Ahad, 25 Disember 2011

TERPANAS!! LADANG RAKYAT KEDAH, PROJEK HITAM PERAH RAKYAT DAN BALAK KEDAH!!

Ladang Rakyat di Gunung Inas, Baling


Projek haram ini adalah salah satu cara puak pentadbiran PAS kedah cuba berselindung di sebalik nama Ladang Rakyat, namun ia hanya untuk menyapu bersih balak di Gunung Inas. Di sebalik mereka berbangga hasil balak yang kononnya lebih untung daripada masa pentadbiran BN di Kedah. Sampai sekarang mereka mengatakan balak yang di ambil adalah dari permit yang di keluarkan Kerajaan BN dahulu.


Hebat sungguh pentadbiran PAS Kedah. Mereka cuba menutup rahsia projek jahat tanpa sedikit pun di ketahui oleh rakyat. Tahukah anda, balak yang di ambil dari projek Ladang Rakyat, tidak di tender, malah balak yang di ambil adalah di bawah projek Ladang Rakyat, semata-mata untuk membersihkan gunung untuk projek ladang rakyat. Balak berkenaan bukan permit dari kerajaan BN dahulu.

PAS letak nama Ladang Rakyat yang kononnya untuk majukan tanah bagi projek kepala sawit atau getah. Tapi hakikatnya balak adalah punca utama PAS untuk membuat Ladang Rakyat..bukan sahaja Ladang Rakyat di Baling tapi juga di Sik, Pendang dan juga Padang Terap, habis balak di bolot PAS...Balak berkenaan di panggil Balak Anugerah, balak anugerah ni tak perlu di tender. Hanya anugerah dari kerajaan negeri kepada si pemotong balak.

Suka-suka hati nak anugerah, ingat tanah gunung dan bukit tu, hak milik mak bapak depa apa nak anugerah tanpa tender.



Gambar di atas adalah surat yang di edarkan MKK.

Rakyat Baling mula ragui projek Ladang Rakyat, di manakah borang rasmi dari Kerajaan Negeri untuk di edarkan kepada yang nak menyertai projek Ladang Rakyat? Sedangkan MKK sudah edarkan borang perlantikan ukur melalui sebuah syarikat jurukur. 

Semasa mahu serahkan borang, perlulah di sertai dengan RM120,00 sebagai bayaran upah kepada Syarikat terbabit. Sedangkan dalam surat berkenaan tiada jaminan untuk dapat menyertai Projek Ladang Rakyat. Hebat sungguh, pemohonan tak di lakukan, terus nak di ukur.

Apakah ini satu projek kebajikan terhadap rakyat? Atau ianya hanya satu lagi projek yang nak perah duit rakyat, tanpa rakyat sedar?

"Anda mempunyai otak, anda boleh menilainya, gunakan Kepala otak untuk berfikir, gunakan kepala lutut"

Ada seorang yang hebat dalam Kerajaan Negeri yang ada kaitannya dengan balak, pernah bersumpah tak pernak makan duit balak Ladang Rakyat SIK, tapi tak pulak bersumpah yang dia tak makan duit balak Ladang Rakyat Baling, Pendang dan Padang Terap, siapakah  orang itu?

McTheory:
Siapa lagi, manusia yang bertumbuk dalam pejabat hari tu la..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang PAS PIS PUS kaki sapu duit rakyat. Guna sytk GLC sebagai topeng untuk buat projek yg menguntungkan poket org PAS PIS PUS. Kerajaan Persekutuan bagi peruntukan untuk projek negeri depa sapu masuk tabung, yg kemudian disalur masuk tabung PAS PIS PUS.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Aiik... kat Kedah pun ada projek Ladang Rakyat macam kat Gua Musang Kelantan juga ya......

Patut lah tengok photo bukit ditarah sama sebiji macam keluar kat Blog Kickdefella....????

Untunglah rakyat Kedah dan Kelantan dapat ladang dari Kerajaan yang "berkebajikan" untuk rakyat....Jangan ladang hambat rakyat sudahlah.....???

Memang pun balak-balak tu anugerah Tuhan..... Kepada siapa ya ??????

Teringat masa Pakcu kecik-kecik dulu ....makan balak macam makan tebu aja...boleh kah agaknya....???

Tanpa Nama berkata...

Projek tu kalau tak silap dijalankan oleh sebuah anak syarikat PKNK. SPRM patut siasat tujuan pelaksanaan projek ladang rakyat tersebut. Nampak macam ada yang tak kena saja projek tu. Kena siasat siapa yang dapat tender penebangan balak tu, berapa perbelanjaan projek, berapa harga jualan balak, kelulusan penebangan daripada siapa, kelulusan EIA sudah dapat atau belum.