Mc semalam ada mendapat laporan dari sumber yang mengatakan 'Pangsapuri Damai' di Petaling Jaya merupakan lubuk bagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Walaupun ada diantara mereka yang masuk ke negara ini secara halal, tapi masih ramai lagi yang datang ke sini secara 'haram'. Bila dinamakan haram, bermakna kerajaan dan pihak berkuasa tidak mempunyai rekod mengenai kedatangan mereka ke negara ini. Jadi amat susah untuk menjejaki mereka kena tiada dokumen perjalanan dan rekod keluar masuk untuk membuktikan mereka wujud dinegara ini.
Ertinya.. jika ada jenayah yang dibuat oleh pihak PATI ini, pihak berkuasa sendiri tidak akan tahu siapa yang membuatnya, malah untuk menangkap penjenayah yang membuat salah itu juga adalah mustahil. Mc cuma memberi keterangan bahawa betapa bahayanya PATI kepada rakyat Malaysia. Betapa risikonya membenarkan pendatang tanpa izin berkeliaran didalam negara kita.
Pangsapuri Damai ini dianggarkan 70% warga asing (bercampur negara) dan 30% sahaja warganegara Malaysia. Dalam 70% warga asing ni, hanya 30% sahaja dianggarkan masuk secara halal, yang lainnya tanpa izin (tanpa permit). Yang menjadi persoalannya, bagaimanakah mereka ini dapat hidup bebas tanpa diganggu pihak berkuasa? Mengikut maklumat yang Mc terima, PATI ini mempunyai seorang ketua yang berpengaruh dan bekerjasama dengan 'orang dalam' yang memberitahu mereka jika ada operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Dalam tahun ini saja sudah dua operasi dijalankan oleh pihak polis dan RELA tapi berakhir dengan tangan kosong. Ini kerana, dua jam sebelum operasi, kawasan gerai makan dan tempat lepak PATI ini telah pun telah kosong. Langsung tidak kelihatan puak PATI ini berkeliaran. tetapi bila saja lepas operasi, berduyun-duyun PATI memenuhi segala ruang lepak dan gerai-gerai makan. Persoalannya, bagaimana mereka boleh mengetahui operasi yang akan dijalankan oleh pihak berkuasa? Tidak syak lagi, Seperti Mc katakan tadi, mereka ini mempunyai talibarut orang dalam yang memberitahu mereka jadual setiap operasi yang akan dijalankan.
Mungkin ada sesetengah pihak beranggapan, golongan PATI ini tidak menganggu rakyat Malaysia. Betul, jika mereka berada dalam kumpulan yang kecil, pasti mereka akan berbaik-baik dengan kita. Tetapi jika mereka berada dalam kumpulan yang besar, mereka pasti akan bertindak sesuka hati mereka tanpa hiraukan undang-undang. Serupa kawasan tersebut mereka yang punya.
Bila ramai PATI, pastinua pelbagai aktiviti tidak sihat dijalankan oleh puak pendatang ni, contohnya pelacuran dan pengedaran dadah. Walaupun tidak dibuat secara terang-terangan tetapi kawasan ini sudah menjadi lubuk pengedaran dadah yang terkenal dikalangan remaja sekitarnya. Malah bukan kawasan ini juga menjadi antara sumber pengedaran utama untuk kawasan sekitarnya. Jika anda tidak percaya anda boleh pergi sendiri meninjau dikawasan sekitar pangsapuri ini, busuk dan kotor, malah barisan gerai dan kedai dibawahnya sentiasa penuh dengan warga asing.
Agaknya jika anda teringin pergi ke Indonesia, tak payah pergi jauh-jauh, hanya berkunjung ke sini anda akan dapat menikmati suasana tersebut. Mc juga diberitahu bahawa puak pendatang ini berkelakuan samseng dan langsung tidak menghormati penduduk tempatan. Banyak kejadian pecah rumah, mencuri, merogol dan membunuh dikawasan ini. kalau tak silap Mc, tahun ini sudah ada dua kejadian bunuh di pangsapuri Damai.
Kadang-kadang kita terfikir, begitu senang mereka ini mempermainkan undang-undang. Apakah undang-undang di Malaysia belum cukup bagus. Atau penguatkuasaannya yang agak longgar dan kurang bertanggung jawab. Kalau bukan itu, apakah dalang yang membawa masuk puak pendatang ini mempunyai kuasa politik yang hebat hingga setiap operasi oleh pihak berkuasa dapat dihidu terlebih dahulu oleh puak pendatang ini, malah sempat bersembunyi dan larikan diri.
>MctHeory:
Apakah perlu ada satu kejadian besar terlebih dahulu, baru ada tindakan serius dari pihak berkuasa? Tepuk dada, tanya selera.
3 ulasan:
ALOO BEWAK PEJUANG MELAYU.....
DOK PIKIAQ LAGU MANA KEBANJIRAN WARGA ASING KAT MALAYSIA NI. KADANG2 FENOMENA NI SABIK PENJAWAT AWAM TAK WAT KIJA BETUI2. DOK PIKIAQ SUH GAJI NEIK SAJA. KALU BAB IMIGRAN NI....EGENSI YANG LEBIH KENA KIJA ADALAH IMIGRESEN. HUUUUHH TAK TAU LA.
YANG PELIK TU DULU ADA YANG MASUK SECARA SAH......TIBA2 ADA BEWAK MANA YANG DOK GABUIH.....INGAT TAK DULU KALUT DOK HABAQ MINAH MONGGOL TU TADAK MAI MASA DIA KENA BUNUH....
he he he
gurau ngan bewak imigresen
orang crita pasal indon, dia mai mana monggol pulak.. adehh la..
Imegresen boleh buat apa, kalo polis dengan rela pun tak boleh tangkap? hehe
bagus bro..
pendedahan yang baik..
sekurang-kurangnya orang akan buka mata..
dalam daerah tu mungkin PATI tu jaguh sebab sudah dilindungi oleh pemakan duit haram tetapi bila didedahkan aku sure banyak pihak akan kalut.
aku suka blogger yang bertanggungjawab macam kau..teruskan usaha murni kau bro
Catat Ulasan