Rabu, 11 Ogos 2010

BULAN PUASA! DS NAJIB BERI AMARAN KEPADA PENIAGA! Amaran je ke, Datuk Seri?



Amaran Ds Najib kepada Para Peniaga. Baca dulu ulas kemudian! Sakit hati ni!

KUALA LUMPUR  - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi ingatan kepada para peniaga supaya tidak menaikkan harga barang dan makanan sewenang-wenang pada bulan Ramadan ini.
Perdana Menteri berkata, larangan itu bertujuan untuk menjaga kepentingan umat Islam di negara ini yang mula berpuasa mulai esok. Pada masa yang sama, beliau juga menasihatkan umat Islam di negara ini agar berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran bagi mengelak masalah hutang selepas Aidilfitri kelak.


"Para peniaga dilarang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang kerana Ramadan adalah bulan untuk kita menginsafi diri terhadap kesusahan orang lain," katanya dalam perutusan sempena bulan Ramadan, di sini hari ini.


Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menyeru seluruh umat Islam di negara ini agar bermuhasabah diri dengan bersolat, membuat kebajikan dan memperbanyak ibadah kepada Allah di sepanjang bulan mulia ini. Katanya, rakyat Malaysia bertuah kerana dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang tenang berbanding umat Islam di negara lain yang menderita akibat bencana alam dan peperangan. - sambung baca sini.

Datuk Seri, harap buat pantauan. Harga barang DAH NAIK pun. Dulu ayam boleh dapat sekilo rm5.50, sekarang ni dah rm6.70 sekilo. tadi Mc tengok dah mencecah rm8.00 sekilo, Sila buat pantauan, kasihanilah kami rakyat yang kais pagi makan pagi, kais petang makan megi. Bertindaklah sebelum rakyat yang sengsara. Jangan asyik beri amaran demi amaran, mana peniaga nak takut. Kalau kerajaan nak pertolongan blogger jalanan macam kami pun, kami boleh tolong. Mana-mana kedai atau restoran yang harga barangnya naik gila-gila tu, kita tangkap gambar dan post dalam blog, amacam? Setuju? Ada sokongan tak?

MctHeory:
Dulu nasi goreng ayam rm5.00, tiba-tiba naik jadi rm5.50. Bila tanya kenapa naik, dia jawab harga minyak dah naik! ..Pehh.. mencanak naik tue!

Tiada ulasan: