tak boleh nak buat apa pun, sebab Pas Kedah tak tinggalkan duit. Habis bawa lari masuk poket sendiri kot.

Kemudian minta peruntukan pulak tu untuk kawasan Pas. Muka tak malu betul.. dah tu nak jawatan MB pulak? Patut Mahfuz beli cermin besar-besar kemudian suluh tengok muka tu. Pehh.. muka pakai kulit khinzir ke apa?

Bersyukurlah Dato Mukhriz nak tawar jawatan Exco, ini tak berlagak nak jawatan MB. Memang bodoh gila si pesuruhjaya Pas Kedah ni. Memang malang Pas mempunyai seorang Pesuruhjaya yang tak pandai nak fikir diantara perkara baik dengan buruk.

Mc sokong apabila Phahrolrazi dah PLAN nak TUKAR di Mahfuz ni dari jadi Pesuruhjaya Pas Kedah. Sebab kami pun dah nak muntah tengok muka Mahfuz. Malu Pas Kedah ada orang macam Mahfuz ni.

Seorang Pesuruhjaya Pas Kedah yang tak pandai baca tulisan JAWI. Ada ka patut? ishh ishh..

McTheory:
Kereta pun tak reti bawa.. apa nak herann..

Rabu, 31 Julai 2013

PANASS!! Mahfuz Omar buat lawak Bodoh Tahap Terencat!


Dalam kecoh-kecoh tentang syiah, wartawan Utusan Malaysia menghubungi Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru, si Mahfuz Omar atau lebih dikenali sebagai Mr Bean.

Bila di tanya tentang syiah dalam maklum balas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Ahli Parlimen Pokok Sena itu secara sinis turut melontarkan soalan berhubung apa itu Syiah.

"Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya pun tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja,'' katanya ringkas.

Baru-baru ini kerajaan mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Tindakan tegas itu adalah rentetan daripada gerakan aktif pertubuhan berkenaan sehingga memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perisytiharan tersebut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandukan kepada peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Ahmad Zahid turut mengesahkan terdapat beberapa pemimpin dari sebuah parti pembangkang secara aktif terlibat menghebahkan fahaman Syiah di beberapa negeri.

Sabtu lalu, Utusan Malaysia melaporkan dua pemimpin sebuah parti politik dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan fahaman tersebut.

Kemudian Pas juga telah memberi amaran kepada semua ahlinya, jika menganut fahaman syiah maka mereka akan digugur dari parti.

Walaupun jelas dalam Pas disyaki beberapa pemimpin utamanya menganut syiah namun Pas tetap menafikan bahawa parti itu terlibat!

Takpalah, sama-sama kita tengok permainan pemimpin syiah dalam Pas. Lama mana lagi dorang nak sembunyikan diri.

McTheory:
Orang Pas pun tahu si Mat Sabu tu 'Bapak Syiah' tapi macam mana Pas boleh nafikan lagi?

Selasa, 30 Julai 2013

PANASS! Mahfuz Bengang dengan PKR dan Dap! #TolakPR



PAS Kedah mahu sekutunya dalam Pakatan Rakyat tidak lepas tangan akibat daripada kegagalan mempertahankan negeri tersebut daripada diambil alih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pada Mei lalu.

Sebaliknya Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menggesa PKR dan DAP agar memikul beban itu bersama selain mengenal pasti faktor kelemahan dan kegagalan.

Jelas beliau, kemenangan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan disebabkan keupayaan dan kerjasama antara ketiga-tiga parti komponen itu.

"Bagi saya bahawa di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang kita boleh pertahan atas keupayaan bersama bukan atas satu kebolehan atau kelebihan yang ada pada mana-mana pihak.
"Begitu juga kejatuhan kerajaan negeri Kedah bukan hanya diletakkan semua beban itu kepada PAS tapi itu tanggungjawab kita bersama.

"Walaupun dari kerajaan negeri diterajui oleh PAS namun saya percaya kelemahan itu dapat kita kenal pasti untuk memastikan perkara sama tidak berulang di negeri-negeri lain dan juga tidak akan berulang bila kita diberikan mandat semula pada pilihan raya umum seterusnya," katanya dalam temubual bersama Antarapos.

Pada PRU13, BN mengekalkan kuasa pentadbiran di peringkat pusat selain menawan semula Kedah yang diterajui PAS sejak 2008. Sementara Pakatan mengekalkan kemenangan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Menurut Mahfuz, sebagai pemimpin nombor satu PAS di Kedah beliau sedia memikul tanggungjawab kekalahan itu dan akan memastikan mandat diberikan semula kepada Pakatan pada pilihan raya umum akan datang.

"Apa pun kekalahan di Kedah saya mengambil tanggungjawab itu dan saya memohan maaf kepada seluruh rakyat Kedah, ahli serta kepimpinan PAS dan seluruh kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat atas kegagalan mempertahankan Kedah.

"Namun begitu azam dan tekad kita bersama adalah untuk menempatkan kembali PAS dan Pakatan Rakyat di persada kuasa di Kedah," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, punca kegagalan akan diketahui selepas jawatankuasa 'post-mortem' peringkat negeri selesai menjalankan tugas dalam tempoh empat bulan.

"...dan saya begitu yakin bahawa kita akan dapat kembali (Kedah), ini berasaskan apa yang berlaku di Kelantan dulu di mana PAS hanya tinggal dua kerusi dan pada pilihan raya umum 1999 ia berjaya mencipta sejarah dan akhirnya kekal selama 23 tahun sehingga hari ini.

"Ini semua kita belajar daripada kelemahan masa lalu dan kita kena pastikan ia tidak berulang," katanya.

Khamis, 27 Jun 2013

TUDIAA!! @MahfuzOmar Ajar @MukhrizMahathir Tentang Air Empangan Pedu? #HanyaDiKedah


 Sejak bila Mahfuz Omar 'pandai' bimbang pasal Air di Kedah? Biar betul? Macam tak logik saja cerita ni. he he he.. lawak la pulak rasanya.

Kita baca dulu, apa Mahfuz komen pasal air di Kedah,

Kata Mahfuz, ini adalah satu keadaan yang cukup membimbangkan, walaupun tahap takungan air di Empangan Pedu masih tinggi, tetapi tahap takungan air yang bakal disalurkan ke empangan terlalu rendah, sehubungan itu beliau mengutarakan beberapa persoalan.

1. Kerajaan Kedah semestinya memaklumkan perkara sebenar ini kepada rakyat, bagi membolehkan rakyat dapat membuat persediaan awal menghadapi sebarang kemungkinan mengenai masalah gangguan bekalan air.

2. Kerajaan Kedah jangan menyembunyikan perkara sebenar di sebalik krisis air ini kerana Empangan Pedu adalah empangan air terbesar di Kedah dan air dari sini adalah untuk keperluan minum dan juga pertanian Kedah.

3. Jangan tunggu sehingga tahap menjadi terlalu kritikal barulah kerajaan mahu bertindak.

4. Mewartakan segera kawasan-kawasan tadahan air seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Pusat selepas tindakan menghentikan projek Heli-Havesting di Ulu Muda.

Katanya lagi, keadaan ini amat merisaukan para petani yang berkemungkinan besar tidak akan mengerjakan sawah mereka bagi musim kedua 2005 bermula September ini, memandangkan bagi musim pertama enam bulan lalu telah berlaku pindaan jadual tarikh menanam padi.

Bila Mc baca apa Mahfuz kata, barulah Mc tahu betapa prihatinnya Mahfuz dengan bekalan air orang Kedah selama ni. Tapi Mc pelik la, dimana Mahfuz sewaktu orang Baling derita minum air selut akibat pembalakan mengila sewaktu zaman Pas Kedah dulu?

Tak percaya tengok video bawah ni,


Boleh Mahfuz tolong komen bila tengok video kat atas ni?

McTheory:
Cakap tak serupa bikin.. pirahhh..

Rabu, 29 Mei 2013

TUDIAA!! Mahfuz Bean dah mula kempen anti AES di Kedah!! #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir


Mahfuz ni penentang utama AES ketika Kerajaan Pusat umum nak laksanakannya. Kali ni Mahfuz berjuang mempertahankan negeri Kedah dari laksanakan AES.

Kita baca apa alasan Mahfuz kali ni?

Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kesediaan Barisan Nasional (BN) Kedah melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu adalah sebagai hadiah BN kepada rakyat Kedah.

Tetapi dalam masa yang sama perlu diakui ini juga adalah hadiah atau penghargaan dari Barisan Nasional buat Ahli-ahli PAS yang telah membantu Barisan Nasional merampas Kedah dengan kaedah sabotaj parti..

Menurut Mahfuz, selain bersifat hadiah kepada rakyat Kedah ia turut membuktikan Exco Kerajaan Kedah tidak mengetahui langsung apa yang berlaku di sebalik pelaksanaan AES yang menyebabkan Pakatan Rakyat khususnya PAS mendesak agar AES dihapuskan.

"Mungkin Tajul tidak mengetahui kenapa kita mendesak agar membatalkan terus pelaksanaan AES dan saya rasakan beliau hanya mengetahui AES ini hanya melalui media-media masa milik mereka. sebab itu beliau bersetuju untuk pelaksanaan.

"Saya yakin jika beliau telitikan kelemahan perjanjian di sebalik pelaksanaan AES tentu beliau akan berfikir dua kali untuk memberi kebenaran pelaksanaanya di Kedah," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily

Kepada Mahfuz Omar,

Anda kata ada sebab kenapa anda menentang AES. Tolong bagi sebab-sebabnya, kerana rakyat Kedah pun nak tahu juga sebab dan musababnya. Sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah, tentu kebijaksanaan Mahfuz mampu merungkai masalah AES ni.

Sebenarnya AES ni baik untuk mengawal lalulintas. Ia menjadi pembantu kepada pihak berkuasa untuk mengawasi lalu lintas. AES bukan hanya kamera had laju yang cuba menangkap kereta pandu laju. AES juga boleh digunakan untuk mengesan kecurian, jalan sesak, cuaca, awasi lampu isyarat dan pelbagai lagi.

Mc pun tak berapa nak sokong AES ni kerana perlaksanaannya perlu lebih dikaji, bukan main pacak ikut suka hati saja. Cuba bayangkan letak AES depan sekolah yang kelajuannya 30KM. Waktu malam takdak sekolah, kereta laju sikit, dah tentu kena AES. Sebab tu Mc kata, AES perlu dikaji lagi!

Tapi Mc teringin juga nak dengar apa alasan Mahfuz dan sebab dia menolak AES. Sudah tentu ada sebabnya kann.. takkan suka-suka saja nak bantah apa kerajaan buat? Tapi dengan Mahfuz ni, segalanya mungkin. Entah-entah, maksud AES tu pun dia taktau apa.. main nak bantah saja kerjanya.. he he..

McTheory:
Kerja pembangang pembangkang adalah bantah segala usaha Kerajaan buat!

Jumaat, 24 Mei 2013

TUDIAA!! Inilah Pemimpin ISLAM Contoh Pas Kedah!! #HanyaDiKedah



Mc suka untuk tayangkan lagi video Mahfuz Omar menunjuk perangai buruknya terhadap rakyat Kedah. Beginikah lagak seorang Pesuruhjaya Pas Kedah, pesuruhjaya tu, umpama Ketua Pas di Kedah la.

Apakah tidak ada lagi Ulamak Pas di Kedah ni? Apa tidak ada lagi orang Pas yang boleh menandingi Mahfuz Omar?

Apa kelayakan Mahfuz yang menyebabkan dia dipilih untuk menjadi Ketua Pas di Kedah? Kalau nak dikira kelayakan pendidikan? Memang gagal la, sebab Mahfuz ni SRP pun tak lulus. Kalau nak kata pendidikan agamanya tinggi? Jangan tipu la, Mahfuz baca jawi pun tak reti!

Mungkin Mahfuz layak disebabkan dia pandai membangkang apa saja yang Kerajaan buat! Disebabkan itu Mahfuz dipilih untuk mengetuai jentera Pas di Kedah bagi merampas semula Kedah dari tangan BN.

Kalaulah disebabkan itu, Mc rasa lagi mudah kerja kami, sebab Mahfuz ni bukan tau apa pun. Selain maki hamun dan fitnah. Mahfuz hanya tau buat anak saja. Jadi Mc bersyukur kerana Mahfuz menjadi Ketua Pas di Kedah ni.

Memang pilihan bijak dari kepimpinan Pas Pusat!

McTheory:
Namun Dewan Ulamak Pas Kedah, dikatakan MENOLAK Mahfuz sebagai ketua mereka, betul ka? he he he.. nanti kita bongkar noo...

Khamis, 23 Mei 2013

TUDIAA!! Video Mahfuz Kata Najib Sumbat Coli Rosmah Dalam Mulut Tun Mahathir? #TolakPR




Saja Mc guna tajuk yang agak kontroversi. Tapi memang itu yang diperkatakan oleh seorang PESURUHJAYA PAS NEGERI KEDAH. Orang macam barua ni layak ka jadi Pesuruhjaya? SRP pun tak lulus, jawi pun tak pandai baca, macam mana boleh diangkat jadi Pesuruhjaya Pas Kedah ni?

Ulamak Pas di Kedah, sanggup ke berketuakan seorang Anwarinas yang bertuhankan Dap? Apakah manusia yang hanya pandai maki hamun macam Mahfuz ni layak menjadi Ketua? Mungkin itu kelayakan yang perlu ada oleh seorang Pesuruhjaya Pas Kedah.

Ternyata, rakyat Kedah membuat pilihan yang tepat dengan memilih BN semula.

Makin sedih tengok Pas Kedah sekarang, dari Ulamak, ke Alamak!! he he..


McTheory:
Mahfuz, hang stimm 'AIS' ka apa ni?

Rabu, 22 Mei 2013

PANASS!! @MahfuzOmar Cabar @MukhrizMahathir Berdebat Dengannya? #HanyaDiKedah


Seronok kacau si Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru ni. Dia punya nak tunjuk terer, siap ajak MB Kedah ni berdebat! He he he.. Apa yang Mahfuz ni tahu, selain berdebat?

Kita baca apa dia cuba merepek!


Mahfuz marah, kenapa Mukhriz tak benarkan guna stadium Sukamenanti untuk himpunan Black Mental 505. Siap ungkit, Pas pernah benarkan Najib guna, Pas pernah benarkan Tun Mahathir guna masa pra PRU tempohari.

Kenapa kini sejak jadi pembangkang depa dah tak boleh guna..

Tak payah tanya Dato Mukhriz laa.. meh sini Mc boleh jawab.

Pas benarkan BN guna dulu, untuk majlis berkaitan dengan kerajaan. Majlis nasional yang dihadiri oleh pemimpin negara dan negeri.

Kemudian Pas benarkan BN guna, untuk kempen pilihanraya umum. Kalau BN nak buat himpunan bantah Kerajaan Pas Kedah pun rasanya Azizan tak bagi!!

Mahfuz lupa kot, geng 'Bersih KUIN' pernah nak guna stadium tu untuk buat perhimpunan, tapi akhirnya ditolak dan mereka buat dekat stadium tu juga, tapi tepi jalan. Kenapa tak benarkan? Kerana himpunan tu untuk bantah Kerajaan Pas Kedah!!

Sama juga macam sekarang ni.. Mahfuz nak suruh BN Kedah benarkan mereka berkumpul untuk hasut rakyat menentang Kerajaan? Gila ka apa?

Dato Mukhriz tu bijak la, kalau nak dibandingkan dengan Mahfuz, bak langit dan bumi!! Kalau bagi Phahrolrazi mungkin ada saingan. Tapi dah Pas pilih Mahfuz, memang lauk la kena kali ni.

Bab jemputan berdebat tu.. Mahfuz cabar orang lain saja la, sebab Dato Mukhriz sibuk nak cuci tahi-tahi bekas Kerajaan Pas Kedah yang dulu. KUIN saja dah beban RM46juta setahun..kalau Mahfuz nak tolong fikir cara settlekan pun ok juga. he he..

Kerajaan sibuk nak bekerja, pembangkang dok diam-diam dulu.. jangan kacau boleh?

McTheory:
Pi ceramah laaa.. kutip derma ka apa ka! he he..

Isnin, 20 Mei 2013

AWASS!! Mahfuz Omar Dalam Bahaya!! #HanyaDiKedah


Ish.. dah lama tak sentuh pasal masalah dalaman Pas Kedah ni. Semua orang tahu, sekarang ni Mahfuz Omar dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah mengantikan Ustaz Azizan. Tahniah la Mahfuz!! Mc dan TMK mengalu-alukan kedatangan Mahfuz ke Kedah sebagai Pesuruhjaya, sebab senang sikit kerja kami nak bantai Pas ni. he he..

Semua orang pun tahu, bahawa Phahrolrazi merajuk undur diri dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. Dia merajuk disebabkan Pas Pusat tak pilih dia untuk ganti tempat Ustaz Azizan, tetapi pilih Mahfuz. Mungkin dia anggap di Kedah, dia paling kanan kedudukannya, soo Pas Pusat perlu memilihnya. Bila tidak dipilih dia pun undur diri.

Sebenarnya, keputusan yang Pas Pusat buat tu, amat tepat sekali. Pemilihan Mahfuz mungkin menstabilkan kembali kepanasan antara dua kem. Kem Phahrol dan kem Ustaz Azizan. Tetapi pemilihan Mahfuz juga boleh mengundang padah, bila peperangan diantara kem Phahrol dan Ustaz Azizan, diwujudkan pula kem ketiga, kem Mahfuz!

Buat masa sekarang ni, Mc tak nampak lagi timbulnya kem Mahfuz. Penerimaan orang Ustaz Azizan terhadap Mahfuz pun nampaknya macam baik. Cuma, apa yang Mc dengar bila berjalan bersama orang Pas ni, kem Phahrol masih lagi hangat untuk berbuat sesuatu dan menguasai Pas Kedah.

Jangan fikir Phahrol undur diri, orang-orangnya akan turut undur. Takk.. mereka mungkin diam kerana terkejut. Namun dendam kesumat mereka tu masih ada dan wujud dengan kuat. Terbaru, ada pergerakan yang dijalankan oleh kem Phahrol untuk 'panas'kan punggung Mahfuz di Kedah.

Mereka takkan berdiam diri dan duduk tengok Mahfuz buat kerja di Kedah. Jikalau Phahrol tak naik, mereka akan tarik sekali dengan Mahfuz pun jatuh sekali. Gerakan jatuhkan Mahfuz, telah pun digerakan.

Jadi, Mahfuz sekarang ni kena berhati-hati. Pilih orang yang boleh dipercayai. Kalau rasa, orang tu dulu agak rapat dengan Phahrol, baik Mahfuz jauhkan diri. Sebab orang Phahrol ni kejam. Kalau Ustaz Azizan pun depa sanggup doa suruh mati cepat. Cuba bayangkan apa lagi yang mereka ni sanggup buat untuk Mahfuz pulak!

Orang UMNO perang dengan Pas, sebab politik dan ideologi yang berbeza. Tapi puak ni, perang politik sampai sanggup nak pukul dan bunuh! Jenis haiwan dari negara mana tah!!


McTheory:
Puak ni spesis gila babi macam Anwar jugak laa..

Ahad, 14 April 2013

PANASS!! Lepas Mustafa Ali, Video Mahfuz Omar Juga Akan Tersebar? #TolakPR #SpendaStopa


Selepas tersebarnya video seks mirip si Mustafa Ali, Setiausaha Agung Parti Pas. Ramai pemimpin Pas yang komen mengenai video tersebut, diantaranya ialah Husam, Hadi dan terbaru Mahfuz Omar.

Persamaan diantara ketiga-tiga komen tersebut ialah, mereka tanpa usul periksa menuduh UMNO sebagai dalang dalam pembikinan video terbabit, malah ada yang kata video tu fitnah UMNO. Mc pun taktau dari segi apa yang fitnahnya?

Patutnya mereka boleh kaji video tu, kemudian kalau tak percaya juga suruh si Mustafa buat sumpah laknat. Ini tidak, sikit-sikit UMNO, salah sikit UMNO. Mustafa yang sedap, UMNO juga yang salah!

Kita tengok apa si Mahfuz ni kata pulak?

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menolak penglibatan Datuk Mustafa Ali dengan sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mirip Setiausaha Agung PAS itu bersama seorang wanita yang tidak dikenali, sedang melakukan hubungan seks.

Sebaliknya Mahfuz seperti yang dijangka menuding jari kepada Umno Barisan Nasional (BN) dan menganggap pendedahan itu sebagai fitnah kepada PAS.

"Iya, ini dibelakangnya adalah Umno Barisan Nasional. Tak ada (Mustafa Ali), ini semua cerita rekaan. Orang boleh buat macam-macam orang boleh buat sekarang ni.

"(Macam mana) Umno BN boleh buat kepada Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang), begitu juga dia boleh buat kepada semua orang," kata Mahfuz ketika dihubungi Antarapos.
Cara si Mahfuz ni cakap, serupa dia pun pernah buat salah juga. Pada pemimpin pembangkang yang selalu pergi Thai dan Indon untuk buat kerja terkutuk, Mc rasa korang patut takut, sebab kemungkinan besar akan ada video korang pulak.

Macam Mahfuz ni Mc percaya takdak, sebab dia ni takut bini. Bawa kereta pun tak reti, macam mana nak berdikari! Tapi kalau ada juga, Mc percaya orang Pokok Sena tak sabar nak menantikan di 'skrin besar'! ha ha ha..


P/s: Video panas tu ada kat SINI

McTheory:
Sendiri makan pengat, sendiri mau ingat!

Rabu, 10 April 2013

PANASS!! Komplot Terbaru Agenda Jahat Mahfuz dan Dap!! #TukarKedah #SaveKedah



Baru baru ini si Mampos Beangai Pokok Sena telah diperkudakan oleh bangsat bangsat cina Dap Kedah mendakwa kononnya tukang kebun di Wisma Darul Aman seorang pendatang dari Myanmar mempunyai IC biru dan diberi kerakyatan oleh BN..

Namun semalam Tuan punya badan sediri telah hadir menjelaskan bahawa beliau adalah warga negara Malaysia yang dilahirkan di Pengkalan Kundor.


Seorang tukang kebun di Wisma Darul Aman terkejut apabila dituduh pendatang asing dari Myanmar dan menerima taraf kewarganegaraan secara tidak sah bagi membolehkannya mengundi dalam beberapa pilihan raya umum lalu.

Ramli Ahmad, 48, berkata, tuduhan itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali kerana dia dilahirkan di Pengkalan Kundor, Kedah dan kedua ibu bapanya iaitu Ahmad Syaarie dan Midah Abdullah berasal dari Kemaman, Terengganu.

laporan akhbar yg dibuat oleh mampos beangai dan cina dap

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana pihak berkenaan boleh mendapatkan butiran peribadinya kerana tidak pernah menyerahkan dokumen itu melainkan sewaktu memohon bantuan ketika menghadapi bencana banjir.

“Semasa saya berada di rumah kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, seorang rakan menunjukkan satu akhbar Cina menyiarkan saya pendatang asing dari Myanmar pada tahun 1993 sedangkan saya memiliki kad pengenalan secara sah.

“Disebabkan tidak puashati dengan kenyataan ahli parti politik itu saya kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam11.44 malam, bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut,” katanya kepada media di pejabat MCA, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan dan dan Kerajaan Tempatan, Loh Eng Chong.

Ramli berkata, sebelum ini dia pernah mengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum 2004 di Kuala Perlis dan kali kedua pada 2008 di Alor Setar kerana berpindah tempat tinggal namun, tiada masalah yang berlaku.

“Anak-anak saya seramai lima orang juga menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain mempunyai sijil kelahiran, memasuki sekolah serta yang sulung kini sedang menunggu tawaran masuk ke universiti.

“Walaupun saya anak tunggal dan kedua-dua ibu bapa saya sudah meninggal dunia namun, saya masih ada ramai saudara mara di Pahang. Saya pernah beberapa kali melawat mereka di sana,” katanya.

Menurutnya, dia percaya punca kepada pertikaian status warganegaranya berlaku disebabkan turut memiliki sijil pengesahan perakuan taraf kewarganegaraan yang dikeluarkan pada 22 Disember 1993.

“Saya mendapat sijil pengesahan perakuan berkenaan kerana sijil kelahiran asal hilang dalam satu insiden kebakaran dan sijil itu menjadi dokumen pengenalan sementara sebelum diberikan sijil kelahiran yang baru.

“Tuduhan yang dilemparkan bukan sahaja boleh menjatuhkan maruah saya dan mengaibkan nama baik keluarga tetapi juga menimbulkan persepsi negatif masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan lanjut akan dijalankan. Medan Tempur Kedah

Selasa, 2 April 2013

KASI PANAS!! Ada Teloq ka Mahfuz Omar Nak Sambut Cabaran Ni? #TolakPas



Ha ha ha.. agak-agak si Mahfuz ni berani tak? Adehh.. Mahfuz ni cakap saja berapi-berapi, bila berdepan kecut habis!!

Isnin, 25 Mac 2013

TUDIAA!! Cabaran Terbuka Cikgu Non Terhadap @MahfuzOmar! #SaveKedah


Sebelum ini ramai di kalangan pemimpin PAS menggelar Cikgu Non sebagai Cikgu yang hanya layak mengajar ABC setelah Cikgu Non mendedahkan penyelewengan Tabung Memali yang di lakukan beberapa orang pemimpin dalam PAS.

Pada 2 bulan yang lepas, Mahfuz Omar pernah mencabar Cikgu Non supaya membuat laporan Polis sekiranya penyelewengan yang di dakwa Cikgu Non benar-benar berlaku. Setelah itu, tanpa rasa takut Cikgu Non telah membuat laporan beberapa minggu yang lalu.

Kini giliran Cikgu Non pulak mencabar Mahfuz Omar yang untuk berdebat dengannya di atas pentas yang di anjurkan PERKASA dalam isu yang berkaitan pembongkaran 403 yang telah di lakukan PAS.

Apakah Mahfuz Omar ada teloq untuk sahut cabaran Cikgu Non?? - PISAU KEDAH