Kali ni Mc nak melagakan Pas dan Dap. Kedua-duanya mengaku sudah bernikah, tapi takdak sijil pun. Apatah lagi dasar mereka kalau amatlah berbeza. Satu kononnya perjuangkan Islam, yang satu lagi menuntut hak kesamarataan kaum cina (sambil nak menjajah). Tapi kita tahu kedua-duanya memang saja berlakon nak pancing undi rakyat untuk berkuasa bagi mengalahkan UMNO/BN sahaja.
Kali ni MCA sudah mengeluarkan cabaran kepada DAP mengenai dinar emas, baca bawah,
MCA mencabar DAP untuk menyatakan pendirian berhubung isu perdagangan dinar emas yang akan dilaksanakan kerajaan PAS di Kelantan.- Bernama
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan telus DAP diperlukan kerana sekiranya PAS berjaya menguasai kerajaan pusat, adakah mereka bersedia menggunakan sistem yang diasaskan parti Islam itu.
Beliau berkata, DAP juga tentunya bimbang berkenaan hubungan dagangan Malaysia dengan negara luar sekiranya sistem itu dilaksanakan sepenuhnya.
"Pelabur akan khuatir adakah PAS akan jadi parti pemerintah dan kalau berjaya jadi parti pemerintah, dia (PAS) bakal laksanakan sistem ini.
"Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan sistem yang bergantung kepada "wang syiling emas". Jadi, kita nak tanya apa pendirian DAP dalam perkara ini," katanya pada sidang media
Selalunya Pas kalau nak buat apa pun, dia rujuk kat Dap dulu. Kali ni Pas terus laksanakan tanpa perbincangan lanjut dengan Dap. Lepas Pas nak laksanakan sistem dinar ni, hingga kini masih lagi tiada komen dari rakan-rakan pembangkangnya. Kenapa Dap dan PKR diam je? Setuju ke tidak? Kalau Dap setuju, tak marahkah kaum cina pada Dap? he he. . jawab Dap jawab.
P/s: Apa Kit Siang dan Guan Eng nak cakap nanti gamaknya. Sebenarnya sistem kewangan dinar emas ni, di'ideakan oleh Tun Dr Mahathir kemudian dicilok oleh N.ajis, nak baca klik sini.
MctHeory:
Nak luah, mati Pas, nak telan mati kaum cina. Nak kulom sendiri pula mati.. he he. .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan