Khamis, 8 Julai 2010

PARLIMEN: PENGAKUAN ZUL NORDIN TENTANG HELAH JAHAT PUAK PEMBANGKANG!



Pengakuan seorang bekas anggota pembangkang yang sering terlibat dengan segala konspirasi dan perancangan busuk pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Malaysia sekarang. Pendedahan oleh Zul Nordin ini boleh menjadi satu lagi tamparan hebat kepada puak Pembangkang yang kononnya berjuang demi rakyat.

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Noordin hari ini mendakwa bahawa beliau disuruh melakukan bermacam pembohongan semasa menyertai pembangkang dalam strategi mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Saya terpaksa akui sememangnya itu strategi, dan saya sendiri pernah terlibat," kata anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sama ada tindakan pembangkang menyerang kehakiman, polis, istana dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan pelbagai tuduhan merupakan strategi pembangkang bagi melumpuhkan kerajaan BN.

"Memang mana-mana pembangkang pun tugasnya nak jatuhkan kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Cara itu yang tak kena, yang kita persoal ialah etika. Takkan sampai kita hancurkan nama orang, rosakkan peribadi orang.

"Saya akui memang itu disuruh tetapi akhirnya kita sedar, benda ini tak betul dan perlu diperbetulkan sebab yang nak jawab depan Allah. Saya akui memang itu strategi sebenarnya," tambahnya.

Zulkifli sebelum itu berkata, beliau disuruh menggunakan strategi tersebut sejak zaman reformasi pada tahun 1998.

"Contoh, saya buat cerita mengenai kena racun arsenik. Saya antara orang terdepan yang bawa isu arsenik," katanya merujuk kepada dakwaan kononnya Datuk Seri Awnar Ibrahim diberi racun tersebut semasa dalam tahanan ketika itu.

Menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) yang bangun mencelah bahawa Zulkifli sendiri pernah memaki hamun hakim dalam ceramahnya sebelum ini, katanya beliau telah mengambil inisiatif memohon maaf dengan mereka yang terbabit.

"Memang kita dulu diajar maki hamun, caci orang, tuduh orang, semua orang tak betul, hina orang dengan label macam-macam," katanya.

Zulkifli selanjutnya berkata contoh strategi pembangkang yang dapat dilihat ialah dalam isu yang mengaitkan APCO di negara ini dengan Yahudi.

"Tengok bagaimana putar belit isu APCO ini. Saya tak pernah nak cakap isu APCO ini, (tapi) orang dah tanya pendirian saya tentang isu APCO. Dia katakan APCO masuk ke Malaysia, masuk ke Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, menguasai sistem komunikasi, APCO telah begini, APCO begitu."

"Yang dia tak beritahu dengan rakyat, APCO yang pergi ke PDRM ini dengan APCO Worldwide adalah dua perkara berbeza. Kalau tengok APCO ini yang dikatakan masuk dalam sistem komunikasi PDRM dikaitkan dengan APCO Worldwide, APCO Worldwide bukan APCO," katanya.

Persidangan Dewan bersambung esok
.
- BERNAMA

MctHeory:
Banyak isu yang sering di 'spin' oleh puak pembangkang untuk mengelirukan rakyat. Ini perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh merosakkan keamanan negara.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AHHHHHHH.. ZUL NI ANJING AMENO! DAH KENA BAYAR.. SEBAB TU BUAT CERITA MACAM2......TUIH LA KO ZUL!

lord ried berkata...

ALOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU.....

" jika kamu mendapat sesuatu berita dari orang pasiq, hendak kamu selidik samada betul @ tidak"- hadis.

SEPOL DAH BERSUMPAH, PALA BEWAK PON DAH SUMPAH YANG DIA TAK KENAI MINAH MONGGOL. PENDEK KATA SAPA PON KALU NAH HABAQ DIA TADAK BOHONG DIA BULEH SUMPAH WALAU PON DIA BOHONG. LANI NATANG ZUL NORDIN PULAK.........CEEEEEEHHHHHH MUKA PON SEROPA NGAN GENG LANUN TAKKAN HABAQ MENDE BETUI.

Mr. K berkata...

hehehe bewak anu ar xberani bersumpah... berani kerana benar... kalu awal2 bersumpah pun xberani pandai jadi sesumpah je...fikir fkirlah hehehe

hehehe
guwau2 dengan puak bewak

hanizam berkata...

sesumpah taraf macam sampah...tapi sampah ni memang takda harga, timbang kilo pun belum tentu peniaga kitar semuala nak beli...

biarkan depa macam tu...kalau dah penat, berhentilah tu....

bak kata orang, makin banyak kita cakap, makin banyak kita berdusta...

Tanpa Nama berkata...

Alloooo Bewak gabuk lord reid..
dah sdah lah hang nie jenis bewak melayu yang kena makan ubat setiap 3 jam sekali....kalau tak makan hang jadi gila babi menyondol tak kena tempat....
hehehhe aku melawak saja noooo...