Rabu, 18 Ogos 2010

GEMPAR!!! PAKATAN HARAM 'PALSUKAN' NAMA PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN SUNGAI RAPAT UNTUK KUTIP ZAKAT/DERMA!

YB Dato Hamidah Osman sedang menulis laporan di Balai Polis Gunung Rapat

Satu laporan polis telah dibuat oleh YB Dato Hamidah Binti Osman ADUN Sungai Rapat terhadap Pakatan Rakyat yang telah menyalahgunakan Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat untuk memungut zakat/derma di Balai Polis Gunung Rapat, Medan Gopeng Ipoh perak. dalam Laporan itu berbunyi begini:


Saya Hamidah Binti Osman telah menerima sepucuk surat kutipan Derma/Zakat yang menggunakan kepala surat rasmi Pusat Khidmat Masyarakat (PR) DUN Sungai Rapat memohon derma/sumbangan dari orang ramai tanpa kebenaran daripada pihak berkenaan.
Surat yang telah ditandatangi oleh En Radzi Bin Zainon juga telah mengarahkan sumbangan itu dimasukkan ke dalam akaun Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat iaitu akaun Bank Muamalat.
Saya percaya adalah menjadi satu kesalahan jenayah bagi mana-mana pihak memohon apa-apa sumbangan/zakat tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ia juga boleh menyebabkan salahguna kuasa dan penipuan wang zakat rakyat oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab.
Surat berkenaan juga menggunakan nama pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Rapat dan menggunakan lambang kerajaan Negeri Perak, padahal pusat Khidmat masyarakat DUN Sungai rapat adalah dibawah DUN yang saya wakili. Keadaan ini akan mengelirukan penduduk setempat seolah-olah saya telah memberi kebenaran surat ini dikeluarkan


Pihak yang berkenaan juga telah menggunakan alamat pusat Khidmat Masyarakat berkenaan berhampiran dengan alamat pusat khidmat saya iaitu di Lapangan Terbang, Medan Gopeng,Ipoh. ini semakin mengelirukan penduduk setempat.
Saya juga tidak pernah melantik Radzi Bin Zainon sebagai Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat saya dan ia merupakan satu penyamaraan
Sebahagian penyokong YB Dato Hamidah yang hadir  


YB Dato Hamidah berbaju Biru menunjukkan Laporan Polis
Itulah bunyinya laporan Polis yang dibuat oleh YB Dato Hamidah Osman, laporan ini bertujuan untuk mengelak dari berlakunya kekeliruan orang ramai terhadap zakat yang dikutip oleh Pakatan Rakyat dan menggunakan kepala surat DUN Sungai Rapat. Laporan itu juga bagi mengelakkan padangan negatif masyarakat terhadap ADUN Sungai Rapat dan Pusat Khidmat Masyarakat tentang kutipan zakat.
Risalah yang menggunakan chop seakan-akan sama dengan Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat

Pengundi Setia Sungai Rapat

P/s: Tunggula nasib korang wahai barua-barua puak Pakatan! Apa korang ingat Malaysia ni korangnya punya ke? Suka hati buat apa korang suka.

MctHeory:
Tangkap aje, jangan tunggu lagi
!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TERBUKTI SKRG SAPE YG SLH GUNA KUASA!. DAH LA SLH GUNA KUASA, MENIPU PLAK TU!. TANPA KEBENARAN DR MANA2 PIHAK DIA BOLEH BUAT SUKE2 MAK BAPAK DIA JEK. JENIS MANUSIA MCM DIORANG NI MANA TAU UNDANG2 BROO! >:)