Jumaat, 6 Ogos 2010
KENAPA NIK AZIZ BENCI SANGAT DENGAN UMNO? WALAUPUN DULU DIA PUN AHLI UMNO!
"Sukacita dinyatakan, isu berunding antara PAS–Umno sudah selesai. PAS sudah menolak untuk berunding dengan Umno. Sekarang PAS sudah menerima kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Kalau Umno ingin sangat menjaga perjuangan orang Melayu, lebih baik Umno menukar dasarnya kepada Islam. Kerana Islam yang menyelamatkan manusia dan KITA HARUS INGAT penghujung hidup manusia adalah Akhirat. Sebab itu Islam mengajar hidup manusia mesti berpandukan Ad-Din, iaitu cara hidup berpandukan agama. Hanya agama diambil kira di Akhirat. Sekaranglah masanya untuk Umno menukar dasar Melayunya itu. Jangan terikut-ikut dengan puak Yahudi. Kerana pengasas perjuangan bangsa itu adalah puak Yahudi. Ia disambung pula oleh puak Arab. Sedangkan perjuangan atas dasar kaum atau bangsa tidak diterima di sisi Nabi Muhammad SAW. Sedangkan di akhirat kelak kita akan masuk syurga. Untuk masuk syurga mestilah dengan syafaat Nabi. Macam mana untuk mendapat syafaat Nabi sekiranya kita berjuang tidak mengikut seruan Nabi." - Kenyataan Nik Aziz di halaman FB.
Berdasarkan kenyataan di atas, maka bolehlah dibuat analisis seperti berikut:-
1. Sekiranya 'benar' asas kerjasama yang dicadangkan oleh Nik Aziz ialah penggunaan dasar Islam, maka apakah dasar Islam yang diamalkan oleh parti dalam Pakatan Rakyat terutamanya parti rasis DAP? Hatta Pas sendiri pun hingga ke hari ini, masih gagal untuk menerangkan dengan jelas kepada rakyat Malaysia, jenis dasar Islam apakah yang mereka guna pakai sejak dulu? Adakah dengan hanya bersandarkan kepada nama Parti Islam SeMalaysia maka sudah cukup untuk menjadikan mereka pendokong dasar Islam sebagaimana yang diwariskan Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat 'Alaihimussalam?
2. Fahaman Nik Aziz tentang politik ternyata masih dangkal apabila beliau hanya mampu melihat UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti berasaskan kaum semata-mata. Sedangkan Barisan Nasional merupakan lambang kesepakatan rakyat Malaysia yang wujud secara bersama dan bergerak di atas dasar-dasar yang dipersetujui bersama. Maka orang Islam di Malaysia sewajarnya merasa bertuah kerana kesepakatan ini dipimpin oleh organisasi Melayu yang beragama Islam yakni UMNO. Walaupun kesepakatan BN itu tidak semestinya sama dengan pembentukan kerajaan Islam Madinah (kerana pemilihan pemimpin adalah melalui pilihanraya dan bukan konsep musyawarah), tetapi kesepakatan yang dipersetujui Umno dan parti komponen BN adalah mirip dengan apa yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu pembentukan kerajaan berasaskan toleransi dan hormat kepada kepelbagaian yang wujud dalam sesebuah negara. Dan hukum Tauhid secara jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 3 yakni Islam Agama Persekutuan. Ertinya kedudukan Islam bukan sahaja diterima oleh bangsa Melayu, malah kaum Cina dan India turut memperakui perkara ini apabila wakil-wakil mereka bersetuju dengan kandungan perlembagaan yang telah termaktub sebelum merdeka.
3. Ketahuilah wahai penyokong Pas bahawa menurut sumber, Nik Aziz yang kamu puja itu asalnya adalah ahli Umno kawasan Bachok pada 1960an. Tetapi disebabkan tidak berpeluang memegang sebarang jawatan, maka beliau beralih arah kepada Pas. Sama perihalnya dengan pengasas Pas iaitu Ahmad Fuad, yang menubuhkan Pas rentetan tidak berpuas hati disebabkan tewas 46 undi kepada Tunku Abdul Rahman ketika bertanding jawatan Presiden Umno pada 1951. Dan British kemudiannya mengambil kesempatan meluluskan pendaftaran parti Pas semata-mata kerana ingin memecah-belahkan Melayu yang ketika itu bersatu teguh di bawah Umno. Pas ternyata berperanan sebagai 'duri dalam daging' tinggalan British kepada bangsa Melayu di negara ini.
4. Umno adalah parti Islam dan disebabkan itulah Umno menjadi wadah pertama perjuangan Nik Aziz sebelum mendaftar sebagai ahli Pas. Maka benarkah hakikatnya bahawa Nik Aziz adalah seorang hipokrit + munafik? - Paneh Miang
P/s: Tahukah anda bagaimana Nik Aziz boleh mendapat gelaran 'Tok Guru'? dan sejarah hidupnya? Nak tau baca sini.
MctHeory:
Sesama Islam mana boleh buat perpaduan, HARAM! Kalau dengan Dap takpa, sebab diorang pun pangkah Pas. Yang mana pangkah Pas. Boleh berkawan dengan Pas. Betul tak Pok Nik Aziz kannnn...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
nikol ajis dah jadi riak takbur ujub dgn kemenangan parti pingpong parti tali perut hijau dia selama ini!
dah dia suka nak kawan dgn parti roket kapir harbi dgn parti mata lebam... biaokanlah!
selalunya org jahat menang dulu.. biaqle nik aziz macam tu... susah dah nak insaf2.. biar Allah jer yg memberi hidayah kepadanya..
sangtukangkata dan ajijasin
nak buat macam mana orang tua tu tak sedar diri la.
Catat Ulasan