Selasa, 30 Julai 2013

PANASS! Mahfuz Bengang dengan PKR dan Dap! #TolakPR



PAS Kedah mahu sekutunya dalam Pakatan Rakyat tidak lepas tangan akibat daripada kegagalan mempertahankan negeri tersebut daripada diambil alih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pada Mei lalu.

Sebaliknya Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menggesa PKR dan DAP agar memikul beban itu bersama selain mengenal pasti faktor kelemahan dan kegagalan.

Jelas beliau, kemenangan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan disebabkan keupayaan dan kerjasama antara ketiga-tiga parti komponen itu.

"Bagi saya bahawa di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang kita boleh pertahan atas keupayaan bersama bukan atas satu kebolehan atau kelebihan yang ada pada mana-mana pihak.
"Begitu juga kejatuhan kerajaan negeri Kedah bukan hanya diletakkan semua beban itu kepada PAS tapi itu tanggungjawab kita bersama.

"Walaupun dari kerajaan negeri diterajui oleh PAS namun saya percaya kelemahan itu dapat kita kenal pasti untuk memastikan perkara sama tidak berulang di negeri-negeri lain dan juga tidak akan berulang bila kita diberikan mandat semula pada pilihan raya umum seterusnya," katanya dalam temubual bersama Antarapos.

Pada PRU13, BN mengekalkan kuasa pentadbiran di peringkat pusat selain menawan semula Kedah yang diterajui PAS sejak 2008. Sementara Pakatan mengekalkan kemenangan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Menurut Mahfuz, sebagai pemimpin nombor satu PAS di Kedah beliau sedia memikul tanggungjawab kekalahan itu dan akan memastikan mandat diberikan semula kepada Pakatan pada pilihan raya umum akan datang.

"Apa pun kekalahan di Kedah saya mengambil tanggungjawab itu dan saya memohan maaf kepada seluruh rakyat Kedah, ahli serta kepimpinan PAS dan seluruh kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat atas kegagalan mempertahankan Kedah.

"Namun begitu azam dan tekad kita bersama adalah untuk menempatkan kembali PAS dan Pakatan Rakyat di persada kuasa di Kedah," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, punca kegagalan akan diketahui selepas jawatankuasa 'post-mortem' peringkat negeri selesai menjalankan tugas dalam tempoh empat bulan.

"...dan saya begitu yakin bahawa kita akan dapat kembali (Kedah), ini berasaskan apa yang berlaku di Kelantan dulu di mana PAS hanya tinggal dua kerusi dan pada pilihan raya umum 1999 ia berjaya mencipta sejarah dan akhirnya kekal selama 23 tahun sehingga hari ini.

"Ini semua kita belajar daripada kelemahan masa lalu dan kita kena pastikan ia tidak berulang," katanya.

7 ulasan:

Unknown berkata...

Nak belajar lagi..PAS..PAS..Mahu ambillah pengajaran macam mana Terengganu dirampas semula oleh BN selepas sepanggal diperintah oleh PAS. Itu pun nak kena bagi tau, Mahfuz.

Megat Alam Gempita berkata...

Nak mintak maap juga si mahpus ni. Dulu waktu Dato' Najib mintak maaf di Kedah sibok Mahpus ni dok canang PM lemah dan merayu undi. Sekarang kena tang batang hidung sendiri.

Lain kali jangan dok kutuk orang, Allah akan bayar cash. Asyik bohong dan jilat DAP dan Nuar jer mana rakyat Kedah tak bengang.

Tanpa Nama berkata...

PAS Laknatullah.. org Melayu Islam tolonglah jgn jd alat PAS laknat ni sekalipun tidka suka / tidak setuju dgn UMNO.
SOkong PAS ibarat sokong perlaksanaan agenda Kafir dan unsur2 DAJJAL.

Mahfuz Omar jelas dikaitkan dgn SYIAH dn beliau langsung tidak menafikan apabila diajukan soalan ini. Malah terus loyar buruk dgn berkata SYIAH itu kui ke bubur? Itu cara Takiyyah (berselindung) penganut SYIAH,

Tolonglh kita bersatu dan tolak kejahatan PAS!!

Kedah Insya Allah skrg Aman dan tenteran sejak UMNO ambil alih semula. Program2 utk rakyat semakin rancak spt pengisian2 Agama yg berterusan.

Tanpa Nama berkata...

mereka mana nak mengaku ada syiah dalam PAS sekali pun terang dan nyata. Demi politik akhirnya nanti mereka akan kata ....satu lagi fitnah terjahat kerjaaan regim UMNO-BN. PAS ... memang dah jadi parti sesat semalaysia. Dah jadi resam mana yang tak betul yang itu la orang nak sangat. entah kenapa ramai bebenor orang bodoh percaya PAS itu islam dalam islam itu PAS

Tanpa Nama berkata...

PAS bodusss...

Tanpa Nama berkata...

Pepatah Moden
(copy paste je)

Kalau tak memfitnah bukan Pas
Kalau tak mengumpat bukan Pas
Kalau tak maki hamun
bukan Pas
Kalau tak ganas dan brutal bukan Pas
Kalau tak guling atas jalan bukan Pas
Kalau tak berjanji bukan Pas
Kalau tak hipokrit bukan
Pas
Kalau berjanji tapi tak tunai janji bukan Pas
Kalau tak kata orang lain kafir bukan Pas
Kalau tak kata orang lain buat kebajikan tak dapat pahala bukan Pas
Kalau tak janji syurga bukan Pas
Kalau tak serban dan jubah bukan Pas
KALAU TAK MINTA BANTUAN SETAN (DAP) UNTUK MENGHANCURKAN MELAYU BUKAN PAS

hangkedee berkata...

Pas pis pus pussy.Barua Totok Dapig.