Rabu, 11 Ogos 2010

GUAN ENG BACA HADIS NABI S.A.W, UNTUK TIPU MELAYU PAS DAN PKR!


Dalam perutusannya, Lim Guan Eng menyeru agar setiap orang mengelak daripada melakukan fitnah tanpa mengira fahaman politik agar sejajar dengan kemuliaan bulan Ramadhan al-Mubarak ini. (Baca Perutusan Lim Guan Eng)

Paling menarik apabila Lim Guan Eng menggunakan hadis Rasulullah s.a.w di dalam perutusannya. Pastinya ahli-ahli PAS dan Melayu-Melayu yang menyokong Lim Guan Eng akan kembang hati dan melihat perkembangan ini dengan pemikiran positif sambil berangan-angan, si pendusta tegar ini akan menjadi salah seorang saudara baru dan memeluk agama Allah Taala.

17 kali sehari, umat Islam berdoa, agar ditunjukki jalan yang benar. Maka Allah Taala telah pun menunjukkan jalan yang besar serta mengabulkan permintaan hamba-hamba-Nya sama ada mereka sedar atau sebaliknya. Musuh Islam juga dibuka tembelang mereka, namun masih orang Islam sendiri yang terpedaya dengan lakonan hebat musuh-musuh Islam ini.

Apakah tauhid Rububiyyah musuh-musuh Islam itu telah membutakan mata bagi golongan yang mengakui mereka beriman dengan sepenuh-penuh iman kepada Allah Taala dan rasul-Nya serta mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala larangan? Mengapa begitu mudah terpedaya dengan musyrikin dan kafirin yang sangat memusuhi Islam, dan umatnya ini?

Bijak Lim Guan Eng menggunakan Islam untuk memikat hati sebahagian daripada orang Melayu yang benak hati, kurang beriman dan amat cetek ilmunya. Lim Guan Eng menggunakan Islam sebagai senjata untuk mendapatkan sokongan bagi memantapkan kedudukan politiknya, sebagaimana yang dilakukan oleh sebilangan besar pemimpin PAS. Ternyata jasa PAS yang paling besar adalah menjadikan Islam sebagai bola yang boleh ditendang ke sana ke mari.

Seandainya Guan Eng benar-benar ikhlas dengan hadis-hadis serta maksud-maksud ayat al Quran yang dibacanya, pastinya sudah lama dia berkhatan dan menjadi pak lebai PAS dengan bersyahadah, sekalipun syahadahnya mungkin sedikit cacat.

Ada peringatan daripada Allah Taala dan Rasulullah s.a.w apabila golongan seperti Guan Eng mula berbicara tentang Islam, hadis dan ayat-ayat al Quran....

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu mereka yang berada di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya." (Ali Imran: 118)

Ibnu Abbas menjelaskan: Ada beberapa orang kaum muslimin yang menjalin hubungan rapat dengan beberapa orang Yahudi yang mengingatkan mereka adalah jiran tetangga dan orang-orang yang pernah saling bersumpah untuk saling mewarisi pada zaman jahiliyyah lalu Allah Taala menurunkan ayat yang berisi larangan menjadikan orang Yahudi sebagai teman dekat kerana dikhuatirkan menjadi sebab munculnya godaan iman. Ayat yang dimaksudkan adalah ayat di atas. (Riwayat Ibnu Abi Hatim dengan sanad yang sahih hasan).

Muqatil bin Hayyan menyatakan, "Mereka hendak menyesatkan kamu sebagaimana mereka sesat. Maka Allah melarang orang-orang beriman untuk memasukkan orang-orang munafik dengan meninggalkan orang-orang yang beriman ke dalam rumah atau menjadikan mereka sebagai orang dekat. (Riwayat Ibnu Abu Hatim dengan sanad yang soheh hasan).

Diriwayatkan Abu Musa al-Asyaari telah melantik seorang Nasrani sebagai setiausahanya maka Khalifah Umar r.a mengirim surat dengan nada kasar lalu mengutip ayat-ayat di atas sebagai teguran kepada Abu Musa. Abu Musa menghadap Khalifah dengan membawa laporan secara bertulis. Setelah disampaikan kepada Khalifah Umar r.a, belai berasa kagum dengan lembaran-lembaran laporan tersebut. Setelah laporan itu sampai ke tangan Khalifah, Abu Musa ditanya,

"Di mana jurutulismu? Minta dia supaya membacakannya di hadapan orang ramai."

"Dia tidak masuk ke dalam masjid," jawab Abu Musa.

"Kenapa? Adakah dia berjunub?"

"Tidak, sebaliknya kerana dia seorang Nasrani."

Mendengar hal tersebut, Khalifah Umar lantas mengherdik Abu Musa seraya berkata,

"Jangan dekatkan mereka kepada kalian sedangkan Allah Taala telah menjauhkan mereka. Jangan muliakan mereka padahal Allah Taala telah menghinakan mereka. Jangan percaya kepada mereka kerana Allah Taala telah menegaskan bahawa mereka suka khianat terhadap amanah."

Lalu, bagaimana pula dengan status Lim Guan Eng? Atas dasar, dalil, nas dan qiyas manakah yang membolehkan kita mempercayai hadis-hadis dan maksud-maksud ayat al Quran yang dibacakannya? Dan atas sandaran apakah PAS yang merupakan teman rapat Lim Guan Eng menerima kekafiran dan memperjudikan keimanan sebagai balasan ganjaran politik dan kedudukan?

The Flying Kick

MctHeory:
Melayu Pas dan PKR akan terus ditipu dan dilanyak secukupnya oleh Guan Eng nanti.

Tiada ulasan: