Selasa, 31 Ogos 2010

LAGI KENYATAAN PAKATAN HARAM NI KAKI PEMBELIT!


Dulu selalunya blogger dan pemimpin UMNO/BN saja yang selalu terangkan kepada rakyat bahawa puak Pakatan Haram ni suka belit isu. Walaupun puak mereka buat salah, mereka akan 'spin' isu tu kemudian akan tuding jari dekat UMNO semula. Seolah-olah UMNO yang segaja adakan isu. Sekali-sekala, mungkinla orang tak perasan, tapi bila dah selalu, siapa nak percaya lagi.

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat disifatkan sebagai bijak menggunakan pendekatan mengalih isu sebenar bagi menutup kelemahan parti itu daripada terus fokus kepada isu yang perlu diperjelasakan.

Penganalisis politik tempatan, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, PR sentiasa menggunakan kaedah melemparkan tuduhan dan mengalihkan isu sebenar dan tidak hairanlah jika pemimpin PR tidak menjawab persoalan kepada isu sebenar, mereka akan putar belit kepada isu lain dan akhirnya meletakkan kesalahan kepada kepimpinan Barisan Nasional.

“Mereka (pembangkang) sengaja mengelak fokus kepada persoalan isu sebenar untuk melindungi kelemahan – kelemahan mereka dari segi pentadbiran, hubungan antara parti gabungan dan kepimpinan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, tindakan melemparkan tuduhan kepada BN dilakukan sebagai survivor politik mereka bagi menjamin kekuatan parti dan mempengaruhi minda rakyat untuk terus memberi sokongan kepada mereka.

“Tindakan seumpama ‘menyapu keburukan ke bawah tikar ini’ dengan melemparkan tuduhan kepada BN sebenarnya dapat dihidu oleh rakyat di mana jika ada isu yang membabitkan pemimpinnya, PR akan memberi kenyataan yang klise, berulang- ulang dan bukan isu sebenar yang hendak diketahui umum.

“Inilah kaedah kepintaran untuk memutarbelitkan isu sebenar dan mematahkan hujah parti lawan dengan melindungi mereka daripada menjawab persoalan sebenar yang mungkin akan ‘memakan diri’ mereka,” katanya.

Mengambil contoh isu kontroversi doa ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam dibaca dalam khutbah Jumaat, Zainal berkata, PR akan selamanya menggunakan pendekatan memutarbelitkan dan mengalihkan isu sebenar bagi menjamin kekuatan parti dan langkah berjaga- jaga agar tidak terjerumus percanggahan pendapat antara parti yang diwakili.

“Hal demikian tidak dilakukan oleh UMNO, UMNO kebiasaannya akan fokus kepada isu sebenar walaupun berkaitan dengan parti dan pemimpinnya.

“Oleh itu, selama-lamanya kita akan melihat PR menyerang parti pemerintah, membangkitkan isu lain dari isu yang hangat yang dihadapi mereka dan semestinya yang menjadi mangsa adalah BN,” katanya -
Sinar

Pakatan Haram dok kata mereka ni bersih dan baik lagi dari UMNO/BN, tapi kalau kita perhatikan semula. Dalam 2 tahun ni, pelbagai isu dan pembohongan yang mereka lakukan. Malah isu yang berbangkit tidak diselesaikan, bahkan dituduh pulak salah orang lain. adehh...

MctHeory:
Dah ketua kaki pembelit, Musridul pulak kaki sumpah, anak buah jangan cakap la. lagi teruk, hancur!

3 ulasan:

Bah Lontok berkata...

Selagi pakatan haram ni mendapat sokongan dari kaum cina, maka pakatan halal pasti akan tumbang pada PRU-13 akan datang.

Tanpa Nama berkata...

PENCACAI FUCKATAN NI BODO2 BELAKA BROO!. DH TERANG2 SI BODO2 ATASAN TU MEMBELIT LEHER DIORANG SAMPAI SEPARUH NYAWE PUN MASIH X SEDAR!. AKU INGAT BILE DH MERDEKA NI INSAF2 LA SKET TP NMPKNYE MAKIN BODO TONGONG! KEHKEHKEH >|D

C L J berkata...

Kebijaksanaan itu namanya:
BIJAK MEMBALING NAJIS BERAK SENDIRI.