Rabu, 5 Mei 2010
NIK AZIZ GELAR DIRINYA SENDIRI 'TOK GURU'!
Di Kelantan, gelaran Tuan Guru atau Tok Guru diberi kepada seorang guru Mursyid atau guru yang diperakui pengetahuan ilmunya. Hanya ulamak seperti Tok Kenali, Tuan Tabal, dan setaraf dengannya yang layak digelar demikian. Nik Aziz digelar Tuan Guru Nik Aziz. Adakah layak dia digelar sedemikian?
Kami tidak mahu memberi jawapan tetapi hanya membentangkan maklumat untuk anda fikirkan sendiri. Agar tidak dipertikaikan maklumat kami, sukacita dirujuk kepada biodata dari sebuah blog PAS Kawasan Bagan sini. Petikan seperti berikut:
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau (Nik Aziz) adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan.
Selain dari itu, satu pekerjaan Nik Aziz yang tidak disebut adalah beliau pernah menjadi guru ugama Kemas untuk kerajaan persekutuan. Dari latarbelakangnya yang tercatat, Nik Aziz hanyalah guru sekolah dan bukan mengajar agama tinggi. Maksud seorang guru agama yang aktif mungkin melibatkan pembabitan beliau dalam pelbagai kegiatan terutama sekali dalam politik PAS.
Selalunya guru sekolah demikian hanya digelar sebagai ustaz di Kelantan dan mana-mana. Bila pula Nik Aziz mula digelar Tuan Guru?
Nik Aziz dilantik ke jawatan Menteri Besar ekoran kemenangan pakatan PAS dan Semangat 46 pada pilihanraya tahun 1990. Pada masa itu, umurnya adalah 59 tahun.
Tidak lama selepas menjawat Menteri Besar, satu surat pekeliling telah dikeluarkan untuk diedarkan ke pejabat kerajaan di Kelantan oleh pejabat Menteri Besar. Surat tersebut mengarahkan dari mulai hari itu gelaran rasmi untuk Menteri Besar adalah sebagai YAB Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat. Apabila beliau dianugerah pangkat Dato, gelaran ditambah dengan gelaran Dato.
Dengan demikian, gelaran Tuan Guru itu adalah gelaran dari pejabatnya sendiri atau secara tidak langsung, arahan Nik Aziz sendiri. Dengan menukar gelaran dari Ustaz biasa ke Tok Guru selepas menjawat Menteri Besar, beliau memakai gelaran Tok Guru politik.
Dengan kekuatan propaganda PAS, gelaran itu diulang-ulang dan disertakan dengan pelbagai pujian dan gambaran keserdanaan hingga ramai yang kagum dan lupa asal usul gelaran itu. Cara blog tersebut meneruskan propaganda begitu jelas sekali seperti berikut:
Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.
[2] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Begitu jelas blog tersebut mengaburi mengetengahkan propaganda kesederhanaan Nik Aziz yang sentaisa diulang-ulang dengan kegiatan mengajar ugama untuk menjadi alasan gelaran Tok Guru. Baca berikut:
... Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
Samada ianya kebenaran atau propaganda kami atau mitos, terpulang kepada tuan-tuan dan puan-puan untuk menentukan.
Pada kami, seorang Tok Guru tidak boleh menukar-nukar antara serban ahli politik dengan serban ulamak. Adab dan maruah diri seorang Tok Guru harus sentiasa konsisten dan terpelihara. Tidaklah cakap sesuka hati dan sekehendak hati, kemudian memberi alasan itu hanya urusan dunia yang Nabi kata kita lebih mengetahui.
Seorang alim ulamak dan Tok Guru Mursyid menjadi contoh yang dihormati dari tutur kata, baik budi pekerti dan tindak tanduknya. Pandangan dan pendiriannya sentiasa dipenuhi dengan penghayatan ilmunya. Walaupun dalam politik, ianya dipelihara dan konsisten.
Jika tidak ada kesinambungan dan konsistensi sedemikian, hanyalah ia seorang ustaz atau guru pengajar. Fikirkan ...
Dari TheUnspinners
MctHeory:
Gitula kira-kiranya si orang tua ni dapat nama TOK GURU? dan minum ke Jus TOK GURU? hehehe!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
nik ajis murshidul hampas memang bukan tok guru. Hanya guna gelaran utk riak takabur. ceramah hari jumaat bukan kerana allah tapi dengan niat nak dapat undi dan nak kafirkan org islam umno. asal pakatan rakyat saje dah dijamin syurga pak ajis. tok guru sebenar tak cakap mengarut. ni tok garu politik murahan undi arif fahmi kasi kaya lagi
NIK AZIZ bukan lah TOK GURU tapi TOK CARUT
at least beliau arif dgn hal2 agama islam dan tidak hipokrit berbanding dgn pemimpin2 lain...tepuk dada tanya la selera
ni dah tertelan jus tok garu nih... asyik mecarut sambil mengaru je..huahuahua
arif agama amendenye kalau asyik dok berdendam, ada Islam ajar cmtu???ada Nabi suh wat camtu??? ni bukan tok guru agama, ni ahli politik.. org yg x kuat agama pun tahu berdendam, memaki hamun, memfitnah tu dosa, tp yg dikatakan arif agama dah mcm cibai je mulut dia...x hipokrit???mcm cibai je ayat..ckp lain, pastu tukar ckp lain plak...bkn dasar hipokrit lg ke cmtu??? kena btg hidung sendiri, melompat panas bontot...pigirah..
-silvercore
betui tu silvercore. . cayalah!
.SAYA PUN HERAN DULU ORANG PANGGIL DIA NIK AJIS SAJA TAPI TIBA TIBA ORANG PANGGIL DIA TOK GURU.INI BERLAKU TAHUN 90AN.
SAYA PELIK DAN HERAN.KENAPA TIBA TIBA BERTUKAR TOK GURU..
TOK GURU GILA FATWA...
.SAYA PUN HERAN DULU ORANG PANGGIL DIA NIK AJIS SAJA TAPI TIBA TIBA ORANG PANGGIL DIA TOK GURU.INI BERLAKU TAHUN 90AN.
SAYA PELIK DAN HERAN.KENAPA TIBA TIBA BERTUKAR TOK GURU..
TOK GURU GILA FATWA...
Catat Ulasan