Sabtu, 10 Julai 2010

MAKIN RAMAI ORANG BUTA DI KUALA LUMPUR



Makin ramai orang buta di Kuala Lumpur. Tidakkah pembaca semua sedar akan keadaan ini. Betul memang ramai, dimana-mana saja kita pasti akan berjumpa. Ini tak termasuk yang buta hati atau buta tuli. Kiraan ramai yang Mc tujukan ini hanyalah kepada orang buta yang membawa tongkat seperti orang buta, tidak tahu samaada dia benar-benar buta, atau hanya berlakon menjadi orang buta. Faham-faham je la.. zaman sekarang, apa-apa pun boleh terjadi. Yang tak buta berlakon buta, yang tak demam boleh bagi demam, yang meliwat pun boleh bebas.. apa lagi nak kata. Tak ke Pelik tu.

Kalau tak percaya, pergi aje KL Sentral, lepak dan wusya orang sekeliling. Pasti anda akan berjumpa dengan orang-orang buta ini. Mc bukan nak tuduh sesiapa, cuma Mc pernah lihat dengan mata Mc sendiri apabila orang buta berjalan turun tangga LRT lebih laju dari Mc, dan apabila sampai dipintu keluar, orang buta ni terus masukkan tiket ke tempatnya tanpa perlu meraba-raba lubang tiket terlebih dahulu. Rasa-rasanya orang ini buta ke tak?

Lagi satu, orang buta kalau berjalan, mesti berpandukan tongkatnya, kalau tongkatnya tidak sentuh sesuatu, pastinya dia tidak akan tahu walau apa pun didepannya. Bagaimana pula kalau seseorang orang buta tu boleh mengelak dari kotak ditengah jalan, tanpa tongkatnya menyentuh kotak tersebut? Siap boleh melangkah melepasi kotak tersebut. Pelik bukan? Buta ke tak tue? Atau buta jenis cari makan?

Paling best bila orang buta ni sering meminta sedekah dengan ditemani oleh seorang yang normal dan sihat. Apakah benar dia meminta sedekah untuk menyara kehidupannya yang terdesak atau hanya mengkayakan hartanya dengan cara meminta sedekah. Mc pernah bertemu dengan peminta sedekah yang sama pada satu malam dan tempat yang berbeza. Mula-mula Mc lepak di Uptown Danau Kota. Lepas tu Mc pergi jumpa kawan kejap kat Downtown Cheras, dan bertemu lagi dengan si peminta sedekah yang sama.

Persoalannya, apakah benar dia buta? Apakah benar dia meminta sedekah untuk sara dirinya yang terdesak? Kerana si peminta sedekah ini bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan teksi. Tentu banyak duitkan, sebab teksi terbabit pun sudah ditempah untuk menghantar dia ketempat yang sesuai untuk meminta sedekah.

Post ini bukan tujuan menghina orang buta atau peminta sedekah. Cuma Mc nak memberitahu pada pembaca bahawa wujud penipu dikalangan orang buta yang hanya untuk cari makan. Jika kerajaan tidak mampu membenterasnya, kita mampu bertindak sendiri dengan tidak mudah memberi derma kepada pihak tidak ketahui kesahihannya. Ini kerana, jika tidak ada orang yang memberi derma lagi, perkara seperti ini tidak akan timbul dan merebak.

Carilah jalan pekerjaan dengan cara yang halal, bila menipu ni sudah termasuk dalam hasil pekerjaan yang tidak halal. Ia sama juga bila seseorang itu menyamar blogger dan menjual hasil blogger kepada agensi kerajaan. MAKAN HASIL TIPU itu SAMA DENGAN HARAM!. Buruk perangai betul orang sekarang ni, sebijik macam puak-puak khawarij Pas yang buta hati.

Artikel Ini Adalah Pesanan sosial untuk masyarakat!


MctHeory:
Macam-macam ada!

1 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Apa nak heran bro, walau pun buta mata, tapi tidak buta hati.... tapi banyak yang celik mata tetapi buta hati.... pakai pak turut je apa tok guru cakap...