Sponsor

Memaparkan catatan dengan label pas kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas kedah. Papar semua catatan

Rabu, 16 Oktober 2013

HOT! Mat Sabu Hadir Rasmi Mesyuarat, Tapi di TOLAK Pas Alor Setar?



Memang malang betullah nasib Mat Sabu, tak habis habis kena main ahli Pas walaupun mereka tu terdiri dari rakan rakannya sendiri..

Baru baru ni Mat Sabu hadir merasmikan mesyuarat Pas kawasan Alor Star dengan semangat yang tinggi, mana tau kot2 Pas kawasan Alor Star mencalonkannya sebagai timbalan Presiden..

Tapi kedatangan Mat Sabu merasmikan mesyuarat Pas Alor Star nampaknya sia sia , Pas Alor Star tidak mencalonkan Mat Sabu sebagai timbalan presiden sebaliknya memilih Tuan Berahim dari golongan Ulama..

Kenyataan Mat Sabu dalam Sinar Online baru baru ni menyebut tetap akan bertanding mempertahankan jawatan yang disandang tetapi merahsiakan kawasan mana yang mencalonkannya sebagai Timbalan Presiden..

Nampaknya Mat Sabu dah tak laku dalam Pas.. Aku sarankan Mat Sabu masuk Dap, dah tentu Guan Eng sahabat sebantal Mat Sabu bagi jawatan Timbalan Pengerusi ganti Tunku Aziz.. Mana tau depa lantik jadi Senator ka penggal akan datang.. hehehe
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengumumkan tetap bertanding jawatan itu pada Muktamar Pas bulan depan kerana mendapat pencalonan dari Pas kawasan. 
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan pencalonan itu termasuk Pas kawasan yang mencadangkan namanya.
“Ada pencalonan… namun saya serah pada perwakilan pada muktamar untuk tentukan sama ada saya dapat pertahan atau tidak jawatan yang disandang,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Pas kawasan Alor Setar, hari ini.

Menurutnya, beliau bukan mempertahan jawatan itu kerana keputusan terletak pada pemilihan oleh perwakilan.

“Saya serah pada perwakilan, selebihnya tak wajar komen,” katanya.

Diasak dengan saranan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang menyatakan agar jawatan timbalan presiden dipegang oleh pemimpin yang memiliki ilmu agama tinggi atau ulama, Mohamad enggan mengulas lanjut.

“Presiden sudah banyak kali komen pasal itu, saya tak mahu komen lagi,” katanya.

Mohamad juga enggan memberi sebarang reaksi apabila diajukan persoalan berkaitan peluang golongan ulama dan profesional dalam parti itu pada muktamar.

Medan Tempur Kedah

Selasa, 25 Jun 2013

TUDIAA!! Phahrol 'rumah besar' dan Amirudin 'Adun Pemalas' Hero Baru Pas Kedah! #HanyaDiKedah


Semalam dok belek nama adun pembangkang dalam Sidang Dun Kedah, bukan apa, nak tengok penggal ni sapa pulak nak jadi hero.

Terpandanglah 3 nama besar dalam Pas Kedah. Amirudin Adun Anak Bukit, Phahrolrazi Adun Pengkalan Kundur dan Nasir Mustafa Adun Kubang Rotan.

Ketiga-tiga nama besar ni, merupakan pemberontak kepada Ustaz Azizan dulu.

Lanie, ramai nama lama dah takdak, kalau ada pun hanya dok termenung dalam Sidang Dun saja. Ustaz Azizan sendiri pun rasanya dah tak mampu nak pikul tanggung jawab. Sebab tu Ketua Pembangkang diserahkan kepada Amirudin.

Kenapa Amirudin ya? Awat bukan Phahrol? Pelik pulak..

Kata depa Phahrol merajuk tolak jawatan tu, sebab Pas Pusat tak lantik dia jadi Ketua Pesuruhjaya Pas Kedah. Dia merajuk sampai letak jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya. Kesian kat Phahrolrazi si rumah besaq tu.

Tapi orang taktau dia masih gunakan Nasir Mustafa sebagai 'proxy'nya untuk buat kacau.

Depan nampak baik dengan Mahfuz, tapi belakang dok tikam lumat!!  Ok berbalik cerita pasal hero 3 orang ni.

Kalau mengikut firasat Mc, Amirudin akan jadi killer dalam Sidang Dun, Phahrolrazi backup dan Nasir ni licik sikit, dia mungkin akan jadi tukang lambung.

Sebab gabungan 3 orang ni yang telah merobohkan Kerajaan Negeri Kedah dulu. Cuma Amirudin ni dia cuba berlakon sebaik mungkin dan dipercayai oleh Ustaz Azizan. Dalam masa yang sama dia juga bekerjasama dengan geng Phahrol. Alaa.. geng Kuala Kedah, nak pi jauh mana.

Kiranya pada penggal kali ni, Pas Kedah diketuai oleh geng Kuala Kedah, hmm.. hero-hero pemberontak dulu, mengetuai pembangkang untuk berdepan dengan Kerajaan Negeri BN Kedah?

Bagi Mc, pertembungan ni merupakan satu tentangan yang dahsyat, bukan senang nak tundukan si Amirudin Adun yang pemalas tu, ditambah pula dengan Phahrol si rumah besaq, memang tak tertepis Kerajaan Negeri nanti.

Apa pun Mc masih menunggu 'signal' serangan politik dari Pas, sebab yang ada sekarang ni tak tersusun langsung. Main tembak ikut suka saja, teringin nak tengok buah tangan dari hero-hero Pas.

Apa BOM yang Amirudin dan Phahrol nak bawak untuk hentam Mukhriz nanti. he he he..

Mahfuz? Tak payah tunggu Mahfuz, dia bukan ada otak, benda yang dia bawa semua mengarut.. sampah!

McTheory:
Sementara depa nak hentam Mukhriz, kami TMK dah get ready 'perangkap' untuk depa. ha ha ha..

Isnin, 20 Mei 2013

AWASS!! Mahfuz Omar Dalam Bahaya!! #HanyaDiKedah


Ish.. dah lama tak sentuh pasal masalah dalaman Pas Kedah ni. Semua orang tahu, sekarang ni Mahfuz Omar dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah mengantikan Ustaz Azizan. Tahniah la Mahfuz!! Mc dan TMK mengalu-alukan kedatangan Mahfuz ke Kedah sebagai Pesuruhjaya, sebab senang sikit kerja kami nak bantai Pas ni. he he..

Semua orang pun tahu, bahawa Phahrolrazi merajuk undur diri dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. Dia merajuk disebabkan Pas Pusat tak pilih dia untuk ganti tempat Ustaz Azizan, tetapi pilih Mahfuz. Mungkin dia anggap di Kedah, dia paling kanan kedudukannya, soo Pas Pusat perlu memilihnya. Bila tidak dipilih dia pun undur diri.

Sebenarnya, keputusan yang Pas Pusat buat tu, amat tepat sekali. Pemilihan Mahfuz mungkin menstabilkan kembali kepanasan antara dua kem. Kem Phahrol dan kem Ustaz Azizan. Tetapi pemilihan Mahfuz juga boleh mengundang padah, bila peperangan diantara kem Phahrol dan Ustaz Azizan, diwujudkan pula kem ketiga, kem Mahfuz!

Buat masa sekarang ni, Mc tak nampak lagi timbulnya kem Mahfuz. Penerimaan orang Ustaz Azizan terhadap Mahfuz pun nampaknya macam baik. Cuma, apa yang Mc dengar bila berjalan bersama orang Pas ni, kem Phahrol masih lagi hangat untuk berbuat sesuatu dan menguasai Pas Kedah.

Jangan fikir Phahrol undur diri, orang-orangnya akan turut undur. Takk.. mereka mungkin diam kerana terkejut. Namun dendam kesumat mereka tu masih ada dan wujud dengan kuat. Terbaru, ada pergerakan yang dijalankan oleh kem Phahrol untuk 'panas'kan punggung Mahfuz di Kedah.

Mereka takkan berdiam diri dan duduk tengok Mahfuz buat kerja di Kedah. Jikalau Phahrol tak naik, mereka akan tarik sekali dengan Mahfuz pun jatuh sekali. Gerakan jatuhkan Mahfuz, telah pun digerakan.

Jadi, Mahfuz sekarang ni kena berhati-hati. Pilih orang yang boleh dipercayai. Kalau rasa, orang tu dulu agak rapat dengan Phahrol, baik Mahfuz jauhkan diri. Sebab orang Phahrol ni kejam. Kalau Ustaz Azizan pun depa sanggup doa suruh mati cepat. Cuba bayangkan apa lagi yang mereka ni sanggup buat untuk Mahfuz pulak!

Orang UMNO perang dengan Pas, sebab politik dan ideologi yang berbeza. Tapi puak ni, perang politik sampai sanggup nak pukul dan bunuh! Jenis haiwan dari negara mana tah!!


McTheory:
Puak ni spesis gila babi macam Anwar jugak laa..

Selasa, 7 Mei 2013

TUDIAA!! Orang Phahrol Mula Desak Azizan Letak Jawatan Pesuruhjaya Pas Kedah! #Kedah


Mc tak sangka secepat ini mereka membuat kerja. Petang tadi Phahrolrazi baru bagi statement kat media kata nak buat bedah siasat. Tiba-tiba sebentar tadi troopers Pas Kedah telah menubuhkan, Page 'Desak Ustaz Azizan Letak Jawatan'

Tak percaya tengok screen shot bawah ni..


Sejarah mengajar kita. Waktu kalah ni baru kita nampak siapa kawan dan siapa lawan. Patut la blogger Pas tak pernah pertahankan Azizan bila diserang. Rupanya bloggers dan Troopers Pas di kawal oleh Phahrolrazi!!

he he he.. Mc tahu siapa kepalanya..

Tentu si Zul Ya kan?

McTheory:
Takpa hangpa gaduh la, sampai 5 tahun lagi pun OK.. he he..

Isnin, 6 Mei 2013

LAGI HOT! Pas Kedah akui Kalah Di Sebabkan BN Kedah kuat dan Pas Lemah!! #PRU13



Selalu kita dok dengar puak Pas ni sembang besar. Bila sembang saja confirm tak jatuh. Rasa Kedah ni macam depa punya saja.

Tapi bila dah kalah semalam, terbukti depa memang ada masalah. Malah Jentera BN Kedah 'makin' kuat sekarang ni.

Pengarah Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi.

Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.

BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.

Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.

Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.

Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.

Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.

Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut.

Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.

"Kita menerima keputusan rakyat dengan hati terluka. Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.

"Kita akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya, tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan)," katanya.

"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi.

Menteri besar Datuk Seri Azizan tidak hadir sewaktu pengumuman tersebut.


McTheory:
Pesanan pada orang UMNO semua, walaupun kita berbeza ideologi, tapi kita tetap sedara seislam. Tu pun kalau orang Pas mengaku Islam UMNO sama macam Islam Pas la..

Ahad, 23 September 2012

TUDIAA!! Hadi Awang Tak Yakin!! Pas Kedah Terbukti Lemah Tenaga batin!! #TukarKedah


Apa ni Pas Kedah? Dah takdak orang terer ke kat dalam Pas Kedah ni? Di mana orang-orang kuat yang mampu menjadi calon? Takkanlah takdak anak Kedah ber'ideologi' Pas yang mampu mewakili kawasan sendiri? Buat malu orang Kedah ehh..

Nampak sangat kepimpinan Pas Kedah ni lemah. Hinggakan Presiden Pas pun tak yakin dan perlu import calon luar untuk beri sokongan. Kalau dah Presiden Pas pun tak yakin, macam mana rakyat Kedah nak yakin dengan kepimpinan Kerajaan Pas Kedah ni? Kalau dah tak boleh, tak payah la bertanding, bagi orang lain saja la.

Mat Sabu dah tentu kat Pendang dan ada beberapa orang lain yang akan datang ke Kedah. Masalahnya yang di import tu, semua duduk di kawasan yang Pas yakin menang. Manakala kerusi yang Pas jangka kalah, akan diberikan kepada penduduk tempatan hanya untuk cukupkan kuota pertandingan.

Haihh.. kesian la Pas Kedah ni.. dah la serabut banyak masalah.. kepimpinan pun lemah.. gamaknya lemah tenaga batin kot?? he he..

McTheory:
Hadi Awang tak yakin kat Pas Kedah, rakyat lagi la sangsi..

TUDIAA!! Azizan MB Kedah Pula Marahkan Koo Ham!!



Rupanya ada juga orang Pas yang sedar akan kelakuan Dap ni. Azizan Razak memang dari dulu lagi kurang senang dengan tindakan Dap yang sering membelakangi orang Islam dalam setiap tindakan mereka. Kali ni beliau bersuara menegur Koo Ham. Memang patut Koo Ham di tegur, tindakan dan kenyataan yang dia buat tu, melampau!!

McTheory:
Benda baik kita sokong..



Selasa, 17 Julai 2012

TUDIAA!! MB Kedah Di KECAM Oleh Blogger Puak Pakatan!!


Tentu ramai ahli PAS Kedah yang turut memeriahkan Perhimpunan Oren Selamatkan Felda semalam. Tahniah dan mudah-mudahan amalan yang baik mendapat pahala dari Allah s.w.t.

Dan, tentu ramai juga dari mereka yang tak terjumpa berita bertajuk "PKNK sahkan miliki 500,000 saham Felda Global". Kalau tidak, mungkin ada dari mereka yang berhimpun beramai-ramai dalam demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah.

Mengapa saya kata demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah? Laa, Menteri Besar Kedah juga adalah Pengerusi PKNK (lihat sini).

Saya difahamkan kerajaan Kelantan membuat keputusan supaya negeri itu dan agensi-agensi di bawah negeri itu tidak membeli saham FGV. Dan, kita juga tidak menerima khabar bahawa Selangor dan Pulau Pinang atau agensi-agensi kedua-kedua kerajaan negeri tersebut melakukan apa yang dilakukan oleh PKNK.

Apa-apa pun, jangan risau, sama seperti ketika Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengaku menggunakan undang-undang taghut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dulu - malah dengan berlagaknya mengaku dia anak AUKU - Presiden PAS dijangka akan mengeluarkan kenyataan seperti kenyataan pro AUKU beliau dahulu.

Sama seperti kenyataan pro undang-undang taghut hari tu, mungkin Presiden PAS akan kata:
"Namun Ustaz Azizan tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.

"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri".
Berita berkaitan:
PKNK sahkan miliki 500,000 saham Felda Global
(Sinar Harian 13/7/12) ALOR SETAR - Pemilikan saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah mengikut prosedur sah dan tiada kaitan politik.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahman Ibrahim mengesahkan PKNK memiliki 500,000 unit saham FGVH di bawah peruntukan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) yang ditawarkan kepada Bumiputera.

“PKNK mohon saham FGVH sebanyak 1 juta unit tetapi Miti hanya luluskan 500,000 unit. Kita beli pada harga RM4.55 seunit, di mana jumlahnya mencecah RM2,275,000,” katanya.

Menurutnya, mana-mana syarikat atau individu layak dibenarkan membeli saham itu setelah disenaraikan di Bursa Malaysia dan PKNK berbuat demikian atas prospek perniagaan.

“Bagi saya ia satu keputusan perniagaan yang bijak, di mana PKNK sasarkan akan beroleh keuntungan RM500,000 daripada pembelian saham itu.

"Setakat ini, PKNK sudah jual 50,000 unit saham FGVH di pasaran pada harga RM5.50 seunit dan untung kasar diperoleh adalah RM47,500,” katanya.

Mengenai pihak yang mempertikai pemilikan saham itu atau mengaitkan tindakan itu dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) kononnya mahu mengaut keuntungan daripada penyenaraian saham FGVH, walaupun beberapa pemimpin PR lantang membantah penyenaraiannya, Abdul Rahman berkata:

“Ia tiada kaitan politik. Jika ada pihak kaitkan pemilikan saham PKNK ini dengan prinsip pemimpin PR, itu soal politik. PKNK bukan badan politik, kita berorientasikan perniagaan dan mahu kembangkan bisnes untuk bantu lebih ramai usahawan Kedah,” katanya.

Menurutnya, PKNK adalah badan berkanun kerajaan, berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan bumiputera dengan dipantau oleh Kementerian Kewangan.

“PKNK ditubuhkan pada 25 Ogos 1965 bawah Enakmen Kerajaan Negeri Kedah, namun di peringkat Pusat, PKNK diletakkan bawah pengawasan Kementerian Kewangan,” katanya.

Abdul Rahman berkata, Lembaga Pengarah PKNK turut diwakili tiga wakil dari Pusat iaitu setiap seorang dari Miti, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.
Sumber blog Pakatan yang Mc ambil dari Penarik Beca.. memang teruk la Azizan kena kali ni.. nampaknya berpusu-pusu geng sendiri yang tak puas hati Azizan akan bantainya semula. Bermula dari isu KUIN, AUKU dan terbaru saham FGVH.

Apapun Mc tabik la kat Azizan sebab tidak membezakan parti politik dalam bidang yang menjana keuntungan rakyat Kedah.



McTheory:
Habis laa Azizan kena balun pulak lepas ni!!

Selasa, 27 Mac 2012

TERPANASS!! Kisah Benar Ladang Rakyat, Menipu Rakyat Baling!! #saveKedah


Mc pernah menceritakan mengenai penipuan kerajaan Pas Kedah perihal Ladang Rakyat, atau yang depa panggil Ladang Sejahtera. Nak baca boleh klik SINI. Namun ia di jawab semula oleh pihak Pas yang mengatakan tiada penipuan dalam pembalakkan tersebut dan mereka hanya mengikut apa yang di tenderkan kerajaan BN terdahulu.

Isnin, 26 Mac 2012

PANASS!! Ladang Rakyat Kedah Untuk Menipu Rakyat Kedah!!

Ladang Rakyat di Gunung Inas, Baling


Projek haram ini adalah salah satu cara puak pentadbiran PAS kedah cuba berselindung di sebalik nama Ladang Rakyat, namun ia hanya untuk menyapu bersih balak di Gunung Inas. Di sebalik mereka berbangga hasil balak yang kononnya lebih untung daripada masa pentadbiran BN di Kedah. Sampai sekarang mereka mengatakan balak yang di ambil adalah dari permit yang di keluarkan Kerajaan BN dahulu.

Isnin, 19 Mac 2012

LAA EHH!! Orang Pas Kata Memerangi UMNO adalah rukun Iman!!



Puak PAS telah di ajar memerangi UMNO adalah sebahagian dari "rukun Iman".apakah ini yang di katakan memperjuangkan Islam??menokok tambah rukun Iman.

Ini terbukti puak-puak PAS mengamalkan falsafah "Mechievalle"  iaitu "Matlamat menghalalkan cara". Demi mahukan undi apa pun sanggup PAS lakukan demi untuk mencapai cita-cita Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia

McTheory:
puak ni dah gila babi dah.. babi pun tak gila macam depa!

Jumaat, 16 Mac 2012

PANASS!! Pas Kedah GAGAL dalam MEMANDU!!



Pas telah terbukti gagal sebagai sebuah kerajaan dan mentadbir negeri apabila sanggup bersikap lepas tangan sehingga menyusahkan rakyat ekoran daripada pertelingkahan dalaman yang berlaku dalam parti tersebut, kata penganalisis politik tempatan Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.

Jelasnya, apabila pentadbiran kerajaan Pas di Kedah diletakkan di bawah seliaan Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat yang dibentuk untuk mengawalselia kuasa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, maka terbukti bahawa ia berlawanan dengan konsep demokrasi dan tidak manyamai ritual pentadbiran yang sah.

Khamis, 15 Mac 2012

TERPANAS!! Hasan Ali mahu saman PM Malaysia??



He he he.. jangan terkejut. Hasan Ali bukan nak saman PM Malaysia DS Najib. Tapi nak saman si mat Jenin yang dok angan-angan nak jadi PM Malaysia tu. Si Mahfuz Omar.

Mampuih la hang Mahfuz.. habis la hang..

Jumaat, 9 Mac 2012

CONFIRM!! Ustaz Azizan Nazak masuk Hospital?!!

gambar lama

Memang benarlah khabar angin yang dikatakan itu. Memang Ustaz Azizan masuk hospital, KMC (Kedah Medical Center).

Tapi Ustaz Azizan tak la nazak seperti dakwaan khabar angin tuu.. beliau hanya membuat rawatan mata kemudian beliau berehat untuk hilangkan tekanan.

TUDIAA!! Apabila Pas sama dengan anjing!!

   

                           
Dalam bahasa Croatia, perkataan PAS membawa maksud ANJING. Manakala dalam tulisan jawi, ejaan UMNO (امنو) bunyinya menghampiri sebutan istilah arab, AMANU (امانو) yang memberi maksud BERIMAN.

Rujuk sini : Google Translate

Ahad, 4 Mac 2012

TERPANASS!! Tahniah Pas Kedah, Projek Kandang Babi Terbesar!!

Projek babi terbaru Pas Kedah!!

Pada penghujung 2008 Kedah di kejutkan dengan projek agro iaitu ladang babi moden yang hendak di lakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS di Bukit Selambau, ianya melibatkan 160 hektar tanah yang hendak di bangunkan untuk di jadikan ladang komersial, ladang penternakan babi moden, namun ianya mendapat bantahan keras penduduk di sekitar kawasan Bukit Selambau yang telah membuat projek berkenaan gagal di laksanakan.

PANASS!! Phahrolrazi 'Menang' lawan Ostat Azizan? MB Kedah bertukar tangan?


Debaran dan penantian keputusan mesyuarat khas krisis dalaman parti Pas Kedah. Namun sudah ada pihak yang umum bahawa beliau akan menang dalam krisis kali ini!!

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yakin beliau akan "menang" dalam pertemuan khas yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini bagi membincangkan kemelut kepimpinan Pas negeri Kedah.

Sabtu, 3 Mac 2012

TUDIAA!! Pas bergolak!, Luahan Hati Seorang Ahli Pas Kedah!! (Wajib Baca!!)



Nak habag mai, selama bergiat dalam PAS ini, saya dok nampak ada satu BUDAYA orang PAS yang saya tak nampak dalam UMNO mahu pun dalam PKR, iaitu lah budaya MERAJUK.

Dalam PAS ini, sikit sikit merajuk; tak setuju sikit – merajuk. Orang tak terima pandangan dia - merajuk. Orang kondem sikit – merajuk. Kalah bertanding pun merajuk; sikit-sikit nak merajuk.

Khamis, 1 Mac 2012

PANAS!! Ustaz Azizan tetap tentang geng Anwarinas Kedah!!


Satu tindakan yang walaupun beliau tahu risikonya cukup tinggi. Lihat apa yang telah berlaku kepada pemimpin2 terdahulu yang enggan tunduk kepada Anwar Ibrahim.

Bukan sekadar Dr. Hasan Ali yang menjadi mangsa kerakusan Anwarinas tetapi peguam anwar Zulkifli Nordin, Gobalakrishnan yang banyak berjuang utk PKR, Zaid Ibrahim dan ramai lagi dibunuh karier politik mereka atas SATU sebab: ENGGAN TUNDUK kepada Anwar Ibrahim.

Apakah MB PAS Kedah bakal mengalami nasib yang sama?

Cerita ni Mc ambil kat SINI. Memang Ustaz Azizan tahu pengaruh Anwarinas, namun telah wujud satu penyakit baru yang akan hancurkan beliau dalam Pas Kedah.

Bagaimana Phahrolrazi akan hancurkan Pas Kedah dan Ustaz Azizan, nak baca boleh klik

PANASS!! Berita TERBARU dari dalam Pas Kedah!!


Nampak gaya masalah Pas Kedah tidak akan selesai. Walaupun Phahrolrazi bukan lagi exco, namun beliau mengunakan pengaruhnya untuk menghancurkan Pas Kedah dari dalam. Beliau menwujudkan kem baru untuk menentang Ustaz Azizan. Berbekalkan sokongan dari dewan Ulamak dan Pas Kuala Kedah. Phahrolrazi tidak teragak-agak untuk 'membunuh' Ustaz Azizan dari terus menjadi Menteri Besar Kedah.

Mc pun terkejut dengan perkembangan terbaru ini. Phahrolrazi bersama penyokongnya akan menghuru-harakan jentera pilihanraya Pas Kedah. Mereka bertekad, sanggup membiarkan Pas Kedah kalah, dari Kedah terus di tangan Azizan.