Jumaat, 16 Mac 2012

PANASS!! Pas Kedah GAGAL dalam MEMANDU!!



Pas telah terbukti gagal sebagai sebuah kerajaan dan mentadbir negeri apabila sanggup bersikap lepas tangan sehingga menyusahkan rakyat ekoran daripada pertelingkahan dalaman yang berlaku dalam parti tersebut, kata penganalisis politik tempatan Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek.

Jelasnya, apabila pentadbiran kerajaan Pas di Kedah diletakkan di bawah seliaan Jawatankuasa Pemandu Pas Pusat yang dibentuk untuk mengawalselia kuasa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, maka terbukti bahawa ia berlawanan dengan konsep demokrasi dan tidak manyamai ritual pentadbiran yang sah.


“Apabila ada orang lain yang lebih besar kuasanya daripada orang yang sepatutnya mengawal selia maka ia samalah seperti pemandu kereta yang duduk di depan manakala ‘bos’ duduk di kerusi belakang akan mengarahkan apa-apa yang perlu tanpa mahu bertanggungjawab apabila ada kesulitan atau kesilapan terjadi,” katanya.

Jelas beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), adalah sesuatu yang pelik apabila pentadbiran Pas di Kedah diletakkan dibawah seliaan jawatankuasa sedangkan pentadbiran parti yang sama di Kelantan tidak pernah dilakukan sedemikian.

“Dari segi akauntibilitinya, siapa yang nak dipersalahkan sekiranya ada musibah sedangkan Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan Kedah tidak mempunyai kuasa manakala seliaan penuh diletakkan di bawah jawatankuasa yang tidak sah kerana tidak terkandung dalam undang-undang negeri.

“Dalam pentadbiran negeri ada perundangannya sendiri tanpa melihat kepada parti mana yang memerintah kerana ia adalah kuasa penuh daripada Sultan Negeri Kedah sedangkan jawatankuasa terbabit ditubuhkan atas dasar parti yang tidak mendapat mandat untuk berbuat demikian,” katanya.

Tambahnya lagi, sewajarnya kepentingan rakyat adalah keutamaan tanpa melihat kepada kecelaruan atau ‘puting beliung’ yang terjadi dalam parti.

“Ada satu suasana yang tidak sihat wujud dalam pentadbiran kerajaan Negeri Kedah apatah lagi, Menteri Besarnya sendiri tidak menaruh kepercayaan kepada Exco-exconya yang dilantik untuk menjadi pemangku beliau sekiranya bercuti,” katanya.

Ujarnya, keresahan rakyat mula timbul kerana urusan pentadbiran perlu terus berjalan tanpa ‘bercuti’ sebagaimana pemimpinnya bagi memastikan kehidupan rakyat secara keseluruhannya terjamin.

“Sebuah pentadbiran yang kemas akan ada ketua dan sekiranya seseorang pembesar /ketua negeri terbabit uzur atau bercuti akan ada surat pekeliling yang dikeluarkan bagi memaklumkan bahawa tugas beliau akan dipangku oleh orang tertentu yang akan bertanggungjawab untuk jalankan tugas demi rakyat.

“Takkan nak tutup kerajaan negeri sampai satu bulan sekiranya Menteri Besarnya tidak hadir selama sebulan kerana rakyat di dalam negeri terbabit perlu meneruskan kehidupan tanpa melihat kepada mana-mana idealogi politik kerajaan yang mentadbir.

“Di dalam Barisan Nasional (BN) tidak timbul permasalahan sedemikian malah ketika Perdana Menteri bertugas ke luar negara maka Timbalan beliau akan menggalas tugas bagi memastikan negara berada dalam keadaan yang tenteram dan sejahtera.”

Dilaporkan, Menteri Besar Kedah, Azizan memberitahu bahawa beliau ingin bercuti, namun tidak bercadang untuk melantik pemangku semasa ketiadaannya kerana menganggap bahawa ia bukan sesuatu yang susah sebagaimana katanya, “cuti bukan payah apa pun, ambil beg beli tiket kapal terbang, pergilah… Cuti ada panjang, ada pendek. Takkan nak pergi tengok cucu baru pun nak suruh orang ambil alih.”

“Setiap Menteri Besar adalah CEO yang bertanggungjawab ke atas negerinya dan perlulah melantik seorang Exco bagi melaksanakan atau melancarkan perjalanan pentadbiran untuk tempoh beliau tidak bertugas.” – MediaUMNO



McTheory:
Sesungguhnya Pas Kedah ni dah makin nazak nampaknya..lemaih perut tengok aihh..

1 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Sikap azizan sangat sesuai untuk 'mengajar' pas pusat.

Pegawai dan kakitangan kerajaan ada untuk terus mentadbir.