Ahad, 15 Ogos 2010

PKR TERENGGANU BERMASALAH! PAS PULA MALAS, DAP DAH LAMA MATI!


Artikel ni Mc ambil dari sebuah blog pro pembangkang, baca dulu apa yang ditulis, kemudian Mc ulas.
Aku jahat mulut kalau aku kata PKR Dah lama meninggal di Terengganu. Walhal, Keadilan Terengganu dengar ceritanya ramai bijak pandai? atau hanya ramai bijak yang hanya pandai bercakap dan buatnya tidak. Mana pergi SU, mana pergi Ketua Penerangan yang bijak sangat tu? Ramai-ramai tu sekor pengundi pun tak boleh bantu daftarkan?

Ketua Perhubungan PKR Negeri Haji Rahman terlalu sibuk dengan facebooknya hingga terlupa nak uruskan PKR Terengganu. Nasib baik ada SU yang juga bekas Ahli Biro Tata Negara yang berusaha bersungguh-sungguh khabarnya untuk menghidupkan PKR dengan membawa masuk kembali orang-orang lama supaya giat semula.

Otai PKR ramai yang berkelayakan dan kesemuanya layak untuk menjadi calon di seluruh Terengganu. Tapi kalau sekor pengundi pun tak bawak masuk, hantu mana nak sokong hang? hang jawablah..Dah tu bila kalah salahkan hantu....Terdengar soksek sekarang ni sebok masing-masing nak jadi calon...tapi pengundi tak dekati

He he. . nampaknya Puak Pembangkang kat Terengganu memang bermasalah, ingatkan UMNO saja yang bermasalah tapi pembangkang kat sana pun bermasalah jugak. Confirm, Terengganu ni memang negeri yang bermasalah la. Cuma Alhamdullilah UMNO masih lagi bekerja untuk mendaftarkan pengundi baru tapi komponen BN yang lainnya langsung tak boleh harap. Apa nak jadi dengan komponen BN yang lain, bukan kata Terengganu, di negeri yang lain pun teruk. Patutnya Mr Kaveas presiden PPP tu bubarkan je la partinya, tak membantu langsung.

Gerakan, hampeh dimana-mana, MCA boleh la tahan. UMNO juga yang nampak buat kerja, tapi tak cukup strong. BN tak nak menang PRU ke 13 ke?

P/s: Komponen BN weii.. cukup-cukupla tidoq tue!

MctHeory:
Misteri! Dengar kata MB Terengganu bakal bertukar lagi nanti? he he. .

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GERAKAN TU BYK CKP JEK BRO. X TAU NAK BIKIN KEJE. HARAPKAN EHSAN MCA JEK. KLU NK DI KIRAKAN MCA PUN 2 X 5!. NK KENE TEGUR BARU NK BUAT KEJE. TP BILE KENE TEGUR KATA UMNO PLAK GILE KUASA..ADA KA PATUT? ADOIYAIII