Ahad, 15 Ogos 2010
PUAK PEMBANGKANG TERDESAK NAK TAWAN JOHOR! Kalau Boleh la..
Riuh rendah mengatakan Johor menghantar general tentera juntanya Jimmy Chua khas untuk menakhluk Johor. Pakatan Pembangkang disana-disini bercakap hasrat mereka untuk merobohkan kubu UMNO/BN di Johor. Hakikat sebenarnya semua itu hanyalah retorik dan cakap lebih yang saja diwar-warkan untuk membuatkan pengikut tegar puak Pakatan ni jadi 'syok sendiri'. Setelah UMNO/BN mengempur Selangor habis-habisan, Anwar yang mengelabah 'biawak' atau pun mengelabah 'sesumpah' mengarahkan jenteranya menganggu negeri Johor (kubu UMNO/BN) sebagai serang balas.
Dalam permerhatian Mc semasa beberapa hari ke Johor, memang ada kesan tindakan kerja puak-puak Pembangkang telah datang ke Johor. Tapi, hakikat sebenarnya GEMPAK je lebih. Lebih sudu dari kuah. Jimmy Chua mengunakan 'banner' yang ada gambar muka Tuanku Sultan Johor untuk menarik perhatian rakyat datang ke ceramah Pakatan Haram di Rengit Batu Pahat. Pas pula mengunakan 'banner' seakan-akan 1Malaysia dengan menukar menjadi 1Ramadhan dan 1Islam di Pagoh dan Ledang. Semua ini hanya untuk mengelirukan rakyat dan menagih sokongan untuk penduduk disana datang mendengar ceramah mereka.
Lepas ni kalau kecoh mengenai banner Pas tu, Pas pula akan tuding jari pada UMNO kata UMNO yang letakkan banner tersebut. Sedangkan UMNO kat sana, banner sendiri pun fikir 'budget' nak buat. Mc sebenarnya nak pergi ke tapak ceramah Pas pemimpin setempat kat sana, dibuat disebuah rumah. Kat Kampung Paya Jajan (kalau tak silap la). Ceramahnya tak ramai, tak sampai 50 orang pun. Mc nak ambil gambar pun takut, silap haribulan mau kena belasah kat sini. he he he. . Muka sekor-sekor macam nak makan orang. Almaklumlah.. Mc kan orang luar.
Mc sempat juga meninjau ke Batu Pahat, kononnya ini tempat Jimmy Chua bertapak. Memang banyak bendera Pas dan PKR berkibar disini, ini mungkin kesan daripada ceramah mereka di Rengit. Tetapi yang menarik perhatian Mc apabila penduduk setempat disini membalas pula lambakkan bendera Pas dan PKR ditepi jalan itu dengan memasang bendera Malaysia dan bendera UMNO dirumah mereka masing-masing bagi menunjukkan kesetiaan warga Batu Pahat kepada Parti Keramat Orang Melayu itu.
Di Muar Johor pula anda masih lagi akan berjumpa pakcik-makcik pergi kebun pakai baju BN, buat kenduri-kendara pakai baju BN atau mengunakan payung BN. Ustaz-ustaz yang membaca tazkirah secara betul dan tidak diadukkan politik. Maknanya Imam dan Kadi yang bekerja secara 'halal' makan duit dengan kerajaan. Itu menandakan Johor masih lagi selamat dari serangan jahat pembangkang. Walaupun ada tempat yang sudah jadi kawasan kelabu, tetapi masih boleh diubati, cuma dirisaukan perkhabaran berita kurang senang yang Mc terima ialah, Jimmy Chua mengunakan sejumlah peruntukkan besar untuk 'memberi hadiah' kepada penyokong UMNO dan MCA supaya menyokongnya.
Walaupun berita ini masih lagi dalam siasatan, tetapi jika berita ini benar, ini bermakna Johor akan berdepan dengan politik kotor yang akan memusnahkan keseimbangan politik secara adil. Ceramah di Rengit hari tu pun kebanyakkannya disokong oleh pihak luar dari kawasan Batu Pahat. Maknanya semua cawangan PKR, PAS dan DAP Johor digerakkan datang ke Rengit bagi meramaikan keadaan dan disokongan pula oleh Pusat pemerintah parti masing-masing.
UMNO, MCA, MIC Johor, perlu berjaga-jaga, kerana pasukan gerakan fitnah puak Pembangkang ni sudah masuk kekawasan kampung, felda dan estet untuk menghasut orang kampung. Walaupun orang Johor ni 'sayangkan' UMNO tetapi kalau main dengan duit, boleh cair juga beb. Ini berita tak rasmi yang Mc terima dari orang sana. Anggap saja ini sebagai satu amaran kepada BN di Johor.
P/s: Kadang-kadang Gajah yang kuat dapat dikalahkan oleh tikus yang cerdik. Soo.. jaga-jagalah.
MctHeory:
Di Selangor sesetengah Masjid. Tazkirah sudah jadi ceramah politik, harap Johor takde lagi macam tu ye.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
warga jati johor tidak akan menderhaka kepada sultan dan ulul amrinya. sia-sia dengar khutbah jumaat tiap-tiap minggu kalau masih tidak mampu mentaati allah, mentaati rasul dan pemimpin di kalangan kamu selagi pemimpin itu tidak melakukan kefasiqkan.
SLM BRO..TU LA GUNANYA 'RESTU' PAHALE WALLY SLIPOR KLUPUN SI JIMMY DOG2 TERPAKSE MERASUAH RAKYAT JOHOR..HARKK PTUIHHH!! KEHKEHKEH
Terima Kasih Melayu Pasir Gudang dan Bro Jeff,
Mc betul-betul berharap BN Johor buat sesuatu..
Selagi Melayu Johor setia, tidak mudah terperdaya dengan dakyah-dakyah songsang PKR-DAP-PAS, InsyaAllah JOHOR akan terus diterjaui UMNO-BN..
Catat Ulasan